Anda di halaman 1dari 4

Cirit Birit

Cirit-birit ialah kekerapan membuang air besar yang cair serta kehilangan pergerakan usus. Biasanya ia tidak serius dan berakhir dalam sehari dua sahaja. Cirit-birit yang akut disebabkan oleh sama ada cecair yang diserap dari usus tidak mencukupi atau usus merembeskan cecair terlalu banyak. Hasilnya najis yang keluar terlalu cair berbanding dengan najis biasa. Penyebab dan gejala

Mengambil makanan yang mengandungi kuman virus, bakteria dan parasit Memakan makanan yang tercemar atau telah rosak Alahan Tekanan perasaan Terlalu banyak mengambil ubat julap Kesan dari ubat-ubat tertentu (antibiotik seperti Tetrasiklin, Klindamisin dan Ampicillin boleh menyebabkan cirit-birit) Diverticulitis (penyakit usus) Penyakit keradangan usus seperti penyakit Colitis Ulseratif atau penyakit Cronh Penyebab Gejala Loya, muntah, cirit birit , demam, sakit badan Selalunya berakhir dalam masa 1-3 hari. Cirit-birit, demam, menggigil, najis berdarah atau mengandungi lendir. Muntah jarang berlaku. Kembung/sebu, angin, kekejangan, buang air besar sebaik sahaja makan makanan hasil tenusu atau makanan tercemar,. Tiada tanda-tanda penyakit/jangkitan lain. Kekejangan, kerap membuang air besar terutama ketika mengalami tekanan. Perasaan atau gangguan emosi

Gastroenteritis virus (stomach flu) Jangkitan bakteria Alahan kepada makanan/laktosa Gangguan perasaan Pencegahan

Cirit-birit berjangkit.
o

o o o o

Pencegahan merupakan langkah penjagaan yang terbaik. Selalu membasuh tangan sebelum menyediakan makanan atau sebelum makan. Secara amnya jauhi tangan dari mulut anda. Basuh tangan selepas bersalaman dengan orang ramai. Basuh tangan selepas ke tandas Jaga kebersihan di sekitar rumah anda

Cirit-birit yang tidak berjangkit


o

Untuk memastikan penyebab penyakit ini memang sukar. Sekiranya terdapat hubungan yang begitu ketara antara cirit-birit dan kekejangan yang dikaitkan dengan pengambilan produk tenusu beberapa jam sebelumnya, maka ianya bolehlah dianggap sebagai alahan terhadap laktosa. Sekiranya keadaan tersebut diburukkan oleh masalah tekanan perasaan atau peristiwa-peristiwa yang mengganggu emosi selalunya ia takrifkan sebagai Sindrom Gangguan Usus. Pencegahan terhadap masalah ini biasanya ditumpukan kepada usaha untuk mengelakkan diri dari perkara-perkara yang boleh mencetuskan kejadian cirit-birit seperti mengambil enzim penyerap laktosa ketika mengambil produk tenusu atau menjauhkan diri dari mengambil makanan tertentu seperti makanan berempah atau pedas yang boleh menyebabkan cirit-birit. Jauhkan dari ketegangan atau sebarang masalah yang merungsingkan fikiran.

Langkah-langkah penjagaan sendiri


Berhati-hati terhadap dehidrasi/kekontangan Banyak meminum cecair. Menghirup ketulan ais juga dapat melegakan penyakit ini. Orang dewasa sepatutnya meminum 2 cawan cecair setiap jam kecuali jika muntah. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas boleh meminum sehingga 2 liter sehari. Berjumpalah doktor sekiranya anak anda sentiasa terasa dahaga, kekejangan, demam atau keliru. Dapatkan nasihat doktor tentang apa yang perlu diberikan kepada anak anda yang berumur 2 tahun ke bawah jika menghadapi masalah cirit-birit. Cecair yang boleh diberi/diminum: Air Jell-o (cecair/pepejal) Sup Teh cair dengan gula Minuman tenaga seperti 100 Plus Campuran 4 sudu teh gula dan 1 sudu teh garam bersama-sama 4 cawan air, larutkan o Larutan Garam Rehidrasi (ORS) yang boleh didapati dari mana-mana klinik atau hospital. Jangan meminum minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk Jangan beri kanak-kanak minum jus epal dan susu kerana ia akan memburukkan lagi cirit-birit. Makan sedikit sahaja dan elakkan makanan pepejal untuk permulaan. Jell-o boleh diambil kerana ia berbentuk cair.
o o o o o

Apabila cirit-birit beransur pulih, ikuti langkah berikut:


o

o o

o o

Makan makanan yang lembut seperti nasi, pisang, ubi kentang rebus dan sebagainya. Makan sedikit sahaja. Jauhi daging, kekacang, hasil tenusu seperti dadih, ais krim dan lain-lain. Jangan makan makanan yang tinggi serat seperti roti gandum tulen atau bijirin yang keras.. Jangan makan makanan keras yang sukar dihadam seperti: Buah-buahan dan ulam mentah Makanan bergoreng Jangan minum kopi (mengganggu perut) Jangan bersenam terlalu lasak, tunggu sehingga pulih sepenuhnya. Anda boleh membeli ubat Immodium AD Kaopectate atau Pepto-Bismol. Tunggu sehingga 12 jam sebelum mengambil ubat ini. Biarkan cirit-birit itu berhenti dengan sendirinya

Ikuti petua berikut jika cirit-birit disebabkan oleh jangkitan:


Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum makan Basuh tangan sebelum anda memasak atau menyentuh makanan Jangan berkongsi tuala mandi Keringkan tangan dengan kertas tisu dan buang selepas digunakan

BERJUMPALAH DOKTOR JIKA...


Terdapat lendir, darah atau nanah di dalam najis Cirit-birit semakin teruk selepas 2 atau 3 hari Anda tidak membuang air kecil sejak 12 jam yang lalu Mengalami kekejangan otot perut dan sakit Anda muntah Anda menghidapi diabetes atau penyakit kronik yang lain Anda mengandung Terdapatnya tanda-tanda dehidrasi, seperti: buang air kecil dengan sedikit berwarna gelap, tersangat dahaga, bernafas dengan cepat, demam dan mata cengkung. Penjagaan sendiri termasuklah berehat secukupnya, minum lebih banyak cecair kerana ini akan dapat membantu meredakan cirit-birit. Jika gejala yang timbul berterusan, berjumpalah doktor

Cirit-birit di kalangan kanak-kanak Jika kanak-kanak mendapat cirit-birit, keadaan dehidrasi boleh membahayakan mereka. Dehidrasi boleh berlaku dalam masa beberapa jam sahaja selepas diserang cirit-birit.

Bawa anak anda berjumpa doktor segera sekiranya bayi anda membuang najis cair atau berair beberapa kali dalam masa 2-3 jam. Doktor biasanya akan memberi anak anda susu separuh pekat dalam kuantiti yang sedikit. Anda boleh meneruskan penyusuan bayi sekiranya bayi hendak menyusu. Kanak-kanak yang lebih dewasa, petua untuk orang dewasa boleh diikut tetapi, jangan memberi sebarang ubat tanpa nasihat doktor. Bagi kanak-kanak, berikan cecair lebih kerap bersama secebis garam.

Anda mungkin juga menyukai