Anda di halaman 1dari 14

RAWATAN DAN PEMULIHAN

PENGENALAN KEPADA RAWATAN


DAN PEMULIHAN
Konsep dan Definisi

 Bererti langkah-langkah yang diambil bagi


menilai serta memberi bantu mula kepada
kecederaan.
 Pemulihan membawa maksud langkah-
langkah yang diambil bagi memastikan atlet
boleh kembali bergiat dalam sukan pada
tahap sebelum berlakunya kecederaan.
Prosedur Rawatan

Rawatan boleh dibahagikan kepada dua:

(i) Rawatan bantu mula


(ii) Rawatan berterusan

Rawatan bantu mula bermaksud rawatan awal yang diberi


bagi mengelakkan kecederaan yang berlaku menjadi
semakin serius, manakala rawatan berterusan adalah
rawatan yang diberikan sewaktu fasa pemulihan
kecederaan. Sebelum melakukan rawatan bantu mula,
penilaian awal tahap kecederaan perlu dilakukan terlebih
dahulu.
Prosedur Rawatan

Penilaian awal tahap kecederaan ini


dilakukan untuk tujuan berikut:

(i) Menentukan apakah bentuk rawatan


yang perlu diberikan.
(ii) Menentukan jenis rawatan pemulihan
yang akan diberikan.
(iii) Menjadi tanda aras bagi menentukan
keberkesanan rawatan pemulihan.
Prosedur Rawatan

Senarai Semak sebelum Melakukan


Rawatan Bantu Mula

1. Matlamat

(a) Memastikan sama ada perlu bantuan


kecemasan atau tidak
(b) Menilai tahap kecederaan
(c) Menentukan sama ada atlet perlu
dialih atau tidak
Prosedur Rawatan

Rawatan bantu mula perlu dimulakan dengan


penilaian awal. Sama ada:

(a) Atlet sedar atau tidak


(b) ABC merujuk kepada saluran udara (Airways),
pernafasan (Breathing), peredaran darah
(Circulation)
(c) Pendarahan

Selepas melakukan kesemua penilaian di atas,


barulah melakukan tinjauan sekunder.
Prosedur Rawatan

(a) Bagaimana Kecederaan Berlaku


Bertanya bagaimana kecederaan
tersebut berlaku sama ada dari:

(i) atlet sekiranya beliau sedar


(ii) rakan sepasukan, sekiranya atlet
pengsan
Prosedur Rawatan

(b) Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil perhatian:

(i) Kedudukan/posisi atlet tersebut


(ii) Respirasi (kadar, cetek atau dalam,
ritma)
(iii) Trauma
(iv) Tindak balas atlet terhadap
kecederaan)
JENIS-JENIS RAWATAN BANTU MULA
10.2.1 Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation
(DRABC)

D = Danger - Pastikan atlet tidak berada di tempat yang merbahaya


dan boleh memburukkan keadaan. Sebagai contoh, atlet
marathon yang pengsan berhampiran dengan cerun
atau longkang. Alihkan atlet ke tempat yang lebih
selamat.

R = Response - Lihat sama ada terdapat tindak balas dari atlet. Cotnoh:
panggil nama atlet dan cuba berbual dengan beliau.
Pastikan apa yang dituturkan oleh atlet itu boleh
difahami. Jangan sekali-kali menggoncangkan badan
atlet untuk mendapatkan respons/tindak balas.
Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation
(DRABC)

A = Airways - Pastikan saluran udara atlet tidak tersekat. Contoh: atlet


mungkin mengunyah gula-gula getah sewaktu berlari dan
ianya mungkin tersekat di kerongkong. Masukkan jari ke
mulut atlet untuk mengeluarkan bahan asing tersebut.

B = Breathing - Pastikan atlet bernafas. Pastikan sama ada


pernafasan atlet terlalu pantas, cetak dan mempunyai
ritma atau tiada pernafasan langsung.

C = Circulation - Merujuk kepada peredaran darah. Periksa sama ada


terdapat denyutan nadi.
10.2.2 Talk, Observe, Touch, Action, Press (TOTAPs)

T = Talk - Berbual dengan atlet untuk menentukan tahap


kesedarannya.
O = Observe - Lihat sama ada terdapat pendarahan,
perubahan bentuk tulang dan perubahan
warna kulit di tempat yang cedera.
T = Touch - Sentuh tempat yang cedera untuk mengetahui
sama ada terdapat perubahan dalam suhu di
tempat yang cedera
A = Active - Arahkan atlet melakukan pergerakan bagi
Movement melihat sejuah manakah tahap kecederaan
tersebut
DRABC
P = Passive movement
- membantu yang cedera itu melakukan
pergerakan pada titik yang mampu/ sakit.
-Perlahan-lahan tekan tempat yang cedera.
S= Skill
- melakukan kemahiran yang dikehendaki,
sekiranya masih mampu buat dengan
baik, maka digalakkan teruskan.
PRICER ( Rest, Ice, Compression, Elevation )
P=Prevention
R = Rest - Rehatkan atlet.
I = Ice - Letakkan ais di tempat yang cedera. Pastikan ais
tersebut dibalut dengan tuala. Jangan sekali-kali
letakkan ais pada kecederaan yang terbuka seperti luka.
C = Compression - Berikan tekanan pada kawasan yang
cedera. Tekanan boleh dilakukan dengan
membalut kawasan yang cedera dengan
menggunakan bandej.
E = Elevation - Naikkan kawasan yang cedera melebihi paras
dada supaya darah dapat mengalir dengan lebih
mudah.
R= Referral –rujuk kepada doktor / pakar perubatan
CPR ( Cardio Pulmonary Resuscitation )

 Diberikan kepada atlet yang tidak bernafas dan tidak


mempunyai denyutan nadi.

 Sebelum memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut


atau mulut ke hidung, pastikan tidak ada benda asing
dalam mulut atlet.

 Rawatan CPR ini adalah kombinasi an tara memberikan


pernafasan mulut ke mulut diselang-selikan dengan
tekanan kepada kawasan jantung untuk
menggerakkannya.

 Rawatan CPR ini hanya wajar dilakukan oleh mereka


yang terlatih.

Anda mungkin juga menyukai