Anda di halaman 1dari 10

PENGISIAN KURIKULUM

NILAI
KUMPULAN 2

Definisi

Didefinasikan sebagai peraturan dan perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut

Tujuan
Untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia Membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia Memupuk keprihatinan dan pemahaman rakyat bahawa Malaysia mempunyai masyarakat majmuk

Penyerapan Nilai Murni


Berlaku secara berterusan dalam hidup individu sama ada dalam masyarakat, di rumah dan di sekolah Di sekolah penyerapan nilai murni boleh berlaku di dalam dan di luar bilik darjah Penyerapan nilai murni dalam bilik darjah berlaku secara lebih terancang dan mengikut teknik-tekniknya.

Teknik Penerapan Nilai Murni

1. Menyatakan atau meneguhkan nilai yang berkaitan kepada murid. Situasi: ketika beraktiviti dalam kumpulan, seorang murid menunjukkan toleransi (cth: menarik diri) demi kepentingan kumpulannya. Antara ulasan yang dapat diberikan oleh guru kepada kelas pada masa yang sesuai (cth: selepas aktiviti berkumpulan) ialah menyatakan situasi toleransi (subnilai kerjasama murid itu dan meminta

2. Menggunakan bahan-bahan yang sarat dengan nilai murni. Cth bahan: peribahasa dan cerita teladan Sebagai aktiviti susulan selepas aktiviti bacaan, murid menyatakan dan mengulas nilai murni yang terdapat dalam bahan tersebut. Guru menyatakan pengajaran daripada suatu cerita. Cth cerita: gagak dengan takar (subnilai kerajinan, kecekalan) boleh dikaitkan dengan peribahasa

Contoh nilai murni yang boleh diterapkan

Baik Hati sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain. Berdikari kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya

Hemah Tinggi budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain Hormat-menghormati menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberikan layanan yang sopan; antara lain dijelmakan melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin Kasih Sayang perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu; termasuk sayang/cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan keamanan.

Patriotisme semangat cinta akan negara, taat setia kepada raja dan sanggup berkorban demi negara. Rasional dapat berfikir dengan berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat melakukan tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan; termasuk mampu membuat pertimbangan, berfikir logik dan bersifat terbuka. Semangat Bermasyarakat kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan seperti bermuafakat,

Sumber rujukan:
http://mohdisaabdrazak.blogspot.com/2009/07/pengisiankurikulum-bm-nilai-murni.html http://dwnbahasa.dbp.my/?p=388

Kredit kepada:
Mohd Naim Azran jejaka kacak Malaya dan kepulauan Asia :P Ruziatul Izni yang baik hati merangkap tukang edit..

Anda mungkin juga menyukai