Anda di halaman 1dari 33

ALIRAN PEMIKIRAN

ISLAM
ALIRAN PEMIKIRAN ISLAM

wahyu wahyu
semata-mata dan akal

akal akal
dan wahyu semata-mata
WAHYU SEMATA-MATA

Pegangan nabi dan para rasul serta


pengikutnya, terutamanya generasi
Islam.

Berpandukan Quran dan hadis Nabi.


WAHYU DAN AKAL

 Muncul setelah kewafatan Nabi Muhammad


sebagai reaksi terhadap pengaruh tamadun
asing.
 Timbul pelbagai perubahan pemikiran dan
mazhab dalam bidang ilmu kalam, fikah dan
tasawuf.
 Fikah : kegiatan ijtihad meliputi kaedah kias,
ijmak, istihsan dan istislah.
AKAL DAN WAHYU

 Akal sebagai asas dan wahyu sebagai penyokong.


 Seorang zindiq Yahya bin khalid al-Barmaki
membawa masuk warisan falsafah yunani dari
Raja Rom.
 ’Biarlah orang Arab menjadi kelam kabut
sedangkan kita terselamat dan aman damai dari
kejahatan buku-buku itu’.
 Lahir Buku fikah pertama Had Mantiq.
AKAL DAN WAHYU
 Ahli-ahli falsafah islam dan sebahagian ulama kalam
terutama pendukung mazhab muktazilah
terpengaruh dengan falsafah Aristotle yang
menggunakan prinsip logik dalam penafsiran alam
metafizik.
 Para ulama islam menentang secara tidak langsung
mahu pun secara langsung falsafah logik yunani
antaranya Ibn Solah, Imam Syafie dan Imam Nawawi.
 Ibn Solah - mempelajari dan mendalami ilmu logik
adalah haram kerana ia bercampur-aduk dengan
bidaah dan khurafat yang bercanggah dengan akidah.
Imam Syafie - tidak mengharamkan ilmu
logik secara terang-terangan, namun jelas
sikapnya tidak mengharuskan. Beliau
menolak kias sebagai sumber hukum
kerana ia berkait rapat dengan logik.

Menurutnya orang Arab tidak akan


berselisih pendapat selagi mereka
berpegang pada warisan bahasa Arab.
Tetapi mereka akan bertelagah jika beralih
pada falsafah Aristotle.
Imam Nawawi - mengharamkan ilmu
logik dan menghukum kafir bagi yang
mendalaminya kerana ia tidak menurut
ketentuan Quran dan hadis.

Orang yang mempelajarinya bukanlah


orang yang mendalami Quran dan
hadis, sehingga mereka menggunakan
ilmu logik bagi mentafsirkan persoalan
agama menurut akal mereka.
Kritikan secara langsung kepada
ilmu logik adalah Ibnu Tamiyyah.
Kitab al-Radd ‘ala Mantiqiyyin dan
Naqd al-Mantiq, menganggap ilmu
logik tidak memberi sebarang
faedah.

Al-Sayuti-ilmu logik haram


dipelajari kerana akan mengabaikan
bahasa Arab, Quran, dan hadis.
AKAL SEMATA-MATA

Terkeluar daripada aliran pemikiran


Islam sama sekali.

Gaya pemikiran sama dengan tradisi


berfikir Barat.

Umat Islam menolak kerana segala


perkara diukur hanya berdasarkan akal
logik semata-mata seperti persoalan
metafizik dan hakikat hidup manusia.
ALIRAN KALAM

 Berlaku pergolakan yang mengancam


perpaduan umat Islam pada zaman khalifah
Ali.

 Kelahiran Syiah dan Khawarij disebabkan


faktor sosioekonomi dan politik tetapi
terseret pada persoalan yang bersifat teologi.
ALIRAN KALAM
 Persoalan : Adakah umat Islam yang
melakukan dosa besar masih dianggap
sebagai Islam?

 Cukupkah dengan pengakuan iman secara


lisan sahaja tanpa diiringi dengan amal?

 Puak Khawarij menganggap Ali, Muawiyah,


Amru Bin al Ass, Abu Musa al-Asyaari dan
mereka yang menerima tahkim sebagai kafir
kerana tidak menghukum menurut hukum
yang ditetapkan Allah.
ALIRAN KALAM

 Golongan Syiah pula menghukum orang


yang melakukan dosa besar sebagai fasik
pada tahap kufur nikmat.

 Perselisihan bermulai abad ke-2 Hijrah,


apabila umat islam terdedah secara
meluas pada pengaruh asing khasnya
daripada teologi Kristian dan falsafah
Yunani.
ALIRAN KALAM

KEMASUKAN PEMIKIRAN ASING

 Pertama : melalui proses asimilasi bangsa


 Kedua : melalui kegiatan penterjemahan
karya-karya asing ke dalam bahasa Arab.

 Muncul beberapa teori Islam yang


dipengaruhi oleh pemikiran dan falsafah
asing.
MUKTAZILAH
 5 prinsip mazhab Muktazilah yang disebut
sebagai al-Usuf al-Kamsah, iaitu:
a) Al-Tauhid (keesaan Tuhan)
b) Al-’Adl (Keadilan Tuhan)
c) Al-Wa’d wa al-Wa’id (janji dan ancaman)
d) Al-Manzilah bain al-Manzilatain (kedudukan
antara mukmin dengan kafir)
e) Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘al-Munkar
(menyurah berbuat kebaikan dan meninggalkan
kejahatan)
ALIRAN KALAM

CABARAN ABAD KE-13 MASIHI

 Cabaran dari luar, gerakan Salibiyyah dan


diburukkan lagi dengan serangan ganas
kaum Mongol yang membawa keruntuhan
Baghdad.
 Cabaran dalaman, kebangkitan Syiah yang
turut bekerjasama dengan tentera Salib dan
Mongol untuk menghancurkan Islam.
ALIRAN KALAM

 Kebangkitan Syiah turut mempengaruhi


kebangkitan tasawuf ibadat dan tarekat Sufi.

 Situasi ini mempengaruhi pemikiran Islam,


dari segi akidah, syariat dan juga tasawuf.

 Dalam suasana tertekan ini munculnya Ibn


Taimiyyah sebagai penyambung gerakan
tajdid dan penggerak aliran Salafiyyah.
ALIRAN KALAM

 Dalam soal akidah peranan Ibn


Taimiyyah bukan setakat membersihkan
unsur rasionalisme Yunani bahkan
membanteras unsur syirik dan bidaah.

 Walau bagaimanapun, usaha beliau tidak


berupaya melawan arus dunia Islam pada
masa itu yang dilanda oleh penyakit
taklik dan jumud.
ALIRAN TASAWUF

 Tasawuf Islam berasal daripada amalan


Nabi Muhammad dan para sahabat dari segi
ibadat mahupun akhlak.
 Kehidupan Nabi Muhammad yang
sederhana serta sifat-sifat zuhudnya adalah
teladan yang baik bagi para pendukung
tasawuf Islam.
ALIRAN TASAWUF

 Sejak wujudnya hubungan umat islam


dengan masyarakat asing dan kemunculan
bani Umayyah sebagai kerajaan Islam, umat
islam dipukau oleh semangat keduniaan dan
kebendaan.
 Maka muncul gerakan zuhud yang ingin
memisahkan diri daripada kepalsuan hidup
ini.
ALIRAN TASAWUF

 Antara tokoh tasawuf yang terkenal adalah


Hassan Al-Basri yang mempelajarinya
daripada Huzaifah al-Yamani, Rabiah al-
Adawiyah, Ibrahim bin Adham.

 Tokah-tokoh lain seperti Harith al-


Muhasibi,Zunnun al-Misri, Junaid al-
Baghdadi dan Bisyr al-Hafi.

 Mereka adalah tokoh-tokoh pewaris tasawuf


Sunni yang mementingkan adab dan akhlak.
ALIRAN TASAWUF

 Kemurnian tasawuf dicemari pengaruh


falsafah dan kegiatan golongan Syiah
Ghulah, iaitu golongan pelampau yang
mengagungkan individu melebihi kuasa
manusia.

 Individu yang diagungkan itu adalah Ali


bin Abu Talib, iaitu iman mereka yang
pertama.
ALIRAN TASAWUF

 Dalam usaha mengangkat kedudukan


imam, terciptanya hadis-hadis palsu yang
bukan hanya terbatas pada Ali bin Abu
Talib sahaja bahkan juga meliputi doktrin
Nur Muhammad.
ALIRAN TASAWUF

 Imam Al-Ghazali pula muncul bagi


mendamaikan pertentangan antara ahli
fikah dan para sufi, al-Ghazali menulis
kitab ‘Ihya Ulumuddin’.

 Dengan kejatuhan Baghdad, tasawuf


Islam mengalami peringkat ketiga dalam
sejarahnya dengan munculnya tarekad
yang pada mulanya hanyalah cara ibadat
yang longgar.
ALIRAN TASAWUF

 Para penganutnya bebas bebas


mengamalkan tanpa terikat dengan guru
atau sesuatu sistem.

 Menjelang abad ke-5 Hijrah,lahir


kumpulan tasawuf yang mempunyai
pemimpin, susunan dan bentuk.
PEMIKIRAN ISLAM KINI

 Umat islam berhadapan dengan cabaran


kolonialisme dan modenisme.
 2 masalah utama.
 Pertama yang melibatkan pengunaan
nama aliran seperti tradisionalis,
ortadoks, konservatif, idealis dsb.
 Kedua, dari segi makna aliran yang
diguna pakai.
ALIRAN TRADISIONALISME
 Aliran yang mempertahankan tradisi yang
asal dan tulen.
 Keaslian dan ketulenannya merujuk pada
ajaran para ulama mazhabiyyah atau yang
bertaklik pada imam-imam mazhab yang
empat.
 Penyakit taklik bermula abad keempat Hijrah
apabila bani Abbasiah didominasi bangsa
asing dan jatuh ke tangan kaum Mongol.
ALIRAN TRADISIONALISME

 Ia pada dasarnya berlaku pada bidang fikah


ataupun hukum apabila masyarakat tidak
lagi merujuk Quran dan Hadis tetapi
merujuk karya-karya ulama mazhabiyyah.
 Turut melibatkan bidang tauhid apabila
umat Islam lebih utamakan kitab syarah yg
ditulis ulama terkemudian.
 Bidang Tasawuf – umat Islam memberi
penekanan dan penumpuan pada ajaran
syeikh-syeikh tarekad.
ALIRAN MODENISME

 Menekankan konsep ijtihad dan


mengisinya dengan kandungan baru yang
diambil dari dunia Barat moden seperti
peranan akal dalam agama, demokrasi
dan hak-hak wanita.

 Berlaku apabila umat Islam terpengaruh


dengan Barat dan aplikasi ijtihad pada
perkara-perkara baru.
ALIRAN MODENISME

 Dalam usaha untuk memodenkan umat


Islam, pihak penjajah cuba memisahkan
mereka daripada agama ataupun warisan
tradisi, walaupun tidak menolak agama
secara total.
 Sarjana Islam sendiri ada yang menolak
hubungan ini. Bagi mereka modenisme
adalah nilai-nilai yang dituntut oleh
Islam.
ALIRAN REFORMISME

 Menekankan ajaran Islam yang tulen


dengan mengetengahkan usaha-usaha
islah dan tajdid.

 Islah bermaksud memperbaiki ataupun


membersihkan Islam dari pemalsuan dan
penyelewengan.
ALIRAN REFORMISME

 Tajdid pula ialah memperbaharui semula


fahaman dan komitmen pada ajaran agama.
Ia berkait rapat dengan kegiatan ijtihad dan
dikatakan saling lengkap melengkapi.

 Istilah ijtihad - sehabis daya menyimpulkan


hukum-hukum syarak berlandaskan beberapa
kaedah dalam menghadapi persoalan baru
yang tidak jelas hukumnya dalam nas-nas
Quran, hadis atau ijmak ulama.
ALIRAN REFORMISME

 Timbul perbezaan dengan aliran tradisionalisme


kerana aliran reformisme menentang taklik dan
menggalakkan ijtihad.
 Ia sama dengan aliran modenisme yang
mendukung konsep rasionalisme, tetapi
perbezaannya timbul kerana aliran reformisme
cuma berijtihad dalam bidang yang kurang jelas
kedudukan hukumnya.
 Remomisme berperanan meneutralkan perbezaan
antara tradisionalisme dan modenisme.

Anda mungkin juga menyukai