Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN 1

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Kursus:

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)

Tempoh: 6 Minggu

Tarikh Mula: 15/7/13 Tarikh Serahan: 19/8/2013 JUN-NOV. 2013/Sem 6

Program: Disediakan oleh: Disahkan oleh: Nama dan Tandatangan:

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Se. 6: Major Bahasa Melayu Sekolah Rendah Penyelaras Kursus EN. NADZERI BIN ISA

Tahun/Semester:

Ketua Jabatan EN LOKMAN ABD WAHID

Tarikh:

15 JUN 2013

15 JUN 2013

INSTITUTTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN (JST) PROJEK JABATAN: JABATAN BAHASA MELAYU KURSUS: SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) KUMPULAN: PISMP SEMESTER: ENAM (6) Tarikh Mula 15 JUL 2013 Tarikh Hantar 19 OGOS 2013

HASIL PEMBELAJARAN: 1. 2. 3. 4. Menjelaskan konsep semantik, fitur makna, makna leksikal, dan makna ayat. Menghuraikan perubahan semantik, dan teori pembuktian. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna serta makna peribahasa. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah, sumber istilah, aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu. 5. Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dan tatabahasa. (Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 4, dan 5).

OBJEKTIF KERJA KURSUS Pelajar dapat melaksanakan tugas yang berikut: 1. Menjelaskan konsep semantik dan kaitannya dengan ilmu yang lain. 2. Mengenal pasti konsep makna, jenis dan bagaimana makna terbentuk. 3. Menghuraikan konsep istilah, tatacara pembentukan, dan bentuk istilah dalam Bahasa Melayu. TAJUK 1. Konsep semantik dan pertaliannya dengan ilmu lain. 2. Konsep makna, jenis-jenis, dan pembentukan makna. 3. Konsep istilah, bentuk istilah, dan tatacara pembentukan istilah. TUGASAN 1. Esei pendek. Huraian meliputi 3 tajuk yang dinyatakan. Panjang huraian antara 2500-3000 patah perkataan. 2. Refleksi Analisis pengalaman dan ilmu baharu yang diperoleh daripada tugasan. 3. Resensi buku Ulasan sebuah buku yang memperkatakan ilmu semantik. Panjang huraian antara 200 hingga 300 patah perkataan. WAJARAN 1. 60% CATATAN Kriteria penilaian keseluruhan: Kandungan Perbincangan reflektif dan kritikal Persembahan menarik Bahasa tepat Rujukan dan bahan sokongan yang terkini (tahun 2005 hingga kini). Refleksi: Pemikiran reflektif Berdasarkan pengalaman profesional Resensi buku: Berdasarkan apaapa buku yang berkaitan semantik Huraian yang ringkas dan padat

2. 20%

3. 20%

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU KULA LUMPUR TUGASAN KKBI TAJUK PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KOD DAN NAMA KURSUS: BMM3111 SEMANTIK DAN PEERISTILAHAN BAHASA MELAYU TARIKH MULA: 15 JULAI 2013 SEMESTER: 6

TARIKH HANTAR: 19 OGOS 2013

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menjelaskan konsep semantik, fitur makna, makna leksikal, dan makna ayat. 2. Menghuraikan perubahan semantik, dan teori pembuktian. 3. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna serta makna peribahasa. 4. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah, sumber istilah, aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu. 5. Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dan tatabahasa. (Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1,2,4, dan 5). Objektif Kerja Kursus: 1. Menjelaskan konsep semantik dan kaitannya dengan ilmu lain. 2. Mengenap pasti konsep makna, jenis dan bagaimana makna terbentuk. 3. Menghuraikan konsep istilah, tatacara pembentukan, dan bentuk istilah dalam Bahasa Melayu.

Tugasan Kerja Kursus (100%) Semantik dan peristilahan ialah dua disiplin ilmu yang sangat penting dan berkait rapat dengan sejarah sesuatu bahasa. Dalam konteks perkembangan bahasa Melayu, kedua-dua disiplin ilmu ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada pembentukan kata-kata baharu dam istilah-istilah dalam bahasa Melayu. Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan perkara-perkara yang berikut: a. Konsep semantik, teori-teori yang berkaitan dengan kewujudan makna dan perubahan makna (20%). b. Pertalian ilmu semantik dengan ilmu-ilmu lain (20%). c. Proses serta tatacara pembentukan istilah, dan bentuk-bentuk istilah dalam bahasa Melayu (20%). d. Refleksi berkaitan dengan tugasan (20%). e. Resensi sebuah buku berkaitan ilmu Semantik (20%). Panduan Pelaksanaan Tugas 1. Tugasan ini ialah tugasan individu. 2. Bahagian dalam tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: a. Nama Pelajar b. Angka Giliran c. Nombor Kad Pengenalan d. Kumpulan/Kursus e. Kod Kursus f. Nama Pensyarah g. Tarikh Hantar h. Akuan 3. Panjang tugasan adalah antara 2500-3000 patah perkataan (15 muka surat) tidak termasuk lampiran. 4. Bagi menyempurnakan kerja kursus anda, syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi. 4.1 Fon Ariel bersaiz 11 4.2 Langkau 1.5 baris 4.3 Rujukan mengikut format APA 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut: 1. Liputan dan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten, dan terperinci. 2. Tugasa haruslah meliputi perkara-perkara yang berikut: a. Pengenalan menarik b. Perkembangan terperinci c. Implikasi perbincangan d. Rumusan 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah yang dikemukakan. 4. Isi perbincangan menunjukkan ketulenan dengan sokongan sumber ilmiah. 5. Organisasi dan format penulisan jelas dan koheren.

6. Menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai, dan tiada kesalahan ejaan. 7. Rujukan daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih (sekurang-kurangnya daripada 3 buah buku, 3 sumber internet, 3 jurnal, dan 2 bahan bercetak lain).

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

(NADZERI BIN ISA) Penyelaras Kursus BMM3111 Jabatan Kesusasteraan Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu

Pakar Bidang (SME) Jabatan Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu

Disahkan oleh:

Ketua Jabatan Jabatan Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai