Anda di halaman 1dari 8

LUKISAN PEMASANGAN

LITAR ELEKTRIK DAN


ELEKTRONIK
PENGENALAN
Lukisan pemasangan elektrik bukan sahaja memperkenalkan tentang kedudukan komponen atau alat-
alat yang hendak disambungkan

cara bagaimana ia disambung, saiz kabel yang hendak digunakan, kadaran arus atau kuasa alat-alat
dan perlindungan yang digunakan.

Ianya bertujuan untuk member kemudahan kepada pekerja menyambungkan litar dan memudahkan
para penyelenggara mencari kerosakan serta membuat tambahan litar pada masa akan datang.

Pelukis perlu memberikan maklumat yang lengkap tentang sesuatu lukisan untuk kemudahan
perancangan dan pemasangan dan juga bagi menaganggarkan bekalan yang sepatutnya dibekalkan.
JENIS-JENIS GAMBARAJAH
Gambarajah pelan tapak

Gambarajah pelan tegak aras tinggi (pandangan hadapan atau sisi)

Gambarajah pelan keratan

Gambarajah susun atur (susun atur pendawaian)

Gambarajah pendawaian

Gambarajah satu garisan (blok)

Gambarajah kaedah (skema)


GAMBARAJAH SUSUN ATUR (SUSUN
ATUR PENDAWAIAN)

Gambarajah susun atur ialah gambarajah yang menunjukkan penempatan


alatambah, peralatan dan radas seperti suis, soket alur keluar, poin lampu, papan
fius agihan dan sebagainya di tempat yang sesuai

Bangunan itu akan dilukiskan secara lukisan unjuran ortografik dari arah atas
(pelan).

Secara keseluruhanya, gambarajah ini dapat memberi penilaian akan hasil


pemasangan itu sama ada memenuhi kehendak peraturan I.E.E.,
Gambarajah ini juga amat berguna bagi perancangan untuk penempatan
komponen, alatambah atau perkakasan elektrik pada masa akan datang

kerana kerja-kerja tambahan pendawaian atau membuat pendawaian yang baru


amat mahal dan merugikan dan seberapa boleh perkara ini hendaklah dielakkan.
Sebagai contoh, soket keluar hendaklah dipasang di tempat yang sesuai dan tidak
terlalu tinggi atau tidak dipasang di tempat yang berbahaya misalnya di bilik mandi.
semasa melukiskan alatambah, radas, perkakas atau komponen elektrik, hendaklah
biarlah lukisan tersebut berskala atau sekurang-kurangnya simbol komponen, alatambah
dan radas itu sesuai dengan saiz bilik dan bangunan itu agar ia kelihatan menarik dan tidak
terlalu kecil atau besar sehingga boleh mengelirukan.

Bagi mengelakkan kekeliruan dan salah pemasangan, ukuran yang diberikan hendaklah
betul dan jelas. Pada amnya skala yang lazim digunakan ialah 1/16 atau 1/8.

I.E.E. : Institut of Electrical Engineer (British)

I.E.C. : International Electrical Cord.

Anda mungkin juga menyukai