Anda di halaman 1dari 35

AYAT MAJMUK

DEFINISI AYAT MAJMUK :

Ayat yang dibina dengan


mencantumkan dua ayat tunggal atau
lebih menjadi satu ayat baharu.
Contoh ayat :
Arif sedang membuat kira-kira dan
Fatimah sedang membaca buku.
a) Arif sedang membuat kira-kira.
b) Fatimah sedang membaca buku.
AYAT MAJMUK GABUNGAN

AYAT MAJMUK PANCANGAN

AYAT MAJMUK CAMPURAN

AYAT MAJMUK PASIF


AYAT MAJMUK GABUNGAN :

Terdiri daripada dua @ lebih ayat


yang dicantumkan dengan
menggunakan kata hubung seperti
dan,atau,tetapi,yang setara sifatnya.
Contoh ayat :
- Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
- Puan hendak ke sekolah atau
hendak ke pejabat ?
Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan
tanpa kata hubung tetapi dengan
menggunakan tanda baca koma (,).
Contoh ayat :
- Ali berdiri tegak,memerhatikan gerak
geri mereka.
- Penari-penari itu lincah,melompat ke
kiri,melompat ke kanan.
PEMBENTUKAN AYAT
MAJMUK GABUNGAN
Berikut ialah contoh-contoh ayat
majmuk yang dibentuk dengan
menggunakan kata hubung seperti
dan,lalu,lagi,serta dan sebagainya.
1. Mereka bangun lalu turun ke
serambi.
2. Saya minum teh dan Aminah makan
nasi lemak.
Dari segi teori, ayat majmuk jenis ini
boleh terdiri daripada percantuman
beberapa ayat tunggal.

Dengan mengambil ayat ‘Saya


minum teh dan Aminah makan nasi
lemak’ sebagai contoh,gambar
rajahnya dapat dibuat seperti berikut:
Ayat 1

Ayat 2 Kata hubung Ayat 3

Saya minum teh dan Aminah makan


nasi emak

a) Saya minum teh


b) Aminah makan nasi lemak
Kata hubung: dan
c) Saya minum teh dan
Aminah makan nasi lemak.
Jikalau ayat-ayat yang digabungkan
mempunyai unsur sama,maka
bahagian yang sama itu boleh
digugurkan.
Contoh ayat :
- Ali pandai bermain bola.
- Ali pandai bermain hoki.
# Ali pandai bermain bola dan hoki.
Ayat-ayat yang dihubungkan adalah
dari jenis yang sama dan boleh
berdiri daripada:
a. Ayat penyata
b. Ayat perintah
c. Ayat tanya
* Ayat-ayat tersebut biasanya tidak
boleh dicampuradukkan jenisnya
Contoh:
Ahmad rajin belajar tetapi adiknya
malas. (ayat penyata)
Pergilah masuk ke bilik dan tidur!
(ayat perintah)
Bolehkah anda datang esok dan
menyelesaikan kerja itu? (ayat tanya)
Ayat-ayat terbitan yang merupakan
ayat-ayat yang digabungkan dengan
kata hubung ‘dan’,perlu mempunyai
hubungan makna untuk menjadikan
ayat itu gramatis.
Contoh-contoh:
 Ali bermain bola dan adiknya bermain
guli.
* Ali bermain bola dan rumahnya
terbakar (tidak gramatis)
Proses penggabungan ayat boleh
digunakan untuk deretan beberapa
ayat.
Contohnya:
Pada cuti sekolah yang lalu saya
melawat datuk,nenek, pak cik,mak
cik, dan saudara-mara di kampung.
* Ayat di atas terdiri daripada 5 ayat tunggal
yang telah dijadikan satu ayat majmuk
dengan menggugurkan empat frasa yang
berulang.
Kadang kala, penggunaan kata
hubung dapat dihilangkan sama
sekali, misalnya:
 Adik ke sekolah, ayah ke pejabat.

Berlainan dengan ayat berikut:


 Adik ke sekolah dan ayah ke pejabat
* boleh digugurkan ‘dan’ kerana ‘dan’ tidak
menerima tekanan.Makna ayat tetap tidak
berubah.
Jenis Gabungan :
1) Gabungan yang susunan fakta-
faktanya berturutan,yakni satu demi
satu. Menggunakan kata hubung
‘dan’, ‘lalu’, ‘lagi’, ‘serta’ dan
‘sambil’.
Contoh:
a) Beliau memandang saya sambil
tersenyum.
2) Gabungan yang susunannya
memberikan maksud pertentangan
fakta dalam ayat-ayat yang
digabungkan.
Contoh:
a) Musim hujan dingin,sebaliknya
musim kemarau panas.
b) Kain yang dibelinya terlalu
mahal,padahal ada yang lebih
murah
DEFINISI AYAT MAJMUK
PANCANGAN :
Mempunyai satu ayat utama dan
beberapa @ satu ayat kecil lain
menjadi sebahagian daripada ayat
utama itu.
Ada tiga jenis :
AYAT RELATIF :AYAT RELATIF

AYAT KOMPLEMEN

AYAT KETERANGAN
AYAT RELATIF :
Ayat relatif ini hanya menggunakan
perkataan yang.
Contoh ayat :
Saya membeli baju yang berwarna merah.
Ayat ini berasal daripada :
- Saya membeli baju.
- Baju itu berwarna merah.
Apabila kedua-dua ayat
dimajmukkan, ayat kecil relatifnya
iaitu Baju itu berwarna merah
dipancangkan ke dalam ayat induk
Saya membeli baju.
Oleh sebab ungkapan baju diulang,
maka baju yang kedua digugurkan
dan diganti dengan kata relatif yang.
Contoh lain:
Ayat induk: Bas itu bas ekspress
Ayat kecil: Adik saya menaiki bas.
(yang dijadikan ayat pasif:Bas dinaiki
adik saya.)
Pemajmukan ayat di atas melahirkan
ayat yang baru, ayat majmuk relatif:
Bas yang dinaiki adik saya ialah
bas ekspress.
Perkataan yang juga bukan sahaja
digunakan sebagai penanda relatif,
tetapi digunakan juga sebagai nama
yang digugurkan daripada frasa
nama+ yang. Contoh-contohnya:
a. Warna yang biru itu warna
kegemaran ibu
b. Yang biru itu warna kegemaran ibu
saya
AYAT KOMPLEMEN :

Terdapat dua kata komplemen iaitu


bahawa dan untuk.
Contoh ayat :
- Dia mengetahui bahawa Ahmad
telah pergi.
- Sungguh mustahil untuknya
melarikan diri.
Kadang kala perkataan yang
digunakan sebagai komplemen ayat
berikut:
• Dia mengetahui yang Ahmad telah
pergi.
-Namun, ayat-ayat tersebut tidak
boleh diterima sebagai bahasa
persuratan.
- Tiap-tiap satu daripada ayat-ayat
tersebut terdiri daripada dua ayat
iaitu satu ayat induk dan satu ayat
komplemen yang dipancangkan
seperti berikut:
Dia mengetahui bahawa Ahmad
telah pergi
a. Dia mengetahui (sesuatu)
b. Ahmad telah pergi
Kata komplemen: bahawa
AYAT KETERANGAN :
Ayat yang terdiri daripada ayat induk @
ayat kecil atau lebih yang menerangkan
predikat.
Kedudukan ayat keterangan ini tidak
tetap,boleh hadir di depan atau di belakang
ayat.
Contoh ayat :
- Anak itu menangis kerana ia lapar.
- Dia bukan ketua saya ketika saya
bekerja dahulu.
JENIS-JENIS AYAT
KETERANGAN :
Keterangan musabab
(kerana,lantaran,oleh sebab)
Keterangan akibat (hingga,sehingga)
Keterangan syarat (sekiranya,andai
kata,jikalau.jika,kalau)
Keterangan waktu
(sejak,semenjak,setelah,sewaktu,sem
entara,tatkala,ketika)
Keterangan pertentangan
(walaupun,meskipun,kendatipun,biarp
un,walau bagaimanapun,namun
sekalipun,sedangkan)
Keterangan harapan
(supaya,agar,semoga,moga-
moga,kalau-kalau)
Keterangan cara (dengan)
Keterangan tujuan (untuk,demi,bagi)
Keterangan perbandingan
(seperti,macam seolah-olah,seakan-
akan,ibarat,bagaikan,bak)
AYAT MAJMUK CAMPURAN :
Ayat yang mengandungi campuran
ayat tunggal dengan ayat majmuk
atau berbagai-bagai jenis ayat
majmuk.
Contoh ayat :
- Ahmad sedang mambaca
buku,tetapi kawan-kawannya yang
sudah letih lesu telah lama tidur.
Ayat Majmuk Pasif
AYAT MAJMUK PASIF :
Jika ayat-ayat sebelumnya mengandungi
kata kerja transitif,maka bolehlah
dijadikan ayat pasif.
1) AYAT MAJMUK GABUNGAN
Aktif : Saya minum teh dan Fatimah
makan nasi.
Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan
oleh Fatimah.
2) AYAT MAJMUK RELATIF
Aktif : Mereka menonton wayang
yang lucu itu.
Pasif : Wayang yang lucu itu ditonton
oleh mereka.
3) AYAT MAJMUK KOMPLEMEN
Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian
akan bermula pada bulan hadapan.
Pasif : Bahawa ujian itu akan bermula
pada bulan hadapan diterangkan
oleh guru.
4) AYAT MAJMUK KETERANGAN
Aktif : Sungguhpun badannya letih Ali
tetap menghadiri majlis
perayaan itu.
Pasif : Sungguhpun badannya letih
majlis perayaan itu tetap
dihadiri oleh Ali.
4) AYAT MAJMUK KETERANGAN
Aktif : Ali tetap menghadiri majlis
perayaan itu sungguhpun
badannya letih
Pasif :
Majlis perayaan itu tetap
dihadiri oleh Ali sungguhpun
badannya letih
Untuk keterangan
lanjut;
Rujuk : BAB 18 TBD,
2008,p. 497.
SEKIAN,TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai