Anda di halaman 1dari 14

1.

4 Pengorganisasian
PENGAJIAN PERNIAGAAN
1.4.1 Reka Bentuk Organisasi
• Meliputi carta organisasi, proses pengorganisasian yang membentuk
beberapa jenis penjabatanan organisasi, di samping terdapat bentuk-
bentuk lain struktur sebuah organisasi
• Definisi Pengorganisasian
- Merupakan proses penyusunan dan penyelarasan yang melibatkan
pengagihan sumber dan tugas dalam organisasi untuk mencapai
matlamat organisasi
Kepentingan Pengorganisasian
• Mengagihkan sumber dengan cekap
• Membolehkan penyelarasan antara bahagian
• Menetapkan bidang tugas
• Mewujudkan rantaian arahan
• Membentuk struktur organisasi
Carta Pengorganisasian
• Carta organisasi merujuk struktur organisasi yang dipamerkan dalam
bentuk rajah.
• Contoh carta organisasi: Ketua
eksekutif

Pengurus Pengurus Pengurus


pemasaran pengeluaran kewangan

Penyelia Penyelia Penyelia


jualan kilang akaun
• Maklumat penting yang dapat ditunjukkan carta organisasi
- Pembahagian kerja
- Hubungan antara ketua dengan pekerja
- Jenis-jenis tugas
- Tahap pengurusan
Penjabatanan organisasi
• Penjabatanan organisasi mengikut fungi melibatkan pengelompokan
aktiviti atau tugas mengikut tugas asas organisasi perniagaan, seperti
pemasaran, pengeluaran, sumber manusia dan kewangan
• Carta organisasi yang menunjukkan penjabatanan mengikut fungsi:

Ketua eksekutif

Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus


pemasaran pengeluaran sumber manusia kewangan
Kebaikan penjabatanan organisasi
• Mudah membuat penyeliaan
• Menggalakkan penggemblengan kepakaran khusus

Kelemahan penjabatanan organisasi


• Menyukarkan proses menentukan akauntabiliti dan menilai prestasi
• Melambatkan proses membuat keputusan
• Boleh menimbulkan masalah dari segi penyelarasan
• Sukar memupuk Kerjasama antara jabatan
Penjabatanan organisasi mengikut divisyen
• Melibatkan pembahagian organisasi kepada tiga divisyen iaitu divisyen
produk,divisyen pasaran dan divisyen geografi.
• Penjabatanan organisasi mengikut divisyen produk
- Pembentukan jabatan mengikut jenis keluaran yang dihasilkan oleh perniagaan.
- Contoh carta organisasi:
Ketua eksekutif

Pengurus Pengurus Pengurus


produk beras produk tepung produk jagung

Eksekutif Eksekutif Eksekutif


pemasaran pengeluaran kewangan
Kebaikan penjabatan organisasi ikut divisyen
produk
• Mempercepat proses membuat keputusan, terutama dari segi
pengeluaran kerana setiap bahagian boleh membuat keputusan
berdasarkan produk masing-masing.
• Memudahkan pengukuran prestasi setiap jabatan yang hasilkan
produk yg berlainan kerana ukuran jualan mengikut produk sendiri.
• Amat sesuai diamalkan oleh organisasi besar kerana setiap bahagian
produk boleh beri focus dan membuat keputusan berdasarkan
pengeluaran produk.
• Membantu kurangkan beban tugas yang dipikul oleh pihak
pengurusan atasan terutama dalam pembuatan keputusan
• Penyelidikan terhadap setiap produk mudah dijalankan kerana setiap
bhagian memfokuskan kepada satu produk dan tiada kaitan dengan
bahagian lain yang keluarkan produk lain.
Penjabatanan organisasi mengikut divisyen
pasaran
• Sesuai diwujudkan jika organisasi ingin memenuhi kepuasan
pengguna berdasarkan keperluan pasaran pelanggan yang berbeza
dalam pasaran tersebut
• Contoh carta organisasi: Ketua eksekutif

Pengurus pasaran Pengurus pasaran Pengurus pasaran


perdagangan pengguna akhir pengguna industri

Eksekutif Eksekutif Eksekutif


pemasaran pengeluaran kewangan
Kebaikan penjabatan mengikut divisyen
pasaran
• Memberi tumpuan terhadap memenuhi keperluan pasaran tertentu
dgn memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza.
• Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pasaran pelanggan melalui
layanan istimewa yang diberi oleh pengeluar berdasarkan ciri-ciri
khusus pelanggan.
• Mewujudkan kepakaran dalam bidang khidmat pelanggan kerana
setiap pasaran berbeza memerlukan pengetahuan yang khusus bagi
setiap jenis pelanggan dalam pasaran tersebut.
• Memudahkan proses pemberian perkhidmatan Selepas jualan kerana
pasaran yang berbeza dengan kategori pelanggan yang berbeza-beza
perlukan perkhidmatan Selepas jualan yang berbeza-beza
Keburukan penjabatanan mengikut pelanggan
• Menyukarkan penyelarasan antara jabatan yang mengendalikan
permintaan pelanggan yang bersaing
• Pengurus dan pekerja perlu melengkapkan diri dengan kemahiran
khidmat pelanggan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
pelanggan
• Kumpulan pelanggan mungkin tidak dapat dibezakan secara jelas dan
nyata
• Melibatkan kos pengurusan yang tinggi dan tidak sesuai diamalkan
oleh organisasi kecil yang mempunyai bilangan pelanggan yang sedikit

Anda mungkin juga menyukai