Anda di halaman 1dari 8

Dondang sayang

Dondang sayang merupakan satu daripada lagu tradisional masyarakat Melayu yang masih digemari serta popular hingga kini. Dongdang sayang sangat unik kerana perbezaannya dengan lagu tradisional yang lain. Sifatnya yang lemah gemalai membuai perasaan dengan alunan melodi yang menyegarkan. Dondang sayang sangat popular dan menjadi identiti negeri Melaka. Dondang sayang bukan sahaja popular dalam kalangan orang Melayu, malah terkenal dalam kalangan Baba dan Nyonya di Melaka, Singapura dan Pulau pinang. Dondang sayang juga masyur dalam kalangan masyarakat ceti dan Portugis di Melaka. Dondang sayang telah lama wujud dalam kalangan masyarakat Melayu Melaka tetapi tidak dapat dipastikan tarikhnya. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa dondang sayang ini terkenal sejak zaman Sultan Mansur Shah. Sultan Melaka ini terkenal dengan kemasyhuran yang membanggakan. Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa dondang sayang telah bertapak sejak Portugis datang ke Melaka. Ada pendapat lain pula mengatakan dondang sayang berasal dari Sumatera dan terus berkembang di negeri Melaka. Kemudiannya, dondang sayang menjadi lagu masyarakat tradisional Melaka kerana kekerapannya dipersembahkan di istana. Pada peringkat awalnya, dondang sayang hanya merupakan lagu yang dinyanyikan tanpa iringan alat-alat muzik yang dipalu seperti gendang dan tambur. Lagu dondang sayang mula diiringi peralatan muzik setelah kemasukan alat-alat muzik dari barat, terutamanya biola. Biola dibawa ke alam Melayu oleh orang Portugis. Mereka bukan sahaja merupakan orang Eropah yang berjiwa seni, malahan mempunyai gaya kreatif seni yang agak berbeza dengan orang-orang eropah yang lain. Biola merupakan alat muzik yang paling penting bagi memainkan lagu dondang sayang. Tanpa biola tidak lengkaplah dondang sayang.

Pantun budi
Rendang sungguh pohon kelapa, Hidup subur di tengah laman, Sopan kata jangan dilupa, Budi yang elok kita amalkan.

Indah buatannya cincin suasa, Disimpan pula di dalam peti, Kalau kita berbudi bahasa, Mulia di mata indah di hati.

Dayung sampan membawa padi, Guni dipikul pemuda sasa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Gembira terasa pabila berjalan, Singgah di kota membeli barang, Budi bahas jadikan amalan, Barulah kita dihormati orang.

Laporan Lawatan ke Ladang Buah Naga Kuala Pilah, Negeri Sembilan Kelab Bumi Hijau Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke lading buah aga Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 26 Mei 2007. Lawatan ini telah disertai oleh35 orang murid dan empat orang guru pengiring, iaitu Puan Hajah Azizah, Puan Zaiton, Encik Abdul Aziz dan Encik Azmi. Ketibaan kami disambut oleh Encik Zaihan Mahlil, iaitu pengusaha lading itu. Beliau memberi taklimat tentang lading tersebut sebelum membawa kami melawat di sekitar lading. Menurut encik Zaihan, kini buah naga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan. Buah naga mempunyai penggemar tersendiri. Selain rasanya yang enak, buah naga banyak khasiatnya. Untuk menghasilkan buah naga yang bermutu tinggi, tanaman ini ditanam secara organik tanpa menggunakan baja kimia atau racun serangga perosak. Encik Zaihan mengusahakan lading bersama-sama isterinya, Puan Junaidah. Semasa lawatan tersebut,kami dapat melihat sendiri keunikan buah naga. Kulit buah seakan-akan sisik ular dan berwarna merah menyala menarik perhatian kami. Kami juga berpeluang menikmati keenakan buah naga yang baru dipetik. Sebelum pulang, kami dibekalkan dengan jus buah naga oleh puan Junaidah. Walaupun lawatan ini agak singkat tetapi banyak memberi manfaat dan ilmu pengetahuan kepada kami. Laporan disediakan oleh, Shamir (SHAMIR BIN SHUHAIMI) Setiausaha, Kelab Bumi hijau, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar. 1JUN 2007

KATA TUGAS Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. Kata daripada yang serta dengan sangat dan bukan di juga telah tetapi tidak bahawa ke dari kemudiannya kerana oleh malahan paling sungguh jangan kalau pabila barulah Golongan kata Kata prafrasa(kata sendi nama) Kata penyambung ayat(kata hubung pancangan relatif) Kata penyambung ayat(kata hubung gabungan) Kata prafrasa(kata sendi nama) Kata prafrasa(kata penguat bebas) Kata penyambung ayat(kata hubung gabungan) Kata prafrasa(kata nafi) Kata prafasa(kata sendi nama) Kata prafrasa(kata penegas) Kata prafrasa(kata bantu aspek) Kata penyambung ayat(kata hubung gabungan) Kata prafrasa(kata nafi) Kata penyambung ayat(kata hubung komplemen) Kata prafrasa(kata sendi nama) Kata prafrasa(kata sendi nama) Pasca kata(kata pembenda) Kata penyambung ayat(kata hubung pancangan keterangan sebab) Kata prafrasa(kata sendi nama) Kata penyambung ayat(kata hubung gabungan) Kata prafrasa(kata penguat hadapan) Kata prafrasa(kata penguat bebas) Kata praklausa(kata perintah) Kata penghubung ayat(kata penerang keterangan syarat) Kata penyambung ayat(kata hubung pancangan keterangan waktu) Kata prafrasa(kata penegas)

KATA NAMA Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. Kata Golongan kata

Sahabat yang baik Musim tengkujuh telah berakhir. Semua haiwan keluar dari tempat tinggal masing-masing. Ada yang berkicauan daa nada yang bermain di taman rekreasi. Seperti biasa, tupai keluar dari sarangnya di pohon petai lalu berteriak, Arnab! Arnab! Biasanya arnab akan menyahut tetapi hari itu, tiada apa-apa jawapan. Tupai merasa risau lalu ke rumah sahabat baiknya itu tetapi arnab tiada. Tiba-tiba tupai terdengar suara keluhan dari belakang stor. Tupai bergegas ke sana. Eh, arnab! Mengapakah? Aduh, sakitnya perutku! Apakah yang telah kau makan, arnab? tanya tupai. Makanan di dalam plastik itu, tupai. Ini makanan ringan. Lihat tarikhnya pun sudah luput. Sabarlah arnab. Lain kali kamu perlu berhati-hati, ya. Nanti aku beli ubat untuk kamu. Terima kasih, sahabatku.

Nurul yang rajin Nurul kanak-kanak yang ringan tulang. Dia selalu membantu neneknya di kebun sayur. Nurul dan neneknya menanam sayur seperti sawi, lobak, kangkung dan bendi. Mereka membaja sayur-syuran itu dengan baja organic. Nurul juga menolong ibunya menyiram sayursayuran dan merumput di kebun itu. Pada suatu hari, ketua kampung mengumumkan pemenang bagi Pertandingan Kebun Sayur Terbaik. Kebun sayur nenek telah memenangi pertandingan itu. Tahniah nenek! Nurul gembira dengan kejayaan nenek, kata Nurul. Terima kasih, Nurul. Nurul juga selalu membantu nenek, kata nenek sambil memeluk Nurul. Nenek dan Nurul bersama-sama menerima hadiah kemenangan. Kejayaan itu memberi motivasi kepada Nurul untuk menjadi petani moden apabila dewasa nanti.

Minggu Bahasa Malaysia Minggu Bahasa Malaysia telah diadakan di sekolah Adam. Semua murid diwajibkan bertutur dalam bahasa Malaysia pada minggu tersebut. banyak aktiviti telah diadakan sepanjang minggu tersebut. Apakah aktiviti yang diadakan pada Minggu Bahasa Malaysia? Aktiviti yang diadakan ialah aktiviti mencipta logo dan pertandingan bercerita. Adam mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo. Wah, hebatnya Adam! Nani pula menjadi johan dalam pertandingan bercerita. Syabas, Nani! kata Rajan. Dia berasa kagum dengan kejayaan kawan-kawannya. Semua murid gembira semasa Minggu bahasa Malaysia. Mereka bekerjasama menjayakan minggu tersebut. aktiviti yang diadakan dapat membantu mereka menguasai bahasa Malaysia dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai