Anda di halaman 1dari 9

PELAN INDUK

PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN (PIPP)
2006 - 2010
DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD EIJAS ISKANDAR BIN AHMAD ZAKY (K)
MUHAMMAD SAIFUL BAHRIN BIN ABDUL KADIR
MUHAMMAD NAIM BIN SABRI
PENGENALAN UMUM
◦ PIPP ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi
pada 16 Januari 2007 bersamaan 26Zulhijah 1427 di Putrajaya International Convention Centre
(PICC),Putrajaya.
◦ Wawasan PIPP adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia dan untuk melahirkan
modal insan yang bersifat menyeluruh progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan
modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.
◦ Terdapat 6 langkah yang dijalankan merujuk kepada teras strategik PIPP.
LANGKAH – LANGKAH YANG DIJALANKAN
Membina negara bangsa
• Memperkasa Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu.
• Memantapkan perpaduan integrasi nasional.
1 • Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

Membangunkan modal insan


• Menyediakan latihan kepada generasi muda.
• Menerapkan pelbagai kemahiran.
2 • Memupuk jati diri melalui kurikulum.

Memperkasa Sekolah Kebangsaan.


• PM telah memperkenalkan Dasar memperkasakan SK supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia.
• Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah ini lebih
3 beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana
LANGKAH – LANGKAH YANG DIJALANKAN
Merapatkan jurang pendidikan.
• Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.
4 • Memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.

Memartabat profesion keguruan.


• Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi.
• Menambah baik sistem pemilihan calon guru.
5 • Memantapkan latihan perguruan.

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.


• Mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster
6 institusi pendidikan yang ada.
ISU – ISU PERLAKSANAAN PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006 - 2010)

JANGKA MASA YANG TERLALU SINGKAT


◦ Jangka masa perlaksanaan pipp adalah selama 5 tahun. Hal ini adalah mustahil untuk melaksanakan
keenam-enam teras yang telah dicadangkan dalam pipp.
◦ Dari segi kekangan masa, kewangan dan sumber manusia adalah sangat mustahil untuk memenuhi
keenam-enam teras dalam tempoh 5 tahun.
ISU – ISU PERLAKSANAAN PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006 - 2010)
KEMAMPUAN PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH
◦ Dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan, pengetua dan guru besar memainkan peranan yang penting
untuk melihat kejayaan sesebuah sekolah.

◦ Oleh itu, pengetua dan guru besar perlu menjalankan 2 kali ganda kerja untuk memastikan pentadbiran,
akademik dan kokurikulum dalam keadaan yang baik.

◦ Banyak masa dan tenaga perlu dikorban untuk mencapai sesuat kejayaan.
ISU – ISU PERLAKSANAAN PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006 - 2010)
KEKURANGAN GURU
◦ Dalam memartabatkan profesion keguruan, cadangan agar guru-guru ditempatkan mengikut opsyen dan
keperluan dilaksanakan.

◦ Namun, bilangan guru masih belum mencukupi bagi matapelajaran tertentu maka guru terpaksa mengajar
matapelajaran yang bukan opsyen mereka.

◦ Hal ini menambahkan beban kerja guru serta memberi kesan terhadap prestasi kerja guru berkenaan.
ISU – ISU PERLAKSANAAN PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006 - 2010)

JURANG PENDIDIKAN YANG LUAS ANTARA BANDAR DAN LUAR BANDAR


◦ Walaupun terdapat sekolah luar bandar yang mempunyai prestasi yang lebih baik dari sebelumnya,
namun jurang pendidikan antara sekolah bandar adalah ketara kerana kekurangan kemudahan serta guru
yang berpengalaman.
RUJUKAN
Karmina Abd Rahman. (t.t). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Diakses melalui
https://www.academia.edu/19684754/PELAN_INDUK_PEMBANGUNAN_PENDIDIKAN_PIPP pa
da 20/1/21
.

Shahril Marzuki. (t.t). Analisis Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006- 2010 Digubal
Berdasarkan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2006 – 2010), Rancangan malaysia ke-9 (RMK9)
dan Wawasan 2020: Isu dan Pelaksanaannya. Jurnal Internasional, Manajemen Pendidikan, 60 -73.

Anda mungkin juga menyukai