Anda di halaman 1dari 46

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE

TANAH MELAYU & PENGARUHNYA


TERHADAP BUDAYA DAN CARA
HIDUP RAKYAT MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH :
ABDUL MUNIR BIN ABDUL NAIN
MOHD SYAMEER BIN MOHD JAMIL
MOHD IZZAT BIN MHD NASIR
AHMAD ZAHID HAMIDI BIN BADRUL SHAM
PENDAHULUAN
Pada umumnya terdapat tiga teori utama tentang

kedatangan Islam ke Tanah Melayu iaitu Islam

datang dari Tanah Arab, China dan negara India.

Teori-teori ini diketengahkan oleh banyak sejarawan

seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson,

Thomas Arnold, Morquette, R.O Winstedt, S.Q.

Fatimi, Syed Muhammad Nuqaib al-Attas, HAMKA

dan sebagainya.
TEORI
KEDATANGAN ISLAM
MKE TANAH
MELAYU
Teori-teori mereka ini adalah berasaskan pada jumpaan

sumber sejarah atau rasionalisme sejarawan itu sendiri

dalam menyusun kepelbagaian pendapat sehingga lahir

teori-teori kedatangan Islam di Tanah Melayu. Mengenai

kedatangan Islam ke Tanah Melayu para sejarawan

berpendapat, Melaka merupakan negeri yang mula-mula

menerima ajaran Islam dan raja Melaka yang pertama iaitu

Parameswara dikatakan telah memeluk Islam pada tahun

1414.
TEORI DARI INDIA
 Teori dari India
Islam pada umumnya telah disebarkan di Asia
Tenggara dari Tanah Arab. Akan tetapi timbul
satu teori yang dikemukakan oleh Snouk C.
Hurgrouge yang mengatakan islam yang
disebarkan di Asia Tenggara dari India. Dalam
bukunya Islam di Hindia Belanda menyebut
“….setelah sebahagian bangsa india memeluk
islam, maka orang-orang islam turut
mengambil bahagian lalulintas dan imegrasi di
Nusantara, dan mereka itulah yang
memasukkan islam ke wilayah nusantara”.
Pendapat ini di sokong oleh kebanyakkan ahli
sejarah termasuklah B. Harrison. Dalam
bukunya South East Asia : Short Story,
Harrison mengatakan budaya asia Tenggara
dipengaruhi oleh India dan untuk
mengukuhkan lagi teori ini dengan penemuan
batu-batu nisan awal yang dijumpai di Asia
Tenggara dari kambey di Gujerat, peranan
pedagang-pedagang gujerat dan kesanya
terhadap penyebaran islam serta tradisi
kesusanteraan melayu yang mirip kepada
tradisi india islam.
 Catatan-catatan dari pengembara yang
pernah melawat Asia Tenggara pada abad
ke13 dan 14m seperti Marco Polo dan ibnu
Baitutah dan catatan ini menunjukkan islam
mula berkembang di kawasan ini sekitah
abad 13m. Mengenai teori dari
Gujerat, G.P.  Moquette telah membuat
kajian terhadap batu nisan di Pasai yang
bertarikh 1428 M dan batu nisan Maulana
Malik Ibrahin di Gerisik bertarikh 1419 M.  
Berdasarkan kajian yang terhadap kedua-
dua batu nisan tersebut didapati kedua-
duanya lebih mirip strukturnya dengan batu
nisan Umar ibn Ahmad Kazaruni di
Gujerat.  Justeru, beliau membuat
kesimpulan bahawa kedua-dua dibawa dari
Gujerat.  Hipotesis ini disokong kuat
oleh R.A. Kern, W.F. Stutterheim dan J.
Gonda dengan menyatakan bahawa Islam ke
Nusantara adalah berasal dari Gujerat
Walaupun begitu, jika dikaji secara teliti
didapati teori tersebut mempunyai
kelemahan yang sukar ditonjolkan sebagai
fakta sejarah kerana ketika terdirinya
kerajaan Pasai pada tahun 1042 M, Gujerat
belum lagi menerima Islam.  Gujerat
dikatakan menerima Islam semasa is berada
di bawah kekuasaan Kesultanan Delhi pada
tahun 1301 M.  
 Para sejarawan juga cuba mengaitkan tempat
asal batu-batu nisan tersebut, sebagai alasan
yang menunjukkan kedatangan Islam ke
Nusantara berpunca dari daerah tersebut
dianggap sebagai alasan yang kurang jelas
dan tepat.  Ini kerana kewujudan batu nisan
yang serupa di Nusantara dengan Gujerat ada
kemungkinan terdapat pelbagai dari segi
kemudahan dari segi urusan jual beli dan
pengangkutan, bukanlah semestinya
menunjukkan bahawa Islam itu datang dari
Gujerat.
Thomas Arnold pula berpendapat bahawa
Gujerat bukanlah tempat yang mula-mula di
India bertanggungjawab bagi
memperkenalkan Islam ke Nusantara.  Ini
kerana kedatangan Islam di rantau ini lebih
dahulu dari Gujerat.  Beliau berpendapat
Islam di Nusanatara datang dari Bengal
daerah Coromandel atau Malabar dari India
Selatan.  Ini kerana daerah tersebut lebih
dahulu menerima Islam dari Gujerat.  
Bengal dikatakan telah ditakluki sejak awal
abad ke-13 M lagi dan dijadikan sebagai
pusat pengajian dan penyebaran
agama.  Lebih-lebih lagi mazhab antara
penduduk Bengal dan Malabar adalah sama
mazhab dengan penduduk Nusantara, iaitu
berpegang kepada Mazhab Shafie, sedangkan
mazhab anutan penduduk Gujerat adalah
Mazhab Hanafi.
Teori kedatangan Islam dari Benggala
(Bengal) juga dikemukakan oleh S.Q.
Fatimi yang berlandaskan huraian Tome
Piresdalam bukunya Suma Oriental. Menurut
beliau, Sultan Malik as-Salih yang menjadi
raja pertama di negeri Pasai adalah seorang
pedagang India berketurunan Benggali.  Oleh
kerana Pasai merupakan negeri pertama yang
memeluk Islam menurut tanggapan Fatimi,
beliau mengandaikan juga bahawa Islam di
abwa dari Benggala.  
Sebenarnya apa yang diketahui, raja Pasai
yang pertama ialah Mahmud
Shah atau Meurah Ciri, bukan Malik al-Salih
seperti yang dilaporkan oleh Tom Pires dan
dipersetujui oleh Fatimi.  Mengenai salasilah
keturunan Malik as-Salih yang dikatakan
daripada keturunan Benggali tidak dapat
diterima kerana tidak ada bukti yang
meyakinkan.
Dalam permasalahan persamaan mazhab
antara Bengal dengan Malabar dengan
Nusantara, Harrison begitu menyokong
pendapat tersebut, kerana dari struktur yang
sama membuktikan bahawa Islam tidak dapat
tidak adalah dibawa dari tempat
berkenaan.  
Sebenarnya alasan Harrison yang
menekankan persamaan mazhab itu tidak
dapat diterima.  Ini kerana dalam Islam tidak
terdapat perbezaan yang besar antara
mazhab-mazhab yang ada.  Pengikut Islam
boleh bertukar kepada mana-mana mazhab
jika timbul masalah-masalah dalam satu-satu
mazhab ikutannya jika berasakan tidak
bersesuaian.  
Selain itu, Harrison juga perlu memahami
bahawa kawasan-kawsan di barat India juga
pada peringkat permulaannya mereka juga
mengikut mazhab Syafie sama seperti
kawasan di sebelah selatannya termasuk
Bengal sendiri.  Justeru, persamaan mazhab
anatar dua daerah tidaklah boleh dijadikan
sebagai alasan yang Islam itu dibawa dari
daerah tersebut.
Sebenarnya, pendokong-pendokong teori
dari India mempunyai tanggapan yang
salah.  Bagi mereka kedatangan Islam ke
Nusantara adalah berlaku pada abad ke-13
M.  Sesungguhnya menurut fakta sejarah,
Islam dikatakan telah pun bertapak sejak
abad pertama hijrah atau sejak abad ke-7 M
lagi.  
Walau bagaimanapun tidaklah dapat
disangkal yang para pendakwah dari India
juga turut memainkan peranan yang lagi aktif
dalam mengislamkan panduduk-penduduk di
Nusantara di samping pendakwah-pendakwah
Arab dan Parsi terutama di sekitar abad ke-13
M juga abad-abad kebelakangan.  Sehubungan
dengan itu terdapat juga orang-orang Islam
India terutama dari Malabar yang terkenal di
Nusantara sebagai panggilan Malabari yang
menjalankan perniagaan dan ada yang
berkahwin dengan penduduk tempatan.
Hubungan Nusantara dengan Asia Barat
dikatakan berlaku sejak abad ke-7 M
lagi.  Manakala sejarawan barat berpendapat
kedatangannya berlaku di sekitar kurun ke-13
M.  Di Tanah Melayu kebanyakan para
sejarawan tempatan mengandaikan
kedatangannya di sekitar kurun ke-9 dan
selewat-lewatnya pada kurun ke-12
M.  Kebanyakan sejarawan barat pula
berpendapat ia berlaku di sekitar kurun ke-
15 M dan bermula dari Melaka.  
Namun demikian, berdasarkan kajian yang
lebih menyeluruh di samping terdapat
beberapa penemuan baru diyakini
kedatangan Islam kea lam Melayu berlaku
sejak abad ke-7 dan ke-8 M lagi. Terdapat
pelbagai teori dan bukti yang menyokong
pendapat yang menyatakan bahawa Islam
tersebar ke Alam Melayu adalah dari negara
India.
TEORI DARI CINA
Sarjana tempatan dan barat turut bersetuju
dengan teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
adalah dari negara China. Ini kerana terdapatnya
bukti yang menyokong pendapat tersebut.
Antara bukti yang menyokong pendapat mereka
adalah penemuan Batu Bersurat di Terengganu.
Memandangkan Terengganu terletak di pantai
timur Tanah Melayu, maka dengan terjumpanya
batu tersebut di situ menunjukkan bahawa Islam
telah sampai dari arah Timur, dan sarjana setuju
menyatakan Islam datang dari China, Hainan
atau Champa.
Walaupun pada batu bersurat itu tertera
tulisan jawi, pendapat yang mengatakan
bahawa ia datang dari Tanah Arab tidak
dapat menyaingi pendapat yanag
mengatakan ianya datang dari China. Ini
kerana negara China telah pun menerima
Islam lebih awal dari negara lain di Timur
kerana pada zaman Kerajaan Islam, utusan
telah pun dihantar ke China melalui jalan
sutera bagi mengembangkan agama Islam.
Hubungan perdagangan antara orang Arab
dengan China dikatakan telah berlaku sejak
sebelum kelahiran Agama Islam lagi. Mereka
membawa barang-barang dagangan seperti
bau-bauan, mutiara, dan batu-batu yang
berharga di samping membeli mutiara dan
tembikar dari China. Perdagangan antara
Arab dan China secara tidak langsung
mewujudkan hubungan antara orang Arab
dan China dengan Kepulauan Melayu.
Menurut laporan orang-orang China Islam, orang
Arab-Islam telah pun datang ke negeri China sejak
zaman pemerintahan Maharaja Tai
Shiung dari Dinasti Pang (627 �
650M).  Dikatakan pendakwah pertama datang ke
China ialah Wahab bin Abi Kabsyah yang diutuskan
oleh Rasulullah SAW, dan sesampainya di Canton
beliau meninggal dunia dan dimakamkan disitu.
Selain itu, pada zaman Khalifah Uthman bin
Affan, Saad bin abi Waqas dikatakan telah pergi
ke China dan telah meletakkan batu asas sebuah
masjid di Canton yang terkenal dengan nama Wai
Shin-Zi ( Masjid Kenangan Nabi).
Menurut Lui Tahich, seorang penulis China-
Islam, melaporkan bahawa selepas Saad bin
Abi Waqas pulang ke Tanah Arab, beliau
telah tinggal di Canton dan Khalifah Utman
sekali lagi mengutusnya ke sana. Beliau
dikatakan telah meninggal dunia di Canton
dan dikuburkan di sana. Pendapat beliau
diragui oleh kebanyakan sejarawan, namun
mereka mengakui bahawa Saad bin Abi
Waqsas ada melakukan lawatan dan dakwah
di China.
Pada tahun 713 M, panglima perang
Islam, Qutaibah ibni Muslim telah pun sampai ke
sempadan negeri China dan merancang untuk
menyerang negeri tersebut. Niatnya terpaksa
dibatalkan kerana Maharaja China, Hsuan
Tsung (713 � 756 M) memulakan perhubungan
persahabatan dengannya, dan tambahan pula
peristiwa kemangkatan Khalifah Al-Walid bin
Abdul Malik yang membuatkan beliau
membatalkan hasratnya itu. Walau
bagaimanapun, kesan daripada hubungan
tersebut, Islam telah tersebar di Barat dan Barat
Daya negeri tersebut.
TEORI DARI NEGARA ARAB
Teori kedatangan Islam dari Negara Arab
telah disokong oleh John Crawford  , Syed
Muhamad Naquib al-Attas,Hamka dan Hossein
Djajaningrat. Mereka berpendapat, aktiviti
perdagangan pedagang Arab di Kepulauan
Melayu telah bermula sejak awal zaman Islam
lagi. Menurut Mahyudin haji Yahaya ( 1998 ),
sejarah Arab ada menunjukkan bahawa
pedagang Arang datang berdagang ke Tanah
Melayu melalui pelbagai jalan yang bermula
dari Jeddah hinggalah ke gugusan Kepulauan
Melayu (Dr Mohd Rosdi Bin Mahmud, 2011).
Antara bukti sejarah yang menyatakan bahawa Islam itu
datang ke Tanah Melayu dari negara Arab ialah aktiviti
perdagangan menerusi catatan China yang menyatakan
bahawa orang Arab dan Parsi mempunyai petempatan di
Canton pd 300M. Selain itu, terdapat juga bukti yang
menyatakan Pedagang Arab telah dapat menguasai laut
dari pelabuhan Iskandariah hingga China dan mereka telah
berdagang di rantau ini terutama setelah kemunculan
Islam pada abad 7M. Dalam pada itu, Pedagang Arab juga
singgah di pelabuhan utama Tanah Melayu sebelum ke
China dan menjadikannya sebagai  tempat menunggu
peralihan angin monsun. Persinggahan mereka menjadikan
mereka menetap di Tanah Melayu beberapa bulan dan
mewujudkan perkampungan seperti Perkampungan Islam –
Ta Shih di Sumatera Utara
pd 650M – catatan China dan ada urusan jual beli
barangan mewah dari China dan India seterusnya ada
pedagang-pedagang Arab yang berkahwin  dengan
orang tempatan. Manakala bukti sejarah dari segi
aspek kesenian pula adalah wujudnya  persamaan
tulisan kesusasteraan di Tanah Melayu dan Arab, serta
perkataan arab terdapat dalam tulisan Jawi. Dalam
pada itu juga, peristiwa  pengislaman raja-raja melayu
 oleh syeikh dari Arab  seperti Raja Kedah yang
diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani juga
merupakan bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu
adalah dari negara Arab.
  
PENGARUH ISLAM
TERHADAP BUDAYA
DAN CARA HIDUP
RAKYAT MALAYSIA
Haji Dasuki bin Haji Ahmad di dalam bukunya
Ikhtisar Perkembangan islam telah menggariskan
pengaruh Islam di alam Melayu khususnya Tanah
Melayu iaitu Malaysia pada hari ini seperti berikut :
 
 Kepercayaan ( Akidah ) 
  Politik dan pentadbiran
 Sistem Sosial
 Pendidikan dan Ilmu pengetahuan
 Undang-undang
 Kebudayaan dan Kesenian         
KEPERCAYAAN (AKIDAH)
Kedatangan Islam  ke Tanah Melayu iaitu
Malaysia pada hari ini telah merubah akidah
rakyat khususnya masyarakat Melayu 
daripada beragama Hindu dan Buddha
kepada agama yang mentauhidkan Allah swt.
Mereka tidak lagi terus hanyut di dalam
lembah kesesatan Animisme, Huduisme dan
Budhisme. Sebaliknya mereka menyembah
Allah swt yang Maha Esa, mempunyai segala
kesempurnaa dan suci daripada segala sifat
kekurangan.
Oleh hal yang demikian, bermula dari saat lafaznya
kalimah tauhid, rakyat Malaysia ( Masyarakat Melayu
khususnya) sudah memahami tujuan hidup yang sebenar
iaitu hidup semata-mata untuk beribadah kepada Allah
swt dan bukan untuk tujuan-tujuan yang lain. Inilah
pandangan hidup yang benar, tepat,sejagat, dan
rasional. Akidah Islam tersebar secara menyeluruh di
Tanah Melayu ( Malaysia ) melalui ajaran metafizik ahli
sufi “Menerusi ilmu tasawwuf roh keagamaan yang
bersifat intelektual dan akaliah menjalar mekar ke
dalam pemikiran rakyat khususnya masyarakat Melayu
yang akhirnya mencetuskan cetusan rasionalisme dan
intelektualisme yang tidak pernah muncul dalam zaman
sebelum kedatangan Islam.  ( Haji Ahmad Dusuki, 1975)
POLITIK DAN PENTADBIRAN
Abdullah Al-Qadri Bin Haji Salleh dalam bukunya
Sejarah Islam menyatakan bahawa pengislaman tanah
Melayu iaitu Malaysia pada hari ini telah mewujudkan
kerajaan Islam yang melaksanakan pemerintahan yang
berlandaskan syariat yang telah digariskan oleh Islam.
Antara kerajaan-kerajaan Islam yang wujud pada zaman
kesultanan  Melayu adalah kerajaan Demak yang didirikan
oleh Raden Patah, kerajaan Langkasuka, kerajaan Kedah,
kerajaan Melaka, kerajaan Mataram, dan kerajaan Banten
seterusnya negara Malaysia pada hari ini ( Abdullah Al Qari
bin Haji Salleh, 1970 ). Apabila tertubuhnya sebuah negara
Islam, maka Islam bertanggungjawab memperkenalkan
sistem pemerintahan bersultan dan sultan merupakan
ketua Agama
Islam. Islam juga memperkenalkan penasihat sultan
iaitu mufti. Walaupun kerajaan Malaysia pada hari
ini diperintah oleh seorang Perdana Menteri dan ahli-
ahli kabinet, namun selok belok pentadbiran sentiasa
berteraskan islam yang mana dapat kita lihat dari
aspek pengurusan ekonomi dan politik. Sistem
ekonomi islam menjadi tunjang ketuhan kerajaan di
mana amalan riba dijauhkan dari urusan kewangan
negara dan sitem politik yang adil pula menjadi teras
kemajuan. Selain itu Islam Hadhari yang merupakan
agenda Perdana Menteri Malaysia yang ke lima juga
menjadi bukti bahawa pengaruh Islam terpahat utuh
dalam sistem pentadbiran kerajaan islam Malaysia.
SISTEM SOSIAL
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah merubah
sistem sosial penduduk  Tanah Melayu pada ketika itu.
Penduduka Tanah Melayu yang pada awalnya beragama
Hindu dan Buddha mengamalkan amalan kasta dalam
sistem sosial  membentuk masyarakat kepada kelas-kelas
atau kasta seperti Brahmin,Ksatria, Vaisya dan Sudra.
Brahmin merupakan kasta yang paling tinggi dan mulia.
Manakal kasta yang lain berada pada taraf yang rendah.
Namun kedatangan Islam merubah segala-galanya dengan
membawa konsep semua manusia itu adalah sama dan
yang membezakan antara manusia adalah ketinggian
taqwa kepada Allah swt. Bagi Islam, bermula dari
golongan atasan hinggalah hamba, taraf mereka adalah
sama dan yang membezakan hanyalah taqwa kepada
Allah.
Dalam pada itu juga hubungan sosial penduduk Tanah Melayu
menjadi lebih baik dan harmoni seperti ibu bapa amat
dihormati, yang tua juga lebih dihormati, jiran dianggap
seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti Pak Long
dan Mak Long,apabila orang muda bercakap dengan orang tua
suara perlu rendah. Adab berziarah juga terbentuk seperti
seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib
menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak-kanak
mencium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan
dihormati d, bacaan bismillah dimulakan dalam setiap urusan.
Majlis perkahwinan dan berkhatan diadakan mengikut Islam.
Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong - royong,
bekerjasama dan perpaduan. Semua nilai-nilai baik yang
diterapkan oleh Islam ini berterusan hingga ke negara malaysia
pada hari ini.
  
PENDIDIKAN & ILMU
PENGETAHUAN
Profesor Syed Naquib al-Attas menjelaskan bahawa, 
masyarakat Tanah Melayu iaitu Malaysia pada hari ini baru
menjadi berpendidikan dengan kedatangan Islam ( Syed Naquib al
Attas, 1972 ).Hal ini dapat kita lihat dengan tertubuhnya sistem
pondok,madrasah dan sekolah agama pada hari ini. Institusi-
institusi pengajian seperti ini megajar masyarakat tentang ilmu
agama dan juga ilmu akademik seperti akidah, fekah, usuluddin,
ilmu mantik, al quran, bahasa arab, matematik, sejarah, sain,
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Dalam bidang bahasa pula
Islam telah bertanggungjawab menaikkan bahasa Malaysia ketaraf
Lingua-Franca apabila ia menjadi bahasa penyebaran dakwah
islamiah di alam Melayu. Hal ini di sebabkan bahasa Malaysia
bukan sahaja difahami oleh rakyat Malaysia, Indonesia, Vietnam,
dan Filipina malah turut difahami oleh masyarakat Kampuchea,
Vietnam, dan Thailand. Oleh itu, Islamlah yang telah mengasaskan
sistem pendidikan yang terawal di alam melayu khususnya Tanah
Meyu iaitu Malaysia pada hari ini.
Selain itu, islam jugalah yang bertanggungjawab menjadikan
bahasa Malaysia berkemampuan untuk menjadi bahasa
sains,akademik, undang-undang,politik,perdagangan dan
seperti yang dapat kita lihat isitu semua institusi pengajian
menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
Dalam pada itu juga, Islam telah menjadikan bahasa Malaysia
sebagai bahasa persuratan dan bukan sahaja bahasa
pertuturan, apabila tulisan jawi diperkenalkan kepada bahasa
Malaysia. Islam juga telah memperkayakan bahasa Malaysia
dengan perbendaharaan kata yang banyak yang merangkumi
segala aspek. Akhir sekali, Islam telah menjadikan bahasa
Malaysia  sebagai bahasa falsafah yang menghuraikan aspek
ketuhanan dan terdapat ulama’ seperti Syeikh Abdul Rauf
Singkel telah menterjemahkan kitab Tafsir al-Baidhaw kedalam
bahasa Melayu dan ramai lagi ulama’ yang menterjemahkan
kitab-kitab yang masyhur.( Mustafa Haji Daud, 1985 ) 
UNDANG - UNDANG
Kedatangan Islam telah membawa satu cara hidup
yang sempurna meliputi segala aspek termasuklah
dari aspek undang-undang. Pelaksanaan undang-
undanh di dalam islam mestilah adil berlandaskan al
quran dan as sunnah. Oleh hal yang demikian,
sistem perundangan masyarakat melayu yang
dahulunya terletak secara mutlak mengikut selera
sultan dan menindas telah berubah kepada undang
yang adil. Sebagai contoh islam memperkenalkan
kepada kerajaan Islam hukuman bagi jenayah
mencuri, zina, bunuh dan sebagainya. Dalam pada
itu, faraid Islam  beserta muamalah islam juga
dilaksanakan. ( haji Dasuki Bin Ahmad, 1975 )
KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
 Seni bermakna suatu yang indah pada
penciptaanya. Keindahan ini dapat dilihat
daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni
tampak. Pada zaman Islam wujud seni bina
seperti seni bina masjid yang terdapat ciri khas
seperti mihrab, mimbar, telaga, bumbung, Masjid
terkenal contohnya Masjid Kg. Laut Kelantan dan
Masjid Tengkera Melaka. Manakala istana raja
pula dilengkapi dengan balairung, tempat
bersemayam, balai istiadat contohnya istana
Melaka.Rumah- rumah pula mempunyai seni
ukiran tumbuhan, geometri. Seni epigrafi pula
ada pada batu bersurat dan batu nisan.
Seni khat atau kaligrafi juga digunakansebagai hiasan di
Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata
wang.Seni persembahan yang merangkumi tarian, muzik,
nyanyian dipersembahkandalam majlis perkahwinan,
berkhatan dan upacara bersifat keagamaan. Selainitu,
tarian pengaruh Arab seperti tarian dabus di Perak, tarian
inang di istana Melaka serta tarian zapin. Seni muzik yang
dapat dilihat pula seperti seni dikir diiringi rebana dan
kompang. Sebagai contoh, tarian zapin yang diilhamkan
oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman.
Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian
Arab dan Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian
Melayu. Zapin bermaksud “gerak kaki”.Tarian Zapin
bercorakpersembahan atau pertunjukkan.
Gerak tarinya berasaskan langkah kaki
penarinya. Zapin menumpukan pada langkahan kaki
dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak
merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak
seperti ombak mengalun. Secara jelas misalnya
motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri
berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang
dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan
dengan kalimat berunsur keagamaan seperti “salam”
dan “assalamualaikum”, kata-kata nasihat dan
pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan
budi pekerti. Banyak tarian Melayu ciptaan baru
mengambil rentak zapin sebagai irama tarian. 
Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar
seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu,
kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang
mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di
Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah
mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan
ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Tarian
Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan
bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang
mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang,
rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis
alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah
dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang
dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan
biola.
KESIMPULAN
 Kesimpulanya terdapat tiga teori kedatangan
islam iaitu teori daripada india, teori
daripada cina dan teori daripada arab. Setiap
yang dinyatakan ini mempunyai bukti-bukti
kukuh yang tersendiri. Dalam pada itu juga
kedatangan Islam telah meninggalkan
pengaruh yang besar kepada rakyat Malaysia
iaitu dari aspek kepercayaan
( Akidah ),politik dan pentadbiran,sistem
Sosial, pendidikan dan Ilmu pengetahuan,
undang-undang, kebudayaan dan
kesenian         

Anda mungkin juga menyukai