Anda di halaman 1dari 18

KEARAH

KEMERDEKAAN
Pengenalan
 Negara ini pernah mengalami penjajahan
barat seperti Portugis, Belanda dan British
serta juga penjajahan Jepun.
 Sekembalinya British ke Tanah Melayu
selepas penjajahan Jepun, mereka
memperkenalkan Malayan Union.
 Ia menerima penentangan daripada
Orang Melayu – kearah Persekutuan
Tanah Melayu.
Penjajahan Portugis Ke Atas Melaka
 Portugis telah menakluki Melaka dan
mendudukinya selama 130 tahun iaitu
dari tahun 1511 sehingga 1641.
 Tujuan utama mereka adalah untuk
menggunakan pelabuhan Melaka
sebagai pangkalan untuk mengawal
kuasa perdagangan.
Peristiwa-peristiwa penting penaklukan
Portugis ke atas Melaka
Tahun Peristiwa
1509 Ketibaan Lopez de Sequira.
25 Julai 1511 Serangan pertama Portugis ke atas
Melaka
10 Ogos 1511 Serangan ke dua Portugis ke atas
Melaka
24 Ogos 1511 Melaka ditawan oleh Portugis.

 Angkatan laut Portugis diketuai oleh Alfonso de


Albuquerque – wizurai Portugis.
 Governor terakhir Portugis di Melaka – Emmaniuel
de Shuze
PENAKLUKAN BELANDA KE
ATAS MELAKA
 Penjajahan Belanda di Timur bermula
penguasaan Betawi (Jakarta).
 Tujuan utama kedatangan mereka ke Timur
adalah untuk menguasai perdagangan
rempah.
 Kejatuhan Portugis di Melaka adalah hasil
kerjasama antara Belanda dan Kerajaan
Johor
 Perjanian Inggeris-Belanda 1824
Juga dikenali sebagai perjanjian London.
Peristiwa penting dalam pendudukan Belanda di
Tanah Melayu.
Tujuan adalah untuk menamatkan pergeseran
yang berterusan antara kedua-dua belah pihak.
Perjanjian ini juga telah membolehkan Inggeris
menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
(Negeri Selat).
KEDATANGAN INGGERIS KE
NEGERI-NEGERI MELAYU
 Bangsa Eropah yang paling lama menjajah
di Alam Melayu yang tercatat dalam sejarah
Malaysia.
 Tujuan utama adalah untuk melindungi jalan
perdagangan ke China dengan mendirikan
pusat persinggahan di seluruh semenanjung.
 Penguasaannya boleh dilihat melalui 2
situasi.
Situasi pertama – negeri-negeri selat.
Situasi kedua – hubungan dengan negeri-
negeri Melayu
 British India mempunyai objektif untuk
menjayakan matlamat Imperialisme ke
seluruh Tanah Melayu.
 Robert Fullerton (Governor di Penang)
berusaha membendung pengaruh Siam
di utara semenanjung.
 Usaha-usaha giat dilakukan dengan
berterusan untuk mengelak serangan
dari Siam.
 siri-siri rundingan dengan pihak kerajaan
Siam:
Perjanjian Burney (1826)
Perjanjian Low
Perjanjian Anderson
 Perjanjian Low – antara James Low & Sultan
Abdullah.
 Syarat-syaratnya ialah:
 Perak berjanji tidak akan mengadakan hubungan politik
dengan Siam atau negeri-negeri lain.
 Perak bersetuju tidak akan menghantar bunga emas atau lain-
lain persembahan kepada Siam atau negeri-negeri Melayu lain.
 British bertanggungjawab untuk melindungi Perak daripada
sebarang serangan luar.
 Pedagang-pedagang dari mana-mana negeri dibenarkan
berdagang di Perak asalkan mereka tidak campur tangan
dalam hal ehwal Perak.
 Sultan Perak tidak akan membenarkan wakil-wakil yang lebih
daripada 30 orang lelaki daripada negara-negara lain masuk ke
Perak dengan tujuan untuk campur tangan dalam hal ehwal
politik.
 Dinding dan Pulau Pangkor diserahkan kepada British.
 Perjanjian Anderson dengan Selangor dan
Perak 1825;
1825 - Gabanor Fullerton mengarah Anderson
untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian antara
Selangor dan Perak.
Anderson seterusnya menandatangani perjanjian-
perjanjian dengan Selangor pada 20 Ogos 1825
dan dengan Perak pada 6 September 1825.
Melalui perjanjian-perjanjian ini, Perak dan
Selangor bersetuju untuk tidak menyerang satu
sama lain - Sungai Bernam ditetapkan sebagai
sempadan antara Perak dan Selangor.
 Walaupun kerajaan India Inggeris tidak
mengesahkan Perjanjian Low tetapi ia juga
tidak bertindak untuk memansuhkan
perjanjian tersebut atau menandatangani
perjanjian baru
 Lama-kelamaan Perjanjian Low dan
Perjanjian Anderson telah menjadi asas
hubungan di antara kerajaan Inggeris India
dan Perak.
 Sebelum pentadbiran British di negeri
Perak, sistem pemerintahan Kesultanan
Negeri Perak masih meneruskan
konsep ketradisionalan Kesultanan
Melayu Melaka dengan sedikit
perubahan dan penyesuaian dengan
keadaan negeri dan masyarakat.
 Pembesar negeri dianugerahi Sultan
kawasan untuk jagaan dan kawalan
pembesar tempatan.
 Syahbandar - memungut cukai di kuala sungai perak
 Laksamana - memungut cukai di atas nama sultan.
sultan boleh membeli bijih timah dengan harga murah
 Raja muda - berkuasa di kampung gajah dan bandar tua
 Bendahara - memungut cukai di pedalaman di kuala
kinta
 Dato mata-mata - pembantu laksamana memungut
cukai mengikut kadar yang ditetapkan
 Dato maharaja lela - berkuasa di sungai dedap dan pasir
salak
 Dato sagor - penyelia masakan dalam upacara rasmi,
berkuasa di kampung tengah dan kampung gajah.
SISTEM RESIDEN
 Permulaan kuasa british dalam pentadbiran
melayu
 Perjanjian pangkor (1874); 
Pemindahan kuasa pentadbiran raja raja melayu
kepada pegawai pegawai lantikan residen british
mengikut sesebuah negeri melayu.
Bertugas sebagai penasihat sultan dalam semua
urusan kecuali urusan agama dan adat
 Semua urusan pungutan dan kawalan cukai
dijalankan mengikut nasihat residen atas
nama sultan
 Gaji residen dibayar oleh sultan bukannya
kerajaan british.
 Penyerahan kuasa dibuat secara rela oleh
raja raja melayu - mendapat janji palsu
dan pemberian pencen kecil oleh kerajaan
british
 Sistem Residen telah dilaksanakan
bermula dengan kerajaan Melayu Perak
dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain
seperti Kerajaan Selangor, Pahang, Negeri
Sembilan dan akhir sekali kerajaan Johor
 Negeri-negeri selat – Penang, Melaka &
Singapura
 Negeri-negeri bersekutu – Perak,
Pahang, Selangor & Negeri Sembilan
 Negeri-negeri tidak bersekutu –
Terengganu, Kedah, Perlis & Johor.

Anda mungkin juga menyukai