Anda di halaman 1dari 26

Notes 4 cabaran asgnment..

1.4 Langkah – Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi di Kalangan Murid.

Program – program pendidikan sebagai sokongan dalam pembentukkan tingkah laku. Program
ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan
pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam
mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri.

Murid yang mengalami masalah psikologi perlu mendapat khidmat sokongan daripada
kaunseling.

Murid perlu diberi bimbingan kerjaya supaya dapat meningkatkan konsep kendiri yang lebih
positif

Kerjasama daripada ibu bapa sangat penting bagi meningkatkan akademik murid dari masa ke
semasa.

Guru menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Peneguhan positif
diberikan kepada tingkah laku yang baik, manakala dendaan diberikan kepada tingkah laku
negatif.

Murid mendapat pendedahan yang maksimum mengenai cara meningkatkan kecerdasan emosi
dengan lebih berkesan.

Guru mahir dalam mengawal kelas melalui pendekatan peraturan. Murid perlu jelas dengan
peraturan - peraturan yang telah disediakan oleh guru.

Murid perlu diberi peluang mengenai kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya diberi peluang
untuk memperbaiki kesalahan tersebut

Berikut dinyatakan persamaan dan perbezaan antara emosi guru dan murid
Gangguan emosi perlu ditangani

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental.

KEBELAKANGAN ini, terdapat beberapa kejadian bunuh diri berlaku termasuk dalam kalangan
murid sekolah. Walau apa pun puncanya, ia berkaitan dengan masalah emosi atau gangguan
terhadap kesihatan mental individu terbabit.

Ini menunjukkan terdapat keperluan mendesak kerajaan dan lain-lain pihak berkaitan untuk
meningkatkan usaha mempromosi kesihatan mental yang baik kepada rakyat termasuk murid-
murid dan warga sekolah.

Apa yang menyedihkan, ramai yang tidak mengambil serius perkara ini atau kurang prihatin
bagaimana untuk bertindak apabila berhadapan dengan mereka yang menunjukkan
kecenderungan membunuh diri atau pun yang mengalami kemurungan.

Masalah kesihatan mental terutamanya berkait dengan stress yang tidak dapat ditangani adalah
serius dan perlu diberi perhatian supaya gangguan seperti kemurungan atau depression dan
cubaan bunuh diri dapat dielakkan.

Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan masalah kesihatan
mental di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3 peratus (%) dan ini menunjukkan
peningkatan berbanding 13% pada 1996.

Dengan bilangan remaja yang mengalami masalah ini meningkat, pada Januari 2011, Majlis
Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan oleh Menteri
Kesihatan memutuskan supaya satu projek perintis Program Minda Sihat Menangani Stres
dilaksanakan di enam buah sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Program dengan kerjasama Kementerian Pelajaran ini akan mengenalpasti status kesihatan
mental murid-murid sekolah melalui saringan tahap stress, keresahan dan kemurungan. Mereka
yang dikenalpasti mempunyai masalah ini, akan diberi intervensi sewajarnya termasuk
kaunseling dan kemahiran daya tindak kesihatan mental (mental health coping skills).

Antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan di sekolah termasuk
mengenali lebih dekat tentang kesihatan mental di dalam komuniti sekolah melalui ceramah,
pameran dan kuiz yang boleh dijadikan aktiviti kokurikulum serta melibatkan PIBG dan kelab
sekolah.

Sekolah perlu mempunyai lebih ramai kaunselor yang terlatih dengan kemahiran untuk
membimbing dan membantu pelajar untuk menguruskan stres.

Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan telah
menambah tekanan kepada ibu bapa dalam mengharapkan anak-anak menunjukkan prestasi yang
baik di sekolah.

Walaupun ibu bapa mengatakan bahawa mereka tidak memberi tekanan tersebut, namun anak-
anak tahu harapan tinggi itu terhadap mereka. Apabila gagal memenuhinya, kesannya akan
memudaratkan mereka.

Kita perlu memupuk keyakinan diri anak-anak agar sebarang kegagalan atau kekecewaan dilihat
sebagai suatu peluang untuk mencuba semula daripada menjadikannya suatu kekurangan dan
akhirnya menyebabkan mereka memilih jalan mudah untuk keluar dari masalah tersebut.

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_06.htm#ixzz2czx3W223
© Utusan Melayu (M) Bhd
PELAJAR DAN TEKANAN EMOSI
0 Comments

Home » Nota Editor » PELAJAR DAN TEKANAN EMOSI

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, dapatan kaji selidik menunjukkan
bahawa 14.4 peratus remaja berusia 16 tahun hingga 19 tahun mengalami masalah kesihatan
mental berbanding dengan golongan dewasa yang mencatatkan 11.2 peratus kes. Kajian itu juga
menunjukkan bahawa secara keseluruhan, 11 peratus golongan muda berusia 16 tahun hingga 24
tahun pernah terfikir untuk membunuh diri.

Peratusan kes daripada hasil kajian tersebut yang secara relatifnya agak tinggi, sudah pasti
membimbangkan kita semua. Hal ini perlu ditangani segera agar jumlah kes tidak terus
meningkat hingga mengundang keadaan yang lebih serius berlaku. Oleh hal yang demikian,
gejala masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja atau pelajar perlu ditangani dari awal.
Tekanan emosi sekiranya tidak diuruskan pada peringkat awal, boleh menjadi parah dan
seterusnya menular kepada masalah mental.

Memang tidak dinafikan bahawa zaman remaja ialah era peralihan dari alam kanak-kanak ke
alam dewasa dan banyak perubahan dari segi perkembangan fizikal, kognitif serta emosi berlaku
dalam tempoh ini. Tidak mustahil pada usia ini, remaja sering dikaitkan dengan jiwa yang
cenderung untuk memberontak.

Apatah lagi, alam remaja merupakan tempoh yang mendedahkan mereka kepada banyak tekanan
emosi. Tekanan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh faktor pendidikan kerana
menduduki beberapa peperiksaan penting sepanjang usia remaja. Selain itu, remaja juga
“terperangkap” dengan harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, masalah kurang perhatian keluarga
dan tahap keyakinan diri yang menurun.

Kita sering melihat tekanan sebagai masalah orang dewasa, tetapi hakikatnya perkara ini turut
berlaku pada kanak-kanak dan remaja, justeru bayi mengalami tekanan juga. Bayi menangis,
mungkin kerana lapar atau kembung perut, merupakan isyarat bahawa mereka mengalami
tekanan. Cuma punca dan tahap tekanan mereka berbeza daripada orang dewasa dan remaja.
Oleh hal yang demikian, bagi memastikan tekanan emosi tidak menjadi lebih serius dan
mengganggu kehidupan, hal ini perlu ditangani dan diuruskan dengan mengenal pasti puncanya
terlebih dahulu. Apabila puncanya diketahui, lebih mudah untuk seseorang itu menguruskan
masalah tekanan emosinya.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa April 2012


:: Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid ::

Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam
kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah
persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan
sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak
kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di
dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras
dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan
Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke
arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini
bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan
mengganggu emosi mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan


membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses p
engajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan
menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami
gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam
kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang
yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan
,kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung,


kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan
keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke
atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan
selalunya
mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid
akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra,
tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa
keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga
menjadi punca keadaan ini berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan
di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga
yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa
yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang
melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahandan ketekunan
dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Faktor tidak biasa berenggang dengan keluarga juga menjadi salah satu puncanya kenapa kanak-kanak
mengalami gangguan emosi. Contoh situasi ialah, kanak -kanak yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga
akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh tadika. Kanak-kanak tersebut akan menangis
dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak –kanak ini dimasukkan ke hospital ,
ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berb
eza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan
mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak –kanak tersebut.

Kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak juga salah satu penyebab kenapa kanak-
kanak mengalami gangguan emosi. Kasih sayang akan menberikan impak yang besar kepada emosi kanak-kanak
yang sedang membesar yang sentiasa menginginkan tumpuan dan kasih sayang yang mencukupi. Kasih sayang yang
cukup akan membuatkan semosi kanak-kanak menjadi stabil dan akan membuatkan mereka menjadi sangat gembira
dan selesa dalam kehidupan seharian mereka.

Tindakan guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa
memberikan perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak ini
mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah
lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan di tadika atau di kelasnya. Kanak -kanak
yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang
dimlikinya.

tekanan Emosi di Kalangan Kanak-kanak

Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap
menghadapi masalah. pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam tempoh
masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian.
Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan
akan mengganggu tugas -tugas harian mereka. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan
di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress
dikalangan ibu bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi
kepada seseorang individu.

Adakah kanak -kanak juga mengalami tekanan emosi ?

Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Seorang lelaki yang
dibuang kerja tiba - tiba mendapati dia tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang tetap. Dia
tidak dapat menjelaskan hutang piutangnya dan mengatur belanjawan bulananya seperti biasa.
Ini menimbulkan rasa resah dan boleh menyebabkan seleranya hilang. Tidurnya tidak lagi
nyenyak , tubuhnya sering menggeletar dan jantungnya berdegup kencang. Dia mungkin sering
diserang sakit kepala dan sakit perut. Semua tanda -tanda ini adalah ekoran daripada tekanan
emosi yang dialaminya.

Dalam satu kes , seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran mengeluh
sering sakit kepala , sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada
perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan
jayanya.

Dalam satu kes lain pila , seorang kanak -kanak berusia enam tahun dibawa ke klinik kerana
sering kencing malam sejak sebulan yang lalau . Apabila diperiksa , kesihatannya didapati
memuaskan tetapi apabila diselidik keadaan psikososial keluarganya , saya diberitahu bahawa si
ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan. Kanak -kanak ini amat rapat
dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang
diharapkan. Tekanan emosi akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri
barang -barang kawan -kawannya ditadika.

Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing malam dan tidak selera
makan akibat suasana di rumah yang kurang stabil. ibu bapanya sering bertelagah dan sedang
berura -ura untuk berpisah.

Kanak -kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan
dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh tadika. Dia akan menangis
dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak -kanak ini dimasukkan ke
hospital , ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan
persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu.
Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut
kanak -kanak tersebut.

Saya percaya bayi juga boleh mengalami tekanan emosi. Rasa kurang selesanya terhadap sesuatu
keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap , keengganan untuk menyusu dan tidak
subur.

Dalam suatu kes , seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah diperiksa di klinik
dan didapatti bahawa dia kurang menyusu. Bayi tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada
ibunya yang mengalami depression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya , pembantu rumah
atau kadangkala jirannya. Nyatalah bahawa anak ini sering meragam kerana tidk dapat
menikmati belaian ibu kandungnya. Si ibu kemudian diberikan rawatan kaunseling . Dia telah
dapat mengubah caragaya keibuannya dan ekoran daripada itu , hubungan ibu dan anak menjadi
lebih mesra. Sianak lebih nyenyak tidurnya dan menyusu dengan lebih baik. Timbang beratnya
ternayata meningkat dengan lebih memuaskan selepas beberapa bulan kemudian.

Dari contoh -contoh yang diberikan ini , kita dapat melihat bahawa tekanan emosi boleh berlaku
kepada kanak -kanak dipelbagai peringkat usia . Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -
kanak berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak yang mengalami
tekanan emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah -muntah , sakit perut ,
sakit kepala , pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjaditidak bermaya , lelah , sukar tidur
malam , kencing malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya.

Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera
makan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang mempamerkan tanda -tanda seperti yang
disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika
wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat ,
keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar , dia
menghadapi tekanan emosi. Tegasnya , pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu kepada
kemungkinan tanda -tanda tersebut disebabkan oleh sejenis penyakit fizikal sebelum ia
dihubungkaitkan aspek tekanan emosi.

Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di rumah dan di sekolah ,
aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si
anak dan mencari punca - punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak -kanak yang telah mencapai
usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan mempamerkan prestasi
intelek yang kurang memuasakan.

Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah nya. Guru yang tidak
memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan
perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak
ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka
hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan
ditadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang
terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya.

Program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan untuknya. Umpamanya , program yang
menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung
dengan kanak -kanak lain secara lebih cepat.

Adakalanya , kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus ( learning disability
) yang menyebabkan dia tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak -kanak lain. Keadaan ini
perlu di kenal pasti supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya bagi
membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang
dihadapinya itu.

Adakalanya , kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka
tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Ada
sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain
secara terbuka. Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya
pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau
sekolah , mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta
tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka,
terutama apabila berhadapan dengan guru. Oleh itu , para pengasuh tadika atau guru patut
memain peranan yang lebih positif untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih
selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.

Ibu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti dapat merasai perubahan
pada anak yang mengalami tekanan emosi , terutamanya dari segi tingkah laku dan cara
percakapan. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan , termenung ,
merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering kelihatan tidak bermaya , kurang
menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa. Mereka
mungkin menjadi lebih pemarah ,lebih resah , kurang sabar , tidak suka ditegur dan
menunjukkan berbagai -bagai corak tingkah lakuyang tidak menyenangkan.

Kanak -kanak yang akan menduduki peperiksaan , sedang menunggu keputusan peperiksaan atau
yang mengalami krisis pergaulan dengan rakan sebaya berkemungkinan akan mengalami tekanan
emosi. Anak -anak yang sedang melalui zaman remaja sering mengalami konflik perasaan dan
mudah berasa tersinggung. Ibu bapa sewajarnyalah memberikan sokongan moral yang kuat dan
galakan sepenuhnya kepada anak -anak mereka yang menghadapi krisis dan cabaran -cabaran
hidup. Semakin mereka membesar , semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul.
Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan -latihan yang bertujuan
mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi ?

Cara seseorang itu menghadapi cabaran -cabaran hidup berbeza dengan seorang yang lain dan ini
bergantung pada personaliti atau perwatakannya yang telah dibentuk sejak dari peringkat bayi
lagi dan mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka , pengalaman dari
semasa ke semasa sentiasa mengubah , mengukuh atau menghilangkan sesuatu ciri perwatakan
yang terdapat pada dirinya.

Dikalangan orang dewasa ,ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupun berhadapan dengan
sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah resah sehingga tidak dapat memikirkan cara -cara
untuk mengatasi sesuatu masalah itu dengan baik.Keupayaan berfikir dengan tenang dan
kecekapan menganalisa sesuatu keadaan untuk mendapat kaedah penyelesaian yang wajar
merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau mengurangkan tekanan emosi. Seseorang
yang sering resah dan mudah berasa gentar apabila menghadapi sesuatu cabaran perlu mengubah
sikapnya jika dia ingin berjaya didalam bidangnya.

Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi kelemahan -kelemahannya.


Begitu juga dengan kanak -kanak yang sedang membesar yang mudah dibentuk pemikirannya
melalui pendidikan dan contoh -contoh positif.

Tabiat -tabait yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi seseorang kanak -kanak.
Contohnya , seorang kanak -kanak berusia 10 tahun sering mengeluh tidak boleh tidur malam
dan berasa resah untuk menghadapi peperiksaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
pengalaman -pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak mengajarnya membina
keyakinan diri. Gurunya menyatakan bahawa dia seorang budak yang lembab sejak dia di dalam
darjah satu lagi.

Apabila anak ini dinilai , prestasi inteleknya didapati setaraf dengan kanak -kanak lain yang
sebaya dengannya. Jika dia diberi perhatian yang lebih sejak dari darjah satu lagi , prestasi
akademiknya mungkin akan lebih baik. Tetapi , kerana program intervensi bagi membantunya
dalam pelajaran tidak dapat diaturkan dengan berkesan , prestasinya tahun demi tahun semakin
merosot. Ini semakin menjejaskan keyakinan dirinya. Dia akan mudah berasa tertekan apabila
berhadapan dengan sesuatu cabaran.

Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan mendatangkan
apa -apa manfaat malahan akan lebih menyinggung perasaanya. Dia memerlukan galakan ,
sokongan dan tunjuk ajar daripada guru -guru yang arif supaya dia dapat maju dalam
pelajarannya. Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi. Untuk meredakan
keadaan emosi yang berkecamuk , dia mungkin menunjukkan tingkah laku seperti melawak ,
menjadi agresif , sentiasa resah atau tidak mengambil berat langsung dalam hal -hal sekolah.

Kesimpulan
Tekanan emosi boleh dialami oleh kanak -kanak tanpa mengira usia. Manifestasi yang
ditunjukkan berbeza -beza mengikut tahap perkembangannya . Ibu bapa perlu memahami dan
mengenali ciri -ciri tekanan emosi di kalangan anak -anak tersebut.

Kadangkala, keluhan dikalangan kanak -kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya segala
punca boleh dikaitkan dengan penyakit organik dapat dikenal pasti sebelum perhatian
ditumpukan kepada masalah psikososial kanak -kanak itu.

Sumber: http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm
Guru Mencabul Emosi Pelajar?

Artikel ini merupakan satu pendedahan berkaitan penderaan emosi kanak-kanak oleh tingkahlaku
guru dalam bilik dajah yang jarang dibincangkan dalam kalayak umum. Artikel ini cuba
menjelaskan definisi penderaan emosi oleh guru dalam bilik darjah, yakni tingkahlaku atau
respon dari guru yang memberi kesan negatif terhadap murid-murid sehingga ada dalam
kalangan mereka yang kemurungan, menyembunyikan diri dari kawan-kawan sebaya lain,
tekanan dan mendiamkan diri sepanjang waktu.

Ini suatu kecederaan emosi yang serius walaupun ramai yang tidak perasan guru juga mampu
memberi penderaan samada sengaja atau tidak terhadap para pelajar. Pencabulan emosi tertumpu
pada tiga perkara utama iaitu, fizikal, emosi dan seksual. Berasaskan tiga komponen inilah ramai
pengkaji membuat definisi terhadap pencabulan emosi secara umum dan spesifik. Saya
berpandangan, ia merupakan satu titik mula untuk guru-guru memahami konsep kaunseling
dalam bilik darjah.

Jurnal yang telah diambil oleh saya dalam membuat refleksi ini ialah dari Journal Of
Counseling And Development diterbitkan pada musim sejuk tahun 2008. Jurnal ini berjilid (Vol)
ke-86 dan ia diambil dari sumber Proquest Education Journal yang dilanggan oleh pihak
Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk artikel jurnal ini ialah Emotional Abuse In Classroom:
Implication And Intervention For Counselor (Penderaan Emosi Dalam Bilik Darjah: Implikasi
Dan Intervensi Untuk Kaunselor). Artikel ini ditulis secara bersama oleh tiga panulis iaitu
Adriana G. Mceachern, dari Jabatan Kajian Pendidikan Dan Psikologi, Kolej Pendidikan,
Universiti Antarabangsa Florida. Penulis kedua pula ialah Oyaziwo Aluede dari Jabatan Asasi
Pendidikan Dan Pengurusan, Universiti Ambrose Alli, Ekpoma, Nigeria dan penulis artikel yang
ketiga pula ialah Maureen C. Kenny dari Universiti Antarabangsa Florida, Universiti Park.

Satu contoh kes yang boleh menjelaskan perihal maksud diatas yang dikemukan dalam
atikel ini ialah Sarah yang merupakan kanak-kanak sindrom down yang berada dalam aliran
perdana sepenuhnya. Kes ini di kendalikan oleh seorang kaunselor bernama Jason. Disebabkan
Sarah seorang kanak-kanak sindrom, ia dilayan secara kasar oleh gurunya bila dia lambat
menyiapkan tugasan yang diberikan.
Nada suara yang digunakan gurunya juga dikatakan terlalu jelas menunjukkan tidak suka
kepadanya dan kasar. Sarah dipaksa gurunya supaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan
sekiranya tidak siap dia tidak boleh berehat. Ini memberi tekanan kepada Sarah dalam
mendepani tingkahlaku guru sebegini. Akhirnya Sarah nekad untuk meluahkan kepada guru
kaunselor sekolahnya. Itulah seringkas mungkin yang dapat digambarkan perasaan kanak-kanak
bila tertekan.

Menurut Conle (1986), bahawa setiap peringkat darjah, pelajar-pelajar pernah


berpengalaman mengalami tekanan atau gangguan emosi dari tingkahlaku guru dalam
persekitaran bilik darjah. Kajian orang ramai mendapati 50-60% pada sekurang-kurangnya
sebuah sekolah menyatakan berpengalaman mengalami masalah psikologi dan trauma (Hyman &
Snook, 1999) dan serangan emosi ini berlaku disebabkan oleh diskriminasi, interaksi lisan dan
bukan lisan, grad pemarkahan latihan, dan layanan tidak suka dari guru.

Artikel ini telah membuktikan bahawasanya memang wujud pencabulan emosi terhadap
para pelajar oleh guru dalam bilik darjah. Cuma perkara ini tidak dikaji dengan teliti kerana
menjaga kredibiliti guru. Walau bagaimanapun, tidak kesemua guru terlibat dalam pencabulan
emosi para pelajar tetapi ia sebahagian dari guru yang mungkin secara sengaja atau tidak, dan
samada perasan atau tidak melakukannya. Kajian terperinci berkaitan perihal ini telah dilakukan
di Negara lain selain Amarika Syarikat.

Antara tingkahlaku guru yang boleh menimbulkan masalah emosi kepada para pelajar
ialah, pertama tidak memahami, kedua diskriminasi, bias, dan prejudis. Ketiga mendominasi dan
mengawal. Keempat, intimidasi dan tidak yakin pada pelajar. Kelima, emosi yang tidak
membina. Keenam, mengungkit yang lalu. Selain dari yang disebutkan tadi, menghina,
melebalkan pelajar, verbal put-down, melaung (menengking) kepada pelajar, kaedah yang tidak
seseuai untuk mengawal bilik darjah, membiarkan pelajar-pelajar lain untuk mengkeji pelajar
lain (guru tidak endah pun) dan menggunakan kerja rumah sebagai satu kaedah untuk
menghukum para pelajar.
Kesan dari tindakan guru yang mencabul emosi para pelajar ialah akademik para pelajar
kemungkinan merosot. Ini disebabkan emosi para pelajar untuk belajar mulai pudar dan tidak
bermotivasi untuk berjaya dalam subjek berkenaan, selain itu juga dapat dikatakan bahawa kesan
para pelajar akan berterusan hingga membawa kesan dalam pergaulan dengan masyarakat,
tingkahlaku yang dizahirkan dan juga emosi para pelajar semakin celaru. Kesan ini terlalu serius
sekiranya tidak ditangani dengan serius oleh kaunselor.

Kesimpulanya ialah pencabulan terhadap kanak-kanak dalam bilik darjah tidak boleh
dibiarkan terus. Kelak membawa kesan yang sangat negatif terhadap perkembangan seseorang
pelajar. Saya berkeyakinan "mendewakan guru" atau "guru adalah sempurna" menjadikan
perbezaan pendapat tidak boleh berl;aku, sebab semua apa yang guru cakap adalah betul. Ini
adalah sindom bahaya,. walaupun kajian jurnal ini di sekolah, saya merasakan di peringkat
universiti juga turut berlaku. Biarkan mahasiswa membawa pandangan, pensyarah mahupun guru
perlu membimbing bukan mengugut bila ada benda yang tidak dirasakan bertepatan dengan
kehendak diri.

Kajian lebih spesifik terhadap guru dan para pelajar perlu dilakukan. Ia bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada kedua-dua pihak bahawa guru hari ini bukan dilihat sebagai bebas
dalam melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hatinya tanpa melihat kesan yang bakal berlaku
terhadap persekitaranya. Selain itu, strategi psikologi dan kaunseling perlu diberikan supaya
mampu memberi penjelasan dan positif dalam persekitaran membina ketika Proses Pembelajaran
dan Pengajaran.

sumber: http://muhammadabduh889.blogspot.com/
Lepas tekanan di sekolah
0 0 Google +0 0 0

Cetak

Oleh Ihsan Noorzali

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, isu disiplin pelajar sekolah kembali mencengkam institusi
persekolahan negara.

Masalah itu bukan sekadar mengundang kerisauan malah menimbulkan persoalan apakah tindak
tanduk berkenaan ibarat bom jangka.

Usaha proaktif sudah dilakukan termasuk merombak pelaksanaan sistem dan modul namun isu
disiplin pelajar masih belum menampakkan penurunan.

Biarpun belum mencapai tahap paling kritikal dan dianggap kes terpencil, pelaksanaan tindakan
perlu dibuat segera bagi menjamin masalah berkenaan tidak berpanjangan.

PELAJAR memerlukan keprihatinan yang tinggi daripada guru supaya mereka tidak segan
sekiranya berdepan tekanan serta masalah. - Gambar Google.
Persoalan paling nyata, mengapa pelajar ini bermasalah? Adakah kerana longgarnya peraturan
atau faktor persekitaran ibu bapa, guru dan masyarakat menjadi penyumbang.

Pensyarah Kanan di Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Dr Mohammad Aziz Shah
Mohamed Arip berpendapat masalah disiplin yang melanda pelajar disebabkan isu kekeluargaan
dan masyarakat yang semakin renggang.

Ditambah pula dedahan media massa, menjadikan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak
pelajar terus bertindak sesuka hati.

“Umum mengetahui, pelajar sekolah khususnya mereka di peringkat menengah adalah golongan
yang mempunyai sikap berani tanpa batas.

“Disebabkan gelora perasaan dan keinginan yang meluap-luap untuk menzahirkan kelakuan,
menyebabkan masalah disiplin boleh berlaku.

“Apatah lagi pemantauan daripada guru, sekolah, ibu bapa dan masyarakat agak longgar
menjadikan golo–ngan ini semakin besar kepala serta mahu menunjukkan ‘kebolehan’ mereka,”
katanya.

Menerusi beberapa kajian pernah dilakukan, beliau tidak menolak antara punca disiplin pelajar
kerana longgarnya institusi kekeluargaan.

“Keadaan semasa terutama faktor ekonomi menyebabkan ada ibu bapa tidak dapat memantau
pergerakan fizikal serta kehendak emosi anak. Kekurangan sokongan itu menyebabkan anak rasa
terpinggir.

“Pelajar yang mempunyai kekurangan di rumah, selalunya akan menzahirkan gelodak emosi
mereka di sekolah hingga menimbulkan masalah disiplin,” katanya mengakui kebanyakan
pelajar ini terasa terkongkong di rumah tapi menjadikan sekolah, guru dan rakan sebagai tempat
melepaskan tekanan.

“Sekolah antara lokasi paling menarik perhatian pelajar bagi melepaskan kemarahan disebabkan
faktor tarikan seperti rakan sebaya, kurangnya pemantauan pihak sekolah kerana jumlah pelajar
ramai serta terhadnya kuasa guru.

“Masalah disiplin ditimbulkan sebagai ‘pemberontakan’. Sebab itu, isu ini tidak akan selesai
selagi longgarnya institusi keluarga di rumah.

“Didorong faktor persekitaran seperti media massa, Internet dan rakan sebaya, ia menjadi rumit
jika tiada tindakan segera dilakukan,” katanya.

Malah, terjebak dalam isu disiplin ini juga menyebabkan pelajar menjadi semakin lemah dalam
aspek pembangunan jati diri serta pencapaian akademik.

Menurutnya, pelajar yang mempunyai jati diri kuat mampu menangani segala godaan daripada
melakukan kesalahan.

“Tapi, pelajar yang mempunyai jati diri rendah atau langsung tiada jati diri de–ngan mudah akan
terjebak. Malah pencapaian akademik juga tidak cemerlang.

“Sebab itu, mereka kalah godaan dan mudah pula dieksploitasi serta menjadi mangsa keadaan.

“Keadaan itu seterusnya akan menyebabkan kelangsungan hidup mereka bertambah bermasalah
andai kata tidak mendapat pertolongan sewajarnya,” katanya.

Sikap segelintir guru yang menjengkelkan juga boleh menjadi penyebab masalah disiplin di
kala–ngan pelajar sukar dirawat.

Menurutnya sebagai guru, mereka seharusnya prihatin mengenai masalah pelajar dan segera
mengambil tindakan supaya masalah boleh ditangani di peringkat awal.

“Selalunya pelajar yang bermasalah ini adalah golongan terpencil tapi menonjol di sekolah
disebabkan pelanggaran peraturan yang dilakukan.

“Jika sudah jelas gerak geri pelajar berkenaan, guru perlu segera mengambil tindakan dan tidak
boleh bersikap lepas tangan.

“Sudahlah pelajar ini bermasalah, guru juga terus menambah masalah dengan menganggap
pelajar ini tidak boleh ‘dipulih–kan’. Ini memburukkan keadaan,” katanya yang mengakui
kaunseling antara mekanisme terbaik boleh digunakan.

“Pelajar bermasalah selalunya membabitkan emosi. Mungkin mereka tiada tempat untuk
mengadu.

“Kaunseling boleh digunakan biarpun mungkin pada peringkat awal, pelajar tidak mahu
memberikan kerjasama disebab–kan ego.

“Tapi percayalah, lama-kelamaan hati mereka akan tersentuh. Selepas itu mereka akan
meluahkan segala-galanya dan jika guru bijak menggunakan peluang itu, pelajar boleh berubah,”
katanya.

Beliau berpendapat, pernyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa 18,550 daripada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan
menengah seluruh negara terbabit de–ngan salah laku disiplin pada 2012 perlu diberi perhatian.

“Walaupun jumlah ini mewakili peratusan kecil, ia boleh menjadi virus yang merebak dan
mungkin sukar dikawal suatu hari nanti.
“Sebab itu pentingnya semua pihak membantu pelajar bermasalah ini untuk keluar dari
kepompong masalah mereka,” katanya.

Beliau tidak menafikan kudrat guru sangat terbatas untuk membantu ‘memulihkan’ golongan ini.

“Saya faham, guru sekarang memang terbeban dengan segala tugasan namun anggaplah
tanggung–jawab membantu pelajar ini juga satu pertolongan murni.

“Pada masa sama, ibu bapa juga jangan bersikap lepas tangan kerana itu adalah anak anda.

“Jika semua pihak sanggup memainkan peranannya, saya percaya pelajar ini boleh dibantu
kerana mereka juga adalah manusia yang boleh diubah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/09 0 0 Google +0 0 0


Guru dan Cabaran Semasa: Bab 3: Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid

Bab 3 Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

1) Pengenalan;
 Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara
satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar.
 Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri
dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di
sekolah.
 Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan
dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di
sisi.
 Guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan
tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar
sememangnya.

2) Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi


 aspek emosi yang semakin sukar dilihat dalam
kehidupan pelajar kini adalah seperti yang berikut;
Ø empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
Ø mengungkapkan dan memahami perasaan
Ø mengendalikan amarah
Ø kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
Ø kemampuan untuk menyesuaikan diri
Ø disukai oleh orang lain
Ø kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah
antara mereka yang berada di sekeliling
Ø semangat setiakawan
Ø keramahan
Ø sikap hormat-menghormati

 · Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya


terganggu adalah kerana sebab seperti yang berikut;
· Kecemasan dan marah
· Sukar tunjukkan emosi tertentu
· Alami kesulitan
· Konflik

2 jenis;
· Positif
· negatif

3) Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan


iaitu;
i.gangguan emosi ringan
ii. gangguan emosi sedarhana
iii. gangguan emosi berat

4) Punca Gangguan Emosi;


· Persekitaran sekolah
· Gaya pengajaran guru
· Peristiwa dalam keluarga
· Pengaruh keluarga
· Pengaruh rakan sebaya
· Tindakan guru
5) Tanda-tanda masalah emosi dan sosial
dalam kalangan pelajar adalah seperti yang berikut;
-tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
-selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas
-sentiasa kelihatan letih
-kerap sakit perut
-mudah diserang penyakit
-duduk dalam keadaan yang tidak selesa
-pencapaian akademik yang semakin merosot
-sering berasa cemas, takut dan benci
-konsep kendiri yang lemah
-bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
-suka bergaduh
-kerap berbohong
-bertindak liar untuk menarik perhatian
-tindak balas kurang matang
-berperawakan ganjil
-membela diri secara tidak menentu
-menunjukkan perasaan dengki
-mengkritik secara keterlaluan
-suka termenung atau berkhayal

6) Langkah-langkah Menangani Gangguan


Emosi
· Peranan ibu bapa
· Tindakan guru
· Gaya pengajaran
· Kepimpinan guru
· Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar
· Kerjasama
· Penerapan nilai
· Suasana ceria
· Penerangan jelas

7) Hak Asasi Kanak-kanak;

 Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara


layak mendapat peluang pendidikan;
Ø semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama.
Ø kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi
Ø orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka
sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas,
mendesak untuk mengakhirkan pengasingan.
Ø tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak
daripada pendidikan mereka.
8) Antara Hak Setiap Kanak-Kanak adalah seperti yang
berikut;
·untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
·untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
·untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan
damai;
·untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang
aktif dan sihat;
·untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi
diri;
·untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
·untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian,
keganasan dan bahaya;
·untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
·untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri.
9) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak;
· Perkara 2: tiada diskriminasi
· Perkara 3: diberi pelindungan
· Perkara 6: hak untuk hidup
· Perkara 13: kebebasan bersuara
· Perkara 19: diberi peruntukan undang-undang
· Perkara 23: menikmati kehidupan
· Perkara 28:Hak pendidikan
· Perkara 29: halatuju pendidikan
· Perkara 30: hak dalam komuniti
· Perkara 32: dilindungi dari segi ekonomi
· Perkara 34: tiada eksploitasi
10) Hak kanak-kanak:Seksyen 17
· Dilindungi dari segi fizikal
· Tada penganiayaan
· Pergaulan yang sihat
· Hak kesihatan
· Kemudahan bekalan makanan
· Elak penderaan emosi

Anda mungkin juga menyukai