Anda di halaman 1dari 2

www.zahrein.

com

DR Danial at Surau Kompleks Belia dan Sukan Sg Nibong

This interpretation are base on Kulliyah that I had attended. If its not correct , do correct it.
Allah knows Best.
Date: 23 November 2008

Surah Al- Qamar ayat 1-3.

[1]
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
[2]
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling
ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
[3]
Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat
yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap
(menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah

Penerangan

Bekalan untuk mendapat kebaikan adalah dengan beribadah kepada Allah sahaja. Kita
hendaklah mengejar kebahagian dunia dan akhirat. Mereka akan ditempatkan di dalam
syurga bagi mereka yang beriman dan amal soleh. Ganjaran adalah tanpa henti. Amal
soleh adalah amal yang ditetapkan oleh islam.

Surah ini adalah surah Makkiyah. Surah Makkiyah adalah surah yang diturunkan
sebelum hijrah. Surah Madaniyah adalah surah yang diturunkan selepas Hijrah. Surah
Makkiyah menyentuh soal Iman dan Akidah.

Ketahuilah kita tidak akan tahun akan kedatangan hari kiamat.Hanya tanda-tanda
sahaja yang kita ketahui . Wasapdalah, tanda-tanda kecil sudah wujud dan tanda-tanda
besar sudah ada sebahagiannya. Dajjal akan datang apabila paras air di tasik
Gallelei sudah kering.

Ingatlah, apa-apa cerita ada dalilnya. Hadith terbahagi kepada 2 bahagian:

1. Hadith Mutawatir - Sabda Sahih dan mempunyai ramai perawi


2. hadith Asnad – samadnya tak ramai

Ingatlah orang yang mengengkari hadith Mutawatir adalah orang yang murtad.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, orang musryik Mekkah mengatakan pada Rasul
adalah seorang yang gila. Beliau dituduh sebegitu kerana beliau melakukan
mukjizat.
www.zahrein.com

Oleh yang demikian kita hendaklah mengikut kehendak Allah S.W.T. Jangan
jadikan hawa nafsu sebagai Tuhan kita. Dalam kehidupan kita, kita sentiasa
bertemu dengan hawa nafsu. Orang yang berjaya adalah oranag yang berjaya
melwan nafsu. Ketetapan Allah sentiasa ada. Berserahlah kepadNya. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai