Anda di halaman 1dari 2

Nilai Murni dari perspektif Agama Taoisme dan confucianisme

LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU.


1) Ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan
murah hati terhadap semua orang.
2) Shu yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan
orang lain.
3) Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain.
4) Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah
laku seseorang.
5) Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang
motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya.
6) Ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan
tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.
7) Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat
emosi dan jiwa mereka.
8) Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.

Anda mungkin juga menyukai