Anda di halaman 1dari 19

CIRI SEORANG

KAUNSELOR

1
CIRI-CIRI UMUM KAUNSELOR
(George & Cristiani ,1995)

 Mesra
 Senang didampingi
 Bersikap terbuka
 Ikhlas untuk menolong
 Sedar tentang nilai dan kepercayaan dirinya
 Bersedia mengambil risiko
 Berupaya menjalinkan hubungan baik
 Bertanggungjawab atas tindakan yang diambil
 Mudah berjenaka

2
sambungan

Pandai berkomunikasi
Berpengetahuan
Mempunyai nilai etika dan moral yang
tinggi
Boleh dipercayai
Ada kekuatan mental
Bertenaga dan tinggi motivasi

3
CIRI-CIRI UMUM KAUNSELOR
(Brammer, 1973)

Kesedaran tinggi tentang diri dan nilai


Kesedaran tentang perasaan
Penolong sebagai model
Minat kepada manusia dan perubahan sosial
Etika yang tinggi
Empati
Kemesraan dan sikap ambil berat
Keikhlasan
Hormat dan penghargaan positif
Kejituan dan tumpuan

4
CIRI-CIRI KAUNSELOR YANG
EFEKTIF
Seorang kaunselor yang berkesan ialah
dia mampu membantu klien mengenal
dirinya sendiri dan membantu klien
meningkatkan dirinya menjadi lebih baik.
Berikut merupakan ciri-ciri kaunselor
yang efektif
Mark Pope says he thinks one of the most
important aspects of counseling is
“understand your feelings”

5
GOOD LISTENER
Kaunselor perlu mempunyai keupayaan untuk
mendengar dan mentafsir serta memberikan
maklumat terhadap isu yang dinyatakan oleh
klien
Kaunselor perlu lebih bersifat ingin tahu apa
yang disampaikan oleh kaunselor
Kaunselor memberikan peluang utk klien
mengekspresikan perasaan
Mutual understanding and trust
Listen to understanding,listen to learn,listen for
enjoyment and listen to connect
6
MEMPUNYAI KESEDARAN KENDIRI
Kaunselor berterusan membentuk
kesedaran nilai dan perasaan diri sendiri
Keyakinan dalam tentang keupayaan diri
kaunselor untuk melaksanakan sesi
kaunseling dengan berkesan
Boleh membezakan isu peribadi dengan
isu klien

7
MEMPUNYAI MINAT &
PASSION
Berminat secara semulajadi kepada
manusia dan sentiasa ingin tahu dan
mengambil berat terhadap orang lain
Berkebolehan mendengar dan minat
mendengar
Selesa berkomunikasi dengan orang lain

8
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Sentiasa menambahbaik pengetahuan
Kemahiran kaunseling cthnya kemahiran
para frasa,dorongan
minima,mendengar,menyoal
Teori kaunseling & teknik yang
bersesuaian

9
NON JUDGEMENTAL
Tidak mudah membuat penilaian
terhadap seseorang terutama ketika
pertama kali bertemu

10
MENJAGA ETIKA
KERAHSIAAN
Etika kerahsiaan sangat penting untuk
memelihara hak klien dalam sesi
Melibatkan maruah klien dan
profesionalisme kaunseling
Menurut ACA,2005 kerahsiaan ialah hak
klien dan maklumat klien perlu di dijaga
dengan baik jika isu tidak melibatkan
bahaya kepada klien

11
EMPATI
Kebolehan kaunselor untuk memahami
isu klien
Menurut Egan (1998), ia merupakan satu
kemahiran komunikasi yang
membolehkan kaunselor mentafsir
pemahaman mereka berdasarkan
perasaan,pengalaman yang dilalui oleh
klien

12
SABAR
WARM –smile and show concern
PERSONAL INTEGRITY –integrity and
credibility as a counselor

13
Mohd Noor Saper(2006) menyarankan sifat-
sifat yang perlu ada pada kaunselor:

IKHLAS yang dimaksudkan ialah niat untuk


membantu klien semata-mata kerana Allah
SWT, untuk memenuhi tuntutan agama dan
mencari keredhaan Allah SWT semata-
mata. Melalui  keikhlasan inilah yang akan
menjadikan segala usaha yang dilakukan
menjadi ibadah dan akan beroleh kebaikan
kepada kaunselor dan klien.

14
BERTAKWA

 Pengertian takwa yang diberikan oleh Dr Abdullah Nasih


Ulwan dengan merujuk ulama ‘rabbaniyun’, iaitu takut
akan seksaan Allah SWT dengan memperbaik amal dan
takut  akan Allah SWT, sama ada secara bersendirian
ataupun secara beramai-ramai.
 Perasaan takwa ini bertindak sebagai pengawas
yang  memastikan bahawa niat, proses juga intervensi dan
pertolongan yang dilakukan oleh kaunselor semasa sesi
kaunseling menepati kehendak Allah SWT. Justeru,
kaunselor  muslim tidak terjerumus melakukan perkara
yang melanggar etika dan adab ketika melakukan sesi
kaunseling.

15
 PERASAAN BERTANGGUNGJAWAB INDIVIDU

Firman Allah SWT yang bermaksud:


“….dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang
apa yang telah kamu kerjakan.”
                                                                  (An-Nahl:93)
 Kaunselor Muslim mestilah menyedari dan memahami
bahawa setiap niat, perbuatan dan amalannya dalam
proses kaunseling akan dipertanggungjawabkan dalam
bentuk ganjaran atau balasan daripada Allah SWT.  

 mempunyai iltizam dan iktikad yang tinggi untuk


menjayakan tugas-tugasnya dan sentiasa berlapang dada
untuk membantu sesiapa sahaja tanapa mengira tempat,
masa, latar belakang klien dan sebagainya.

16
BERILMU PENGETAHUAN DAN
TERLATIH

Agama Islam memandang tinggi kepada


orang yang berilmu pengetahuan kerana
mereka dapat membezakan antara perkara
yang haq (benar) dan batil(salah), perkara
yang halal dan haram, perkara yang
mendatangkan manfaat dan mudarat, juga
perkara yang mendatangkan kebaikan di
dunia dan di akhirat.

17
BERSOPAN SANTUN DAN BERADAB

Firman Allah SWT yang bermaksud:


 “Oleh sebab rahmat Tuhan, engkau bersikap lemah lembut
terhadap mereka, dan kiranya engkau berbudi kasar dan
berhati bengis, nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu.”
                                                             (Ali Imran:159)

 Berdasarkan maksud Al Quran di atas seandainya kita tidak


bersikap baik dan bengis, manusia akan menjauhkan diri.  Oleh
itu  bersopan santun dan beradap ketika melayan klien
merupakan kunci utama untuk menambat hati dan
meningkatkan kesediaan klien untuk menjalani sesi
kaunseling.  Selain itu, akan menambahkan keyakinan dan
memudahkan pembinaan hubungan dalam proses kaunseling.

18
Personalitikaunselor sangat membantu
proses kaunseling yang efektif. Ini kerana
kaunselor merupakan profesion dalam
perhubungan menolong.

19

Anda mungkin juga menyukai