Anda di halaman 1dari 7

ADAP BELAJAR

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SMA AD-DINIAH AL-ISLAMIAH
KG LALANG, 33700 PADANG RENGAS
PERAK DARUL RIDZUAN
1. NIAT IKHLAS KERANA
ALLAH
• Hal pertama yang harus dipersiapkan sebelum
menuntut ilmu adalah membenarkan niat.
Niatkan semua ilmu yang akan kamu pelajari
hanya karena Allah
2. SENTIASA BERDOA MEMOHON
PERTOLONGAN ALLAH

• Dalam menuntut ilmu hendaknya kita selalu berdoa


agar diberi kemudahan dalam menyerap ilmu dan
mengamalkannya.
3. MENJAUHI MAKSIAT
• Ini kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang
baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih
dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari
dengan perkara-perkara yang negatif yang
boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa
menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai
ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat
suci
4. MEMBERIKAN SEPENUH
TUMPUAN SEMASA BELAJAR
• Tidak memikirkan perkara yang tidak berkaitan
semasa sedang belaajr. Unsur-unsur ini boleh
menyebabkan pelajar tidak dapat menunaikan
tanggungjawabnya sebagai pelajar yang hakiki dan
memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. 
5. TIDAK BERSIKAP ANGKUH DAN
BONGKAK TERHADAP GURU
• Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk menyerahkan segala urusan berkaitan
ilmu dan mematuhi serta menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi
arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut bersifat rendah diri, baik
sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan perkhidmatan
kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong dengan
guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan
alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan
akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan
kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para
pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang mencurahkan
ilmu yang memandunya ke arah kebenaran

Anda mungkin juga menyukai