Anda di halaman 1dari 24

PENDAHULUAN

 Secara umum reppertoir komunikatif yang berfungsi dalam kontinum


komunikatif sesebuah komuniti bahasa boleh terdiri daripada pelbagai bahasa
dan kelainan bahasa sebagaimana yang sudah dihuraikan dalam bahagian 2.4.
 Memeringkat bahasa dan kelainan bahasa bermakna menyusun lapis bahasa
dan kelainan bahasa berdasarkan taraf atau darjat.
 Menyusun lapis bahasa akan menghasilkan bahasa yang tinggi atau rendah
kedudukannya dalam susun lapis yang dibentuk.
 Pemeringkatan bahasa biasanya dikaitkan dengan fenomena memperuntuk
fungsi sosial bahasa berdasarkan konteks situasi.
 Hal ini berlaku kerana ada bahasa yang dianggap lebih sesuai untuk satu-satu
situasi dan ada yang dianggap tidak.
 Penutur perlu juga mempelajari kelainan yang kedua kerana kedua-dua
kelainan bahasa diasosiasikan dengan fungsi sosial yang khusus.
 Jika ada diglosia dalam masyarakat bahasa maka akan wujudlah
kelainan bahasa yang dikatakan kelainan bahasa bertaraf tinggi dan
kelainan bahasa bertaraf rendah (Asmah 1992 )dan kedua-dua kelainan
ini mempunyai fungsi sosial yang khusus bergantung kepada semua
aspek linguistik dan bukan linguistik yang terbabit dalam pertuturan.
 Istilah diglosia diperkenalkan oleh Charles Albert Ferguson pada
tahun 1959.
 Istilah ini berasal daripada istilah Perancis diglossie yang telah
digunakan oleh ahli bahasa Perancis,Marcais.
 Istilah ini kemudiannya dikembangkan maknanya oleh fishman pada
tahun 1967.
DIGLOSIA
 Diglosia bagi ferguson (1959) merujuk kepada penggunaan dua
atau lebih daripada dua kelainan bahasa daripada satu bahasa
yang sama dalam keadaan yang berbeza.
 Pemeringkatan terhadap dua atau lebih daripada dua kelainan
bahasa,yakni satu kelainan bahasa dianggap sebagai kelainan tinggi
sementara kelainan bahasa yang lain menduduki gatra kelainan
rendah.
 Hubungan kedua-dua kelainan bahasa dalam diglosia feruson (1959)
dijelaskan menerusi 9 topik,yakni fungsi,martabat,tradisi
penulisan,pemerolehan,standardisasi,tatabahasa,kosa kata,fonologi
dan kestabilan.
 Bahasa tinggi (selepas ini disebut H ) dan bahasa rendah (selepas ini
disebut L ).
 H hanya sesuai untuk situasi rasmi dan baku (awam @ persendirian).
 L pula untuk situasi rasmi dan lebih bebas(juga bersifat awam dan
persendirian).
 Bahasa H dilihat sebagai bahasa yang lebih tinggi martabatnya
berbanding L.
 Bahasa H dianggap superior,anggun,logik,dan selalu betul
berbanding dengan bahasa L yang kadang-kadang kewujudannya pun
dinafikan.
 H biasanya bahasa yang sudah dibakukan (mengalami standardisasi)
maka tidaklah sukar untuk mewujudkan kamus khusus ,buku
tatabahasa malah panduan sebutan seragam.
 Bahasa H tidak diperoleh secara ilmiah di rumah,sebagaimana bahasa
L.
 Walaupun bahasa H dan L merupakan dua kelainan daripada satu
bahasa namun terdapat perbezaan tatabahasa,kosa kata dan fonologi
antara kedua-dua kelainan ini.
 Nahu L dianggap lebih rumit (kerana tiada panduan tatabahasa)
berbanding H.
 Sistem fonologi H pula biasanya merupakan subsistem
kepada sistem fonologi L yang dianggap lebih dasar.
 Kosa kata H (terutamanya yang memperlihatkan
perkembangan ilmu pengetahuan moden) mungkin tidak
wujud dalam L.
 Walaupun perbandingan fungsi,tatabahasa,fonologi,kosa
kata,martabat,tradisi penulisan,pemerolehan dan
pembakuan memperlihatkan perbezaan antara kelainan H
dengan L,tetapi hubungan diglosia H dan L boleh stabil
dalam jangka masa yang lama selagi tidak ada perubahan
drastik terhadap kedua-dua bahasa ini dan tidak berlaku
kebocoran diglosia,yakni apabila fungsi H diambil alih oleh
L.
Disebabkan cakupan diglosia Ferguson (1959) agak
sempit,maka Fishman (1967) telah meluaskan konsep
cakupan diglosia Ferguson (1959).
Diglosia saranan Fishman mencakup semua hubungan
diglosia lain yang tidak dipertimbangkan oleh
Ferguson.
Namun pengertian asas diglosia tetap sama,.
Diglosia wujud apabila terdapat pemeringkatan
bahasa kepada kelainan tinggi dan kelainan rendah.
Beliau juga bersetuju 9 ciri hubungan diglosia yang
disyorkan oleh Ferguson.
Diglosia Konsep Ferguson (1959) dikembangkan
oleh Fishman (1967) melalui 2 cara:
Pertama;
-hubungan diglosia tidak dihadkan kepada hubungan dua
kelainan daripada satu bahasa sahaja.
-diglosia tetap wujud walaupun hubungan H dan L
berlaku antara dua atau lebih daripada dua bahasa yang
berbeza.
-hubungan ini berlaku apabila satu bahasa dinaikkan
tarafnya menjadi bahasa H manakala bahasa (atau bahasa-
bahasa) lain yang digunakan dalam komuniti yang sama
dianggap bahasa L
Kedua;
-diglosia mencakup hubungan antara apa jua jenis
kelainan bahasa yang dapat dibezakan dari segi fungsi.
-hubungan antara kelainan standard dengan bukan
standard, angtara satu laras dengan laras yang lain,
antara dialek-dialek geografi, antara dialek-dialek
sosial, antara gaya dan apa juga jenis bahasa atau
kelainan bahasa yang memperlihatkan pemeringkatan
kepada H dan L boleh dianggap diglosia (menurut
takrif Fishman)
PEMERINGKATAN BAHASA DI MALAYSIA
Kedua-dua jenis diglosia iaitu diglosia dwibahasa atau
pelbagai bahasa dan diglosia ekabahasa wujud dalam
situasi kebahasaan di Malaysia.
Diglosia Dwibahasa atau Diglosia
Pelbagai Bahasa
Situasi diglosia pelbagai bahasa wujud apabila bahasa
Melayu standard dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi, yakni tarafnya dinaikkan menjadi bahasa H.
Bahasa rendah (L) pula terdiri daripada bahasa ibunda
mana-mana penutur di Malaysia.
cth: bahasa Cina, Telugu, Malayalam, Benggali, Punjabi dan
bahasa bumiputera di Malaysia.
Penutur-penutur bahasa ibunda ini mengiktiraf bahasa
Melayu standard sebagai bahasa H
Bahasa inggeris tidak dilucutkan serta merta
Pada masa yang sama, bahasa melayu juga sedang dinaik
taraf.
Bahaa inggeris sebenarnya tidak diturunkan tarafnya
menjadi bahasa L.
Hal itu berlaku kerana bahasa Inggeris masih
memperlihatkan fungsi dan kepentingannya terutamanya
dalam situasi rasmi.
Pemeringkatan bahasa di Malaysia harus mengambil
kira penggunaan bahasa Inggeris ini.
Satu lagi bahasa yang tidak boleh diabaikan ialah
bahasa pijin.
Bahasa pijin ialah bahasa kacukan yang belum
mantap.
Secara amnya, bahasa melayu pasar dan bahasa
inggeris pasar merupakan dua jenis bahasa pijin yang
dimaksudkan
Oleh sebab wujud bahasa inggeris dan bahasa pijin
dalam komunikasi kehasaan di kalangan rakyat
malaysia.
Kedudukan bahasa inggeris dan bahasa pijin dalam
diglosis di Malaysia dapat digambarkan menerusi dua cara
(1) Bahasa Inggeris dapat diletakkan sebagai bahasa
pertengahan (M) di antara bahasa Melayu standard (H)
dengan semua bahasa bukan bumiputera, bahasa
bumiputera (kecuali kelainan bahasa Melayu) dan bahasa
kreol di Malaysia yang diberi taraf sebagai sebagai bahasa
L1, yakni bahasa rendah sebelum bahasa pijin.
Oleh yang demikian bahasa pijin diletak sebagai L2,
iaitu bahasa yang terendah dalam pemeringkatan ini
seperti yang digambarkan dalam jadual 1
Diglosia Pelbagai Bahasa Di Malaysia
H Bahasa Melayu
standard

M Bahasa Inggeris
L1 Semua bahasa bukan
bumi putera, bahasa
bumiputeri (kecuali
kelainan bahasa
Melayu dan bahasa
Kreol)
L2 Bahasa pijin
(2) kedudukan bahasa Inggeris dan bahasa pijin
dalam pemeringkatan bahasa di Malaysia dapat
digambarkan seperti jadual 2
Diglosia Pelbagai Bahasa
di Malaysia

HH Bahasa Melayu Standart


H
HL Bahasa Inggeris

-Semua bahasa bukan


bumiputera, bahasa bumiputera
LH
L (kecuali kelainan bahasa
LL Melayu) dan bahasa kreol
-bahasa pijin
Diglosia Ekabahasa
Wujud apabila satu kelainan bahasa diangkat menjadi
bahasa standard (tarafnya H) dan kelainan-kelainan lain
daripada bahasa yang sama itu dianggap bentuk
substandard atau bukan standard (taraf L)
Berlaku dalam beberapa bahasa Austronesia di Malaysia.
cth;
bahasa Kadazan memiliki bentuk standard.
bahasa Iban (dialek standard bagi bahasa Iban ialah dialek
Iban Saribas Saratok
Diglosia yang paling ketara dalam situasi kebahasaan di
Malaysia ialah diglosia dalam bahasa Melayu
Pemeringkatan bahasa di Malaysia
 -Ciri-ciri hubungan tertentu diglosia merupakan untuk menentukan
sama ada sesuatu kelainan itu bertaraf tinggi atau rendah bergantung
kepada keadaan sesuatu masyarakat.
 -Tiap-tiap dialek Melayu di Semanjung Malaysia yang mempunyai sultan
memiliki kelainan bahasa: kelainan diraja.
- -Kelainan bahasa yang digunakan oleah rakyat biasa:kelainan bukan
diraja.

- -Maksud kelainan diraja:hubungan kebahasaan apabila sekurang-


kurangnya satu pihak terdiri daripadakeluarga diraja.
- *ciri kelainan diraja:bahasa yang halus,sopan santun dan adat tertib
walau apa pun keadaan.
Kelaianan diraja standard:Kelaianan standard yang digunakan dalam
bahasa tulisan dan komunikasilisan antara kalangan raja.
*Kelainan diraja bukan standard:Kelainan diraja mengikut dialek negeri.
-Kelainan bukan diraja:
*Maksud:kelainan bahasa Melayu menjadi bahasa H dalam diglosia
pelbagai bahasa di Malaysia.
*Kelainan ini menjadi bahasa pengantar,diajar di sekolah,bahasa
rasmi,bahasa rasmi dan menjadi lingua-franca.
-Kelaianan bukan diraja bukan standard:
*Maksud:dialek geografi atau daerah bahasa melayu di Malaysia.
*Kelainana ini walaupun kawasan pertuturannya yang sebenar bukan
ditentukan oleh sempadan politik tetapi ditentukan oleh sempadan
lingustik
*Digunakan dalam lingkungan interaksi tidak rasmi.Oleh itu taraf kelainan
ini diberi L.
Kelainan •Kelainan diraja
standard
H diraja •Kelainan diraja
bukan standard

Kelainan •Kelainan bukan


diraja standard
bukan diraja (Bahasa Melayu
L standard)
•Kelainan bukan
diraja bukan
standard

-Dalam pemeringkatan umum,bahasa Melayu memang rendah


daripada kelainan lain,namun bahasa Melayu tidak boleh diletakkan
sebagai L kerana peranan yang dimainkan dalam konteks
kebahasaan Melayu amat penting.
-Contoh:kadang-kadang suatu situasi rasmi yang membabitkan
kelainan diraja menggunakan kelainan bukan diraja.
Rumusan
Situasi pemeringkatan bahasa atau diglosia satu bahasa atau kelainan
bahasa dinaik taraf menjadi bahasa atau kelainan H atau L
-H digunakan situasi rasmi.
-L digunakan situasi tidak rasmi.
-Walau bagaimanapun,pemeringkatan umum sebegini hanya
memperlihatkan pemeringkatan pada taraf luaran atau superficial
sahaja.
-Hal ini berlaku kerana situasi kebahasaan yang sebenarnya mungkin
terdapat tumpang tindih peranan antara H dan L dan mungkin juga
satu bahasa atau kelainan mengambil alih fungsi bahasa atau kelainan
yang satu lagi

Anda mungkin juga menyukai