Anda di halaman 1dari 10

Seni dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Sejarah
KBSR dimulakan pada tahun 1988 menggantikan KLSR Dalam KBSR, matapelajaran-matapelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual. Kurikulum Pendidikan Seni Visual telah beberapa kali melalui proses perubahan meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut

Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan matapelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Matapelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK.

Matlamat
Matlamat matapelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

Kandungan Kurikulum
Berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif
1. 2. 3. 4. 5. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual,

6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, 7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, 9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan 10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti

Organisasi Kurikulum
Merangkumi 4 aspek utama iaitu : a. Pemerhatian secara aktif b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. Apresiasi seni visual secara mudah d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Bidang-bidang Utama
Melukis dan membuat gambar Membuat corak dan rekaan Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional

Kesimpulan
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada matapelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Matapelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti.

Anda mungkin juga menyukai