Anda di halaman 1dari 2

Nama

: Ahmad Fikri bin Hashim

N. Kad Pengenalan : 900108-08-5207

Syukur ke hadrat Illahi dengan segala limpah dan kurnia-Nya, akhirnya kerja kursus pendek, BMM 3107: Pengantar Linguistik ini berjaya dihasilkan. Jutaan terima kasih kepada Encik Lokman Abd Wahid kerana dengan segala ilmu yang dicurahkan, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Jika bukan kerana tunjuk ajar dan bimbingannya, mungkin tugasan ini tidak akan sesempurna ini. Tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu menghasilkan tugasan ini. Kerana itu juga akhirnya berjaya dilaksanakan dengan baik. Melalui tugasan ini, kami telah dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Antara objektifnya ialah kami dapat melihat aplikasi teori pemerolehan bahasa Chomsky dalam pemerolehan bahasa untuk kanak-kanak berusia sepuluh hinggga dua belas tahun. Tugasan ini juga bertujuan untuk memperlihatkan unsur pemerolehan bahasa Chomsky iaitu melalui teori Transformatif Generatif bagi penutur dalam lingkungan analisis pemerolehan bahasa mereka. Tidak dinafikan bahawa setiap perkara yang dilaksanakan pasti ada halangan tersendiri. Dalam tugasan ini, saya dan rakan sekumpulan saya iaitu Mohammad Ghazmil bin Akmal menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat mengenai teori pemerolehan bahasa Chomsky. Mungkin untuk mendapatkan maklumatnya mudah namun maklumat yang dicari perlulah tepat dengan umur subjek kajian kami Untuk mencari menambahkan lagi maklumat mengenai teori Noam Chomsky itu, kami telah pergi ke perpustakaan negara dan juga perpustakaan institut bersama-sama. Saya juga merapatkan jurang maklumat melalui pembacaan buka dan juga penguasaan teknologi maklumat. Ini kerana di zaman yang serba moden ini, pelbagai maklumat dapat diperoleh dari internet. Oleh itu, kerjasama antara kami untuk merapatkan jurang maklumat berjaya dan kesannya, kami berjaya menghasilkan tugasan ini. Kami juga tersebut. Kajian ini mampu menghuraikan teori pemerolehan bahasa Chomsky dan seterusnya

menghadapi masalah dalam mencari jurnal yang diperlukan dalam tugasan ini. Segalanya dapat diatasi memandangkan kami sudah memulakan tugasan ini sejak dari menerima tugasan ini lagi. Perkara yang paling tidak dapat dilupakan ialah cara saya mentranskripsikan petikan. Memandangkan ianya benda baharu bagi diri saya, banyak kesilapan yang telah saya lakukan. Walaupun saya bersama rakan sekumpulan bersama-sama membuat transkripsi ini, Ianya bukan suatu tugasan yang mudah namun segalanya berjalan lancar. Masalah seterusnya ialah untuk menganalisis subjek kajian. Kami dikehendaki menganalisi dari sudut fonologi, sintaksis, morfologi dan semantik. Kerana ianya sudah dipelajari dalam kelas dan juga dari semester-semester yang lepas, ianya menjadi mudah. Kami berjaya menganalis setiap data yang dikehendaki. Secara keseluruhannya, saya merasakan tugasan ini penting untuk kefahaman bakal guru. Tugasan ini memberi ruang untuk bakal pendidik mengetahui bahasa pertuturan kanak-kanak. Diharapkan tugasan seperti ini akan diteruskan pada masa yang mendatang. Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kepada Encik Lokman Abd Wahid kerana bersama-sama untuk merealisasikan tugasan kerja kusus pendek ini. Akhir kata, jika terdapat sebarang kekurangan, saya minta ribuan kemaafan kerana sebagai manusia saya yakin kita tidak mampu lari dari melakukan sebarang kesilapan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai