Anda di halaman 1dari 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU 16109 PENGKALAN CHEPA KOTA BHARU KELANTAN

HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD FAIRUZ BIN ABDUL RAHIM MOHD FITRI BIN CHE MOHAMAD NORHANITA BINTI OTHMAN TENGKU NOR ADILA BINTI TENGKU MOHAMED SALIM PISMP BM/ PJ/ KS (SEMESTER 3) NAMA PENSYARAH: ENCIK WAN ADI

Pengenalan
PLURALISME: Ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. PLURALITI: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi masyarakat Melaka. PLURALISTIK: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah British.

Pluralisme Alam Melayu


Konsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sbg asas utk memahami masyarakat plural.

Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian.
Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat utama iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi kesan dalam sistem kehidupan masyarakat di alam Melayu.

Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha tidaklah begitu mendominasi masyarakat di Alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh ajaran Islam. Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab klasik mereka yang membincangkan secara meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah, metafizik, sistem sosial dan sebagainya. Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan dan pemerintahan

Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India. Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak. Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di Alam Melayu. Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan

Perubahan konsep ilmu (epistemologi) Sebelum penjajahan, berasaskan metafizik (ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar pengalaman pancaindera manusia- bomoh, dukun, jampi, dll.)

Penjajahan British membawa konsep ilmu berteraskan kaedah rasional dan saintifik (boleh dibuktikan menerusi pancaindera manusia- statistik, peta, dll.)

KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU: KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pemerintahan: Era Melaka adalah kemuncak keagungan kerajaan Melayu, dianggap Venice of The East.

Masyarakat plural yang wujud dapat hidup dengan aman dan damai, hasil dari sistem pemerintahan yang adil. Perlaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang berteraskan Islam mampu memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada waktu tersebut.

Perdagangan: Aktiviti perdagangan antarabangsa juga berjalan dengan baik hasil dari sistem urus tadbir berteraskan Islam. Kependudukan:

Masyarakat Melaka pada waktu tersebut terdiri dari pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman dan damai. Penghijrahan semjulajadi, tanpa paksaan.
Akomodasi antara pedagang Cina dan India dengan penduduk tempatan.

Kebudayaan: Kedatangan para pedagang antarabangsa ke Melaka juga telah menyumbang kepada multi budaya yang tersendiri. Wujud masyarakat baru seperti masyarakat Baba. Melaka adalah kemuncak pluraliti Alam Melayu

Pembentukan Masyarakat Pluraliti oleh Penjajah


Perdebatan ilmu di Eropah, membawa kepada pemisahan besar antara ilmu dan sains moden

Stephen Jay Goul dalam bukunya Rocks of Ages: Science and Religion- masyarakt terbahagi kepada dua:
Menyokong agama Menyokong sains moden (diterima Eropah)

Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu membawa konsep pemikiran pemisahan negara dan agama, negara kolonial sekular Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan, manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan.

Inggeris turut memperkenalkan sistem pentadbiran berasaskan 3 unsur penting, iaitu: Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan

Bernard Cohn, pengkaji India British berpendapat kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang, tetapi juga epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi. melibatkan proses penggantian sistem pemikiran tempatan dengan sistem pemikiran sistematik modus penyiasatan

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia

Kedatangan orang China dan India ke Tanah Melayu untuk memenuhi peluang-peluang pekerjaan seperti perlombongan, perladangan dan perniagaan yang disediakan oleh pihak penjajah British. Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak, kekalutan ekonomi dunia serta galakan daripada British menjadi faktor penggerak kedatangan orang-orang China dan India ke Tanah Melayu.

Berlaku interaksi yang baik di antara orang-orang China dan India yang datang dengan orang-orang Melayu, telah berlaku akomodasi cara hidup yang harmoni. Kolonialisme British memberi impak sangat besar terhadap masyarakat negeri di Malaysia sama ada dalam bentuk material mahu pun nonmaterial. Al-Attas: kehadiran kolonialisme Barat membawa dasar memisahkan orang Islam daripada agama mereka

British mula bertapak kukuh menerusi satu campurtangan secara tidak langsung pada tahun 1786 apabila Pulau Pinang diperolehi dari Kedah. Bagi memastikan penaklukkan mereka berjalan lebih tersusun dan sistematik penasihat British kemudiannya turut di tempatkan di Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB). Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 merupakan titik permulaan penguasaan British di Tanah Melayu.

Perkembangan ini dengan jelas memperlihatkan agama dipisahkan daripada urusan politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Ringkasnya, agama Islam dan adat istiadat Melayu terletak di bawah urustadbir. British kemudiannya gagal kotakan janji tidak campurtangan dalam urusan agama dan adat istiadat Melayu.

i) POLITIK
Dalam konteks politik domestik, demokrasi di negara Malaysia berjalan lancar (terutamanya sejak pilihan raya umum pertama tahun 1955) kerana orang Melayu, Cina dan India bekerjasama mendesak British memberikan kemerdekaan.

Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat bagi ketiga- tiga kumpulan etnik bersatu dalam satu pakatan (Perikatan). Parti Perikatan terdiri daripada: i) United Malays National Organisation (UMNO) ii) Malayan Chinese Association (MCA) iii) Malayan Indian Congress (MIC).

Pimpinan Parti Perikatan yang mengamalkan sikap tolak ansur turut mengukuhkan kerjasama antara kumpulan etnik yang diwakili. Menurut R. K. Vasil (1980), pakatan dalam parti Perikatan pada dasarnya telah menerima kepimpinan Melayu tanpa menjejaskan hubungan harmonis kumpulan etnik.

Buktinya, Tunku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana Menteri pertama oleh kumpulan- kumpulan etnik lain berdasarkan keupayaan beliau mempengaruhi orang Melayu dan bukan Melayu untuk bertolak ansur dalam beberapa perkara asas.

Dalam tempoh 1957- 1959, politik Malaysia telah melalui perjalanan yang berliku- liku. Pergolakan dalam parti Perikatan MCA: terdapat golongan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Cheng Lock. Dipaksa meletak jawatan dan diganti oleh Dr. Lim Chong Eu.

Selepas era 1960- an, politik Malaysia terus berkembang secara dinamik. Kerjasama parti- parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya. Terbukti: penubuhan Barisan Nasional pada tahun 1974.

ii) PERLEMBAGAAN
Merupakan panduan asas kepada pelaksanaan sistem politik di negara kita. Mengikut sejarah, terdapat dua kontrak sosial di Alam Melayu: i) berlaku pada zaman pluraliti iaitu taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan sebagai waad. Berlaku antara Demang Lebar Daun mewakili pihak rakyat dan Sang Sapurba mewakili raja.

ii) berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai