Anda di halaman 1dari 16

SESI KAUNSELING AMIN

Soalan: Amin merasa rendah diri (low self esteem) apabila berhadapan dengan rakan sebaya. Dia merasa diri miskin, lambat dari segi belajar dan kurang suka menanya persoalan kepada cikgu apabila kurang faham tentang pengajarannya. Selepas Amin dirujuk daripada guru mata pelajaran kepada guru pembimbing sekolah, cadangkan teori, kemahiran yang sesuai boleh digunakan bagi guru pembimbing tersebut dalam sesi kaunseling bersama amin. Sekiranya anda menjadi guru pembimbing Amin, bagaimana proses kaunseling tersebut dijalankan? (lapor dalam bentuk rakaman video)

KAUNSELING INDIVIDU (KKH 6013)

TUGASAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU & TUGASAN: CAKERA PADAT SESI KAUNSELING INDIVIDU

PENSYARAH: DISEDIAKAN OLEH: NAMA

CHAPTER 15: DETERMINING PERSONAL STYLE AND : FUTURE THEORETICAL/PRACTICAL INTEGRATION


: M20072000486 : : SAINS KOGNITIF & PEMBANGUNAN MANUSIA

NO. MATRIK PROGRAM FAKULTI

LATAR BELAKANG KLIEN

Klien, Cik Robiatun Anauyah Bt Lokman merupakan seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sedang menuntut dalam semester yang keenam dalam program Ijazah Sarjana Muda Bimbingan Dan Kaunseling. Klien berusia 25 tahun dan berasal dari Negeri

Pahang. Merupakan anak kedua dari enam orang adik beradik. Sebelum melanjutkan pelajaran di UPSI, Klien juga telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan perakaunan di salah sebuah intitusi di negeri Kelantan. Klien menyatakan minatnya untuk sentiasa menuntut ilmu dan merantau kerana pada pendapatnya jauh berjalan luas pemikiran dan pemandangan. Klien juga telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilhan hatinya yang juga merupakan pelajar UPSI.

Sesi kaunseling individu telah dijalankan sebanyak dua kali. Kali pertama rakaman secara audio visual telah dibuat secara langsung di makmal kaunseling UPSI manakaIa sesi yang kedua telah dirakam secara audio di salah sebuah kelas di Taman Universiti UPSI. Pada sesi yang pertama klien sememangnya berada dalam keadaan tertekan dan terlalu ingin mencuarahkan apa yang berlaku pada dirinya. Dari air muka klien dan bahasa bukan lisannya sendiri menunjukkan kilen cukup tertekan dalam situasi yang dihadapinya sekarang ini. Klien mengaku sendiri bahawa dia sangat bersyukur kerana ada tempat klien ingin mencurahkan apa yang terpendam di hatinya. Klien pernah juga bercerita dengan rakannya tetapi klien tidak berpuas hati kerana mereka juga mempunyai masalah mereka sendiri.Begitu juga apabila klien bercerita dengan tunangnya tidak terlalu mengambil perhatian.

Di dalam sesi pertama, kilen sememangnya banyak bercakap. Disamping membina hubungan dan cuba membuat penerokaan Kaunselor banyak mendengar pengluahan kendiri yang dibuat agar klien benar-benar berasakan masalah yang dihadapinya penting dan rasa

dihargai. Seterusnya dalam sesi yang kedua, kaunselor memainkan peranan untuk membantu klien dengan mengaplikasikan teori yang bersesuaian dengan isu yang dibawa oleh kaunselor. Klien berpakaian kemas semasa menghadiri sesi kaunseling. Klien juga menggunakan bahasa pertuturan yang mudah difahami. Walaupun klien berada dalam keadaan yang beremosi , klien masih dapat mengawal perasaannya ketika berbincang dengan kaunselor. Klien menunjukkan kesungguhan ketika sesi kaunseling dijalankan.

PERNYATAAN MASALAH KLIEN

SESI YANG PERTAMA -12 SEPETEMBER 2008 (JUMAAT)- 3.15 HINGGA 4.05 PETANG Sesi dimulai dengan sosial talk dan penstrukturan sesi. Seterusnya kaunselor cuba membina hubungan bersama kilen dengan mendekati klien dan menyelami perasaan klien pada ketika itu. Seterusnya pada peringkat Penerokaan, klien mempunyai masalah yang mengikut klien masalah yang dihadapinya seolah-olah menjadi sesuatu yang unfinished Business dalam hidupnya. Menurut klien, beliau menghadapi masalah dengan rakan-rakan serumahnya

terutama dengan Amy (Ketua rumah) dan Lin. Manakala hubungan dengan rakan yang lain tiada masalah pada dirinya. Klien berasa maruah dirinya tercabar apabila Amy telah menghalaunya keluar dari rumah atas alasan klien adalah punca segala masalah yang timbul dalam rumah sewa mereka. Masalah yang Klien tidak tahu apakah punca sebenar sehingga dia dihalau dari rumah sewanya menyebakan klien berasa sangat sedih, kecewa dan keliru kenapa dia diperlakukan begitu. Selepas diteroka , beberapa isu telah dapat dikenalpasti apakah yang menyebabkan klien dihalau dari rumah sewa oleh teman-teman serumahnya sendiri. Amy sering menuduh klien membazir dan suka merosakkan harta benda nya tetapi klien menafikan sekeras-kerasnya. Tuduhan dibuat atas alasan kilen yang sibuk bertanya dan apabila bersikap mendiamkan diri. Klien benar-benar dalam keadaan yang serba salah bila diperlakukan sedemikian.

Sejak hari itu klien mula mengurungkan dirinya di dalam bilik dan kurang berkomunikasi dengan rakan-rakannya terutam Amy dan Lin yang sentiasa berperasangka negatif terhadap dirinya yang pada klien disifatkannya sebagai Paranoid. Selain itu, isu yang dihadapi oleh kilen ialah apabila dalam mesyuarat rumah kali yang pertama klien meminta agar bayaran bil diserahkan setiap bulan berbanding sebelum di mana setiap ahli dalam rumah itu perlu membayar di setiap awal semester. Dalam mesyuarat tersebut semuanya seolah-olah

bersetuju tetapi pada mesyuarat rumah yang kedua Amy dan Lin bertindak menyerang klien dengan pelbagai tuduhan dan tomahan yang pada klien tidak berasas dan meyebabkan klien berasa geram dan marah, sedih kerana tindakan kedua-dua orang rakannya yang tidak melayannya seperti mana mereka melayan rakan rakan yang lain. Keesokan harinya klien telah keluar dari rumah tersebut bersama dengan barang-barangnya tetapi tidak tah kemana ingin dituju. Klien dengan dibantu oleh tunanganya telah menelefon rakannya yang kebetulan sedang mencari rakan untuk menyewa rumah. Klien mengambil keputusan untuk tinggal di

rumah baru dan berasa cukup selesa bersama Wani salah seorang rakan serumahnya. Apa yang paling mengecewakannya Amy dan Lin telah berhubung dengan Wani melalui e mail mengutuk serta menuduh klien dengan pelbagai kata kesat. E mail itu telah ditunjukkan oleh rakannya Wani ketika email itu sampai. Klien bersa sangat sedih atas tuduhan yang idak berasas itu dan tertanya-tanya kenapa Amy masih ingin mencari pasal atau masalah dengannya sedangkan klien telah keluar dari rumah tersebut dan sedikitpun tidak bercadang untuk kembali semula ke rumah itu. Perkara yang lebih teruk lagi dan yang lansung tidak boleh diterima oleh kilen ialah amy dan Lin telanh datang ke rumah barunya dan bercakap seolaholah cuba memperli dirinya. Klen hilang sabar dan menjawab apa yang diperkatakan oleh Amy seterusnya menimbulkan kemarahan Amy lalu Klien Menjerit seoalah olah hilang kawalan. Klien tidak boleh menggagambarkan keadaaan dirinya pada ketika itu dan menganggap ianya satu mimpi ngeri dalam hidupnya kerana sebelum ini sesiapa yang berkawan dengannya tidak pernah berakhir dengan keadaan yang sedemikian. Klien dalam keadaan yang sedikit sebak tidak dapat menerima hakikat dirinya diperlakukan sedemikian rupa dan akan mencari masa yang sesuai untuk membalas dendam dan akan memastikan Lin mendapat balasan yang setimpal turut berasakan apa yang klien rasa selama ini.

Klien cuba mengumpulkan kekuatan untuk berhadapan dengan kedua-duanya tetapi ada sedikit kebimbangan dalam dirinya kerana dikhuatiri dirinya akan terperangkap kerana kedua-duanya pandai memutarbelitkan cerita. Klien berasa sedikit lega setelah ada tempat untuk dia mencurahkan isi hatinya meskipun pada awalnya gementar juga kerana bercerita dengan kaunselor yang asing baginya. Klien akan memastikan Amy dan Lin juga menerima akibat serta merasa apa yang dirasainya sekarang ini. Klien juga akan membuktikan kepada Amy bahawa Lin yang selama ini disanjungnya adalah musuhnya di belakang kerana Lin sebenarnya selalu mengata atau memburukkan Amy di belakang Amy. Kaunselor membuat rumusan atas apa yang diceritakan oleh klien dan berharap akan dapat mengadakan sesi seterusnya dengan klien. Kaunselor berpendapat masalah klien perlu diteroka lagi untuk mendapatkan maklumat yang jelas, benar serta membolehkan semua isu yang diutarakan oleh klien dapat dirungkaikan dengan menggunakan pendekatan teori.

SESI KEDUA 22 SEPTEMBER 2008 (SABTU)- 10.30 HINGGA 11.05 PAGI

Pada sesi yang kedua ini klien telah secara sukarela untuk hadir sekali sesi kaunseling dan ingin berkongsi perasaan yang masih lagi membelengu perasaannya. Klien telah menceritakan perkara yang dianggapnya sebagai sesuatu yang agak remeh tetapi penting pada rakan serumahnya iaitu tidak pernah memberi salam apabila masuk ke rumah. Sedangkan menurut klien dia memang mengucapkan salam tetapi mungkin tidak didengari oleh rakan-rakannya kerana bunyi suara dari kaca televisyen sangat kuat yang akhirnya menuduh klien sebagai seorang yang tidak sopan. Kedaan tersebut juga amat mengecewakan klien kerana rakan

tersebut tidak memahaminya. Dalam sesi kedua ini juga klien masih lagi menyatakan perasaan tidak puas hatinya dan mengganggap masalah yang dihadapinya menjadikannya takut dan tidak yakin untuk berhadapan dengan situasi sedemikian di masa akan datang. Sekali lagi klien menegaskan matlamatnya agar kedua-dua musuhnya itu mendapat balasan yang setimpal atas apa yang dilakukannya.

Setelah menganalisis masalah dan isu yang dibawa oleh klien, kaunselor cuba untuk membuat penilaian seterusnya menggunakan pendekatan Rasional Emotif Behavioral Therapy (REBT) dalam sesi ini. Pendekatan tersebut digunakan secara maksimum bagi memastikan klien benar-benar mendapat in sight (celik akal) tentang isu yang dialaminya. Penggunaan teori REBT ini dirasakan amat bertepatan sekali kerana kesesuaian teori wujud antara kaunselor dengan klien. ANALISIS MASALAH SECARA TEORITIKAL

Masalah Klien boleh diperjelaskan lagi dengan merujuk kepada rangka intervensi dengan menggunakan pendekatan REBT Menurut Fall, Holden & Marquis (2004) telah menerangkan dengan jelas bagaimana manusia mengalami gangguan emosi berdasarkan prinsip yang dicipta oleh Albert Ellis iaitu konsep ABC. Pada tahun 2001 Ellis telah menambah dua elemen (D dan E ) dalam konsep ABC kepada ABCDE. Seterusnya konsep itu berubah menjadi ABCDEF. Di samping itu REBT juga melihat masalah yang mmbelenggu kehidupan manusia secara

berantai. Rantaian masalah boleh dikesan dengan lebih mudah melalui konsep ABCDEF Othman (2000).

Teori REBT ini dipilh kerana konsep ABCDEF yang diutarakan oleh teori ini membantu kaunselor mengenalpasti masalah dengan mudah di mana masalah manusia adalah berpnca daripada cara manusia berfikir (sistem kepercayaan-andaian tidak rasional/rigid) yang telah memberi kesan emosi dan perlakuan (emotion-behavior) Huraian tentang konsep ABCDEF adalah seperti berikut:

:Kejadian atau peristiwa yang berlaku sama ada berbentuk kenyataan, fakta, sikap atau perlakuan individu atau orang lain (Activating Event).

:Sistem kepercayan yang dianuti oleh seseorang atau kepercayaan individu tentang peristiwa di A (Belief)

:Kesan akibat iaitu emosi yang tidak stabil dan perlakuan salahsuaian yang timbul hasil daripada penilaian B terhadap consequence) A.(Emotional and Behavioural

:Intervensi pertikaian iaitu strategi mencabar dan berhujah untuk membetulkan sistem kepercayaan yang salah atau tidak rasional kepada sistem kepercayaan yang lebih rasional.

:Kesan daripada tindakan intervensi di mana ia berbentuk emosi dan perlakuan baru yang sejahtera dan positif hasil daripada sistem kepercayaan yang lebih rasional (Effect)

:Pelan tindakan seterusnya adalah berbentuk strategi bagi menyusun langkah tertentu yang diambil untuk meningkatkan mutu kehidupan ( New Feeling)

Konsep di atas boleh diperjelaskan lagi dengan merujuk kepada rajah berikut:

(activating event)

B (Belief)

C(Emotional & Behavioral consequence)

D (Disputing Intervention)

E (effect)

F (New Feeling)

Tema-tema masalah klien dapat diterangkan berdasarkan kerangka intervensi REBT (rujuk Rajah 1) Ia boleh dihuraikan berdasarkan situasi/tema klien yang menghadapi masalah dihalau dari rumah sewanya dan ada masalah interaksi sosial dengan teman serumahnya. Klien dengan isu dihalau dari rumah sewanya dan gagal dalam interaksi pada semester keenam, bolehlah diandaikan apabila berlaku insiden tersebut dan kegagalan

berkomunikasi dengan baik ke atas dirinya, maka sistem kepercayaan tidak rasional wujud dalam dirinya. Klien itu akan terus menerus menyalahkan dirinya dengan cara melabel dan membuat ulangan kendiri dengan kenyataan-kenyataan pemusnah diri seperti: Bee rasa teruk betul bila dihalau dari rumah pada malam tu. Mana maruah saya,. Memang saya ni jenis yang teruk agaknya, semua yang Bee buat mesti tak kena pada mereka aku buat mesti tidak betul.

Klien turut diselubungi perasaan yang terlalu rigid ( Demanding

Sepatutnya/seharusnya).

Kenyataan seperti berikut dapat dipetik dalam sesi bersama klien: Bee sepatutnya dapat layanan yang baik dari Amy dan Lin Orang macam tu mesti dapat balasan yang setimpal, biar Padan dengan muka dia

Daripada penceritaan dalam sesi, klien seolah-olah tidak boleh menerima hakikat (I cant stand it). Ini boleh dilihat melalui dialog klien : Saya tak boleh terima yang dia marah dan cari pasal dengan saya dalam rumah saya sendiri Kalau benda ni tak selesai, ia macam unfinish business dalam diri saya

Kenyataan-kenyataan yang berunsur merosakkan diri sendiri itu, akan membuatkan klien tersebut berasa duka dan kecewa, marah yang teramat sangat, tertekan dan dari segi fizikal menunjukkan air muka yang bermasalah. Di samping itu klien bertindak mengurungkan diri dalam biliknya apabila hubungan atau interaksi sosialnya bermasalah (C). Emosi duka,

sedih, marah pada diri sendiri dan kecewa itu sebenarnya bukanlah kerana klien dihalau dan tidak dapat tinggal di rumah tersebut (A) tetapi kesedihan, kemarahan dan kekecewaan yang dialaminya adalah kerana sistem kepercayaan yang diciptanya sendiri di mana klien tersebut berasakan dirinya sudah tidak bermaruah apabila dihalau dari rumah sewa tersebut, perasaan yang terlalu rigid dan tidak boleh terima hakikat (B).

Pada peringkat seterusnya klien telah diajar bagaimana untuk menerima kenyataan dengan berhujah, menyangkal, mencabar atau mempertikaikan sistem kepercayaan tidak

rasionalnya. Ketika ini kaunselor telah menggunakan tiga cara untuk mencabar kepercayaan yang tidak rasional iaitu melalui proses mengenal pasti (detecting) sistem kepercayaan tidak rasional pelajar tersebut (Contohnya seperti perkataan harus, mesti, rasa marah yang teramat dan tindakan memperkecilkan dirinya sendiri). Seterusnya kaunselor cuba berhujah atau menyangkal tentang kenyataan atau kepercayaan yang tidak berfungsi itu melalui soalansoalan yang logik dan yang boleh membuktikan bahawa kenyataan mereka tidak betul atau tidak rasional sama sekali (Debating). Hujahan ke atas sistem kepercayaan klien tersebut perlu dilakukan bersungguh-sungguh sehingga klien tersebut boleh bertindak memindahkan sistem kepercayaannya kepada yang boleh mendatangkan kebaikan kepada dirinya.

Berikut adalah beberapa kenyataan berbentuk hujahan yang telah digunakan dalam sesi: Apabila Bee dihalau dari rumah, adakah Bee tiada rumah lain untuk disewa? Pada pandangan Bee, adakah kita sewajarnya apa yang kita hajati dapat kita kecapi/perolehi. Cuba Bee beri contoh situasi atau keadaan di mana Bee gagal mendapat apa yang Bee hajati Adakah apa yang berlaku pada diri Bee sekarang ini sangat merugikan Bee? Bee rasa dengan berbuat demikian masalah Bee akan selesai? Bee pernah berkata teman serumah Bee semuanya lebih muda dari Bee, jadi adakah dalam usia yang sebegini Bee perlu melayan kerenah mereka yang bolehlah dianggap tidak matang

Akhirnya

klien

boleh

memilih

(discriminating)

atau

belajar

bagaimana

untuk

mengeluarkan dirinya dari kepercayaan tidak rasional yang boleh memusnahkan dirinya (selfdefeating) kepada kepercayaan yang lebih rasional atau yang boleh membina dirinya (selfhelping). Proses berhujah ini sangat penting kerana kaunselor akan bertindak meyakinkan klien itu bahawa ada cara-cara lain untuk dia berhadapan dengan kekecewaan tersebut. Seandainya usaha-usaha berhujah atau menyangkal kepercayaan tidak berhasil atau berjaya, maka klien tadi akan kembali ke C dan kaunselor telah berusaha bersungguh-sungguh dalam peringkat intervensi ini.

Kaunselor telah berjaya meyakinkan klien tersebut, maka sistem kepercayaan yang tidak rasional tadi telah mula berubah sedikit demi sedikit dan akhirnya muncul atau digantikan dengan sistem kepercayaan baru yang lebih rasional. Bila pemikiran klien itu berubah maka ia turut mempengaruhi emosi di mana emosi klien turut berubah. Begitu juga dengan tingkah lakunya juga turut mengalami perubahan. Klein yang pada awalnya sangat kecewa, sedih dan marah dengan insiden yang dialaminya , telah dapat menerima kenyataan secara normal tanpa berasa sebarang gangguan emosi yang tidak berasas. Apa yang lebih penting dan bermakna ialah klien itu tidak lagi mengalami tekanan dan bersikap lebih rasional malah klien mampu menganalisa secara logik sebab-sebab yang membawa kepada tekanan dan kesedihan dan kekecewaan tersebut bukanlah sesuatu yang dahsyat (awfulizing) sehingga tiada lagi masa hadapan yang cerah baginya. Maka klien itu boleh berfungsi sebagai seorang yang normal setelah melalui proses intervensi (E).

Apabila kaunselor berjaya mengubah sistem kepercayaan klien kepada kepercayaan yang baru, maka usaha boleh diteruskan melalui proses membimbing klien tentang apa yang harus dilakukan olehnya untuk tidak mengulangi kepercayaan tidak rasionalnya. Klien juga turut meyedari bahawa daripada menanggung kebimbangan atau kemurungan adalah lebih baik menerima kepercayaan baru yang lebih positif dan memberi manfaat kepada dirinya.

Kaunselor mencadangkan agar klien mendapatkan maklumat tentang pengurusan stress.

Teori REBT oleh Albert Ellis ini turut menegaskan tidak semua masalah boleh dibantu dengan analisa yang logik atau membina semula falsafah serta kepercayaan baru. Maka , oleh sebab itulah REBT memasukkan alternatif-alternatif lain seperti penggunaan teknik kognitif, teknik emosi dan teknik tingkah laku dalam terapinya.

KERANGKA INTERVENSI KAUNSELING INDIVIDU( ROBIATUN ANAUYAH) RASIONAL EMOTIF BEHAVIOR THERAPY (REBT)

A (activating event) Kejadian/peristiwa yang berlaku Dihalau dari rumah sewa & Masalah dalam interaksi sosial

B (Belif System) Sistem Kepercayaan salah Awfulizing (Rasa diri tidak bermaruah) -Bee rasa teruk sangat bila dihalau dari rumah -Mana maruah saya Demanding (Sepatutnya/seharusnya/terlalu rigid) -Bee sepatutnya dapat layanan yang baik dari Amy & Lin -Orang macam tu mesti dapat balasan yg setimpal, Biar Padan dengan muka dia

C(Consequences/kesan akibat) Emosi dan tingkah laku negatif Sedih/kecewa/ sebak/marah yang teramat sangat/tertekan Fizikal (air muka nampak bermasalah) Mengurungkan diri di dalam bilik

I cant stand it ( x boleh terima hakikat) -Saya tak boleh terima yang dia marah / cari pasal dengan saya dalam rumah saya sendiri -Kalau benda ni tak selesai, ia macam unfinish business dalam diri saya

D (Dispute) Mencabar dan berhujah ke atas sistem kepercayaan tidak rasional Major problem: tidak boleh terima di diperlakukan begitu Contoh hujah: Adakah bila Bee di halau dari rumah, Bee tiada rumah lain untuk disewa? Apakah yang berlaku ini merugikan diri Bee? Pada pandangan Bee, adakah kita sewajarnya dapat apa yang kita hajati dapat kita kecapi/perolehi. Cuba Bee beri contoh situasi atau keadaan di mana Bee gagal mendapat apa yang Bee hajati Adakah apa yang berlaku pada diri Bee sekarang ini sangat merugikan Bee? Bee rasa dengan berbuat demikian akan menyelesaikan masalah Bee akan selesai? Bee pernah berkata teman serumah Bee semuanya lebih muda dari Bee, jadi adakah dalam usia yang sebegini Bee perlu melayan kerenah mereka yang bolehlah dianggap tidak matang

E (Efect/kesan) F (Follow up) Sistem kepercayaan yang baru Strategi untuk langkah seterusnya (Pandangan yang lebih realistic/menilai kejadian dengan rasional) Kemahiran berkomunikasi/Menguruskan stress Klien sedar akan kenyataan yang harus diterimanya. Mengganggap rakan-rakan serumah sebagai tidak matang Tidak mahu terlibat dengan orang yang seperti Amy Dan Lin Tanamkan niat untuk tidak terlalu melibatkan diri denga orang lain yang boleh menimbulkan masalah pada dirinya Redha dengan apa yang berlaku pada dirinya.

REFLEKSI Kekuatan kaunselor dalam aplikasi amalan teori Di awal sesi, kaunselor telah mempraktikkan kemahiranMendengar dengan teliti masalah klien sehingga kilen berasa dihargai Dapat mencerakinkan masalah yang dihadapi oleh klien Dapat mengaplikasikan teori REBT dalam sesi yang dilaksanakan Telah menggunakan kemahrian berhujjah atau despute dengan baik tanpa menyinggung perasaan klien Kaunselor juga mampu

Kelemahan kaunselor dalam aplikasi amalan teori Klien banyak bercakap Terlalu banyak memperkatakan tentang pihak ketiga tetapi kaunselor tidak meberi focus kepada masalah klien sendiri. Masih perlu banyka yang diteroka tentang pelbagia isu yang dibawa oleh klien ini. Kaunselor menghadapi masalah iaitu klien tidak dapat bercerita dengan panjang lebar mengenai masalahnya. Kaunselor perlu menyediakan dirinya dengan pelbagai kemahiran supaya dapat mengenalpasti masalah klien dengan lebih mudah dan dapat membantu klien membuat pilihan dalam hidupnya.

Langkah-langkah dalam memperbaiki amalan teori

Kaunselor menggunakan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kaunseling individu. Kaunselor menyoal klien dengan soalan terbuka dan tertutup, penstrukturan, dorongan minima, penerokaan dan mengenalpasti masalah.

Segala kemahiran yang digunakan dapat merapatkan hubungan klien dengan kaunselor, seterusnya memudahkan klien menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini membolehkan klien membuat pilihan terbaik untuk meredakan ketegangan yang dihadapinya.

CADANGAN Klien sebenarnya perlu banyak belajar tentang cara-cara berkomunikasi yang baik

Syor kepada bidang amalan kaunseling

PENUTUP Rumusan kes Klien menghadapi masalah tekanan perasaan kerana bapanya sebagai tempat bergantung telah jatuh sakit. Klien berasa sedih kerana selama ini hidup keluarganya ceria kerana bapanya sihat. Setelah bapa klien sakit, keluarga klien tidak begitu ceria lagi. Klien berharap agar suasana ceria dalam keluarganya akan datang kembali. Di samping bapa klien sakit, klien juga kadang-kala sakit. Ini juga menjadikan klien berasa tidak selesa. Klien inginkan hidup yang penuh ceria dan sihat. Klien juga inginkan kejayaan dalam pelajaran. Segala masalah yang dihadapi oleh klien sebenarnya mengganggu hidup klien. Walau bagaimanapun, klien mempunyai pegangan yang kukuh terhadap agama. Klien bersabar menerima segala dugaan yang telah ditakdirkan. Kaunselor sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada klien agar tabah menempuh segala dugaan yang diterimanya. Klien telah dapat menerima segala dugaan yang mendatang dengan hati yang tabah. Klien akan terus berusaha demi masa depannya.

Secara keseluruhannya klien menghadapi tekanan berkenaan keluarganya dan dirinya sendiri. Namun setelah beberapa sesi kaunseling dilalui, klien berasa lega dan dapat menerima segala masalahnya dengan tenang Kajian kes ini sangat berguna kepada kaunselor untuk melatih diri menjadi kaunselor yang berjaya di samping dapat membantu klien membuat pilihan terbaik dalam hidupnya.

Perancangan Tindakan Klien telah dapat menerima masalah yang dihadapi oleh keluarganya dan dirinya dengan tenang dan sabar. Kaunselor akan terus memberi dorongan dan semangat kepada klien agar klien terus dapat membuat perubahan yang diinginkannya

Hasil dapatan

Anda mungkin juga menyukai