Anda di halaman 1dari 5

Latihan 1 Pilih jawapan yang betul. 1. I Dia memang baik dengan saya. II Penyakit semputnya sudah baik.

III Umur Pak Samad masih baik lagi. IV Warna kemeja itu tidak baik sangat. A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D.III dan IV 2. I Suaranya belum cerah lagi. II Giginya cerah selepas digosok. III Bangun Kamil, hari sudah cerah! IV Orangnya cantik dan berkulit cerah. A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D.III dan IV 3. I Jahitannya memang halus. II Dia lebih halus daripada ibunya. III Katak sejenis haiwan yang halus. IV Batu permata cincinnya agak halus. A.I dan II

B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV 4. I Dia lalu mengangkat kotak yang berat itu. II Jangan lalu di kawasan itu, berbahaya! III Abu lalu bermain dengan kawannya. IV Siti ke dapur lalu menanak nasi. A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D.III dan IV 5. I Halim menendang bola dengan kaki kiri. II Bapa membeli kaki tiga bangku panjang. III Rina membasuh beberapa kaki cendawan. IV Pak Long menghadiahi nenek dua kaki tongkat. A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D.III dan IV 6. I Bapaku kecil mata kerana terkena kilauan lampu. II Dia bercakap dengan suara yang kecil

sahaja. III Mereka tinggal di sebuah rumah yang kecil. IV Bapanya hanya pengawai kecil di pejabat itu. A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D.III dan IV Latihan 2 Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul. 1. I Cuaca pada hari ini cerah. II Warna kulit Maziah cerah. III Dia memetik buah langsat itu sehingga cerah. IV Lutfi murid yang cerah. A.I dan II saja B.II dan III saja C.I,II, dan III saja D.I,II,III,dan IV 2. I Kotak itu berat sungguh. II Projek di bandar itu menelan belanja yang berat.

III Tanggungjawab yang dipikulnya amat berat. IV Semua hujahnya berat belaka. A.I saja B.I dan III saja C.II dan III saja 3. I Mangsa yang tercedera itu masih hidup. II Hidup di kampung sungguh meriah. III Pokok itu tidak sesuai hidup di padang pasir. IV Api itu masih hidup. A.I dan II saja B.I,II,III, dan IV C.I,II, dan III saja D.II,III, dan IV saja 4. I Kami sekeluarga akan pulang ke kampung pada musim buah-buahan. II Musim tengkujuh dijangka melanda negara pada bulan Oktober. III Pada musim cuti yang lalu, saya melancong ke Kuala Terengganu. IV Kejadian itu berlaku pada musimnya masih muda. A.I dan II saja

B.I,II,III dan IV C.I,II dan III saja D.II,III dan IV saja 5. I Adik memeluk ibu dengan kemas. II Puan Anita membeli barang kemas. III Rambutnya disikat dengan kemas. IV Faizah sedang kemas bilik tidurnya. A.I dan III saja B.I,II dan III saja C.II,III dan IV saja D.I,II,III dan IV

Anda mungkin juga menyukai