Anda di halaman 1dari 7

Peringkat perkembangan fetus dari minggu 9 hingga 40.

MINGGU 9 : panjang fetus sekitar 2.3sm. Dari segi bentuk dan saiz, seperti lenggai kacang
pea. Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan.
Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan
jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Menjelang akhir
minggu, butiran dalaman telinga sudah pun sempurna. Alat kelaminnya sudah mula
terbentuk. Plasenta telah cukup matang dan mampu menyokong hampir semua tugas
mengeluarkan hormon yang kritikal.

MINGGU 10 : Fetus sepanjang 3sm dari hujung kepala ke punggung dan beratnya kurang
daripada 4g. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku dan rambut yang
kelabu seperti bulu. Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk
lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran
panjang keseluruhan badan. Dahi terbonjol buat sementara dan terletak tinggi di kepala,
tetapi ia kemudian akan bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia. Rangka tulang
belakang dapat dilihat. Saraf-saraf menjalar keluar daripada saraf tunjang.

MINGGU 11 : Diukur dari kepala ke punggung, fetus berukuran 4sm. Jari-jari tangan dan
kaki sudah terpisah sepenuhnya. Fetus membesar dan menjadi semakin kuat sehingga dia
boleh meneruskan kehidupan secara bersendirian di luar rahim.

MINGGU 12 : Muka bayi lebih mirip rupa manusia, panjangnya sekitar 5.5sm dan beratnya
kurang sedikit daripada 14g. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah
berganjak dan lebih rapat. Telinganya hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hatinya
pula mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan air kencing ke dalam pundi kencing.

MINGGU 13 : Panjang fetus 7sm hingga 8sm dan beratnya hampir 23g.

MINGGU 14 : Panjang bayi anda adalah sekitar 9sm dan beratnya 43g. Sekarang,
badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Kulitnya yang halus senipis
kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur
sebelum kelahiran). Bulu kening dan rambut di kepala pun tumbuh. Fetus boleh memegang,
mengecilkan mata, mengerut dahi dan menghisap jarinya. Ini berlaku seiring dengan
perkembangan impuls dalam otak.

MINGGU 15: Berat fetus sekitar 70g. Panjangnya hampir 11sm. Kaki membesar sehingga
lebih panjang daripada lengan, kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi dan
anggota boleh bergerak. Boleh mengetahui jantina bayi anda dengan ujian ultrabunyi,
kerana genital luarannya sudah berkembang .

MINGGU 16 : Saiz bayi lebih kurang sebiji avokado 11.6sm dan berat sekitar 100g. Dalam
tiga minggu ke hadapan ini dia akan membesar dengan sangat cepat, menambahkan
beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci.

MINGGU 17: Dapat mendengar denyutan jantung bayi. Uterus yang kian membesar telah
mengalihkan pusat graviti.
MINGGU 18: Panjang bayi sekitar 14.2sm dan berat sekitar 190g. Dadanya bergerak turun
naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion. Jika bayi
perempuan, faraj, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika lelaki, alat
kelaminnya sudah jelas dan boleh dicam. Jika mengandungkan lebih daripada seorang bayi,
rujuklah bahagian tentang kembar dua atau lebih.

MINGGU 19: Bahagian atas uterus sudah mencecah pusat dan membesar lebih kurang satu
sentimeter seminggu. Ukuran fetus sekitar 15sm panjang dari mercu kepala ke punggung
dan berat sekitar 240g. Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus
mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh. Perkembangan deria
memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau,
dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak.
Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada
menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks.

MINGGU 20: Bayi berukuran lebih kurang 16.5sm. Satu bahan berlemak berwarna putih dan
licin yang dipanggil verniks kaseosa mula membalut bayi dan melindungi kulitnya semasa
dia berendam lama dalam cecair amnion. Ia juga akan memudahkan kelahiran. Pada
minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem
pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air
yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.

MINGGU 21: Berat bayi sekarang sekitar 360g dan panjangnya ialah 27sm. Bulu kening dan
kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari.

MINGGU 22: Berat bayi sekarang hampir 430g, dan dia berukuran hampir lebih sedikit
daripada 27sm dari mercu kepala ke tumit. Dia sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi
kurus kerana lemak bayinya belum terbina lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat
setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut dan dia masih perlu menambahkan berat
badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian
mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran
hormon, sedang berkembang dengan baik.

MINGGU 23: Berat bayi anda sekarang lebih sedikit daripada 500g dan dia berukuran lebih
kurang 29sm dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan
dia boleh mengecam versi pincang suara anda, bunyi denyutan jantung anda dan bunyi
perut anda yang berkeroncong. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim,
seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi pembersih vakum, mungkin tidak
akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya selepas dia lahir. Sesetengah
kajian mengesyorkan bahawa bayi dalam kandungan lebih gemarkan muzik klasik.

MINGGU 24 : Berat bayi anda kini lebih daripada 600g. Walaupun dia mempunyai hanya
sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai
bentuk badan yang sempurna. Otaknya berkembang dengan pantas, dan dia semakin
memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 30sm.
Sekiranya kelihatan tanda-tanda bahawa proses kelahiran hendak bermula, pakar obstetrik
dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghalang kelahiran pramatang supaya
bayi anda boleh terus matang dalam kandungan. 
MINGGU 25: Berat bayi anda sekarang hampir 660g dan panjangnya dari mercu kepala ke
tumit lebih kurang 35sm. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara
dalam paru-parunya setakat ini. Pada minggu ke-26, imbasan otak fetus menunjukkan bayi
memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda,
bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan menurut pakar penyelidik, ini bermakna saraf
optiknya sudah berfungsi

MINGGU 26: Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil
meluruskan kakinya, ialah 35.6sm. Beratnya lebih sedikit daripada 760g. Mata bayi anda
mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten
menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap
terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan
bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak.

MINGGU 27 : Bayi anda sekarang seberat 875g dan berukuran 36.6sm dari kepala ke jari
kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan jaga mengikut jarak masa yang
teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jarinya.

MINGGU 28 : berat bayi anda ialah lebih sedikit daripada 1kg dan mungkin berukuran 38sm
panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi dalam kandungan anda sudah boleh
membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang
memancar berterusan dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula
timbul.

MINGGU 29 : Berat bayi anda lebih kurang 1.1kg dan ukuran panjangnya 38sm dari kepala
ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel (buah zakar) akan turun dari kawasan berdekatan buah
pinggang lalu merentasi pangkal paha dan terus ke skrotum (kantung zakar). Bagi
perempuan, kelentit masih menonjol kerana belum ditutup oleh bibir vulva yang masih halus.
Vulva akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir
sebelum kelahiran. Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya berlaku
amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi
menjelang minggu ke-30.

MINGGU 30 : Paru-paru bayi anda dan salur penghadamannya hampir matang sepenuhnya.
Walaupun pertambahan ukuran panjang bayi anda menjadi lebih perlahan mulai sekarang
(dia berukuran 40sm dari mercu kepala ke jari kaki), beratnya akan terus bertambah
hinggalah sampai masa dia dilahirkan. Pada minggu ini, bayi anda terus membuka dan
menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim,
membezakan cerah daripada gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. 

MINGGU 31 : Lengan, kaki dan badan bayi dalam kandungan anda terus membesar - dan
akhirnya sepadan dengan saiz kepalanya. Beratnya lebih kurang 1.5kg dan dia sudah
kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 41sm dari mercu kepala
ke jari kaki. 

MINGGU 32 : Berat bayi dalam kandungan anda sekarang lebih kurang 1.7kg dan
panjangnya lebih kurang 42sm dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya tidak akan
matang sepenuhnya sehinggalah hampir waktu dilahirkan, sikecil anda sudahpun menyedut
cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.

MINGGU 33 : Berat bayi anda sekarang 2kg dan panjangnya lebih kurang 44sm dari kepala
ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan
menterbalikkan badannya - kepala seharusnya menghala ke bawah.  Doktor anda akan
memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang
ini, kerana sesetengah bayi kadang-kala suka berpusing balik.  Tengkorak bayi masih
lembut dan belum bertaut, untuk membolehkannya keluar melalui saluran kelahiran yang
agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras.
Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut. 

MINGGU 34 : Berat bayi anda sekarang 2.2kg dan panjangnya ialah lebih kurang 45sm dari
kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan
lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.  Jika sebelum ini anda belum lagi mula
bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35
minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula
terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti
yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang
tinggi.

MINGGU 35 : Berat bayi anda sekarang 2.4kg dan panjangnya ialah lebih kurang 45sm dari
kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari
perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding
uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak
cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara
berkitaran. Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai
sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses
beberapa keluaran buangan.. Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi
ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin
telah menambahkan berat badan anda antara 11kg ke 13.6kg, dan penambahan ini sampai
memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. 

MINGGU 36 : Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari.
Beratnya hampir 2.7kg dan panjangnya 45sm dari kepala ke jari kaki.

MINGGU 37 : Berat bayi anda hampir 2.8kg dan panjangnya lebih kurang 50sm dari kepala
ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda -
dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki
dan punggung bayi yang semakin membesar. Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai
rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 2.5sm panjang. Sebenarnya,
sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

MINGGU 38 : Bayi pada umur 39 minggu mempunyai berat badan sebanyak lebih kurang
3kg hingga 3.2kg dan dia terus menambahkan simpanan lemaknya yang akan
membantunya mengaturtepatkan suhu badan selepas kelahiran. Sistem-sistem organ anak
kecil anda sudah terbentuk dan bertempat sempurna, tetapi paru-paru adalah yang terakhir
untuk mencapai kematangan. (Selepas bayi dilahirkan, dia memerlukan beberapa jam
sebelum dapat memantapkan pola pernafasan yang normal.)

MINGGU 39 : Panjang bayi biasa adalah antara lebih kurang 51sm dari kepala ke jari kaki,
dan beratnya lebih kurang 3.4kg semasa lahir. Namun begitu berat 2.5kg hingga 3.8kg
adalah lingkungan yang sihat bagi bayi baru lahir.

Cecair amnion anda, dahulunya jernih, sekarang berwarna pucat seakan susu akibat
penanggalan verniks kaseosa bayi anda. Lapisan atas kulit juga menanggal apabila kulit
baru timbul. 
PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL BAYI 0-24 BULAN

Kadar Pertumbuhan Fizikal.


Kadar pertumbuhan fizikal individu serta taraf perkembangannya biasanya
dikesan melalui lilitan kepala.
Lilitan Kepala
Pada masa kelahiran, jisim otak mencapai nisbah 2/3 saiz kepala orang dewasa.
Sempadan pada kepala bayi adalah keutamaan indeks bagi pertumbuhan yang
mormal di kalangan bayi. Semasa kelahiran ukur lilitan kepala bayi adalah 30-38
sentimeter(12-15 inci). Pada usia enam bulan, lilitan kepala bayi berukuran 42.5
sentimeter(17 inci) akan mencapai 45 sentimeter(18 inci) apabila berusia 1 tahun
atau ¼ daripada panjang tubuhnya. Lilitan kepala bayi berusia dua tahun adalah
48 sentimeter(19 inci).
Peningkatan lilitan kepala berlaku 2 hingga 6 bulan selepas lahir seiring dengan
perkembangan otak. Kepala bayi baru lahir lebih besar berbanding dengan
badannya. Keadaan ini disebabkan perkembangan otak yang amat pesat berlaku
semasa pralahir ketika semua sel otak (neuron) yang ada pada seorang bayi telah
terbentuk semasa ia berumur enam bulan dalam kandungan. 
Pada masa lahir, jisim otak mencapai nisbah 2/3 saiz kepala orang dewasa.
Peringkat perubahan lilitan kepala bayi mengikut perubahan umur adalah seperti
bayi yang berumur 0 hingga dua tahun, peningkatan lilitan kepala kerana
perkembangan otak. Dua tahun nisbah ukuran kepala 1:5 daripada panjang atau
tinggi tubuh. Lilitan kepala yang tidak membesar mungkin disebabkan oleh
pertumbuhan otak yang kurang memuaskan.
Kemahiran Pergerakan Motor Kasar dan Halus.
Motor Kasar
Perkembangan motor kasar merujuk kepada perkembangan kemahiran yang
membantu seseorang individu untuk bergerak di sekelilingnya. Contohnya
merangkak, berdiri dan berjalan. Badan kanak-kanak semasa membesar akan
menjadi semakin kurang berat-atas kerana bahagian kepalanya semakin
seimbang berbanding bahagian keseluruhan badan.
Perkembangan Motor Kasar Kanak-kanak
Perkara Umur Perkembangan Motor Kasar
Kawalan kepala 1 bulan
4 bulan - Mengangkat dagu apabila meniarap
- Koordinasi mata-tangan semasa meniarap
Kawalan badan 2 bulan
10 bulan - Mengangkat dada apabila meniarap
- Merangkak
Duduk 4 bulan 
5 bulan
6 bulan 
7 bulan - Duduk dengan bantuan
- Duduk diatas riba sambil memegang objek
- Duduk diatas kerusi bayi sambil bermain dengan objek
- Duduk bersendiri (tanpa bantuan)
Berdiri 8 bulan
9 bulan
10 bulan
12 bulan
14 bulan - Berdiri dengan bimbingan
- Berdiri dengan bantuan perabot
- Berdiri dengan sedikit bantuan
- Berdiri dan berjalan apabila dipapah
- Berdiri dengan sendiri(tanpa bantuan)
Berjalan 11 bulan
15 bulan
1-2 tahun - Berjalan dengan dibimbing
- Berjalan bersendirian tanpa bimbingan

Anda mungkin juga menyukai