Anda di halaman 1dari 30

PEMAHAMAN TERHADAP PEMBELAJARAN

DI INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM DALAM


SKOP
STRUCTURE OF THE OBSERVED LEARNING OUTCOMES

oleh

Agos bin Atan


Md. Arif bin Md. Zin
Jabatan Kemahiran Hidup ,
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim ,
Johor Bahru
2

Abstrak

Satu kajian ke atas pemahaman para pelajar Kursus Perguruan


Lepas Ijazah major Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ambilan
Januari 2008 terhadap pembelajaran semasa di Institut Perguruan
Temenggong Ibrahim telah dijalankan . Seramai 17 orang pelajar
daripada 40 orang telah menyerahkan penulisan maklum balas
mereka . Penulisan mereka telah dianalisis dalam kerangka
Structure of the Observed Learning Outcomes ( SOLO ) yang
dipelopori oleh Biggs . Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan
responden cenderung membangkitkan isu ‘pengajaran dan
pembelajaran’ , dan ‘disiplin , kawalan kelas dan motivasi’ . Rata –
rata olahan penulisan responden lebih bersifat multi – structural
menurut kerangka SOLO . Penulisan yang condong ke arah
pemikiran aras tinggi telah ditulis oleh responden yang melakukan
aktiviti secara projek dan fizikal . Hasil dariapada kajian
mencadangkan agar calon yang pernah mengajar ditimbangkan
sebagai calon guru pelatih kerana mereka didapati mampu berfikir
pada aras yang lebih tinggi .
3

Kependekan

A Extended Abstract
BPG Bahagian Pendidikan Guru
DC Disiplin , Kawalan kelas dan Motivasi
ET Pembinaan insan guru
FT Tugas – tugas guru
GP Guru Pelatih
HOT higher – order thinking ( pemikiran aras tinggi )
IM Pengubahsuaian
IPG Institut Pendidikan Guru
IPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
KH Kemahiran Hidup
KPLI Kursus Perguruan Lepas Ijazah
pA,pR,pM probational A , R dan M
M Multi - structural
OD Hari Terbuka Jabatan Kemahiran Hidup
PP pengalaman pembelajaran
P&P pengajaran dan pembelajaran
PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional
R Relational
R01, R02....R17 Responden pertama skrip dipulangkan , kedua ....
responden terakhir skripnya dipulangkan
RBT Revised Bloom Taxonomy
SG Sifat atau Gaya Keguruan
SOLO Structure of the Observed Learning Outcomes
SR Sekolah Rendah
TL Pengajaran dan Pembelajaran
U Uni – structural
WS Keselamatan bengkel
3K Keselamatan , Kesihatan dan Keindahan Alam
Sekitar
4

PEMAHAMAN TERHADAP PEMBELAJARAN


DI INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM DALAM
SKOP STRUCTURE OF THE OBSERVED LEARNING OUTCOMES

oleh
Agos bin Atan ,
Md. Arif bin Md. Zin
Jabatan Kemahiran Hidup ,
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim , Johor Bahru

Pengenalan

Guru pelatih (GP) perlu tempuh pelbagai pengalaman , sama


ada diatur atau tidak , semasa mengikuti pendidikan keguruan di
Institut Perguruan Guru . Setelah beberapa lama , semua
pengalaman itu akan menjadi kenangan ; jika hendak diingatkan
kembali , akan memerlukan usaha . Walaupun begitu , sebenarnya
lebih banyak usaha diperlukan untuk memberi makna kepada
pengalaman ; lebih – lebih lagi dalam rangka mengaitkan dengan
aspirasi dan profesionalisme keguruan .

Kemampuan untuk lakukan itu semua akan menjadi lebih


mudah jika GP mempunyai daya berfikir aras tinggi (HOT) - satu
agenda yang ditekankan dalam pendidikan keguruan ( Standard
Guru Malaysia ) . Setelah melalui kehidupan sebagai GP dan
bimbingan secara sedar tentang HOT ini , elok sekiranya ditinjau
kemampuan mereka mentafsir semula pengalaman – pengalaman
tersebut dalam kerangka pemikiran aras tinggi .

Objektif kajian

mengenai pasti tahap pemikiran aras tinggi para pelajar


Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah major Kemahiran
Hidup ambilan Januari 2008 , dalam kerangka SOLO ; terhadap
pengalaman pembelajaran yang dilalui semasa sesi pendidikan
keguruan 2008 di Institut Pendidikan Temenggong Ibrahim , Johor
Bahru (IPTI)
5

Soalan Induk Kajian

Dalam kerangka SOLO , apakah yang guru pelatih KPLI KH SR


dapat pelajari sepanjang tempoh mengikuti pendidikan keguruan di
IPTI ?

Soalan – soalan kajian :

1. Apakah kategori pembelajaran responden menurut jantina ?

2. Apakah sebaran pemahaman responden terhadap


pembelajaran dalam kerangka taksonomi SOLO ?

3. Dalam kategori HOT SOLO ( Relational dan Extended


Abstract ) , apakah yang menjadi fokus huraian responden ?

Definisi operasional

 Pengalaman pembelajaran atau pembelajaran


Ungkapan umum yang merangkumi semua perkara yang GP
lalui ( sama ada keilmuan , kemahiran dan nilai / sikap ) .
Pembelajaran mungkin diatur secara eksplisit oleh IPTI
( contoh : kuliah ) atau tidak ( contoh : menumpang kereta
rakan untuk melakukan temubual tugasan ) . Ia boleh
didapati dalam kampus IPTI sendiri atau di tempat lain di
mana kehadiran GP adalah disebabkan oleh kurikulum IPTI
( contoh : di sekolah praktikum dan tapak perkhemahan ) .
Istilah 'pengalaman pembelajaran' dan 'pembelajaran'
mungkin digunakan saling berganti .
 Kategori pembelajaran
Tajuk – tajuk umum tentang PP ; mengumpulkan beberapa
pengalaman yang serupa bawah tajuk yang sama . Contoh
kategori : P & P , dispilin dan pentadbiran sekolah .
6

 Pendidikan keguruan
Pengalaman pembelajaran / pembelajaran yang telah
dirangkakan oleh Bahagian Pendidikan Guru
 Sifat keguruan atau Gaya keguruan
Nilai – nilai murni yang sepatutnya ada pada seorang guru
 Structrure of the observed learning outcomes ( SOLO )
Satu pendekatan bagi mengkategorikan hasil pembelajaran
menurut Biggs ( dlm Atherton : 2005 )
 Pemikiran Aras Tinggi ( Higher – Order Thinking ,HOT )
Kategori – kategori Relational dan Extended Abstract dalam
SOLO

Batasan Kajian

Dapatan daripada kajian ini adalah semata – mata berkisar


pada tujuh belas skrip maklumbalas yang diterima daripada para
pelajar KPLI KHSR ambilan Januari 2008 . Dengan demikian
dapatan daripada kajian ini tidak bermaksud untuk
digeneralisasikankan secara pukal . Namun jika populasi lain
mempunyai ciri – ciri yang serupa berkemungkinan dapatan
daripada kajian ini berkaitan .
7

KAJIAN LITERATUR

Pendidikan Keguruan dan Kurikulum KPLI SR

Kurikulum KPLI SR telah mensasarkan tiga aspek :


pengetahuan , kemahiran dan nilai – nilai murni , sebagai sesuatu
yang ingin dicapai secara bersepadu . Ini selaras dengan kehendak
model konseptual pendidikan guru ( MS ISO 2008 , LAM-PT5-04 :
Feb 2008 ) yang sumbernya Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru (Standard Guru Malaysia ) .
Kemahiran berfikir telah dikenalpasti sebagai salah satu unsur
kemahiran ikhtisas . Ia merentasi semua program dan disiplin mata
pelajaran . Menurut model tersebut , guru pelatih bertanggung
jawab kepada tuhan , masyarakat dan dirinya sendiri .
Perubahan yang berlaku dari masa ke masa menuntut nilai –
nilai seperti kreatif dan inovatif . Bersama – sama dengan daya
berfikir yang tinggi dan unsur kemahiran yang lain , maka model
konseptual pendidikan guru Malaysia akan dapat dioperasikan .
Dalam mengoperasikan model ini pada peringkat akar umbi ,
teknik refleksi sentiasa diulang guna . Menurut model Pengajaran
Reflektif ( The Reflective Teaching : n.d ) , refleksi melibatkan satu
kitaran yang bermula dengan kesedaran , pemerhatian dan
pengumpulan maklumat ; seterusnya diikuti dengan menganalisis
maklumat dan mengaitkan dengan kesan akibat . Berdasarkan
kepada itu semua , hipotesis dibina bagi memandu perlakuan
seterusnya . Secara keseluruhan refleksi berhasrat mencipta makna
daripada pengalaman – pengalaman yang seseorang lalui .
Pengalaman boleh diibaratkan sebagai bahan mentah yang
diproses oleh daya fikir dan aktiviti refleksi . Lebih tinggi
kemampuan berfikir , maka sudah pasti lebih banyak makna yang
boleh diperolehi .
8

Hirarki perkembangan kognitif , Revised Bloom Taxonomy dan


SOLO

Kajian tentang perkembangan kognitif menunjukkan bahawa

• pembelajaran tidak berpindah ke sekitaran baru secara


automatik .

• Konteks perlu dalam meningkatkan kefahaman

• Pembelajaran secara pasif tidak mampu membangunkan


kemahiran kognitif

• Pembelajaran aras tinggi adalah sebenarnya pembinaan


makna daripada pengalaman (Thomas , 1992)

Antara usaha awal untuk mengukur perkembangan kognitif


manusia telah dilaksanakan oleh panel yang diketuai oleh Benjamin
Bloom ( Forehand , 2005 ) . Panel tersebut berusaha mengenal
pasti perlakuan pemikiran yang dianggap kritikal dalam proses
pembelajaran . Pada 1956 , enam tahun selepas penubuhan panel ,
sebuah panduan dinamakan sebagai ‘Taxonomy of Educational
Obejctives’ atau secara ringkasnya , ‘Bloom’s Taxonomy’ telah
diterbitkan .
Pada tahun 2001 , anak murid Bloom , Lorin Anderson
bersama dengan Krathwohl telah menerbitkan ubahsuaian kepada
taksonomi Bloom dengan menamakannya sebagai ’Revised Bloom’s
Taxonomy’ RBT ( Forehand , 2005 ) . RBT masih mengekalkan
keenam kategori asal dengan beberapa ubahsuaian dan pindaan .
Antara ubahsuaian tersebut ialah perincian enam kategori menjadi
4 subkategori setiap satu ; menjadikan jumlah subkategori 24 .
John B. Biggs 1999 ( dalam Atherton , 2005 ) pula melihat
dari perspektif pemahaman pelajar terhadap sesuatu mata
pelajaran . Semakin kompleks pemahaman pelajar maka semakin
9

meningkatlah perkembangan kognitf pelajar melalui lima aras ; aras


– aras Pre-structural , Uni-structural , Multi – structural , Relational
dan Extended Abstract . Kesemua aras berserta dengan ciri – ciri
masing , Biggs telah rangkumkan dalam satu kerangka yang
diberikan nama sebagai Structure of the Observed Learning
Outcomes ( SOLO ) .

Pendidikan Teknik dan Vokasional ( PTV ) serta Pemikiran Aras


Tinggi

Suasana kerja dalam dunia yang sentiasa berubah - ubah,


berkehendakkan kepada pekerja yang mempunyai kualiti – kualiti
berikut :

a. Daya tahan
b. Keluwesan ( flexibility )
c. Kemampuan metakognitif
d. Pemindahan ilmu dan kemahiran
e. Berorientasikan permasalahan
f. Sifat keterbukaan
g. Penggunaan standard kualiti
h. Kebebasan ( independence ) ( Lee , 1989 )

Suasana yang dimaksudkan menuntut para pekerja yang


mampu berfikir ( seperti dinyatakan dalam item b , c , d , e dan h )
Dalam konteks dunia pekerjaan , sudah tentu guru yang
berlatarbelakangkan PTV , perlu membina generasi murid yang
mampu menyesuaikan apa yang dipelajari dengan situasi akan
datang . Untuk berbuat demikian adalah wajar guru menyiapkan
dirinya dahulu dengan kemampuan berfikir pada peringkat tinggi .
10

Gaya dan Sifat Keguruan

Dalam sistem pendidikan keguruan di Malaysia , pelajar


adalah diharapkan akan bergraduat sebagai guru permulaan yang
mempunyai ciri – ciri profesional . Konsep ’profesional’ telah
digariskan dalam Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai ciri – ciri :

i. Kreatif dan inovatif


ii. Proaktif
iii. Kerja sepasukan
iv. Teladan
v. Integriti
vi. Berketerampilan
vii. Kecintaan terhadap profesion (Standard Guru Malaysia )
11

KAEDAH

Seramai 40 orang pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ( KPLI KHSR ) telah menghadiri
taklimat tentang kajian pada 9 Ogos 2008 . Pada ketika itu ,
mereka telahpun berada di sekolah sekitar Johor Bahru menjalani
sesi praktikum . Setiap pelajar telah menerima sekeping kertas
bertanyakan tentang profil peribadi serta pengalaman pembelajaran
( PP ) masing – masing sepanjang hampir setahun di Institut
Perguruan Temenggong Ibrahim ( lihat Lampiran ) . Responden
telah diminta memulangkan maklum balas mereka kepada
pensyarah pembimbing masing – masing secepat mungkin .

Skrip paling awal yang diterima telah ditandai sebagai R01 ,


kedua awal sebagai R02 , berikutnya R03 dan seterusnya . Analisis
telah dilakukan ke atas sepertiga daripada skrip yang dikembalikan
termasuk skrip yang pertama diterima dan yang terakhir diterima .
Dalam kajian ini skrip sampelan yang telah dipilih untuk dianalisis
sepenuhnya adalah R01 , R03 , R06 , R09 , R12 , R14 dan R17 .
Skrip selebihnya tetap dilihat dan dikaji secara imbas untuk tujuan
perbincangan

Analisis atas kandungan skrip maklum balas dilakukan dalam


kerangka taksonomi SOLO . Kedua – dua pengkaji meneliti setiap
sampelan . Perundingan dan persetujuan telah diambil untuk
mengkategorikan setiap PP ke dalam aras SOLO yang bersesuaian .
Untuk itu , rubrik telah digubal sebagai alat mengkategori seperti di
bawah :

Pengalaman pembelajaran (PP) Sifat / gaya keguruan (SG) Aras SOLO


12

Diingatkan kembali secara jelas


/ mengkhusus dan disokong
oleh beberapa idea / perincian
yang saling berkaitan . Unsur – Mengenal pasti secara
A ( Extended
unsur banding beza khusus SG yang dimiliki
abstract )
diaplikasikan dengan berkesan . guru sendiri dan SG guru
Kerangka pengalaman lepas ingin capai / miliki
( sama ada sendiri atau sumber
lain ) dimanfaatkan dengan
jaya
Diingatkan kembali secara
jelas / mengkhusus dan
disokong oleh beberapa idea /
Guru sekadar menerangkan
perincian yang saling berkaitan
secara khusus SG yang R ( Relational )
. Unsur – unsur banding beza
ingin dicapai
cuba diaplikasikan , namun
agak kurang berkesan /
menonjol
Diingatkan kembali secara
jelas dan disokong oleh
beberapa idea / perincian . Idea M (Multi
dikaitkan dalam bentuk yang Guru mengenal pasti -structural)
kurang jelekitnya ( longgar , secara umum ( superficial )
coherent ) SG yang ingin dicapai
Diingatkan kembali secara
jelas tetapi lebih berbentuk U

umum ( superficial ) . (Unistructural )

Terdapat beberapa item yang sifatnya pertengahan di antara


dua aras SOLO yang bersebelahan . Sebagai contoh ada item yang
tidak betul – betul menepati R dan pastinya melepasi ciri – ciri M ,
maka item sedemikian telah diletakkan sebagai peralihan
(probational) sahaja ; dikodkan sebagai pR . Dengan demikian jika
13

ada yang dikodkan sebagai pM , maka ini bermaksud item yang


melepasi ciri U tetapi tidak setepat dengan ciri M .

Dapatan dan Analisis

Profil responden

Daripada 7 skrip , lima skrip telah ditulis oleh pelajar wanita.


Semua kecuali seorang lelaki telah berkahwin .
Semua kecuali seorang pernah bekerja . Daripada enam
orang yang pernah bekerja , hanya seorang pernah menjadi guru
sementara ( atau seumpamanya ) . Selebihnya melakukan kerja
bukan pengajaran , syarahan atau latihan . Hanya tiga orang
memaklumkan bilangan tahun bekerja iaitu masing – masing 5 , 6
dan 8 tahun .

Kategori PP

Enam responden telah menyerahkan bahan penulisan yang


panjangnya 1 hingga 1 ½ seperti yang diarahkan dalam tugasan .
Hanya seorang ( responden 17 ) menyerahkan skrip panjangnya ¾
muka surat sahaja ) .
Setelah dianalisis dan dikelas – kelaskan , didapati R03
mengemukakan hanya satu PP . R14 menuliskan 4 PP manakala
lima responden yang lain menuliskan tiga PP setiap orang . Oleh
demikian jumlah PP yang dikemukakan adalah 20 .
Jadual berikut menceritakan kategori bagi setiap satu PP :

Responden Pengalaman Pembelajaran ( PP ) Kategori*


14

Hari Terbuka Pertanian


• dilantik sebagai ketua unit promosi & siaraya OD
• merasakan kerjasama antara ahli – ahli
Ubahsuaian ikut situasi di sekolah praktikum
• penyediaan bajet & kemudahan pameran
Keselamatan , Kesihatan dan Keindahan Alam
01 IM
Sekitar (3K)
• penyediaan takungan hidroponik daripada
bekas Tupperware®
Kesan pelajaran pembiakan tumbuhan di IPTI
• mengadakan tunjukcara kpd pekerja sekolah TL

Kawalan kelas murid sekolah rendah


• berkeras dan berlembut bertempat
03 DC
• murid memang beriya-iya menjawab soalan

Pengajaran mikro (elektif Matematik )


TL
• persediaan dan pelaksanaan set induksi
Pembelajaran teori Skinner
DC
06 • peneguhan positif , cth : pujian
Berhati – hati dalam penggunaan alat bengkel
• kayu terpelanting semasa rakan mengguna WS
jig-saw
P & P pensyarah dengan bantuan ICT
• pengalaman GP terdahulu dipaparkan TL
cerminan minat / kesungguhan pensyarah
Pengurusan dan budaya disiplin di IPTI yang
09 DC
boleh dicontohi
Pembinaan insan guru menurut keperluan ET
individu
Kokurikulum ( permainan hoki ) TL
• menepati masa
• berlari keliling padang membawa kayu hoki
15

Komponen pertanian
• membina batas dan menyemai benih
12 TL
• pensyarah melakukan tunjuk cara dahulu

Hari Terbuka Pertanian


• pergi ke Unit Hortikultur setiap hari
• mengendalikan majlis / pameran OD
• kemahiran berfikir dan kajian masa depan

Murid belajar melalui pengalaman


• menyediakan pembungkusan & label ,
TL
menjualkan barangan yang disediakan

Terdapat murid ‘terlalu degil dan melawan’ guru


14 DC

Berucap kali pertama dalam perhimpunan


sekolah FT

Pelbagai tugas sampingan guru perlu


FT
sempurnakan
Tugasan reka bentuk yang menggabungkan
TL
pelbagai topik
Bertukar – tukar ahli kumpulan bagi tugasan
TL
17 yang berbeza
P & P secara formal mengajar GP bagaimana
mengajar TL

* Kategori
DC - Disiplin , Kawalan kelas dan Motivasi
ET - Pembinaan insan guru
FT - Tugas – tugas guru
IM - Pengubahsuaian
OD - Hari Terbuka Jabatan Kemahiran Hidup
16

TL - Pengajaran dan Pembelajaran


WS - Keselamatan bengkel

Kategori pembelajaran responden menurut jantina

10
9
8
7
6
5 Lelaki
4 Perempuan
3
2
1
0
TL DC FT OD ET IM WS

Nampaknya bilangan responden lelaki dan perempuan sama dalam


mengingatkan kembali PP ’DC : disiplin,kawalan kelas dan motivasi’
(dua PP bagi setiap jantina) . Sebaliknya responden perempuan
( bilangan PP – 8 ) lebih jelas memperkatakan tentang aspek P & P
(TL) berbanding lelaki ( satu PP sahaja ) . Dua PP ditulis bagi setiap
kategori ‘FT : tugas-tugas guru’ dan ’OD ; hari terbuka pertanian’
oleh pelajar perempuan sahaja . Seorang pelajar lelaki
mengingatkan kembali satu insiden ‘WS , keselamatan bengkel’
manakala pelajar perempuan menyentuh tentang satu PP dalam
kategori ’ET , pembinaan insan guru’ dan satu PP lagi bagi kategori
’IM , pengubahsuaian’ .
Sebaran kefahaman responden terhadap pembelajaran dalam
kerangka taksonomi SOLO

Setiap PP telah dianalisis untuk dikategorikan ke dalam aras – aras


pemahaman mengikut kerangka SOLO . Berikut rumusannya dalam
bentuk graf dan jadual :
17

8
7
6
5
4
3
2
1
0
pM M pR R A

Responden Pengalaman Pembelajaran ( PP ) Aras


pemahahaman*
Hari Terbuka Pertanian
• dilantik sebagai ketua unit promosi & siaraya R
• merasakan kerjasama antara ahli – ahli
Ubahsuaian ikut situasi di sekolah praktikum

01 • penyediaan bajet & kemudahan pameran 3K


R
• penyediaan takungan hidroponik daripada
bekas Tupperware®
Kesan pelajaran pembiakan tumbuhan di IPTI
pR
mengadakan tunjukcara kpd pekerja sekolah
Kawalan kelas murid sekolah rendah
• berkeras dan berlembut bertempat
03 A
• murid memang beriya-iya menjawab soalan

Pengajaran mikro (elektif Matematik )


M
• persediaan dan pelaksanaan set induksi
Pembelajaran teori Skinner
pR
06 • peneguhan positif , cth : pujian
Berhati – hati dalam penggunaan alat bengkel
• kayu terpelanting semasa rakan mengguna R
jig-saw
18

P & P pensyarah dengan bantuan ICT


• pengalaman GP terdahulu dipaparkan pM
• cerminan minat / kesungguhan pensyarah
Pengurusan dan budaya disiplin di IPTI yang
09 pM
boleh dicontohi
Pembinaan insan guru menurut keperluan pM
individu
Kokurikulum ( permainan hoki )
• menepati masa R
• berlari keliling padang membawa kayu hoki
Komponen pertanian
12 • membina batas dan menyemai benih R
• pensyarah melakukan tunjuk cara dahulu
Hari Terbuka Pertanian
• pergi ke Unit Hortikultur setiap hari
R
• mengendalikan majlis / pameran
• kemahiran berfikir dan kajian masa depan
Murid belajar melalui pengalaman
• menyediakan pembungkusan & label , M
menjualkan barangan yang disediakan
14 Terdapat murid ‘terlalu degil dan melawan’ guru M
Berucap kali pertama dalam perhimpunan
M
sekolah
Pelbagai tugas sampingan guru perlu sempurnakan M
Tugasan reka bentuk yang menggabungkan
M
pelbagai topik
Bertukar – tukar ahli kumpulan bagi tugasan
17 M
yang berbeza
P & P secara formal mengajar GP bagaimana
pR
mengajar

*Catatan

A - Extended Abstract
R - Relational
19

pR - probational Relational
M - Multistructural
pM - probational Multistructural

Daripada 20 PP , paling banyak ( 7 ) boleh dikategorikan sebagai


'multistructural' ,6 'relational' , 3 setiap satu bagi probational
multistructural dan probational relational manakala dalam kategori
'extended abstract' hanya satu PP

Fokus huraian responden dalam kategori HOT SOLO

PP yang dianggap pada aras HOT SOLO adalah berjumlah tujuh iaitu
6 daripada kategori R dan satu daripada kategori A . Senarai berikut
menggambarkan PP yang dikira sebagai pada aras HOT ( kecuali
item terakhir yang merupakan pada aras A , selebihnya adalah R ) :

1. Hari Terbuka Pertanian (R01)


• dilantik sebagai ketua unit promosi & siaraya
• merasakan kerjasama antara ahli – ahli

2. Hari Terbuka Pertanian (R12)


• pergi ke Unit Hortikultur setiap hari
• mengendalikan majlis / pameran
• kemahiran berfikir dan kajian masa depan

3. Ubahsuaian ikut situasi di sekolah praktikum (R01)


• penyediaan bajet & kemudahan pameran 3K
• penyediaan takungan hidroponik daripada bekas Tupperware®

4. Komponen pertanian (R12)


20

• membina batas dan menyemai benih


• pensyarah melakukan tunjuk cara dahulu

5. Berhati – hati dalam penggunaan alat bengkel (R06)


• kayu terpelanting semasa rakan mengguna jig-saw

6. Kokurikulum : permainan hoki (R12)


• menepati masa
• berlari keliling padang membawa kayu hoki

7. Kawalan kelas murid sekolah rendah (R03)


• berkeras dan berlembut bertempat
• murid memang beriya-iya menjawab soalan

PERBINCANGAN

Dalam kajian ini , isu P & P nampaknya telah menjadi


perhatian utama guru pelatih ( 9 / 20 ) . Kajian telah dijalankan
semasa sesi praktikum dan sudah tentu wajar aspek P & P berlegar
dalam pemikiran mereka . Mereka telah dibimbing , dipantau dan
dinilai sebahagian besarnya dalam aspek P & P lebih daripada
pengalaman lain seperti kokurikulum , pergaulan dengan warga
sekolah dan tugas – tugas tambahan pentadbiran .
21

Malahan setelah tamat praktikum , mereka akan melakukan


refleksi yang lagi sekali sebahagian besarnya dalam aspek P & P .
( MS ISO 2008 , LAM-PT12-22 : Borang Refleksi Praktikum , 8
daripada 18 item menyentuh secara langsung aspek P & P ) . Pasti
tidak menghairankan apabila diminta mengingatkan kembali
pengalaman yang lepas , peristiwa yang paling hampir dan segar
adalah aspek P & P itu sendiri .
Walaupun P & P mengambil tempat yang utama ,nampaknya
hanya dua orang sahaja yang menyentuh aspek instructional (R06
dan R14) ; itupun telah ditulis secara lintasan dan tidak dilaporkan
secara mengkhusus . Sebagai contoh ,

'manakala untuk P & P yang bersifat formal yang dipraktikkan


semasa di kelas banyak memberikan keyakinan kepada saya
yang sememangnya tidak mempunyai pengalaman secara
langsung dalam mengajar' (R17)

Pelajar lain hanya memperkatakan tentang sesi sebelum dan


selepas proses instructional itu sendiri . Sebagai contoh dapat
dilihat tentang menyusun atur murid – murid ( bertukar – tukar ahli
kumpulan )(R17) atau tajuk dalam P & P ( pembungkusan dan
pelabelan )(R14) .
Sehubungan dengan aspek instructional ialah aspek penilaian
. Pengkaji tidak terjumpa langsung ( dari kesemua 17 skrip ! ) apa
– apa yang berkaitan dengan penilaian . Rata – rata jika guru
praktikum ditanya tentang penilaian , mereka akan mengaitkan
dengan ujian atau peperiksaan .
Konsep penilaian sepatut bersifat formatif dan sumatif ( yang
mana ujian dan peperiksaan sekadar contoh ) . Tanpa penilaian
formatif bagaimanakah guru dapat menyemak sama ada
pendekatan dan teknik P & P beliau wajar atau tidak ? ( Panizzon ,
2007 ) . Secara tidak langsung , pendekatan P & P beliau akan
22

mempengaruhi kawalan kelas yang ditanggapi kedua penting dalam


penilaian responden kajian .

Sememangnya kawalan kelas adalah jurusan yang seutama –


utamanya para guru ( tanpa mengira jantina ) , patut beri dalam
kelas ; malahan ada ketikanya merimaskan ! Mana – mana guru
praktikum dan guru permulaanpun akan dinasihati tentang
perlakuan dan dispilin murid sebelum memasuki kelas . Perhatikan
satu penulisan oleh Townend , walaupun cereka , adalah lumrah
untuk menggambarkan suasana kelas yang mungkin akan ditemui
:
‘On my first morning the headmaster called me into his study
Headmaster Now don't forget, Robinson; if there's any boy you
can't manage just come and see me.
Henry Thank you very much, sir. As a matter of
fact,there was just...
Headmaster Come to my study any time you have a problem
you want to talk about.
Henry Yes sir, I will. If I could ...
Headmaster I well remember when I did my first teaching
Practice.
Henry I wonder if I...
Headmaster Now in those days, mind you, life was much
harder.
Henry Excuse me, sir, but...
Headmaster And as for the pay — but I'm talking too much.
I'm sorry. Did you want to ask me a question?
Henry Yes, sir.
Headmaster Well, look, I'm rather busy at the moment, and I
expect you want to get started. Come and see me
again tomorrow morning. Good luck!
Henry Thank you very much, sir.

I was introduced to my class of thirty boys by their classroom


teacher. "Right, lads, now listen to me," he said. "I don't want any
trouble while the student teacher is taking you. Is that clear?" The
boys nodded. They all looked very innocent, but I could remember
the way we had treated student teachers when I was at school. As
the teacher left the room he drew me to one side. " Watch out for
the Welsh boy," he whispered. "Philip Jones. Back row, red hair."
That first lesson was a disaster. The boys behaved very badly and
23

refused to listen to what I was saying. They talked incessantly and


threw things at each other while I was trying to write on the
blackboard. To my surprise the only boy who sat and listened
politely was Jones. Occasionally he even told the other boys to be
quiet. When the bell rang for break, he came up to me. "Break
lasts for fifteen minutes, sir," he said.
In the staff room one of the teachers came up to me and asked me
how Jones had behaved. "Oh," I said, "he was all right. It was the
other..." But I wasn't able to finish my sentence.’

Tanpa kawalan kelas , proses P & P tidak akan dapat


dijalankan dengan sempurna dan berkesan . Persiapan guru
mungkin hebat tetapi sekiranya kawalan beliau ‘longgar’ , maka
semua persiapan akan menjadi sia – sia sahaja . Kawalan kelas
seharusnya berjalan seiring dengan ’kawalan sekolah’ . Dalam hal
ini Sekolah Kebangsaan Palong 2 , Gemas boleh dijadikan contoh
( Portal Pendidikan Utusan , 26/6/03 ) . Murid bukan sahaja
berminat pergi ke sekolah , malahan mereka akan tertarik dengan P
& P dan berdisiplin .
Seorang responden yang mempunyai pengalaman mengajar
pelajar selain daripada sekolah rendah , telah dapat memberikan
refleksi yang menarik dalam hal kawalan murid sekolah rendah ini
(R03) . Beliau bertanggapan bahawa mereka perlu dilayan secara
berlembut dan berkeras pada situasi – situasi yang tertentu .
Memang memenatkan dan meraih kesabaran ; suatu yang ditidak
dapat dielakkan .Namun dengan dua sifat murni tersebut guru pasti
akan berjaya .
Pada pendapat responden R03 , guru perlu bersifat rasional
dan tidak mudah ’naik angin’ . Ada seorang responden ( bukan
dalam kelompok 7 orang yang dipilih ) menggambar kisahkan suatu
kelas iaitu 4 Maju 3 yang dikatakan ‘hiperaktif’ . Memang sukar
sekali beliau mendapatkan kelas yang tenang , ‘tidak melebihi 5
minit’ menurut beliau ! . Murid semacam itu biasanya terlalu awal
untuk ditelah potensi dan masa depan mereka . Kita biasa
mendengar bagaimana tanpa disangka – sangka murid sedemikian ,
24

telah berjaya dalam hidup mereka . Pendek kata , guru perlu


menghargai ‘bakat terpendam’ muridnya (Douglas , 2008)
Sebahagian besar PP telah dikategorikan sebagai multi-
structural ( 7/20 ) . Ini bermakna 35% PP telah dapat
digambarkisahkan tetapi perincian antara satu dengan lain , tidak
dapat dikaitkan dengan kemas . Perhatikan satu penulisan yang
mewakili sampel yang lain ;

'... dalam topik Perniagaan dan Keusahawanan , saya


mengajar murid – murid cara membuat pembungkusan dan
label dan memberi peluang kepada mereka menjual barang
jualan yang telah mereka hasilkan sendiri . Ternyata aktiviti –
aktiviti amali seperti ini memberi kesan yang positif kepada
murid – murid terutamanya dari segi ingatan memori yang
kekal terhadap pelajaran kerana mereka belajar melalui
pengalaman yang diperolehi' (R14)

R14 tidak memberikan penjelasan bagaimana aktiviti


'pembungkusan , pelabelan dan jual beli' dapat dikesani betul –
betul memberikan impak positif .
Umumnya , para responden sepatutnya mampu melaporkan
PP ke peringkat lebih tinggi seperti R dan A dalam SOLO .
Umpamanya R17 , PP ketiga beliau tuliskan adalah berkaitan
dengan 'pengalaman mengajar' ;

'manakala untuk P & P yang bersifat formal yang dipraktikkan


semasa di kelas banyak memberikan keyakinan kepada saya
yang sememangnya tidak mempunyai pengalaman secara
langsung dalam mengajar . Saya yakin walaupun walaupun
tanpa pengalaman , seseorang itu jika bersungguh – sungguh
dalam setiap perkara yang dilakukan dapat memberi hasil
25

yang terbaik bagi dirinya dan murid – murid yang


dibimbingnya' .

R17 dapat melihat rentetan ciri 'P&P bersifat formal' , 'tiada


pengalaman' , 'bersungguh – sungguh' dan , akan dapat 'hasil
terbaik' . Pengkaji telah mengkategorikannya sebagai pR sahaja .
Sepatut boleh dinaiktaraf ke R jika pelajar dapat menghuraikan
aspek P&P manakah yang beliau maksudkan sehingga dapat
memberikan impak 'keyakinan' kepada beliau .

Salah satu elemen dalam pendidikan keguruan di IPGM adalah


kemampuan untuk melakukan refleksi . Sekiranya ia telah
memberikan impak , sepatut hal ini diungkitkan oleh para
responden . Nampaknya seorang responden sahaja ( R10 ) yang
menyatakan hal ini . Responden telah membangkitkan refleksi
sebagai berkaitan dengan praktikum ; itupun difahami dalam skop
yang agak terhad . Responden mengaitkan refleksi ( ditulis sebagai
'tafakur' dan 'muhasabah diri' ) dalam konteks P & P padahal
penulisan jurnal juga adalah pada asasnya refleksi ;

“sentiasa bertafakur secara bersendirian dan memuhasabah


diri ... apabila selesai aktiviti P & P ... saya akan mencari
kelemahan diri dan cuba mencari jalan untuk membaiki
kelemahan ..” (R10)

Cadangan :

HOT akan dapat dikembangkan dan ditingkatkan sekiranya


• calon guru pelatih diambil di kalangan mereka yang
mempunyai pengalaman mengajar (cth : R03 pernah
mengajar pelajar remaja . Dengan praktikum , beliau dapat
berinteraksi dengan murid sekolah rendah . Kesempatan
26

sedemikian membolehkannya membanding beza dua


pengalaman dengan cara berkesan . Sehubungan itu juga ,
beliau dapat melakarkan aspirasi beliau sebagai seorang
guru)
• pensyarah menjalankan aktiviti yang bersifat fizikal dan
banyak di lapangan ( cth : R12 – GP betul – betul dapat
merasai keperitan sekiranya sampai lewat untuk kursus
Pendidikan Jasmani . Sentuhan ke atas semua deria – secara
lisan kena marah , penat di kaki berlari keliling padang ,
keringat di beakang badan – mungkin meninggalkan
kebolehan untuk menuliskan PP ke peringkat R !. )
• menjalankan aktiviti yang bersifat projek dan terurus –
kendiri ( cth : R01 dan R12 . Pastinya kedua responden dapat
melaporkan dengan lancar dengan sebab akibat yang jelas
kerana mereka terlibat secara langsung )
• PP yang pernah ditemui semasa di IPTI dapat diguna pakai
dalam sekitaran baru ( contoh : R01 – GP pernah melakukan
pengubahsuaian / improvisation semasa di IPTI dan kemudian
berpeluang dipindahkan ke suasana sekolah )

Kesimpulan

GP di IPTI telah menjalani pendidikan keguruan yang


mencakup bidang yang luas . Dalam kajian ini adalah dirasakan GP
hanya dapat mengimbas kembali aspek – aspek yang paling hampir
dengan mereka . Oleh kerana mereka memberikan maklum balas
dalam suasana sesi praktikum dan tambahan pula penekanan
selama ini pembinaan 'guru kelas' bukan 'guru sekolah' , maka
maklum balas responden banyak berkisar pada aspek P & P . Dalam
melaporkan pemahaman terhadap PP masing - masing , responden
berupaya melakukannya dengan ‚baik’ ; namun tidak sebaik untuk
dinaiktaraf ke peringkat R dan A menurut perspektif SOLO . Hal ini
27

memberikan gambaran bahawa banyak pengalaman yang dilalui


tidak dapat dilaporkan dalam bentuk yang jelekit (cohesive) .
Jelasnya HOT adalah sesuatu yang perlu diajar dan bukan sesuatu
yang terwaris ( Resnick , 1987 ) dengan sebab kematangan .

Rujukan

Atherton , J S (2005) Learning and Teaching: SOLO taxonomy


http://www.learningandteaching.info/learning/solo.htm
[16/11/08]

Douglas , Marianne (20/10/08 )


http://www.secretsofsuccessforteachers.blogspot.com/
[15/12/08]

Forehand, Mary (2005). Bloom's taxonomy: Original and revised..


In M. Orey (Ed.), Emerging perspectives on learning,
teaching, and technology. http://projects.coe.uga.edu/epltt/
[16/11/08]

Lee, H. D. ( 1989 ) Thinking Skills and Coaching Strategies


Workshop . Menomonie: Center for Vocational, Technical, and
28

Adult Education, University of Wisconsin-Stout,


http://www.ericdigests.org/1992-1/order.htm [ 18/11/08]

MS ISO 2008 , LAM-PT12-12 ( Feb 2008 )


http://www.ippm.edu.my/msiso2008/dokumen/PT12/LAM-
PT12-12.pdf

MS ISO 2008 , LAM-PT25-04 ( Feb 2008 )


http://www.ippm.edu.my/msiso2008/dokumen/PT25/LAM-
PT25-04.pdf

Panizzon , Debra ; Callingham, Rosemary ; Wright , Terry & Pegg ,


John ( 2007 ) Shifting sands: Using SOLO to promote
assessment for learning with secondary mathematics and
science teachers
http://www.aare.edu.au/07pap/pan07110.pdf

Portal Pendidikan Utusan ( 26/6/03 )


http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2003&dt=0626&
pub=DuniaPendidikan&sec=Program_3K&pg=3k_01.htm

Reflective Teaching , The ( n.d ).


http://www.emu.edu/education/model.html [ 18/12/08]

Resnick , Lauren B. ( 1987 ) Education and Learning To Think ,


Committee on Mathematics , Science and Technology
Education , National Research Coumcil
http://www.nap.edu/openbook.php?record_id=1032&page=R
1 [20/12/08]

Standard Guru Malaysia (n.d)


http://ipik.edu.my/sgmdoc/index.html

Thomas, R. G. (1992) Cognitive Theory-based Teaching and


Learning in Vocational Education . Information Series No. 349.
Columbus: ERIC Clearinghouse on Adult, Career, and
Vocational Education, 1992. (ED 345 109)
http://eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storag
e_01/0000019b/80/24/04/fa.pdf [ 16/11/08 ]

Townend , Allen (n.d ) http://www.english-test.net/esl-book/13/


[16/12/08]
29

LAMPIRAN

BORANG SOALAN KAJIAN

A. PROFIL GURU

___ Lelaki ___ Perempuan

Pengalaman bekerja ( bilangan tahun )

____ guru/pengajar/jurulatih/pensyarah/seumpama

____ selain drp tenaga pengajar

____ berkahwin ____ bujang ____ lain – lain

B. Rangsangan :
30

Anda telah mengalami pelbagai pengalaman semasa melalui


program pendidikan keguruan di IPTI . Ada pengalaman bersifat
teori ( cth : dalam kelas ) manakala yang lain sifat amaliah ( cth :
di bengkel ) . Pada suatu ketika pengalaman boleh bersifat formal
( cth : p & p bersama pensyarah di kelas ) , namun pada ketika
yang lain bersifat tidak formal ( cth : ucapan semasa
perhimpunan ) . Selain daripada pengalaman pembelajaran di
bawah bumbung , anda turut merasakan pembelajaran di bawah
langit . Anda turut mendapat peluang berinteraksi dengan
kumpulan selain daripada belajar secara bersendirian
SOALAN KAJIAN:

TERANGKAN PENGALAMAN – PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG ANDA PERNAH


LALUI DAN BAGAIMANA PENGALAMAN – PENGALAMAN TERSEBUT MEMBENTUK
SIFAT / GAYA KEGURUAN ANDA ?

Arahan :

• Taipkan jawapan anda menggunakan font Arial : 12 dengan langkau


1 ½ , panjangnya di antara satu hingga satu setengah muka surat
kertas A4 .

• Serahkan jawapan anda kepada Pensyarah Pembimbing masing –


masing pada atau sebelum 29 Ogos 2008 .

Anda mungkin juga menyukai