Anda di halaman 1dari 2

 Peringkat Oral (0 hingga 18 bulan )

 Pada peringkat ini, personaliti bayi lebih tertumpu kepada id. Bayi dikawal oleh
biologi dan secara asasnya mementingkan diri sendri.
 Mereka dikuasai oleh naluri mereka.
 Apabila bayi dilahirkan, kehendak mereka ialah mulut. Pada tahap ini, kepuasan
segera diperolehi oleh bayi pada bahagian mulut kerana bai dikawal oleh prinsip
kenikmatan seperti mengunyah dan menelan.
 Apabila bayi, menghisap susu, kawasan mulut akan mendapat stimulasi. Sekiranya
pada tahap ini bayi menerima layanan yang baik dalam memenuhi kepuasannya, maka
dikatakan trait personaliti sebagai individu yang optimistic, mesra, dan mudah
bekerjasama akan dilihat dalam diri individu tersebut.
 Namun, sekiranya tidak dapat, maka dia akan erlekat di peringkat ini dan
mempunyai personaliti seperti pendiam, pasif.
 Bayi yang lambat diperkenalkan kepada makanan keras akan terlekat pada
peringkat menggigit. Masalah yang timbul apabila berlaku lekatan ini ialah individu
yang becakap kasar, agresif, dan suka menggigit kuku, pen dan sebagainya.

 Peringkat Anal ( 18 bulan hingga 3 tahun )


 Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkt dubul. Pada usia ini, zon kelazatan
beralih ke kawasan dubur. Freud mempercayai bahawa kanak-kanak mendapat
kelazatan daripada mengawal aktiviti pembuangan najis.
 Pada tahap ini, penumpuan tenaga libido ditumpukan pada bahagian-bahagian otot
pembungan najis yang melibatkan latihan tandas (toilet-training).
 Cara ibu-bapa menguruskan latihan tandas kepada kanak-kanak mempengaruhi trait
personaliti seseorang individu. Sekiranya latihan yang diberikan tidak sesuai maka
akan menimbulkan perasaan negatif pada kanak-kanak dan mewujudkan anal agresif
dan anal retentif.
 Anal agresif- berlaku apabila kanak-kanak bertindak agresif terhadap kawalan
ketat dan peraturan rigid yang dikenakan. Anak akan bertindak membuang air di
merata-rata tempat. Tindakan ini akan melahirkan anak yang bersifat zalim, ganas,
pemarah, dan tidak berdisiplin apabila dewasa
 Anal retentif- Berlaku akibat daripada perhatian yang berlebihan diberikan semasa
anak membuang air. Keadaan ini akan melahirkan anak yang mematuhi arahan ibu -
bapa dan tidak mempunyai pandangan sendiri. Tindakan ini akan melahirkan anak
yang kedekut, degil, dan terlalu mementingkan peraturan dan tidak mengendahkan
masalah orang lain apabila dewasa nanti.
 Oleh itu, pada pandangan Freud, kanak-kanak pada peringkat ini perlu diberi
peluang untuk berdikari, mempunyai autonomi dan tahu mengawal diri sendiri.

 Peringkat Falik (3 hingga 6 tahun )


 Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat kubul. Pada peringkat ini, kanak-kanak
mula mengetahui tentang kejantinaan sama ada perempuan atau lelaki. Sember
kepuasan libido berpindah kepada organ kejantinaan.
 Pada tahap ini, Freud mempercayai kanak-kanak lelaki akan mengalami Oedipus
Kompleks di mana kanak-kanak lelaki lebih menumpukan kasih saying ibunya.
Manakala, bagi kanak-kanak perempuan akan mengalami Elektra Kompleks, di mana
berlakunya persaingan dengan ibu untuk mendapatkan kasih sayang bapa.
 Oleh itu, ibu bapa seharusnya peka terhadap perasaan anak. Bahagikan kasih sayang
dan perhatian sama rata dan berlaku adil terhadap semua anak. Perlekatan pada
tahap ini akan merenggangkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.

 Peringkat Latensi (6 tahun hingga Baligh)


 Peringkat ini merupakan peringkat di mana kanak-kanak mula bersosial. Mereka mula
mengalihkan perhatian kepada orang lain selain daripada ibu bapa dan keluarga. Pada tahap
ini, semua perasaan seksual dipendamkan dan diletakkan di aras bawah sedar. Kanak-kanak
memberi penumpuan kepada kerja-kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti lain. Mereka
mempelajari tentang peranan jantina dan kanak-kanak lebih gemar berkawan dengan rakan
yang sama jantina. Secara tidak sedar keadaan ini akan menguatkan lagi sifat kelakian pada
kanak-kanak lelaki dan sifat kewanitaan kepada kanak-kanak perempuan. Tumpuan juga pada
usaha berdaya tindak dengan persekitarannya.
 Pada peringkat ini, kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial
mereka. Ibubapa hanya perlu memerhati dan mengawasi aktiviti sosial anak mereka. Kanak-
kanak yang tidak merasa kepuasan berkawan akan menunjukkan tingklah laku yang negatif
apabila dewasa kelak. Mereka sukar bergaul, mengasingkan diri, suka menyendiri dan
terkongkong.

Ø Peringkat genital (selepas baligh hingga dewasa)


 Tahap kejantinaan ini menampakkan kemunculan semula kecenderungan seks yang dialami
semasa individu itu berada pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat ini, remaja mula
mengambil tahu dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Pada
waktu ini, remaja juga mula memikirkan isu berpasangan, perkahwinan, dan masa depan.
Tenaga libido akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga
yang berlainan jantina.
 Pada peringkat ini, kelenjar-kelenjar seksual sudah mula berfungsi dan melalui proses
perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan. Perasaan cinta
kepada diri sendiri dan kepada orang lain mula wujud.
 Individu pada peringkat ini akan cuba memuaskan segala apa yang tidak dapat dicapai pada
zaman kanak-kanak. Ini akan mengakibatkan pembentukan personaliti yang dihasilkan oleh
konflik-konflik yang berlaku pada zaman kanak-kanak menonjol dan menjadi dominan.

 Sebagai kesimpulan, dalam usaha membentuk personaliti yang diinginkan, Freud percaya cara didikan
dan layanan yang diterima oleh individu semenjak kecil sangat mempengaruhi personaliti seseorang.
Oleh itu, ibubapa, guru dan masyarakat sekeliling perlu membantu perkembangan kendiri kanak-kanak
supaya mereka dapat mengatasi konflik-konflik yang timbul pada setiap peringkat perkembangan.

Anda mungkin juga menyukai