Anda di halaman 1dari 3

Teori Psikoseksual

Teori ini dipelopori Sigmund Freud menurut beliau psikoseksual ini merupakan fasa-fasa
perkembangan manusia yang didorong oleh Libido yang mana didasari dengan seksualiti sejak
bayi lagi. Selain itu beliau juga membagi struktur keperibadian seseorang dalam tiga komponen
iaitu id, ego dan super ego kelakuan seseorang merupakan hasil interaksi antara ketiga-tiga
komponen tersebut. Beliau juga berpendapat bahawa perkembangan keperibadian manusia
sebahagian besar ditentukan oleh perkembangan psikoseksualnya. Antaranya ialah,

Fasa oral ( 0-1 Tahun)

Merupakan fasa pertama yang berlangsung pada perkembangan individu. Fasa ini daerah erogen
yang paling penting dan paling peka adalah mulut terutamanya berkaitan dengan makanan dan
minuman .

Fasa Anal ( 1-3 Tahun)

Kepuasan mereka tidak lagi tergantung dengan mulut malah beralih melalui pembuangan najis
perhatian kanak-kanak akan lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar.

Fasa Falik (3-5 Tahun)

Kanak-kanak mula meneroka alat-alat seks mereka, tubuh badan mereka, khayalan-khayalan
berkenaan sekes, kanak-kanak mula menerima ketentuan-ketentuan moral melalui ibubapa
mereka.

Fasa Phallic (3-6 Tahun)

Melalui fasa ini kanak-kanak mulai menggeser area kenikmatan seksualnya pada alat kelamin.
Anak mulai bisa menikmati sentuhan (rangsangan) pada alat kelaminnya.

Fasa Letensi ( 6-12 Tahun)

Pada fasa ini dapat terjadi gangguan hubungan homoseksual pada lelaki mahupun wanita.

Fasa Genital ( 12-Dewasa)


Fasa ini mereka akan mengalami proses umur akil baligh, lebih matang dan bebas dari pengaruh
ibubapa mereka. Mereka juga lebih suka menjalinkan hubungan erat dan rapat dengan rakan
sebaya

Teori Psikososial

Menurut Erik Erikson satu proses perkembangan psikososial yang membolehkan kanak-kanak
berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya.
Terdapat 8 peringkat perkembangan.

Percaya vs Kecurigaan (0-18 Bulan)

- Membina rasa kepercayaan secara berperingkat


- Hubungan yang erat dan rapat dengan ibu bapa

Autonomi vs Keraguan (18 bulan- 3tahun)

- Inginkan sokongan ibu bapa


- Timbul rasa percaya pada keupayaan diri
- Kuasai kawalan diri yang baik

Inisiatif vs Rasa rendah diri (6-12tahun)

- Nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya


- Mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu

Identiti vs Kekeliruan identity (12-20tahun)

- Peringkat kematangan seksual


- Rakan sebaya menjadi teman rapat
- Berkomitmen

Keakraban vs persaingan (20-40tahun)

- Menghala kehidupan berkelamin


- Ingin mencara teman hidup yang sesuai
- Bermatlamat

Generativiti vs keraguan (40-60tahun)


- Emosi dan kedudukan mantap
- Bersikap timbang rasa, bertanggungjawab dan perihatin
- Memberi sumbangan kepada generasi seterusnya.

Kesepaduan vs Putus Asa (60tahun keatas)

- Muhasabah diri
- Berjaya akan berada di kemuncak
- Rasa kesepaduan jika berjaya atasi konflik dalam peringkat-peringkat sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai