Anda di halaman 1dari 11

1

SOALAN 1
A) Tindakan yang berkesaan adalah seperti berikut:
Menghormati kIien
Tidak kira siapa klien dan apa juga tingkah lakunya, apabila seseorang itu
datang untuk meminta khidmat dan pertolongan daripada kaunselor, dia mestilah
dilayan dengan baik dan dihormati. Menghormati di sini bermakna masalah klien adalah
penting berbanding masalah kaunselor sendiri.
Limitasi hubungan antara kaunseIor dan kIien
Setiap hubungan ada limitasinya, begitulah jugalah dengan hubungan semasa
proses kaunseling. Hubungan ini wujud dengan matlamat tertentu. Klien masuk ke alam
kaunseling dengan harapan keselamatan dan kebajikan mereka akan terpelihara.
Kaunselor hendaklah prihatin dengan perkembangan hubungannya bersama klien.
Hubungan yang di bina harus berlandaskan agama adat dan norma kehidupan yang
dianggap baik untuk semua.
Membuat rujukan
Apabila saya sedar bahawa tidak mampu untuk membantu klien dengan efektif,
sebagai seorang kaunselor yang profesional saya boleh merujuk klien kepada
kaunselor lain ataupun ke pusat kaunseling yang lain. Saya juga perlu sedar dan
mengambil kira limitasi saya dari segi tahap ilmu pengetahuan, kemahiran asas dan
juga pengalaman yang sedia ada.


2

) Tindakan yang tidak berkesan dan alasannya adalah seperti berikut:
!engunaan cebisan teori kaunseIing.
Kemahiran asas kaunseling tanpa penggunaan teori menimbulkan banyak risiko
dan kelemahan. Salah satu kelemahan kaunselor ialah kesukaran mengenal pasti
konsep-konsep penting yang diutarakan oleh sesuatu teori. Apabila kaunselor gagal
menghuraikan isu klien dalam kerangka teori, ini akan memberi kesan terhadap isu
yang hendak diselesaikan hal ini menyebakan sesi kaunseling akan tergantung. Jika
situasi ini berlaku klien tidak atau kurang mendapat idea.
!aksaan ke atas kIien untuk mengambiI tindakan.
Kesilapan seperti ini berlaku apabila kaunselor yang kurang pengalaman
merasakan bahawa dia perlu melakukan sesuatu untuk klien walaupun dia belum
meneroka cerita atau diri klien. Sesi kaunseling tidak berkesan jika klien tidak mencapai
kata putus untuk mengambil sesuatu tindakan. Kesannya tindakan yang diambil tidak
mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak untuk menetapkan matlamat
kaunseling.
!enggunaan soaIan yang tidak bermatIamat
Setiap soalan yang diajukan kepada klien perlu mempunyai matlamat dan
berfokus. Kesilapan yang sering berlaku dipihak kaunselor ialah soalan-soalan yang
diajukan adalah secara rambang atau tidak bermatlamat, dengan kata lain kaunselor
menyoal mengikut sesuka hatinya. Kesannya soalan-soalan yang tidak mempunyai

3

matlamat dan fokus tidak dapat membantu meningkatkan pemahaman klien atau
kaunselor selain itu, ia tidak fasilitatif terhadap peningkatan pemahaman klien.
esiIapan refIeksi perasaan.
#amai kaunselor berpandangan bahawa sudah cukup dengan hanya menyentuh
perasaan klien melalui kemahiran refleksi perasaan. Namun, apa yang disentuh itu
hanyalah permukaan sahaja. Sebagai contoh katakanlah klien berasa sedih ketika
berjumpa dengan kaunselornya, adakah memadai kaunselor merujuk kepada perasaan
yang wujud dalam diri klien itu sahaja?. Persoalan yang timbul di sini adakah kaunselor
tahu makna perasaan itu daripada perspektif klien?. kesanya kaunselor tidak dapat
membantu klien meneroka secara mendalam untuk mendorong klien mengalami apa
yang dipanggil pengalaman emosi dalaman.
SOALAN 2
A) Antara perkara penting bagi sesorang kaunselor lakukan didalam sesi pertama dan
sesisesi seterusnya adalah :
Menyediakan prasesi
Pertama sekali kaunselor perlu mengetahui dan sedar mengenai kategori klien
yang datang ke sesi kaunseling itu sama ada secara sukarela, dirujuk dan rela ataupun
dirujuk dan tidak rela.kaunselor perlu mengumpul maklumat atau mendapatkan profil
ringkas apabila klien datang untuk mmbuat temujanji, tujuannya adalah untuk
memudahkan kaunselor membentuk hubungan dan memberikan pertolongan.

4

Maklumat dan profil klien yang diperoleh terlebih dahulu akan membantu kaunselor dari
penyediaan mental.

Membina hubungan
Pada sesi ini perkara yang teribat iaitu melayan, mendengar dan memahami.
Pandangan pertama antara klien dan kaunselor memainkan peranan penting untuk
menentukan hala tuju dan kualiti pertemuan antara kedua-duanya. Persepsi atau
pandagan pertama ini akan menentukan sama ada klien akan terus datang berjumpa
kauselor ataupun sebaliknya . Perkara yang perlu dilakukan oleh kaunselor dalam
membina hubungan adalah menstuktur sesi kaunseling.
erikut merupakan panduan bagi mewujudkan hubungan baik antara kaunselor dan
klien :
i. Menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra.
ii. Menunjukkan keinginan untuk menolong.
iii. Mendengar apa yang diperkatakan.
iv. Mendengar luahan perasaan yang dinyatakan.
v. Mendegar dan memahami perasaan dan erti yang tidak dinyatakan dan tidak
boleh dinyatakan.
vi. Tidak cepatmembuat tanggapan dan penilaian.
vii. Mendegar dengan telinga mata dan tubuh badan apa yang dikatakan melaui
perkataan yang ditunjukkan melaui tingkah laku klien.
viii. Tidak banyak bercakap tetapi cuba mendegar dan memahami.

3

!enerokaan masaIah dan membina matIamat kaunseIing
Sesi ini adalah sesi yang memerlukan pemahaman dan aplikasi kemahiran
kaunseling oleh pembimbing. ni kerana klien yang datang meminta bantuan datang
daripada pelbagai budaya dan latar belakang disamping membawa masalah yang
ringan sehinggalah kepada masalah yang lebih kompleks.
erikut merupakan perkara dan maklumat yang boleh ditanya semasa meneroka
masalah klien
i. Sejarah hidup dan latar belakang klien.
ii. Perasaan yang sedang dialami oleh klien.
iii. Perubahan tingkah laku yang dialami.
iv. Cara dan corak pemikiran.
v. Nilai hidup klien.
vi. Kekuatan dan kelemahan klien.
vii. Kaitan masalah dengan persekitaran dan orang lain.
viii. Keadaan kehidupan seharian klien.
Setelah meneroka masalah,terdapat masalah utama atau primer dan masalah
skunder yang mendatangkan masalah kepada klien. Melaui persetujuan klien, masalah
utama yang telah dikenalpasti akan dijadikan sebagai matlamat kaunseling. Matlamat
itu hendaklah jelas, mudah diukur dan relistik untuk dicapai oleh klien.



6

!emiIihan strategi dan peIan tindakan
Peringkat ini merupakan lanjutan daripada pembinaan matlamat kaunseling yang
telah dibina. Semasa membincangkan strategi dan pelan tindakan, beberapa perkara
perlu mendapatkan pilihan dan altenatif yang terbaik iaitu :
i. Senaraikan pilihan, altenatif dan strategi yang hendak dilaksanakan.
ii. uat penilaian yang sedia ada berdasarkan maklumat dan keadaan hidup klien.
iii. Tetapkan beberapa pilihan alternatif yang hendak dilaksanakan kemudian
bincangkan altenatif itu dengan lebih mendalam.
iv. eri keyakinan dan dorongan untuk klien laksanakan pilihan altenatif itu.
v. Pelaksanaan oleh klien.
vi. Menilai pelaksanaan yang dilakukan oleh klien.
vii. Membincangkan tindakan susulan atau isu baru yang timbul

!enamatan
Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. a dibuat semasa setiap sesi atau
setelah satu permasalahan dapat diuruskan. eberapa elemen yang perlu diambil kira
semasa membuat keputusan untuk menamatkan sesi atau proses kaunseling kauselor
perlu menilai kemajuan atau perkembangan diri klien. Antara kejayaan sesuatu
kaunseling itu ialah apabila klien mampu berdikari dan boleh menguruskan diri sendiri,
ini bermakna sekiranya keputusan yang diambil tidak menghasilkan sesuatu yang
positif klien bertanggungjawab dan mampu mengatasi masalah yang timbul. Jika sesi
kaunseling berjaya klien sudah mampu mengatasi rangkaian masalah yang lain.

7

lemen penting ialah klien memiliki kesedaran, ilmu pengetahuan atau kebijaksanaan
dan kemahiran untuk mengatasi masalahnya.

SusuIan
alam proses kaunseling ada sesetengah kes yang memerlukan khidmat
susulan. Lazimnya ia melibatkan kes dadah atau pemulihan akhlak dimana kemajuan
diri klien perlu dipantau dengan rapi oleh kaunselor. Apabila klien telah menunjukkan
kemajuan diri dan kaunselor berpuas hati dengan kemajuan tersebut, kedatangan klien
untuk khidmat susulan bolehlah dijarakkan. Apabila klien telah menunjukkkan kemajuan
diri yang paling baik, kaunselor perlu menamatkan khidmat susulan ini. Hal ini
bermakna klien mampu berdikari dan tidak membahayakan diri atau orang lain.

) Antara keperluan-keperluan klien yang perlu dipenuhi di dalam sesi kaunseling
adalah :
MeIayan kIien
Memberikan senyuman dan bertanya adalah asas kepada kemahiran melayan.
Selain itu, melayan juga melibatkan gerak tubuh seperti mengadakan kontrak mata
dengan klien. uduk dengan menundukkan bada sedikit kea rah klien dan posture
badan yang terbuka menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor senang menerima
kedatangannya.


8

Memberi Dorongan Minima kepada kIien
&ntuk menggalakkan klien terus bercerita. Antara contoh dorongan minima
adalah seperti menganggukan kepala, senyuman, wajah yang tenang atau
menggunakan separa bahasa seperti 'Mmm! Mmm!,' 'Hmm! Hmm!,' dan saya
mendengar.'
Mendengar
Mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dan penting dalam proses
kaunseling. Proses mendengar dari persepektif memberi penekanan kepada
mendengar isi kandungan yang diperkatakan, dan perasaan yang dilahirkan melalui
ekspresi muka dan tingkah laku tanpa lisan. Cara duduk, nada suara, air muka,
pergerakan mata dan seluruh bahasa tanpa lisan klien merupakan maklumat 3o3;erbal
untuk kaunselor memahami klien.
!araprasa
Paraprasa adalah respon keunselor menggunakan ayat yang pendek terhadap
isi percakapan klien. anya adalah menyatakan semula penyataan dan mesej yang
dikatakan oleh klien, dan kaunselor mengulangnya semula untuk mendapat kepastian
klien.
MenyoaI
$oala3 tertutup. Menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan
sahaja tujuannya untuk mendapatkan maklumat yang khusus atau untuk mendapatkan
kepastian bagi sesuatu fakta.

9

$oala3 terbuka. Melibatkan perkataan seperti "apakah..?, " siapakah..?
"bagaimanakah..?, "bilakah..?, "di manakah.?. Soalan terbuka memberi
peluang kepada klien untuk membincangkan, menjelaskan atau menghuraikan sesuatu
isu dengan panjang lebar, ini memberi peluang kepada klien untuk meluahkan
perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri (George & Cristiani, tahun 1995;
Mizan Adiliah dan Halimatul, 2006).
Meminta penjeIasan
Kaunselor menggunakan kemahiran ini sekiranya terdapat kekeliruan atau
perubahan pada percakapan, tingkah laku atau emosi klien. ni membantu kaunselor
memahami maksud percakapan atau perasaan yang sedang dialami oleh klien.
Pertanyaan seperti, "apakah maksud zwan dengan pengalaman saya semasa kanak-
kanak? atau "apakah maksud senyuman awak bila bercakap tentang kawan-kawan
lama?
RefIeksi
#efliksi adalah kemampuan kaunselor memahami klien dari sudut pandangan
klien itu sendiri. #efleksi isi adalah pernyataan semula idea yang disampaikan oleh
klien menggunakan perkataan yang ringkas, padat, dan tepat. #efleksi perasaan ialah
kaunselor menyatakan semula perasaan dan sikap klien sama ada yang terang atau
yang tersembunyi. #efleksi pengalaman merangkumi pemerhatian kaunselor keatas
pertuturan, lisan dan gerak tubuh badan klien semasa berkongsi pengalaman atau
perasaan.


10

Merumus
#umusan kecil digunakan pada awal sesi untuk merumus semula sesi lepas
agar dapat membantu klien mengigat kembali apa yang telah dibincangkan, memberi
fokus kepada isu tertentu dan memastikan persepsi kedua-dua pihak berada ditahap
yang sama. #umusan besar digunakan untuk menamatkan sesi kaunselor merumuskan
kembali segala yang telah dibincangkan dan perkara yang telah dipersetujui. #umusan
besar boleh menjadi panduan kepada klien untuk memahami perkembangan sesinya
dan langkah yang perlu diambil untuk tindakan seterusnya. #umusan besar hanya
dibuat sekali dalam satu sesi.

onfrantasi
Konfrantasi digunakan apabila hubungan antara klien dan kaunselor telah kukuh.
Tujuan konfrantasi digunakan dalam sesi kaunseling adalah untuk memberi klien
perspektif lain dalam usaha meniliti diri. Konfrantasi digunakan apabila terdapat
percanggahan antara :

A. Apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya.
. Apa yang dikatakan pada satu masa depan dengan apa yang dikatakan pada
masa lain.
C. Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dilakukan.
. Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang dikatakan
oleh klien mengenai dirinya, dan menyatakan tentang tingkah laku klien yang
didapati tidak sesuai, sebagai maklumat tambahan mengenai diri klien.

11

nterpretasi

nterpretasi bermakna kaunselor menjelaskan makna masalah atau isu yang
dibawa oleh klien mengikut fahaman kaunselor dan dari perspektif yang baru.
Kemahiran ini menggalakkan klien melihat e;e3t atau rentetan peristiwa yang berlaku
dalam hidupnya dari perspektif yang lain. Kemahiran ini digunakan selepas kaunselor
telah meneroka dan memahami situasi klien. Sekirannya kemahiran ini digunakan
terlalu awal dalam sesi, ia akan mengakibatkan klien bersikap defensif.

Anda mungkin juga menyukai