Anda di halaman 1dari 2

Ada dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang.

Untuk sampai ke seberang, kedua-dua anjing tersebut memerlukan stamina yang cukup.

Anjing A pun berlatih secara habis-habisan manakala Anjing B hanya bersenang-lenang sahaja tanpa menunjukkan apa-apa kerisauan.

Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan tanpa disangka-sangka Anjing B sampai dahulu daripada Anjing A, malahan Anjing B sempat untuk makan lagi.

Soalan: Mengapakah Anjing B boleh sampai dahulu daripada Anjing A?

Di bawah ini ada 3 soalan untuk anda jawab secepat mungkin. Jangan terkebil-kebil atau fikir lama sangat . Teka-teki ini untuk menguji sejauh mana IQ anda. Kalau jawab lambat, sendiri faham la tahap IQ anda di mana.

Soalan pertama : Anda masuk perlumbaan lumba lari. Di pertengahan jalan anda memotong peserta di tempat kedua. Sekarang anda berada di kedudukan yang mana ? Jawapan : Pertama ? Kalau anda menjawab yang pertama maknanya anda SALAH ! kalau anda memotong peserta yang kedua bermakna anda di tempat kedualah. Haa jangan main-main bagi soalan berikut ini.

Soalan Kedua : Anda memotong pula peserta yang terakhir. Di mana pula kedudukan anda sekarang ? Jawapan : Kalau anda jawab 'kedua terakhir' jawapan anda SALAH!!. Beritahu saya, macam mana anda boleh memotong orang yang terakhir ?

Soalan ketiga :

Bapa mary ada 5 orang anak perempuan iaitu Nana, Nene, Nini, Nono. Siapakah nama anak yang kelima ? Jawapan : Nunu ? SALAH !... Salah ! mana pulak datang si Nunu? Jawapannya mary lah !

Soalan Bonus : Ada seorang bisu hendak membeli berus gigi. Sampai di kedai, diapun menggayakan cara menggosok gigi. Dapatlah dia sebatang berus gigi. Kemudian datang pula seorang buta nak beli cermin mata. Haa macam mana dia nak beritahu pekedai itu ? Jawapan : Gayakan cara orang pakai cermin mata, sangkut di telinga ? SALAH ! Cakap sajalah " Encik, saya nak beli cermin mata" habis cerita. Dia bukannya bisu!.

Hai !!, macam mana ni. Oleh itu saya nasihatkan anda banyak-banyakanlah membaca. Jangan ambil mudah dengan perkara-perkara disekeliling kita. Teruskan usaha . Tingkatkan IQ anda.

Anda mungkin juga menyukai