Anda di halaman 1dari 14

KONSEP ILMU

Definisi Konsep Ilmu


Konsep: pengertian mengenai sesuatu, tanggapan,
gagasan atau idea.

Ilmu menurut bahasa: berasal dari perkataan ‘Arab:


‫ علما‬- ‫ ( )علم – يعلم‬bererti : tahu, mengetahui dan
pengetahuan.
Ilmu menurut Istilah:
1. Meyakini sesuatu sebagaimana asalnya melalui
pembuktian yang meyakinkan, deria/ akal.
2. mengetahui sesuatu yang tidak diketahui.
3. Ilmu menurut Ulama’ Mantiq: mengetahui sesuatu
yang tidak diketahui secara yakin/zan dan
mengetahuinya secara tepat/tidak.
4. Menurut Kamus Dewan: pengetahuan, kepandaian
(dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dll.
Kedudukan & Kelebihan Ilmu
Kedudukan ilmu dalam Islam sangat istimewa,
kerana:
- Ilmu merupakan tunjang segala-galanya. Daripada
sekecil-kecil urusan sehinggalah ke sebesar-besar
urusan semuanya bergantung kepada ilmu.
- Ilmu ibarat nyawa kepada manusia; tanpa ilmu
manusia samalah seperti makhluk yang tidak
bernyawa.
- Para Nabi dan Rasul berada di kedudukan yang tertinggi
berbanding dengan makhluk lain termasuk para malaikat
adalah salah satunya kerana ilmu pengetahuan. Firman
Allah:
Maksudnya: Dan dia mengajarkan kepada Adam nama-nama
(benda) seluruhnya. Kemudian mengemukakannya kepada
para malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama
benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!”
mereka menjawab: Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami
ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada
kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi
Maha Bijaksana.” (al-Baqarah:31-32)
Kelebihan Ilmu
1- Meninggikan kedudukan seseorang di dunia dan akhirat.
. ‫يرفع هللا الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات‬
)al-Ma’idah: 11(

2- Dapat membezakan perkara yang hak yang batil.


.‫وتلك األمثال نضربها للناس وما يعقلها االالعالمون‬
))Al-Ankabut: 43
3- Memastikan ibadah yang dilakukan betul menepati syara’.

4- Menjadikan seseorang itu lebih takutkan Allah:


‫انما يخشى هللا من عباده العلماء‬
(Fathir: 28)

5- Allah inginkan kebaikan bagi ahli ilmu agama.


. ‫ من أراد هللا به خيرا يفقه فى الدين‬: ‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬
Pembahagian Ilmu
Dalam Islam ilmu telah dibahagi kepada beberapa
pembahagian:
A – Dari segi hukum menuntutnya:
Pertama: Ilmu Fardhu ‘Ain
Menurut Imam Al-Ghazali – ilmu yang berkaitan
dengan perkara yang dibebankan kepada setiap
manusia yang berakal dan baligh sama ada berupa
kepercayaan, perbuatan yang mesti dilakukan/perkara
yang mesti ditinggalkan, sama ada ia berupa
perbuatan/kepercayaan.
Kedua: Ilmu Fardhu Kifayah
Segala ilmu yang diperlukan oleh umat manusia, maka
menuntutnya pun wajib ke atas mereka. Seperti ilmu
kedoktoran, pengurusan, teknologi dll.

B- Dari segi hubungannya dengan syariat, ia terbahagi


kepada:
Pertama: Ilmu Syariat ;ia terbahagi kepada empat:
 i – ia merupakan usul/pokok, iaitu ilmu tentang al-Quran,
al-Sunnah, Ijma’dan Athar (peninggalan para sahabat yang
menunjukkan kepada al-Quran dan al-Sunnah).
kedua: Ilmu Furu’; terbahagi kepada dua.
A) yang berkaitan dengan kemaslahatan dunia, iaitu
ilmu tentang hukum segala berbuatan orang-orang
yang mukallaf yang dibahas di dalam kitab-kitab Fiqh.
B) yang bekaitan dengan kemaslahatan akhirat, iaitu
ilmu tentang hal keadaan hati, akhlak yang terpuji dan
tercela, yang dibahas di dalam kitab-kitab Tassawuf
Ketiga: mukaddimah/pengantar
Iaitu seumpama ilmu bahasa dan tatabhasa yang
berupa alat untuk memahami al-Quran dan al-
Sunnah. Termasuk dalam ilmu alat ialah ilmu menulis.

Keempat: ilmu penyempurna, iaitu:


A – penyempurna bagi al-Quran, sama ada yang
berkaitan dengan kata-katanya, seperti mempelajari
qiraat (cara membacanya) dan makharij al-huruf dll.
B- Penyempurna bagi ilmu athar dan akhbar,
seperti ilmu rijal al-hadith dll.
Kedua: Ilmu bukan Syariat, terbahgi kepada dua; yang
terpuji mempelajarinya seperti ilmu Fardhu Kifayah.
Sebahagiannya ilmu yang dikeji/dicela
mempelajarinya seperti ilmu sihir, ilmu silap
mata/ilmu menipu dan ilmu-ilmu yang tidak
berfaedah.

C- Dari segi memperolehinya:


Pertama : Ilmu Kasbi
Kedua: Ilmu Wahabi/Ladunni
D – Dari segi sumbernya:
Terbahagi kepada:
Pertama: Ilmu Aqli, iaitu ilmu yang diperolehi melalui
proses pemikiran akal, seperti ilmu hisab, ilomu sains,
ilmu alam, ilmu ukur dll.

Kedua: Ilmu naqli ; iaitu ilmu yang diperolehi melalui


penaqalan/pengambilan seperti ilmu hadith, ilmu
sejarah dll.
Sumber Ilmu
Mengikut Islam, sumber-sumber ilmu ialah:
Pertama: Wahyu – kebenarannya adalah mutlak, keran ia datang
daripada Allah SWT.
Kedua: Akal – merangkumi apa yang dinamakan sebagai
instinct/gharizah/naluri dan intellegence; iaitu kepintaran
/kemampuan untuk memahami.
Ketiga: Panaindera, seperti penglihatan, pendengaran ,
penciuman, perabaan dan perasaan iaitu pengamatan dan
pengalaman.
Keempat: Ilham
 Ilmu yang diperolehi selain daripada wahyu adalah tidak mutlak,
semuanya relatif belaka termasuk nilai dan teori-teori sains.
Hubungan Ilmu, Iman dan Amal
Ilmu, iman dan amal merupakan satu gabungan yang
tidak boleh dipisahkan. Gabungan di antara ketiga-
tiganya adalah gabungan yang kekal dari mula sehingga
ke akhirnya. Sebagai contoh perlaksanaan sesuatu
ibadah, sah /batal dan kualitinya amat bergantung
kepada ketiga-tiga perkara tersebut.

Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Iman tanpa ilmu dan


amal merupakan kerugian. Amal tanpa ilmu merupakan
kesesatan. Ilmu mesti didahulukan sebelum amalan.

Anda mungkin juga menyukai