Anda di halaman 1dari 23

MANUAL PENGGUNA SISTEM KERJA KURSUS (SKK) PMR [SETIAUSAHA PEPERIKSAAN]

UNIT APLIKASI PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN
1 1.1 2 3 3.1 3.2 4 4.1 5 6 7 PENDAHULUAN ......................................................................... 3 Tujuan Dokumen ............................................................................. 3 LAMAN UTAMA .......................................................................... 4 SENARAI MENU ......................................................................... 5 Menu Utama .................................................................................... 6 Menu Kemasukan Markah (Asal/BMT/Calon Pindah) ........................... 7 SENARAI (CALON ASAL/BMT/PINDAH) ................................. 16 Senarai Calon Pindah ..................................................................... 18 CETAKAN (CALON ASAL/BMT/BORANG KOSONG) ................. 19 PENGESAHAN MARKAH ........................................................... 22 KELUAR ................................................................................... 23

H a l a m a n |2

1
1.1

PENDAHULUAN
Tujuan Dokumen

Tujuan dokumen ini ialah sebagai panduan kepada pengguna sistem (Setiausaha Peperiksaan/SUP) supaya dapat mengetahui dan menggunakan semua fungsi dan menu dengan sebaiknya. Diharap ianya dapat memudahkan pengguna sistem kerana tujuan pembangunan dan langkah penggunaan setiap modul yang terdapat dalam sistem dicatat di dalam dokumen ini. Dokumen ini akan dipantau dan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut keperluan.

H a l a m a n |3

2 Laman Utama
Untuk mengakses kepada Sistem Kerja Kursus (SKK) PMR ini, pengguna hendaklah menaip :www.moe.gov.my/kkpmr. Antaramuka seperti di bawah akan dipaparkan.

Halaman Utama Sistem

Pengguna hendaklah memasukkan nama pengguna dan katalaluan seperti yang telah diberikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan melalui Surat Login kepada pengguna yang telah diberikan sebelum ini.

H a l a m a n |4

3 Senarai Menu
Bagi sistem ini, setiap pengguna mempunyai menu-menu yang berlainan bergantung kepada tugas masing-masing. Untuk tugasan SUP (Setiausaha Peperiksaan), senarai menu yang terlibat dan penerangan adalah seperti yang tertera di bawah ini :-

Senarai Menu SUP H a l a m a n |5

3.1

Menu Utama

Paparan di atas adalah paparan untuk menu Utama, paparan ini akan menunjukkan maklumat lengkap mengenai sekolah yang telah terlibat. Antara maklumat yang dipaparkan pada menu Utama ini adalah :1. Nama Lengkap Sekolah 2. Nombor Sekolah 3. Kod Sekolah 4. No Pusat 5. Bilangan Calon Asal 6. Bilangan Calon BMT 7. Status Kata laluan Untuk status kata laluan ini, pengguna diwajibkan untuk menukar katalaluan yang diberikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan kepada katalaluan yang baru.

H a l a m a n |6

3.2

Menu Kemasukan Markah (Asal/BMT/Calon Pindah)

Menu Kemasukan Markah ini adalah menu yang paling penting di mana objektif penggunaan sistem ini adalah di bahagian menu ini. Menu ini dibahagikan kepada 3 bahagian yang berbeza iaitu :1. Kemasukan Markah Calon Asal 2. Kemasukan Markah Calon BMT 3. Kemasukan Calon Pindah Sub menu di bawah ini akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai setiap menu yang dinyatakan di atas.

3.2.1 Kemasukan Markah Calon Asal


Sub menu ini adalah untuk kegunaan pengguna sistem bagi memasukkan markah calon-calon asal sahaja, iaitu calon calon yang sedia ada bagi pusat masing-masing.

Paparan Kemasukan Markah Calon Asal

Berpandukan kepada paparan di atas, setiap pengguna akan mempunyai paparan yang berbeza bergantung kepada jenis matapelajaran yang diambil oleh calon masing-masing. Akan ada kes di mana pengguna A mempunyai bilangan matapelajaran sebanyak 6, manakal pengguna B mempunyai bilangan mata pelajaran sebanyak 7. Ini semua adalah bergantung kepada senarai matapelajaran yang di ambil oleh calon bagi pusat masing-masing.

H a l a m a n |7

Kemasukan markah bagi setiap mata pelajaran juga adalah berbeza-beza. Sila rujuk paparan di bawah sebagai perbandingan.

Paparan Kemasukan Markah Mata Pelajaran Pendidikan Islam (45/2)

Paparan Kemasukan Markah Mata Pelajaran Sejarah (21/2) H a l a m a n |8

Paparan Kemasukan Markah Mata Pelajaran PAFA (45/7)

Paparan Kemasukan Markah Mata Pelajaran Kemahiran Hidup/ERD (77/2)

H a l a m a n |9

Paparan Kemasukan Markah Mata Pelajaran PEKA SAINS (55/3)

3.2.2 Kemasukan Markah Calon BMT


Calon BMT adalah calon-calon yang tiada dalam senarai asal bagi pusat masing-masing. Sebagai contoh calon ini adalah calon dari pusat A tetapi ingin mendaftar di pusat B. Oleh itu calon ini adalah calon BMT bagi pusat B. Bagi membolehkan pengguna bagi pusat B memasukan markah bagi calon ini, pengguna hendaklah mendaftarkan nama calon ini di dalam pusat B. Paparan pendaftaran calon BMT adalah seperti di bawah.

H a l a m a n |10

Paparan Kemasukan Markah Calon BMT Rajah di atas adalah paparan utama untuk Kemasukan Markah Calon BMT

Paparan Kemasukan BMT Baru Untuk memasukan calon BMT baru, pengguna hendaklah mendaftarkan maklumat calon BMT dan menekan butang simpan.

H a l a m a n |11

Paparan Kemasukan Calon BMT Baru

Senarai Pelajar BMT yang dicipta akan dipaparkan di bahagian bawah menu kemasukan calon BMT baru. Menu Kemasukan Calon BMT baru ini telah diautomasukan dengan beberapa syarat seperti :1. Calon BMT hendaklah bukan calon asal bagi pusat yang sama 2. Calon BMT yang sama tidak boleh mendaftar bagi pusat yang sama

H a l a m a n |12

Paparan di bawah adalah contoh bagi kes di syarat nombor 1 di atas.

Paparan bagi kemasukan markah BMT (Calon adalah calon asal bagi pusat yang sama) Jika proses seperti di atas dilakukan (Calon adalah calon asal bagi pusat yang sama), paparan ralat seperti di bawah akan dipaparkan.

Paparan di bawah adalah contoh ralat yang akan dipaparkan bagi kes di syarat nombor (Calon BMT yang sama tidak boleh mendaftar bagi pusat yang sama)

H a l a m a n |13

Selepasa selesai mendaftarkan calon BMT, pengguna hendaklah memasukan markah bagi setiap mata pelajaran yang diambil oleh calon tersebut. Paparan kemasukan markah calon BMT adalah seperti di bawah ini.

Kemasukan Markah PAFA bagi calon BMT

Kemasukan Markah Sejarah bagi calon BMT

3.2.3 Kemasukan Calon Pindah


Calon Pindah adalah bermaksud calon dari pusat asal akan berpindah keluar dari pusat tersebut. Untuk mengeluarkan calon tersebut daripada menu Kemasukan Markah Calon Asal, pengguna hendaklah menggunakan sub-menu ini.

H a l a m a n |14

Paparan Kemasukan Calon Pindah Untuk membolehkan calon tersebut dipindahkan dari senarai calon asal pusat, klik pada checkbox calon tersebut dan klik butang Simpan. Secara automatik, calon tersebut telah dikeluarkan dari menu Kemasukan Markah Calon Asal.

H a l a m a n |15

4 Senarai (Calon Asal/BMT/Pindah)


Menu senarai ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu :1. Senarai Calon Asal a. Senarai Mengikut Subjek memaparkan senarai keseluruhan calon mengikut subjek b. Senarai Tiada Markah memaparkan senarai keseluruhan calon tiada markah mengikut subjek c. Senarai Ada Markah memaparkan senarai keseluruhan calon ada markah mengikut subjek 2. Senarai Calon BMT a. Senarai Keseluruhan memaparkan senarai keseluruhan calon mengikut subjek b. Senarai Tiada Markah memaparkan senarai keseluruhan calon tiada markah mengikut subjek c. Senarai Ada Markah memaparkan senarai keseluruhan calon ada markah mengikut subjek 3. Senarai Calon Pindah memaparkan senarai calon pindah bagi setiap pusat

H a l a m a n |16

Paparan Senarai Calon Asal Mengikut Subjek/Tiada Markah/Ada Markah Pengguna boleh klik pada ikon pensel di bahagian hujung paparan untuk membuat sebarang perubahan/kemaskini markah bagi calon yang dipilih. Paparan untuk kemaskini markah adalah seperti di bawah ini.

Paparan Kemaskini Markah (Contoh : Mata Pelajaran Sejarah)

H a l a m a n |17

4.1

Senarai Calon Pindah

Senarai calon pindah akan menunjukan senarai bagi calon calon yang telah dipindahkan oleh pengguna dari senarai calon asal mereka. Proses ini adalah proses di dalam menu Kemasukan Calon Pindah.

Paparan bagi Senarai Calon Pindah

H a l a m a n |18

5 Cetakan (Calon Asal/BMT/Borang Kosong)


Senarai bagi sistem ini terbahagi kepada 3 iaitu :1. Cetakan Calon Asal a. Label Meja b. Mengikut Subjek Individu c. Mengikut Subjek Kelompok 2. Cetakan Calon BMT a. Label Meja b. Mengikut Subjek Individu c. Mengikut Subjek Kelompok 3. Cetakan Borang Kosong a. Label Meja b. Mengikut Subjek Individu Paparan di bawah menunjukkan paparan untuk calon asal sahaja, ini kerana paparan adalah sama bagi calon bmt dan juga borang kosong. Perbezaan hanyalah terhadap data sahaja.

H a l a m a n |19

Paparan Cetakan Label Meja Calon Asal

Paparan Cetakan Asal Individu

H a l a m a n |20

Paparan Cetakan Calon Asal Kelompok

H a l a m a n |21

6 Pengesahan Markah
Menu ini terbahagi kepada 2 iaitu :1. Status Pengesahan Markah untuk melihat status semasa pengesahan markah yang telah dilakukan 2. Sah Proses pengesahan markah. Pengguna hendaklah mengklik butang ini jika pengesahan markah bagi semua calon (Asal dan BMT) telah dilakukan.

Paparan Status Pengesahan Markah

Paparan Pengesahan Markah H a l a m a n |22

7 Keluar
Klik untuk keluar dari sistem. Setiap proses log masuk dan log keluar sistem akan direkodkan secara automatik dan hanya boleh dilihat oleh pentadbir sistem sahaja.

H a l a m a n |23

Anda mungkin juga menyukai