Anda di halaman 1dari 9

NOVEL SONGKET

BERBENANG EMAS
Standard Kandungan
 4.1.1 Memahami dan mengapresisasi untuk menghubung kait aspek yang
menarik dalam karya dengan kehidupan seharian.
Objektif
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
- mengemukakan aspek yang menarik dalam novel
Bentuk Soalan

 Ada dua bentuk soalan


 Soalan 8(i): Pemindahan maklumat berdasarkan petikan sebuah novel
daripada mana-mana novel empat zon. – Panjang petikan 100 hingga 120
patah perkataan.
 Soalan 8(ii): Pemikiran kritis berdasarkan novel yang dikaji mengikut zon. –
Zon 1 (Kedah, Perlis, Pulau Pinang,Perak) JMJ & SBE
 Markah keseluruhan -10 markah (kombinasi markah untuk soalan (i) dan (ii)
tidak tetap.
 Markah Bahasa
 Soalan (i) tidak ada markah khusus tetapi berdasarkan deskripsi pemarkahan.
 Soalan (ii) Markah Bahasa maksimum 2 markah secara holistik.
Contoh Soalan 8 (i)
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Saya sudah tak berdaya mengusahakan chalet itu Ghazi, Eda,” lemah nada Pak Cik Aziz sambal menundukkan kepala.
“Anak-anak sudah tidak mahu balik ke tanah air untuk menyambung perusahaan pak cik,” sambungnya sambal wajah disarati
masalah.
“Di mana mereka?” Tanya Ghazi.
“Di Los Angeles dan di London, masing-masing bersuamikan orang luar dan bekerja di sana,” kata Pak Cik Aziz, nadanya
bersepuh kesedihan.
“Oh…., “terpacul suara Ghazi dan Waheeda lalu melopong terperanjat.
“Memang silap pak cik sendiri kerana kurang pengalaman. Kakitangan sendiri menyeleweng. Bayangkan bayaran ansuran
bulanan pinjaman tertunggak sehingga enam bulan, baru pak cik dapat tahu,” kata Aziz menggeleng kepala.
“Pegawai bank itu sudah memberikan notis pelunasan,jika tidak, pihak mereka akan menyita segala aset perniagaan pak
cik.” Dipetik daripada Novel Tirani karya Beb Sabariah

Nyatakan sebab Pak Cik Aziz tidak berdaya mengusahakan chaletnya.


[4 markah]
Soalan 8(ii)
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.

 Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Matdarin


 Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sifat positif yang boleh
dicontohi oleh para pembaca. [6 markah]
Tips soalan 8(i)

Baca petikan
Baca soalan dan fahami kehendak soalan
Nyatakan sebab Pak Cik Aziz tidak berdaya mengusahakan chaletnya.
Garis idea/isi dalam petikan

“Saya sudah tak berdaya mengusahakan chalet itu Ghazi, Eda,” lemah nada Pak Cik Aziz sambal menundukkan kepala.
“Anak-anak sudah tidak mahu balik ke tanah air untuk menyambung perusahaan pak cik,” sambungnya sambal wajah
disarati masalah.
“Di mana mereka?” Tanya Ghazi.
“Di Los Angeles dan di London, masing-masing bersuamikan orang luar dan bekerja di sana,” kata Pak Cik Aziz, nadanya
bersepuh kesedihan.
“Oh…., “terpacul suara Ghazi dan Waheeda lalu melopong terperanjat.
“Memang silap pak cik sendiri kerana kurang pengalaman. Kakitangan sendiri menyeleweng. Bayangkan bayaran
ansuran bulanan pinjaman tertunggak sehingga enam bulan, baru pak cik dapat tahu,” kata Aziz menggeleng kepala.
“Pegawai bank itu sudah memberikan notis pelunasan,jika tidak, pihak mereka akan menyita segala aset perniagaan pak
cik.”
Soalan 8(ii)

 Sifat Positif
 Berani dalam membuat tindakan –
 Danel berani menyelamatkan Lili yang telah diculik oleh Haziq dan Rafiq.
 Pembaca boleh mencontohi sifat ini untuk membantu orang yang ditimpa
kesusahan.

 Prihatin dengan nasib orang lain.


 Lili prihatin dengan nasib Che Jah dan meminta bantuan Kak Mimah.
 Pembaca boleh mencontohi sifat ini dengan menyalurkan maklumat kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat atau pihak berkuasa sekiranya ada sesuatu musibah dan
jenayah berlaku dalam masyarakat.
 Sifat Positif
 Berani menyelamatkan orang lain.
 Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas.
 Pembaca boleh mencontohi dengan cara orang lain yang terlibat dalam
kemalangan, keganasan rumah tangga, penderaan dan buli.

 Bekerjasama untuk membatu orang yang ditimpa bencana.


 Penduduk Kampung Parit Haji Rais bekerjasama membina semula rumah Embong
yang musnah dalam bencana banjir.
 Pembaca boleh mencontohi amalan bekerjasama ini dengan cara menyalurkan
maklumat dan membantu orang yang susah hidupnya semasa pandemic COVID-19.
 https://classroom.google.com/c/MzU4NzI0MzIyNTk1?cjc=7mms4ip

Anda mungkin juga menyukai