Anda di halaman 1dari 5

TAKLIMAT PEMBUKAAN

SEKOLAH 2021
Selamat datang anak-anak
Tahun 1 sesi 2021
PELAN PERGERAKAN MURID SEMASA HARI
PERSEKOLAHAN 2021
1. Kehadiran murid

Murid Tahun 1 akan masuk melalui Pintu B (pintu pagar belakang)

Semua ibu bapa / penjaga murid tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah. Hanya hantar anak di
depan pintu pagar sahaja.

 Ibu bapa perlu memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat, sekiranya batuk, selsema serta demam
atau tidak sihat, penjaga diminta untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah.

 Murid yang suhu tidak lebih 37.5 akan terus ke kelas masing-masing mengikut laluan yang disediakan.

Murid yang bergejala @ suhu badan melebihi 37.5 akan dihantar ke bilik isolasi, penjaga akan
dihubungi untuk mengambil murid tersebut

Murid tahun 1 akan diiring oleh guru bertugas mengikuti laluan bergerak ke kelas – dikawalselia oleh
guru subjek yang pertama / guru kelas
2 Prosedur WAKTU REHAT MURID norma baharu
• Semua murid akan makan di dalam kelas bersama guru subjek

Pilihan 1:
 Penjaga akan menempah makanan mengikut menu yang telah ditetapkan oleh pihak kantin sehari sebelum
(sebelum jam 6 petang) di dalam group whatsapp. Sekiranya nama anak tidak tersenarai akan dikira membawa
bekalan makanan dari rumah.
 Duit akan dikutip pada hari kejadian. Penjaga perlu bekalkan duit secukupnya mengikut jumlah order. Tidak
perlu bawa duit lebih.
 Makanan dan minuman yang ditempah akan dihantar ke kelas dan diagihkan kepada murid mengikut tempahan
yang diterima.

Pilihan 2:
 Murid membawa bekal dari rumah, pastikan cukup segala kelengkapan untuk makan seperti kebiasaan anak
makan.
 Bekas bekalan makanan yang dibawa dari rumah perlu dimasukkan dalam beg plastik.
 Tidak boleh membasuh peralatan makan di sekolah.

• Kebersihan di dalam kelas sangat dititikberatkan. Murid akan membersihkan sendiri meja masing-masing.
Penjaga perlu bekalkan anak-anak dengan tisu basah @ kering untuk lap tangan, mulut dan juga meja.
NOTA PENTING!!!!
1.Murid diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa.

2.Murid digalakkan memakai pelindung muka, tetapi masih perlu dibekalkan juga dengan pelitup
muka.

3.Digalakkan murid membawa bekalan air minuman sendiri, tidak boleh berkongsi dengan
rakan-rakan.

4.Pastikan alat tulis adalah lengkap. Tidak boleh berkongsi dengan rakan.

5.Pensel wajib diasah di rumah. Murid tidak digalakkan untuk meninggalkan tempat duduk
kecuali waktu rehat dan ke tandas.

6.Penjaga diwajibkan mengambil anak mengikut masa balik yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah mengikut jadual.
PENUTUP
 Pastikan anak-anak telah bersedia untuk ke sekolah

 Sentiasa ingatkan anak-anak tentang S.O.P yang perlu dipatuhi

 #KitaJagaKita

 Berdoa agar kita dijauhkan dari segala penyakit yang berbahaya.

 Jangan risau.. In shaa allah anak-anak kita akan gembira ke sekolah..

Anda mungkin juga menyukai