Anda di halaman 1dari 2

Bahasa daerah atau dialek tempatan adalah satu lagi faktor yang boleh mengganggu aspek sebutan dan

intonasi dalam bahasa Melayu. Masalah ini biasanya melibatkan bakal guru berbangsa Melayu yang dibesarkan dalam kawasan dialek yang kuat atau tebal pengaruhnya. Dalam kontek Malaysia setiap negeri mempunyai dialek masing-masing. Dilihat dari satu sudut, dialek memperkayakan rumpun bahasa namun dalam konteks kemahiran bertutur ianya telah menjejaskan keupayaan pelajar untuk menguasai bahasa Melayu standard. Pengaruh dialek ini ada dimana-mana dan dalam semua jenis bahasa .Malaysia tidak terkecuali namun masalah ini timbul ketara di kalangan penutur bahasa Melayu kelahiran Kelantan, Terengganu dan Kedah. Oleh kerana telah dibesarkan dengan dialek daerah atau negeri ini, masalah kemahiran bertutur yang timbul adalah akan menjadi hampir sama dengan masalah gangguan bahasa ibunda. Salah satu peranan komunikasi adalah menyampaikan maklumat. Oleh itu, jika wujudnya masalah ketidakfahaman atau kekeliruan makna dalam komunikasi, penyampaian maklumat tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebagai contoh, perkataan saing di negeri Terengganu dan Kelantan bermaksud kawan manakala mendukung makna bersama-sama bagi penduduk di negeri Johor dan Melaka. Perbezaan makna ini akan mengelirukan penyampai dan penerima maklumat. Hal ini sangat penting terutama kepada bakal-bakal guru yang akan mengajar kelak. Penggunaan bahasa yang difahami oleh semua pelajar di setiap negeri perlu diamalkan agar memudahkan pelajar memahami intipati pembelajaran yang ingin disampaikan. Masalah ketidakfahaman bukan sahaja akan menyukarkan penyampaian maklumat malahan turut membantutkan minat pelajar untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai