Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERTANDINGAN

FOTOGRAFI
KARNIVAL TRANSFORMASI 2018

26-27 ARPIL 2018


SMK BUGAYA II
KELAB FOTOGRAFI
Laporan Pertandingan Fotografi Sempena Karnival Transformasi SMK Bugaya II

Pada 23-27 April yang lepas, Kelab Fotografi SMK Bugaya II telah mengadakan satu
pertandingan Fotografi yang melibatkan penyertaan daripada pelajar-pelajar SMK Bugaya II.
Pertandingan tersebut telah diadakan secara terbuka kepada semua pelajar.

Hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga telah disediakan oleh pihak penganjur program
Karnival Transformasi. Pertandingan ini telah bermula daripada 23 hingga 26 April 2018.
Yuran sebanyak RM 2.00 telah dikenakan untuk satu penyertaan. Peserta-peserta telah
menghantar foto-foto semasa tarikh akhir iaitu pada 26 April 2018. Antara tema gambar yang
diterima untuk pertandingan ini adalah Alam sekitar, Orang, Pesta dan Makanan. Penyertaan
yang telah dihantar telah dinilai dan ditentukan pemenang pada 27 April semasa penutupan
Karnival Transformasi.

Sebanyak 7 penyertaan yang telah dicatatkan dalam pertandingan kali ini. Hampir kesemua
penyertaan bertemakan Alam sekitar.

Pemenang pertandingan fotografi adalah seperti berikut:

Tempat Nama Tema

Pertama Nurul Syafiqah Abdullah Alam Sekitar

Kedua Fateh Awwady Fazlie Alam Sekitar

Ketiga Nur Delayli Asyiqin Alam Sekitar

Pertandingan ini telah memberi kesempatan kepada para pelajar untuk menzahirkan bakat
fotografi yang terpendam dalam diri pelajar. Hal ini juga memberi peluang kepada pelajar
supaya bergiat aktif dalam sekolah tidak kira dari segi akademik dan kokurikulum. Oleh itu,
diharap program sebegini dapat dilaksanakan lagi supaya Kelab Fotografi SMK Bugaya II
dapat melahirkan banyak pelajar yang kreatif terutamanya dalam bidang fotografi.
Gambar-gambar Program

DISEDIAKAN OLEH

....................................................................................
MUHAMMAD ISHRAQ AMANI BIN ABDULLAH
(GURU PENASIHAT KELAB FOTOGRAFI)

DISEMAK OLEH

.............................................
EN JUMAANI BIN UMURI
(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

DISAHKAN OLEH

.....................................................................
PN HJH HALIMAH BINTI ABD HAMID
(PENGETUA SMK BUGAYA II)

Anda mungkin juga menyukai