Anda di halaman 1dari 7

Tutorial Adobe Photoshop : Teknik Menghidupkan Gambar.

Salam uolls.

Ok. Hari nie saya nak kongsi dengan korang semua cara-cara untuk bagi gambar lebih cantik dan terang
dari gambar asal. Terutama buat pengantins yang pastinya korang ada ratus-ratus gambar dan tentulah
tak semua gambar ditempek di custom album oleh op anda kan. Jadi mestila korang decide nak cuci
jugak gambar kat kedai atau tempah photobook. Jadi sebelum korang pegi cuci tu sila la edit skit gambar
tu bagi efek menarik sikit. Theehheee.

Gambar asal sebelah KIRI. Guna digital camera. Gambar KANAN setelah edit. Guna Adobe Photoshop.



Yang penting untuk edit korang harusla ada software Adobe Photoshop tau. Mudah jer.

Mula-mula Open gambar.



Kemudian adjust sharpen.
Kat menu tab pilih Filter > Sharpen > Sharpen.


Lepas tu korang kena Duplicate layer asal iaitu layer Background.
Cara nak duplicate ialah right click pada layer Backgroud pastu pilih Duplicate Layer. Pastikan keluar
layer baru iaitu layer Background copy.

Pada layer Background copy tadi tukar mode dari Normal kepada Soft Light. Tak tahu kat mana
mode? Korang teliti gambar bawah tengok atas layer Background copy tu perasan tak perkataan Soft
Light? Haa. Situlah nak kena tukar. Tak perasan jugak tak tahulah hakak.


Kemudian Duplicate lagi layer yang dah di-soft light kan tadi. Cara Duplicate sama la macam atas tadi
ok. Lepas tu pegi ke menu tab pilih Filter>Blur>Gaussian Blur


Sekarang akan keluar palet Gaussian Blur. Setkan Radius kepada 10 Pixels.


Sekarang korang kena tukar mode daripada Soft Light tadi kepada Overlay
dan ubah Opacity menjadi 20%.



Dah settle ubah atas tadi kena duplicate layer tersebut. Then tukar mode dari Overlay kepada Color
Dodge dengan Opacity 10%.



Ok. Dah siap!!!

Ni gambar asal tanpa edit.


Ni gambar lepas edit.


Semudah ABC kan. Ok. Kalau tak paham boleh pm saya. Daaaa.

Anda mungkin juga menyukai