Anda di halaman 1dari 1

TUJUAN PERLEMBAGAAN

Mencapai taraf yang dikehendaki rakyat Setiap cita-cita yang ada pasti memerlukan cara-cara untuk mencapainya. Begitu juga dengan perlembagaan. Ia dapat disifatkan sebagai satu undang-undang untuk menjamin sebuah negara yang utuh. Menyelesaikan masalah Dengan adanya perlembagaan, masalah atau konflik yang berlaku dalam negara dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Ini adalah kerana rakyat seharusnya patuh dan menurut segala apa yang telah tercatat di dalam perlembagaan. Semuanya harus dibicara berlandaskan undang-undang sedia ada. Menjamin riwayat sesebuah negara Tanpa adanya perlembagaan, negara akan menjadi lemah. Rakyat tidak akan cuba menyumbang tenaga mereka terhadap negara kerana tidak adanya semangat nasionalisme dalam diri mereka. Ini akan menyebabkan pihak lawan dengan mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahan negara. Dengan adanya perlembagaan, rakyat akan berpegang kepada satu undang-undang yang pasti dan bersatu padu mewujudkan sebuah negara yang kuat dan berpanjangan. Mengekalkan keamanan walaupun terdapat pindaan Pindaan dalam negara tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana segala pindaan haruslah dilakukan berpandukan perlembagaan iaitu undang-undang yang telah ditetapkan. Jika pindaan boleh dilakukan sesuka hati oleh pemerintah, ini akan mewujudkan satu keadaan yang kucar-kacir. Oleh sebab itu, perlembagaan amat penting dalam menjamin keamanan negara dan keharmonian rakyat. Perjalanan kerajaan dapat dipastikan Segala tindakan pemerintah terhadap negara haruslah berlandaskan perlembagaan sedia ada. Dengan ini, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui. Ini akan menghalang pihak pemerintah untuk melakukan sebarang perbuatan yang menyeleweng dan seterusnya dapat mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah. Mengekalkan keamanan walaupun pemerintah bertukar Pertukaran pemerintah tidak sepatutnya memberi kesan terhadap negara serta corak pemerintahannya. Setiap pemerintah haruslah mempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam mengendalikan negara. Menjamin kestabilan negara Dengan adanya perlembagaan, rakyat dapat berpegang kepada satu matlamat untuk mewujudkan sebuah negara yang utuh, dapat menangani masalah yang wujud dengan tenang, perjalanan kerajaan dapat dipastikan dan dikawal, menjamin keamanan sekalipun berlaku sebarang pindaan atau pertukaran pemerintah serta dapat menghasilkan standard yang dikehendaki rakyat. Oleh yang demikian, menjamin kestabilan negara juga wajar dinyatakan sebagai salah satu tujuan wujudnya perlembagaan.

II

III

IV

VI

VII

Anda mungkin juga menyukai