Anda di halaman 1dari 3

TEORI PSIKOSOSIAL

Teori psikososial diperkenalkan oleh Eric Erickson yang berasal daripada Frankfurt, Jerman.
Teori yang dikemukakan Erik Erickson merupakan salah satu teori yang memiliki pengaruh kuat dalam
psikologi. Bersama dengan Sigmund Freud, Erickson mendapat posisi penting dalam psikologi. Hal ini
kerana ia menjelaskan tahap perkembangan manusia mulai dari lahir sehingga kehidupan seterusnya.
Selain itu Freud lebih banyak berbicara mengenai proses ketidaksedaran manusia, teori Erickson pula
menghuraikan mengenai aspek kehidupan sosial dan fungsi budaya dianggap lebih realiti. Teori Erickson
dikatakan sebagai salah satu teori yang sangat selektif kerena distrukturkan pada tiga elemen asas. Asas
yang pertama ialah teorinya sangat representatif kerana memiliki kaitan dengan ego yang merupakan
salah satu aspek yang mendekati keperibadian manusia. Kedua, menekankan betapa pentingnya
perubahan yang terjadi pada setiap tahap perkembangan dalam lingkaran kehidupan, dan yang terakhir
adalah menggambarkan secara eksplisit mengenai usahanya dalam mengabungkan pengertian sosial
dan latar belakang yang dapat memberikan kekuatan serta kemajuan dalam perkembangan keperibadian
didalam sebuah jangka hayat manusia. Terdapat 8 peringkat psikososial dalam teori ini yang saling
berhubung kait antara satu sama lain.
Tahap yang pertama ialah ketika awal kelahiran bayi yang berumur sehingga 1 tahun dimana
wujud keadaan mempercayai melawan tidak mempercayai. Perilaku bayi dipengaruhi oleh dorongan
mempercayai atau tidak mempercayai orang-orang di sekitarnya. Dia sepenuhnya mempercayai orang
tuanya, tetapi orang yang dianggap asing dia tidak akan mempercayainya. Oleh karena itu kadangkadang bayi menangis apabila di pangku oleh orang yang tidak dikenalinya. Cara penjagaan ibu dan
ayah pada ketika ini mempengaruhi kelakuan bayi dan memberikan sedikit keyakinan padanya untuk
belajar kebaikan atau keburukan sesuatu keadaan.
Tahap kedua pula ialah perkembangan kepercayaan berdikari atau lawannya malu serta ragu-ragu
yang berlaku ketika bayi berumur 18 bulan sehingga 3 atau 4 tahun. Pada usia ini menurut Erikson bayi
mulai belajar untuk mengawal tubuhnya, sehingga melalui masa ini akan nampak suatu usaha atau
perjuangan anak terhadap pengalaman-pengalaman baru yang berorientasi pada suatu tindakan atau
kegiatan yang dapat menyebabkan adanya sikap untuk mengawal diri sendiri dan juga untuk menerima

mengawal dari orang lain. Kanak-kanak ketika ini perlu dikawal dan dibentuk caranya, jika keberanian
mampu mengawal perasaan ragu-ragu dan malu, mereka akan mencapai tahap berdikari.

Tahap seterusnya ialah inisiatif ataupun rasa bersalah yang berlaku diantara umur 4 hingga
6 tahun. Pada masa ini anak telah memiliki beberapa kecekapan, dan dengan kecekapankecekapan tersebut dia terdorong untuk melakukan beberapa kegiatan, tetapi karena kemampuan
anak tersebut masih terbatas adakalanya dia mengalami kegagalan. Kegagalan-kegagalan
tersebut menyebabkan dia memiliki perasaan bersalah, dan untuk sementara waktu dia tidak
mahu berinisatif atau atau mengulanginya lagi. Oleh kerana itu, rangakaian kata yang tepat untuk
menggambarkan umur kanak-kanak ketik ini ialah keberanian, kemampuan untuk bertindak dan
pemahaman mengenai keterbatasan dan kesalahan yang pernah dilakukan sebelumnya.
Peringkat keempat pula ialah ketekunan atau kerendahan diri yang terjadi pada usia kanakkanak di sekolah antara umur 6 sehingga 12 tahun. Salah satu tugas yang diperlukan dalam tahap
ini ialah adalah dengan mengembangkan kemampuan bekerja keras dan menghindari perasaan
rasa rendah diri. Saat berada lingkungan umur ini interaksi sosialnya bertambah luas dari
lingkungan keluarga sampai ke sekolah, sehingga semua aspek memiliki peranan, misalnya
orang tua harus selalu mendorong, guru harus memberi perhatian, teman harus menerima
kehadirannya, dan sebagainya. Kanak-kanak akan belajar mengikut dan menghormati etika
masyarakat yang sedia ada namun ia perlu dorongan yang utuh daripada keluarga.
Selepas usia mencapai 12 hingga 20 tahun, remaja akan mula mencari identiti dan bingung
dengan peranan sendiri. Pada usia ini, remaja akan mula mencari dan mengenal identiti sendiri
agar tidak tercelaru. Pengaruh rakan sebaya atau orang berpengaruh pada ketika ini amat
mendorong pembentukan identiti remaja. Oleh itu, keluarga berperanan membantu remaja
mengenali identiti anaknya agar tidak terpengaruh dengan unsur kurang elok.

Mengikut Erickson, tahap keenam individu bermula dari umur 20 hingga 30 tahun iaitu
tahap kedewasaan. Pada tahap ini, individu akan mula memikirkan soal pasangan dan mula
menghindari rakan sebaya walaupun bukan secara mutlak. Mereka mula mencari keserasian
yakni percintaan namun bimbingan yang wajar harus diberikan agar ia tidak mengalami
kecelaruan perasaan misalnya jatuh cinta sesama jantina atau homoseksual. Wujud dua keadaan
dalam peringkat ini iaitu adanya afiliasi dan elitisme. Afilisiasi menunjukkan suatu sikap yang
baik dengan mencerminkan sikap untuk mempertahankan cinta yang dibangunkan dengan
sahabat, kekasih, dan lain-lain. Sedangkan elitisme menunjukkan sikap yang kurang terbuka dan
selalu menaruh curiga terhadap orang lain.
Tahap ketujuh dalam teori ini merujuk kepada umur di pertengahan dewasa iaitu sekitar 30
hingga 60 tahun. Pada tahap ini, individu sudah mempunyai nilai dan tanggungjawab yang harus
dihadapi misalnya penjagaan keluarga dan sebagainya. , pada tahap ini individu telah mencapai
puncak dari perkembangan segala kemampuannya. Pengetahuannya cukup luas, kecekapannya
yang banyak, sehingga perkembangan individu sangat pesat. Meskipun pengetahuan dan
kecakapan individu sangat luas, tetapi dia tidak mungkin dapat menguasai segala macam ilmu
dan kecekapan, sehingga tetap pengetahuan dan kecakapannya terbatas. Untuk mengerjakan atau
mencapai halhal tertentu sehingga maksimum ia mengalami sekatan.
Integriti serta keputusan merupakan tahap terakhir di dalam teori ini yang berlaku di antara
umur 60 hingga 65 tahun. Pada ketika ini, pengalaman-pengalaman masa lampau yang banyak
akan menyebabkan seseorang individu itu berjaya mencapai keputusan yang baik di dalam setiap
keinginannya namun bukan semuanya akan tercapai. Pada peringkat ini, kekecewaan dan
kegembiraan mudah dirasai berdasarkan usaha yang dilakukan pada umur sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai