Anda di halaman 1dari 3

Penjelasan

tema

pendidikan

sivik

dan

kewarganegaraan

berdasarkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawan. Kandungan ini disampaikan menerusi senam tema seperti berikut: 1. Sayangi diri 2. Sayangi keluarga 3. Hidup bersama di sekolah dan masyarakat 4. Kenali budaya Malaysia 5. Malaysia negaraku 6. Sedia hadapi cabaran Tema Sayangi Diri menghuraikan aspek perkembangan diri iaitu cara murid mengenal, mengurus dan mendisiplinkan diri serta mempelajari tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai kanak-kanak. Dalam tema ini terdapat beberapa topik yang berkaitan iaitu mengenali diri, keyakinan diri, pengurusan diri, disiplin diri, pengurusan masa dan hak dan tanggungjawab kanak-kanak. Topik-topik yang ditetapkan ini kesemuanya lebih menumpukan kepada sesuatu di dalam lingkungan individu murid itu sendiri. Ia tidak melibatkan aspek-aspek luaran.

Tema Sayangi Keluarga pula menghuraikan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga dan pembinaan keluarga bahagia mengikut perspektif pelbagai agama. Tema ini lebih meluas tetapi hanya terbatas dalam lingkungan keluarga sahaja. Topik-topik yang terlibat dalam tema ini adalah mengenali keluarga sendiri, peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas, hubungan keluarga kembangan dan topik keluarga yang harmoni mengikut ajaran pelbagai agama dan kepercayaan. Jika dilihat dalam topik-topik ini, nilai yang terlibat adalah hormat-menghormati dalam keluarga. Nilai menghormati ini wujud apabila terdapat kedudukan-kedudukan yang berbeza

dalam setiap eluarga tersebut sebagai contoh bapa sebagai ketua keluarga dan adik beradik yang lebih tua akan dihormati sebagai abang dan kakak.

Tema yang ketiga pula adalah Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat. Tema ini menghuraikan aspek interaksi dan komunikasi dalam komuniti sekolah, semangat kejiranan, tanggungjawab individu terhadap alam sekitar dan peranan agensi tempatan dalam memastikan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Tema ini dihubungkaitkan dengan beberapa topik iaitu interaksi dan komunikasi dengan komuniti sekolah, semangat kejiranan, aktiviti kejiranan, tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran, kebersihan dan keceriaan persekitaran dan peranan agensi tempatan melalui tema ini murid akan memperluaskan hubungan mereka dengan dunia luar dimana terdapat golongan masyarakat yang terdapat di sekolah dan di kawasan sekeliling mereka. Nilainilai akan bertambah dan lebih meluas sebagai contoh amalan gotong-royong yang mengutamakan nilai tolong-menolong sesama ahli masyarakat.

Tema diperkembangkan lagi dan lingkungannya diperluaskan. Tema yang keempat iaitu Kenali Budaya Malaysia ini telah menghuraikan kepelbagaian warisan budaya masyarakat dan tanggungjawab individu untuk mengekalkan dan menghargai warisan budaya negara. Topik-topik yang perlu dikuasai murid dalam tema ini ialah kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia, kenali adab sosial warisan budaya Malaysia dan tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. Dalam topik-topik ini, murid akan didedahkan dengan budaya-budaya lain selain daripada budaya mereka sendiri. Fikiran mereka akan lebih terbuka dan lebih menerima budaya lain walaupun berbeza. Oleh itu pelbagai nilai boleh dipelajari antaranya toleransi dan hormat-menghormati.

Tema yang seterusnya adalah Malaysia Negaraku Tema ini menghuraikan aspek identiti negara, sistem kerajaan Malaysia kepemimpinan negara dan tanggungjawab rakyat untuk mengekalkan kemerdekaan negara. Melalui tema ini, terdapat beberapa topik yang perlu dikuasai murid iaitu topik kenali Malaysia, bangga dengan identiti negara, kenali sistem kerajaan Malaysia, kenali dan hormati pemimpin negara, hargai

perjuangan tokoh-tokoh dan tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan. Topik ini lebih memberi pengetahuan kepada murid tentang tanggungjawab mereka terhadap negara. Selain itu, topik-topik ini juga banyak memberi banyak maklumat mengenai negara kita yang bersifat majmuk. Usaha untuk menerapkan perpaduan kaum dengan

kepelbagaian nilai-nilai murni juga turut diselitkan dalam tema ini.

Tema yang terakhir dalam pendidikan sivik dan kewarganegaraan ini adalah tema Sedia Hadapi Cabaran. Tema ini telah menghuraikan aspek persediaan diri untuk masa depan, ciri individu terpuji dan kehidupan remaja yang sihat dan cergas. Tema ini juga telah memperkenalkan beberapa jenis topik yang sesuai antaranya adalah membina budaya cemerlang untuk masa depan, ciri-ciri peribadi terpuji dan remaja yang sihat dan cergas. Berdasarkan topik-topik ini kita dapat lihat bahawa tema ini mengutamakan persediaan individu untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang. Selain itu, topic seperti ciri-ciri peribadi terpuji banyak mendedahkan murid tentang nilai, moral dan akhlak terbaik yang perlu diamalkan sepanjang hayat.

Anda mungkin juga menyukai