Anda di halaman 1dari 2

Bismillah.. Assalamualikum.. Terima kasih tuan pengerusi majlis, panel kehakiman, guru guru serta hadirin sekalian.

. Tampil saya pada pagi ini untuk menyampaikan pidato yang bertajuk Patriotisme Tunjang Perpaduan Nasional . Sebelum pemidatoan ini saya teruskan, izinkan saya untuk mendefinisikan tajuk pidato ini. Secara konseptual , pariotisme tunjang perpaduan nasional dapat ditakrifkan sebagai perasaan cintakan tanah air sebagai faktor terpenting bagi membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hadirin sekalian, Pada pagi ini akan saya buktikan 4 fakta yang menunjukkan bahawa perasaan cintakan tanah air adalah factor terpenting membentuk perdauan di negara kita. Patriotisme tunjang perpaduan nasional dalam kalangan kepemimpinan negara. Tidak dapat kita nafikan bahawa perasaan cintakan tanah air lah membentuk perpaduan dalam kalangan pemimpin. Sejarah telah membuktikan bagaimana Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan tun Sambanthan mampu bersama sama memperjuangkan kemerdekaan .Senario ini berterusan hinggalah ke hari ini. Patriotisme lah yang telah menyatukan kepemimpinan negara biarpun perlbagai bangsa dan agama. Hasilnya kita bukan sekadar mampu mencapai kemerdekaan, malah mampu menjadi negara membangun dan kita bergerak kearah negara maju. Patriotisme yang membentuk perpaduan kepemimpinan negara ini merupakan lambang kehebatan sesebuah negara. Cuba kita bayangkan jika tidak ada perasaan cintakan tanah air , sudah pasti tidak ada perpaduan dalam kepemimpinan dan seterusnya kemajuan negara juga akan terhalang. Seterusnya , Patriotisme tunjang perpaduan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia. Cuba kita bayangkan jika tidak adanya patriotisme , sudah pasti akan berlaku perpecahan, perbalahan, pertelingkahan kaum di negara kita. Peristiwa 13 Mei 1969 sudah banyak memberi pengajaran bahawa perpecahan satu kerugian. Setelah hampir 51 tahun kita merdeka, patriotisme yang menebal di hati rakyat membolehkan kita hidup aman sentosa. Pemimpin pemimpin luar yang mengunjungi Malaysia, menampakkan kehairanan , kerana rakyat Malaysia mampu hidup aman biarpun pelbagai bangsa. Prof Khoo Kay Kim mengatakan bahawa kunci perpaduan masyarakat Malaysia adalah patrotisme. Hadirin sekalian, Patriotisme tunjang perpaduan nasional melalui semangat kesukanan. Kita lihat, masyarakat Malaysia bersatu apabila wakil negara dalam bidang sukan mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. Pada ketika itu, masyrakat Malaysia yang cintakan tanahair akan sama sama memberi sokongan moral kepada ahli sukan tanpa mengira bangsa atau agama. Contohnya ketika Lee Chong Wei dan Nicol n david berjuang untuk negara, pada ketika inilah sokongan rakyat perlabagai bangsa. Inilah patriotisme dalam sukan membentuk perpaduan nasional.

Akhir sekali patriotisme tunjang perpaduan nasional melalui perasaan kemanusiaan. Perasaan cintakan tanahair telah menyatupadukan rakyat Malaysia untuk bersama sama memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan . Perasaan cintakan tanahair dan tidak meletakkan beban di bahu pihak kerajaan semata mata. Ini dapat kita lihat , kejadian bencana tsunami pada 26 Disember 2004 telah menyatu padukan masyrakat Malaysia untuk memberi bantuan tanpa mengira bangsa. Dana berjuta juta berjaya dikumpulkan demi memberi bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Semua ini berlaku kerana perasaan cintakan tanahair dan seterusnya membentuk perpaduan nasional. Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa tanpa adanya perasaan cintakan tanah air, tidak mungkin akan menyatupadukan rakyat. Rakyat Malaysia mampu kekal bersatu kerana patriotisme yang tinggi . Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai