Anda di halaman 1dari 42

4.2.

2 TAG
DALAM
HTML
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1
Disediakan Oleh: Cikgu Kevin
STANDARD PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini, murid boleh:
1. Menggunakan tag dalam atur cara HTML: <head>, <title>, <body> dan
<paragraph>.
2. Menggunakan paragraph headings dalam atur cara HTML yang dibina.
3. Menggunakan atur cara HTML untuk menghasilkan Banner, Frame dan
Menu.
IMBAS KEMBALI
1. HTML ialah singkatan bagi HyperText Markup Language.
2. HTML ialah kod yang membantu pengguna Internet berkomunikasi
dengan pengguna Internet lain di World Wide Web (WWW).
3. HTML digunakan untuk membina laman sesawang.
01
Pengenalan
kepada Tag dalam
HTML
4.2.2 Tag dalam HTML
HTML ialah bahasa pengaturcaraan yang
menggunakan kod-kod arahan yang dipanggil tag
HTML. Tag-tag ini mudah difahami dan ditulis
dalam Bahasa biasa. Pembinaan atur cara HTML
tidak perlukan perisian yang khusus. Tag HTML
boleh ditaip dengan menggunakan perisian aplikasi
Notepad dan menyimpan fail tersebut sebagai fail
HTML (.html).
Tag dalam HTML

• Tag HTML tidak sensitif huruf. Tag HTML boleh ditulis dalam huruf
besar atau huruf kecil.
• Maksudnya, <BODY> mempunyai kesan yang sama dengan <body>.
CARA MENULIS TAG HTML

• Tag html ditulis dalam kurungan < >.

MARY!
• Tag html wujud dalam pasangan.

• Tag awal < > dan tag akhir < / >.


Contoh Tag dalam HTML
01 02 03
<html> <head> <title>
</html> </head> </title>

04 05
<body> <p>
</body> </p>
Tag dalam HTML dan Penerangan
Tag HTML Penerangan

<html> Menandakan permulaan dan tamat atur cara HTML


</html>
<head> Menandakan permulaan dan tamat bahagian kepala laman
</head> sesawang
<title> Menandakan permulaan dan tamat kod arahan bagi
</title> mengarahkan pelayar web untuk memaparkan teks di
antaranya pada tab laman sesawang
<body> Bahagian utama laman sesawang yang mengandungi teks,
</body> imej, pautan, rajah dan maklumat lain.
<p> Memaparkan teks antara dua tag ini sebagai satu perenggan
</p>
02
Struktur Asas
Laman Sesawang
1. Title

Struktur 2. Header
Asas Laman
Sesawang

3. Body
Struktur
Asas Laman
Sesawang

4. Footer
Aplikasi membina Laman Sesawang

Notepad ++

Xampp
Cara install
00 56 aplikasi
Notepad++
Download dan Install Notepad ++
1. Go to: https://notepad-plus-plus.org/downloads/
2. Klik “download”
3. Kemudian ikut prosedur atas skrin sehingga dapat install Notepad ++.

1. Klik
Download dan Install Notepad ++
1. Go to: https://notepad-plus-plus.org/downloads/
2. Klik “download”
3. Kemudian ikut prosedur atas skrin sehingga dapat install Notepad ++.

2. Download
03
Laman web saya
yang pertama
Bagaimanakah anda boleh memaparkan perenggan di bawah
dalam pelayar web?

Kelebihan Buah-buahan Tempatan.


Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat.
Buah-buahan tempatan juga murah jika dibandingkan dengan
buah-buahan yang diimport.
Kebanyakan buah-buahan tempatan boleh didapati sepanjang
tahun.
Taip dalam aplikasi Notepad++
04
Paragraph
Headings dalam
HTML
4.2.3 Paragraph Headings dalam
HTML
• Paragraph headings mengarahkan pelayar web
supaya memaparkan teks dengan saiz yang
tertentu.
• Terdapat enam saiz yang bermula dengan saiz
teks yang terbesar sehingga yang terkecil.
• Paragraph headings boleh digunakan untuk
teks di bahagian tajuk atau di bahagian utama
laman sesawang.
Paragraph Headings dalam HTML

• Tag HTML yang digunakan ialah <h1> </h1>, <h2> </h2> sehingga
<h6> </h6>
Paragraph Headings dalam HTML

 Penggunaan paragraph headings adalah penting kerana paragraph


headings dapat menunjukkan struktur sesuatu laman sesawang dengan
teratur.
 Heading 1 harus digunakan sebagai tajuk utama, diikuti oleh tajuk
Heading 2 dan seterusnya.
 Penggunaan paragraph headings memudahkan pembacaan kerana
teks telah dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang kecil di bawah
sesuatu tajuk.
CONTOH
05
Banner, Frame
dan Menu dalam
HTML
4.2.4 Banner, Frame dan Menu dalam HTML

 Banner, frame dan menu


digunakan sebagai tarikan
kepada pengguna untuk
melawat laman sesawang.
Banner
 Banner ialah sepanduk web yang diletakkan dalam laman sesawang dan
boleh digunakan sebagai tajuk kepada laman.
 Banner biasanya berbentuk segi empat dan terletak sama ada di
bahagian atas, bawah atau pada sisi laman sesawang.
 Banner boleh berada dalam bentuk statik, animasi atau pautan.
 Pada awal pembangunan laman sesawang, banner hanya mengandungi
teks dan grafik sahaja.
 Sekarang dengan adanya perisian alat pengarang, banner di laman
sesawang boleh menjadi lebih kompleks yang mengandungi teks, grafik,
animasi dan bunyi.
 Banner biasanya digunakan untuk pengiklanan sesuatu produk.
 Contoh: http://smkbintulu.edu.my/
Frame
 Frame ialah bingkai dalam paparan laman sesawang.
 Frame wujud dalam bentuk lajur mendatar, melintang atau gabungan
kedua-duanya.
 Frame berfungsi membahagikan paparan laman sesawang kepada
bahagian-bahagian yang khusus seperti menu utama, pautan, berita dan
sebagainya.
 Frame dapat memudahkan pengguna membuat navigasi dalam paparan
semasa melawat laman sesawang.
 Contoh: http://smkbintulu.edu.my/
Menu
 Menu ialah pautan mudah ke bahagian-bahagian lain dalam laman
sesawang atau ke laman-laman sesawang lain dalam tapak sesawang
yang sama.
 Menu dibina untuk memudahkan pengguna membuat navigasi antara
laman-laman sesawang dalam tapak sesawang atau ke bahagian-bahagian
lain dalam laman sesawang.
 Terdapat beberapa jenis menu HTML, iaitu menu senarai pautan statik
(static links), menu jenis jadual bawah (drop-down menu), menu
pelbagai tingkat (multilevel menu) dan menu terapung (floating menu).
 Contoh: http://smkbintulu.edu.my/
Membina Banner, Frame dan Menu
 Kita belajar membina Banner, Frame dan Menu pada
pertemuan akan datang.
 Boleh rujuk buku teks pada muka surat 121 – 128 untuk
dibaca sebelum sesi pertemuan seterusnya.
Sila jawab soalan dalam
buku tambahan muka
surat 46, 47 dan 48 Tugasa
n
Terima Kasih

CREDITS: This presentation template was created


by Slidesgo, including icons by Flaticon, infographics &
images by Freepik

Please keep this slide for attribution

Anda mungkin juga menyukai