Anda di halaman 1dari 44

TOKOH-TOKOH ETIKA

KERASIONALAN
 TOKOH-TOKOH DEONTOLOGIKAL
 Immanuel Kant (1724-1804)
 Nama : Immanuel Kant
 Tarikh Lahir : 1724
 Tempat Lahir : Konigsberg in Prussia
 Tarikh Meninggal Dunia : 1804
 Abraham Maslow (1908-1970)
 Nama : Abraham Harold Maslow
 Tarikh Lahir : 1 April 1908
 Tempat Lahir : Brooklyn, New York
 Tarikh Meninggal Dunia : 8 Jun 1970
 Abraham Maslow - Ahli psikologi Amerika yang
--hierarki keperluan (hierarchy of needs)
manusia.

1. Kesempurnaan diri sebagai matlamat kehidupan


manusia.

2. Terdapat beberapa halangan yang menghindari


manusia mencapai tahap kewujudan yang
diidamkan ini.

 Memenuhi keperluan adalah mustahak jika


manusia inginkan kemakmuran atau kemajuan.
 5 tahap keperluan yang berasaskan dua
kumpulan keperluan besar :
 keperluan memenuhi kekurangan
(deficiency needs) - Empat tahap awal.

 keperluan memenuhi pertumbuhan


(growth needs) - tahap terakhir.
 Tahap I: Keperluan fisiologi (Physiological
needs)
 Manusia memerlukan perkara-perkara asas
untuk meneruskan kehidupan : makanan,
minuman, pakaian.

 Tahap II: Keperluan keselamatan (security


needs)
 Manusia memerlukan sesuatu yang boleh
melindungi mereka daripada bahaya atau
ancaman terutamanya tempat tinggal.
 Tahap III: Keperluan rasa kekitaan dan
kasih sayang (belongingness and love
needs)
 Manusia memerlukan kehidupan
bermasyarakat - saling menerima dan
mengasihi antara satu sama lain.

 Tahap IV: Keperluan maruah dan harga


diri (self-esteem needs)
 Manusia mempunyai keperluan untuk
menciptakan kejayaan, menonjolkan
kecekapan mendapat pengiktirafan dan
menerima sanjungan.
 Tahap V: Keperluan penonjolan diri
(self-actualization needs)
 Manusia mempunyai keperluan untuk
membuktikan dan mempamerkan
potensi dan kehebatan diri.

 Paling tinggi tahap ini ialah keperluan


seseorang menolong orang lain agar
dapat menonjolkan dirinya.
 KEPERLUAN PENONJOLAN DIRI

 Melihat hidup ini paling unggul dan mantap.


 Dapat menghayati apa yang betul dan apa
yang salah.
 Lebih memahami masalah kehidupan.
 Lebih melibatkan dalam tugas yang lebih
bermakna.
 Lebih kreatif daripada orang lain.
 Mempunyai personaliti bersepadu
dengan sifat-sifat berani, bebas,
berwibawa, yakin, terbuka dan
perikemanusiaan.
 Beretika tinggi kerana mereka tahu
makna sebenar ‘betul’ dan ‘salah’ dan
mereka juga boleh mengajar orang lain
tentang etika.
 Sihat jasmani dan rohaninya dan boleh
membuat penilaian yang seimbang.
 Mengakui kewujudan kehidupan
spiritual.
 Semakin tinggi pencapaian keperluan manusia, maka semakin
tinggi moralnya. Orang yang dapat memenuhi keperluan
kekurangan dan pertumbuhan, orang itulah yang dianggap paling
bermoral.

5
Penonjolan diri

4
Maruah dan harga diri

3
Kekitaan dan kasih sayang
2
Keselamatan

1
Fisiologi
Rajah 3: Hierarki Keperluan dalam teori Abraham Maslow.
 Lawrence Kohlberg (1927-1987
 Nama : Lawrence Kohlberg
 Tarikh Lahir : 25 Oktober 1927
 Tempat Lahir : Bronxville, New York
 Ahli psikologi dari Amerika Syarikat. Teori
pembangunan moral (moral development
theory) - mengenal pasti ciri, tahap dan
peringkat pencapaian etika seseorang.

 Berasaskan etika keadilan (ethic of justice) yang


berpegang kepada idea setiap orang patut
dilayan dengan sama rata.

 Tiga tahap perkembangan moral manusia


 Tahap I: Prakonvensional
 Sejak lahir hingga 10 tahun : Tumpuan kepada diri
sendiri bagi mendapatkan kepuasan dan
mengelakkan daripada menerima hukuman.
 Dapat membezakan perkara ‘baik’ dan ‘betul’
melalui hadiah, ‘baik’ membawa keuntungan.
Hukuman dan kuasa, dikuasai oleh orang yang
berkuasa.
 Manusia bertindak secara moral dalam 2 peringkat
dengan sebab-sebab berikut:
 Peringkat pertama, mereka mengikut kerana
takut kepada hukuman.
 Peringkat kedua, mereka mengikut untuk
mencari hadiah dan balasan terhadap jasa.
 Tahap II: Konvensional

 Jangka masa bagi tahap ini ialah dari umur 10


tahun hingga 20 tahun. Manusia melihat etika
dari sudut memenuhi harapan iaitu memuaskan
hati orang lain dan memenuhi harapan
masyarakat.

 Konsep ‘baik’ dilihat sebagai sesuatu yang


membawa kepada kesenangan seperti
melaksanakan tanggungjawab, menghormati
orang lain dan mematuhi peraturan.
 Pada tahap ini, manusia bertindak
secara moral dalam 2 peringkat dengan
sebab-sebab berikut:
 Peringkat ketiga, mereka mengikut untuk
mengelak daripada dibenci oleh orang
lain.
 Peringkat keempat, mereka mengikut
untuk mengelak daripada dihukum oleh
pihak berkuasa.
 Tahap III: Pasca Konvensional
 Bermula dari umur 20 tahun dan ke atas,
Manusia membuat keputusan etika
melalui kesedaran kendiri tentang
prinsip-prinsip kemasyarakatan dan
peraturan sejagat seperti keadilan,
kesaksamaan dan persamaan hak.

 Pada tahap ini, manusia bertindak


secara moral dalam 2 peringkat dengan
sebab-sebab berikut:
 Peringkat kelima, manusia mengikut
untuk mengekalkan penghormatan
orang lain.
 Peringkat keenam, merka mengikut
untuk mengelakkan daripada kutukan
orang lain.
 Carol Gilligon
Nama
: Carol Gilligon
 Tarikh : 28 November 1936
 Tempat Lahir : New York City
 Carol Gilligan – Ahli psikologi dari Amerika
Syarikat.
 Pelopor teori etika kasih sayang (ethic of care)
yang berkisar kepada pegangan bahawa
manusia tidak patut disakiti.
 Banyak menulis tentang perasaan,
tanggungjawab dan hubungan manusia,
terutamanya dari pandangan wanita.
 Fokus teori ini ialah tanggungjawab untuk
membantu, tidak membebankan dan tidak
menyakiti orang lain. Keadilan dan
kesaksamaan adalah sebagai dasarnya.
 Beliau lebih mementingkan wanita
berbanding dengan Kohlberg yang
mementingkan lelaki.
 Perkembangan moral :
1. Prakonvensinal.
2. Konvensional.
3. Pasca konvensional.
 Skema perkembangan moralnya adalah
berbeza.
 Tahap I: Prakonvensional

 Seseorang itu hanya tertumpu kepada diri


sendiri sahaja. Apa yang penting ialah
memenuhi segala keperluan sendiri. ‘Tindakan
betul’ dilihat sebagai yang menguntungkan diri
sendiri.
 Tahap II: Konvensional
 Pada tahap ini, seseorang dilihat keperluan
orang lain sebagai lebih penting daripada
keperluan diri sendiri. Berbuat baik bermakna
bertanggungjawab dan ‘tindakan betul’ ialah
suatu pengorbanan diri untuk kepentingan orang
lain.
 Tahap III: Pasca konvensional

 Seseorang memberi perhatian yang


seimbang antara keperluan diri dengan
tujuan mengekalkan perhubungan yang
sedia ada. Dia akur kepada prinsip
tanggungjawab yang melarang
seseorang menyakiti hati orang lain.
 TOKOH-TOKOH TELEOLOGIKAL
 Jeremy Bentham (1748-1832)
 Ahli falsafah Inggeris yang radikal yang
mempelopori teori kegunaan (utilitarianism) pada
awal abad ke-19.
 Perlakuan manusia untuk kebaikan manusia.
Fokus kepada akibat dan kesan perbuatan itu.
 Perkataan utilitarianism berasal daripada
perkataan utility yakni kegunaan atau
keuntungan hasil daripada sesuatu perbuatan.
Kita perlu membuat penilaian apakah sesuatu
perkara itu boleh membawa kepada
kesejahteraan manusia atau sebaliknya.
 Ahli falsafah yang pertama membahaskan
nilai-nilai dalam teori empiricism.
 Jika kita hendak membuat penilaian terhadap
sesuatu tindakan beretika kita harus
mengetahui berapa kepuasan atau
kegembiraan yang dapat diperolehi, meliputi
objektif, proses am dan secara terbuka.
 Setiap orang diberi hak yang sama rata dan
boleh memperolehi seluruh kegembiraan.
Kegembiraan bukan suatu khayalan atau
misteri tetapi ia adalah suatu perkara yang
senang difahami oleh orang ramai.
 Teori ini mempunyai 2 ciri penting:
1. Mengesyorkan seseorang itu menimbangkan
semua kesan yang timbul daripada sesuatu
tindakan yang diambil dan menentukan sama
ada tindakan itu bermoral atau tidak. Aspek ini
dikenali sebagai act-utilitarianism.

2. Mengesyorkan seseorang itu mengukur


keseronokan dan kesakitan yang timbul
daripada tindakan yang diambil. Aspek ini
dikenali sebagai hedonistic utilitarianism.
 Bentham telah mencipta Hedonistic
Calculus yang mempunyai 7 tahap:
 kekuatan perasaan
 jangka masa perasaan
 ketepatan perasaan
 kedekatan perasaan
 kesuburan perasaan
 kesucian perasaan
 takat perasaan
 Setiap tahap yang dinyatakan akan diberi
markah. Keputusan diperolehi dengan
mencampurkan semua markah bagi ketujuh-tujuh
tahap ini. Jika jumlah markah positif (baik)
melebihi jumlah markah negatif (buruk), maka
tindakan itu adalah bermoral. Sebaliknya markah
negatif melebihi markah positif, tindakan tersebut
adalah tidak bermoral.
 Kesimpulan, sesuatu tindakan salah bukan
kerana ia kejam atau berdosa, tetapi ia lebih
membawa perasaan dukacita daripada perasaan
sukacita.

 John Stuart Mill (1806-1873)
 Nama : John Stuart Mill
 Tarikh Lahir : 1806
 Tempat Lahir : London
 Tarikh Meninggal Dunia : 1873
 Tempat Meninggal Dunia : Aix-En-Provence

 John Stuart Mill ahli falsafah Inggeris.
 Dia terpengaruh dengan Bentham dan
mengembangan teori kegunaan (utilitarianism).
 Memberi fokus yang lebih kepada kualiti
kegunaan atau manfaat. James Mill iaitu bapa
John Stuart Mill berkawan baik dengan Bentham
dan beliau ialah seorang paderi dalam keilmuan.
James Mill dipengaruhi oleh idea Bentham
dalam teknik pengajaran anaknya.
 John Stuart Mill lebih berminat membuat
pembaharuan dalam aspek sosial berbanding
dengan aspek teori yang abstrak. Beliau lebih
mementingkan kualiti daripada kegembiraan
seseorang.
 Mill mengatakan keseronokan atau
kebahagiaan yang dirasa tidak serupa.
 Dia menjelaskan kebahagiaan itu
mempunyai kualiti tinggi atau rendah.
Orang yang mempunyai kualiti
kebahagiaan yang tinggi digambarkan
dengan keadaan sejahtera, sihat fizikal
dan mental, berpendidikan, berakhlak dan
sensitif terhadap orang lain.
 Manakala orang yang mempunyai kualiti
kebahagian yang rendah pula mempunyai
ciri-ciri seperti bodoh, jahil, malas,
mementingkan diri sendiri dan suka
kepada kelazatan fizikal.
 Thomas Hobbes
 Nama : Thomas Hobbes
 Tarikh Lahir : 5 April 1588
 Tempat Lahir: MalmesburyWiltshire, England
 Tarikh Mengninggal Dunia : 4 Disember 1679
 Tempat Meninggal Dunia : Hardwick Hall


 Mula mempersoalkan peranan manusia
dalam politik dan masyarakat.
 Manusia ini jahat dan memerlukan satu
kuasa untuk mengawal mereka.
 Beliau berpendapat jika sesuatu perkara
yang menyebabkan manusia bersenang
hati maka ia merupakan satu perkara
yang baik dan sebaliknya sesuatu yang
menyebabkan seseorang itu berasa
sakit hati adalah sesuatu yang buruk.
 Nilai baik dan buruk adalah relatif.
Seseorang itu boleh mengubah sifat
dirinya dari melakukan sesuatu yang
buruk kepada yang baik atau sebaliknya.
 John Locke

 Nama: John Locke


 Tarikh Lahir: tahun 1632
 Tarikh Meninggal Dunia: tahun 1704

 Ahli falsafah yang mempelopori teori hak asasi


(rights theory).

 Manusia mempunyai hak semulajadi yang asasi


terutamanya ke atas nyawa, kebelasan dan
kebahagiaan.
 Manusia juga mempunyai kuasa untuk
menurunkan pemerintah jika corak
pemerintahannya menyakitkan mereka.

 Kehendak rakyat hendaklah disalurkan


menerusi undang-undang dan perlu
membentuk satu perlembagaan yang
diberi kuasa oleh rakyat bagi
memastikan undang-undang dipelihara.
 Manusia lahir bebas daripada segala pegangan,
pandangan atau prasangka yang disebut tabula
rasa.

 Pemikiran, kepercayaan dan pandangan


individu di warnai oleh idea, pegangan dan
institusi yang wujud dalam masyarakatnya.
Semua itu adalah hak semulajadi yang
dikurniakan Tuhan. Lantaran itu, manusia
mempunyai tanggungjawab untuk
menghormatinya.

 Membincangkan tentang kontrak sosial
yang boleh mengurangkan kuasa mutlak
pihak kuasa.
 Terpengaruh oleh pandangan Hobbes.
Beliau menekankan kebebesan individu.
 Sistem politik merupakan sistem formula
asal yang digunakan oleh manusia untuk
mempertahankan hak asasi dan
kebebasan daripada musuh dalaman
dan luaran di dalam sesebuah negara.
 Manusia mempunyai 2 kuasa semulajadi :
1. Mempertahankan hak asasi diri sendiri.
2. Menghormati hak asasi orang lain.

 Kedua-dua kuasa semulajadi ini telah


digunakan oleh badan perundangan dan
badan eksekutif.

 Individu bebas untuk menentukan sesuatu itu


baik atau buruk. Jika seseorang itu inginkan
manfaat tertinggi, maka dia perlu menjadi
seorang yang berkelakuan baik.
 Adam Smith (1723-1790)
 Nama: Adam Smith
 Tempat lahir : KirkcaldFife, Scotland
 Tarikh Meninggal Dunia:17 Julai, 1790
 Bapa pemodenan ekonomi. Pelopor undang-
undang antarabangsa yang disimpulkan dalam
buku “The Theory of the Moral Sentimens”
menyatakan tentang sumbangan Smith dalam
etika pemikiran semula jadi.
 Mengkritik teori kebaikan yang dikemukakan
oleh Plato, Aristotle, the Stoics, Clarke,
Wollastom dan Shaftesbury.
 “Human Natural Virtues’ yang dibincangkan
oleh Smith menyatakan : Kebaikan yang
berkaitan dengan keadilan sebagai satu tanda
penghormatan dan simbol keagamaan untuk
manusia semasa merujuk kepadanya.
 2 idea tambahan yang dikemukakan :
1. Kepentingan kepada perbincangan dan
pemeriksaan tentang kebaikan.
2. Kepentingan seseorang bersifat mulia.
 Falsafah moral meliputi kebaikan dan
keburukan, kegembiraan dan hak milik
serta ketidaksempurnaan dan kesedihan
orang lain.

 Menyeru cinta kepada etika yang


bersifat baik dan mengabaikan etika
yang bersifat buruk.
 Ilmu Hukum atau Perundangan
(Jurisprudence)
 Usaha untuk menuntut dan menepati
hokum atau perundangan bagi setiap
perkara dalam kelakuan yang diamalkan
oleh setiap individu.
 Safsatah atau Kasuistri (Casuitry)
 Mengkaji dan menyelesaikan masalah
akhlak.
 Patut menolak semua masalah akhlak.

 Moraliti bermula daripada perasaan


simpati manusia antara satu sama lain.
Justeru, mereka dapat mengenal pasti
kebaikan dengan sesuatu yang
mendatangkan kepuasan diri, dan
keburukan dengan sesuatu yang
menyebabkan kesedihan.

Anda mungkin juga menyukai