Anda di halaman 1dari 2

APA ITU PROFESION & PROFESIONALISME

BIDANG KEGURUAN
- Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.

- Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran
intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan
kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai
organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.

- Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan
kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan
dan lain-lain).

- Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion.
Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;
- Perguruan – diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)

- Keguruan – diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas
dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).

- Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan
yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.

- Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu dan masyarakat.

- Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar.

- Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari


masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai