Anda di halaman 1dari 4

LITERASI BAHASA

PERCIKAN
NAMA PENSYARAH: PUAN PUTEH AHMAD DISEDIAKAN OLEH: AINURIZA BINTI SADIRO MOHAMAD NOORKAMARUL BIN MOHD ZULKIFLI NOOR ZAINEH BINTI WAILIN SITI NORDIANA BINTI RADUAN

PENGENALAN
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan bahawa, percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.

Corak yang tidak terancang. Satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan speckled granite. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata. Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.

Alat dan bahan yang diperlukan

Berus gigi Berus Straw Warna air Air Kertas

Anda mungkin juga menyukai