Anda di halaman 1dari 7

1.

ALIRAN BESAR DALAM PEMIKIRAN ISLAM


o Aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata
o Aliran yang bersumberkan wahyu dan akal
o Aliran yang bersumberkan akal dan wahyu
o Aliran yang bersumberkan akal semata-mata

2. ALIRAN BERSUMBERKAN WAHYU SEMATA-MATA


o Pegangan nabi dan para rasul serta pengikutnya, terutamanya generasi islam.
o Berpandukan Quran dan hadis Nabi.
o Walaupun tamadun yunani telah berkembang dengan warisan falsafahnya
namun umat islam hanya berpegang kepada ajaran Allah dan rasulNya sahaja, bukannya
kepada akal yunani atau akal umat islam itu sendiri.
o Sikap seperti ini sukar untuk mendakwa wujudnya pemikiran islam.

3. ALIRAN YANG BERSUMBERKAN WAHYU DAN AKAL


o Muncul ekoran pergolakan dalaman di kalangan umat islam selepas kewafatan
Nabi Muhammad sebagai reaksi pada pengaruh tamadun asing kepada umat islam.
o Timbul pelbagai perubahan terutama perubahan pemikiran yang membentuk
pelbagai mazhab dalam bidang ilmu kalam, fikah dan tasawuf.
o Muncul pelbagai mazhab yang merujuk sumber (Quran dan hadis) ataupun akal
fikiran.
o Dalam ilmu fikah, pemikiran islam berkembang melalui kegiatan ijtihad
meliputi kaedah kias, jimak, istihsan, istislah dan sebagainya.

4. ALIRAN BERSUMBERKAN AKAL DAN WAHYU


o Bersumberkan akal sebagai asasnya dan wahyu sebagai penyokongnya.
o Wujud apabila seorang zindiq Yahya bin khalid al-Barmaki membawa masuk
warisan falsafah yunani.
o Beliau meminta Raja Rom supaya memberikan kepadanya buku-buku yunani
yang disimpannya.
o Permintaannya itu dipenuhi kerana baginya,’Biarlah orang Arab menjadi kelam
kabut sedangkan kita terselamat dan aman damai dari kejahatan buku-buku itu’. Buku fikah
pertama yang dikeluarkan adalah buku berjudul Had Mantiq
o Ahli-ahli falsafah islam dan sebahagian ulama kalam terutama pendukung
mazhab muktazilah terpengaruh dengan falsafah Aristotle yang menggunakan prinsip logik
dalam penafsiran alam metafizik.
o Para ulama islam menentang secara tidak langsung mahu pun secara langsung
falsafah logik yunani antaranya Ibn Solah, Imam Syafie dan Imam Nawawi.
o Ibn Solah - mempelajari dan mendalami ilmu logik adalah haram kerana ia
bercampur-aduk dengan bidaah dan khurafat yang bercanggah dengan akidah.
o Imam Syafie - tidak mengharamkan ilmu logik secara terang-terangan, namun
jelas sikapnya tidak mengharuskan. Beliau menolak kias sebagai sumber hukum kerana ia
berkait rapat dengan logik.
o Menurutnya orang Arab tidak akan berselisih pendapat selagi mereka
berpegang pada warisan bahasa Arab. Tetapi mereka akan bertelagah jika beralih pada
falsafah Aristotle.
o Imam Nawawi - mengharamkan ilmu logik dan menghukum kafir bagi yang
mendalaminya kerana ia tidak menurut ketentuan Quran dan hadis.
o Orang yang mempelajarinya bukanlah orang yang mendalami Quran dan hadis,
sehingga mereka menggunakan ilmu logik bagi mentafsirkan persoalan agama menurut akal
mereka.
5.
o Tokah yang terkenal disebabkan kritikannya secara langsung kepada ilmu logik
adalah Ibnu Tamiyyah.
o Melalui kitabnya seperti al-Radd ‘ala Mantiqiyyin dan Naqd al-Mantiq,
menganggap ilmu logik tidak memberi sebarang faedah kepada orang cerdik & tidak
bermanfaat kpd org bodoh.
o Al-Sayuti-ilmu logik haram dipelajari dan didalami kerana akan terpengaruh
dan mengabaikan bahasa Arab, Quran, dan hadis. Akibatnya umat islam akan musnah dan
rosak serta tersebarnya bidaah dan khurafat.
o
6. ALIRAN BERSUMBERKAN AKAL SEMATA-MATA
o Aliran ini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada aliran pemikiran islam
sama sekali.
o Gaya pemikiran golongan ini sama dengan tradisi berfikir Barat.
o Umat Islam tidak dapat menerima apabila segala perkara diukur hanya
berdasarkan akal logik semata-mata, terutama dalam persoalan metafizik ataupun hakikat
hidup manusia

7. KATEGORI PEMIKIRAN ISLAM

KLASIK

o Aliran Kalam
o Aliran Fikah
o Aliran Tasawuf

KINI

o Tradisional
o Modenisme
o Reformisme

8. ALIRAN KALAM
o Muncul apabila berlakunya pergolakan yang mengancam perpaduan umat islam
pada zaman khalifah Ali bin Abu Talib.
o Kemunculan gol. Syiah dan Khawarij ini pada dasarnya disebabkan faktor
sosioekonomi dan politik, tetapi terseret pada persoalan yang bersifat teologi.
o Persoalan yang dibangkitkan adalah adakah umat Islam yang melakukan dosa
besar masih dianggap sebagai Islam? Cukupkah dengan pengakuan iman secara lisan sahaja
tanpa diiringi dengan amal?
o Puak Khawarij menganggap Ali, Muawiyah, Amru Bin al Ass, Abu Musa al-
Asyaari dan mereka yang menerima tahkim sebagai kafir kerana tidak menghukum menurut
hukum yang ditetapkan Allah.
o Golongan Syiah pula menghukum orang yang melakukan dosa besar sebagai
fasik pada tahap kufur nikmat.
o Mulai abad kedua Hijrah, bermula tahap kedua dalam perkembangan teologi
apabila umat islam terdedah secara meluas pada pengaruh asing khasnya daripada teologi
Kristian dan falsafah yunani.
o Kemasukan pemikiran asing ini melalui dua saluran.
o Pertama - melalui proses asimilasi bangsa
o Kedua - melalui kegiatan penterjemahan karya-karya asing ke dalam bahasa
Arab.
o Kesannya, muncul beberapa teori Islam yang dipengaruhi oleh pemikiran dan
falsafah asing.
o Dalam sejarah pemikiran Islam, mazhab Muktazilah menduduki tempat
terpenting kerana merekalah pengasas ilmu kalam.
o 5 prinsip mazhab Muktazilah yang disebut sebagai al-Usuf al-Kamsah , iaitu:
o Al-Tauhid (keesaan Tuhan)
o Al-’Adl (Keadilan Tuhan)
o Al-Wa’d wa al-Wa’id (janji dan ancaman)
o Al-Manzilah bain al-Manzilatain (kedudukan antara mukmin dengan kafir)
o Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘al-Munkar (menyurah berbuat kebaikan dan
meninggalkan kejahatan)
o Abad ke-13 Masihi, dunia islam mengalami dua cabaran besar dari dalam dan
luar negeri.
o Cabaran dari luar, datangnya gerakan Salibiyyah dan diburukkan lagi dengan
serangan ganas kaum Mongol yang membawa keruntuhan Baghdad.
o Cabaran dalaman, kebangkitan gol. Syiah yang turut bekerjasama dengan
tentera Salib dan Mongol untuk menghancurkan Islam.
o Kebangkitan Syiah turut mempengaruhi kebangkitan tasawuf ibadat dan tarekat
Sufi.
o Walaupun umat Islam masih dapat memulihkan kekuasaan politik, namun
psikologi dan mental umat islam dilanda penyakit taklik dan jumud.
o Situasi ini mempengaruhi pemikiran Islam, dari segi akidah, syariat dan juga
tasawuf.
o Dalam suasana tertekan ini munculnya Ibn Taimiyyah sebagai penyambung
gerakan tajdid dan penggerak aliran Salafiyyah.
o Dalam soal akidah peranan Ibn Taimiyyah bukan setakat membersihkan unsur
rasionalisme Yunani bahkan membanteras unsur syirik dan bidaah.
o Walau bagaimanapun, usaha beliau tidak berupaya melawan arus dunia Islam
pada masa itu yang dilanda oleh penyakit taklik dan jumud.
o ALIRAN FIKAH
o Pada zaman Nabi Muhammad ilmu Fikah belum wujud dan belum terdapat
pembahagian hukum kepada wajib, sunat, haram, makruh dan harus.
o Tidak pernah para sahabat bertanya ataupun mengetahui berkenaannya kerana
apa sahaja keputusan Nabi Muhammad adalah contoh yang perlu diikuti.
o Para sahabat dibenarkan ber-ijtihad tetapi terbatas seperti dalam kes Muaz bin
Jabal. Bagaimanapun ijtihad mereka tidak dijadikan fatwa yang perlu dipatuhi kerana perlu
diakui oleh Nabi Muhammad.
o Jadi pada hakikatnya, beliau sahaja yang menjadi pemutus sesuatu hukum.
o Semua ini berubah pada abad ke-2 Hijrah apabila ijtihad semakin diamalkan.
o Ini bermakna, selain Quran dan sunah, akal juga adalah sumber hukum yg tidak
kurang pentingnya.
o Perubahan ini berlaku apabila kekuasaan Islam sudah menjangkau ke Iraq.
o Dari segi sosial orang iraq banyak berhubungan dengan orang asing. Dari segi
ekonomi di Iraq terdapat kekayaan yang melimpah-limpah dan mewujudkan cara hidup
mewah dan berfoya-foya.
o Kerumitan ini diburukkan lagi dengan kekurangan hadis bahkan hadis yang
tersebar sukar dipastikan kesahihannya kerana banyak hadis palsu.
o Masalah ini mendorong munculnya aliran al-Ra’yy (Rationalist) di Iraq.
o Tokoh besar pemimpin aliran al-Ra’yy adalah Abu Hanifah.
o Kemudian muncul tokoh-tokoh fikah lain seperti Imam Malik bin Anas, Imam
Muhammad bin Idris al-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.
o Mereka adalah tokoh-tokoh mujtahid yang terkenal sebagai Imam Mazhab
Empat.

ALIRAN TASAWUF

o Tasawuf Islam berasal daripada amalan Nabi Muhammad dan para sahabat dari
segi ibadat mahupun akhlak.
o Kehidupan Nabi Muhammad yang sederhana serta sifat-sifat zuhudnya adalah
teladan yang baik bagi para pendukung tasawuf Islam.
o Sejak wujudnya hubungan umat islam dengan masyarakat asing dan
kemunculan bani Umayyah sebagai kerajaan Islam, umat islam dipukau oleh semangat
keduniaan dan kebendaan.
o Maka muncul gerakan zuhud yang ingin memisahkan diri daripada kepalsuan
hidup ini.
o Antara tokoh tasawuf yang terkenal adalah Hassan Al-Basri yang
mempelajarinya daripada Huzaifah al-Yamani, Rabiah al-Adawiyah, Ibrahim bin Adham.
o Tokah-tokoh lain seperti Harith al-Muhasibi,Zunnun al-Misri, Junaid al-
Baghdadi dan Bisyr al-Hafi.
o Mereka adalah tokoh-tokoh pewaris tasawuf Sunni yang mementingkan adab
dan akhlak.
o Tokoh pertama yang menentang tasawuf itu adalah Imam Ahmad bin Hanbal.
Beliau menangis setelah mendengar ucapan Harith al-Muhasibi kerana bimbangkan kesan
buruk pada masyarakat.
o Kemurnian tasawuf akhirnya tercemar akibat pengaruh falsafah dan kegiatan
golongan Syiah Ghulah, iaitu golongan pelampau yang mengagungkan individu melebihi
kuasa manusia.
o Individu yang diagungkan itu adalah Ali bin Abu Talib, iaitu iman mereka yang
pertama.
o Dalam usaha mengangkat kedudukan imam, terciptanya hadis-hadis palsu yang
bukan hanya terbatas pada Ali bin Abu Talib sahaja bahkan juga meliputi doktrin Nur
Muhammad.
o Imam Al-Ghazali pula muncul dalam menghadapi cabaran yang mengancam
kestabilan negara dan mengancam akidah umat Islam.bagi mendamaikan pertentangan
antara ahli fikah dan para sufi, al-Ghazali menulis kitab ‘Ihya Ulumuddin’
o Dengan kejatuhan Baghdad, tasawuf Islam mengalami peringkat ketiga dalam
sejarahnya dengan munculnya tarekad yang pada mulanya hanyalah cara ibadat yang
longgar.
o Para penganutnya bebas bebas mengamalkan tanpa terikat dengan guru atau
sesuatu sistem.
o Menjelang abad ke-5 Hijrah,lahir kumpulan tasawuf yang mempunyai
pemimpin, susunan dan bentuk.
o Dalam suasana umat Islam dikuasai oleh pemikiran tasawuf falsafah dan
tarekad ini, muncul Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim.
o Kemunculan Ibn Taimiyyah bukan sahaja mengembalikan semula tasawuf pada
landasannya yang asal bahkan mengatasi kelemahan al-Ghazali.
o Beliau bukan menentang keseluruhan tasawuf itu kerana beliau tetap
menghormati tokoh-tokoh tasawuf asal. Tetapi yang ditentangnya adalah tasawuf falsafah
dan tarekat yang mengandungi unsur syirik, khurafat dan bidaah.
o
9. PEMIKIRAN ISLAM KINI

Masalah aliran semakin rumit apabila umat islam dihadapkan dengan cabaran kolonialisme dan
modenisme. Terdapat dua masalah utama.

Pertama yang melibatkan pengunaan nama aliran seperti tradisionalis, ortadoks, konservatif,
idealis dsb.
Kedua, dari segi makna aliran yang diguna pakai.

ALIRAN TRADISIONALISME

o Aliran yang mempertahankan tradisi yang asal dan tulen.


o Keaslian dan ketulenannya merujuk pada ajaran para ulama mazhabiyyah atau
yang bertaklik pada imam-imam mazhab yang empat.
o Penyakit taklik bermula abad keempat Hijrah apabila bani Abbasiah didominasi
bangsa asing dan jatuh ke tangan kaum Mongol.
o Ia pada dasarnya berlaku pada bidang fikah ataupun hukum apabila masyarakat
tidak lagi merujuk Quran dan hadis tetapi merujuk karya-karya ulama mazhabiyyah.
o Turut melibatkan bidang tauhid apabila masy. Islam lebih utamakan kitab
syarah yg ditulis ulama terkemudian.
o Bidang Tasawuf – umat Islam memberi penekanan dan penumpuan pada ajaran
syeikh-syeikh tarekad.

ALIRAN MODENISME

o Menekankan konsep ijtihad dan mengisinya dengan kandungan baru yang


diambil dari dunia Barat moden seperti peranan akal dalam agama, demokrasi dan hak-hak
wanita.
o Ia berlaku apabila umat Islam terpengaruh dengan Barat dan menganggapnya
ijtihad pada perkara-perkara baru.
o Dalam usaha untuk memodenkan umat Islam, pihak penjajah cuba memisahkan
mereka daripada agama ataupun warisan tradisi, walaupun tidak menolak agama secara
total.
o Sarjana Islam sendiri ada yang menolak hubungan ini. Bagi mereka modenisme
adalah nilai-nilai yang dituntut oleh Islam.

ALIRAN REFORMISME

o Menekankan ajaran Islam yang tulen dengan mengetengahkan usaha-usaha


islah dan tajdid.
o Islah bermaksud memperbaiki ataupun membersihkan Islam dari pemalsuan
dan penyelewengan.
o Tajdid pula ialah memperbaharui semula fahaman dan komitmen pada ajaran
agama. Ia berkait rapat dengan kegiatan ijtihad dan dikatakan saling lengkap melengkapi.
o Istilah ijtihad - sehabis daya menyimpulkan hukum-hukum syarak berlandaskan
beberapa kaedah dalam menghadapi persoalan baru yang tidak jelas hukumnya dalam nas-
nas Quran, hadis atau ijmak ulama.
o Timbul perbezaan dengan aliran tradisionalisme kerana aliran reformisme
menentang taklik dan menggalakkan ijtihad .
o Ia sama dengan aliran modenisme yang mendukung konsep rasionalisme, tetapi
perbezaannya timbul kerana aliran reformisme Cuma berijtihad dalam bidang yang kurang
jelas kedudukan hukumnya.
o Remomisme berperanan meneutralkan perbezaan antara tradisionalisme dan
modenisme.

Anda mungkin juga menyukai