Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN 1.

0 PENDAHULUAN Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting ialah:

Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.

Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak penyusunan meja dan sebagainya.

Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.

Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.

Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.

1.1 Guru Sebagai Pendidik Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya.

J. M Coopes (1988) berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti:

Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia

Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar

Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka

Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa. Justeru itu, adalah penting untuk guru menguasai kemahiran-kemahiran asas ini seperti pengurusan guru dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab mereka yang berkaitan di dalam bilik darjah antaranya ialah: persekitaran fizikal dan psiko-sosial bilik darjah, peraturan,prosesdur dan rutin bilik darjah pengurusan pentaksiran dalam bilik darjah pentadbiran ujian dan peperiksaan pengurusan dan penyimpanan maklumat murid hubungan guru- murid.

Bagi memantapkan pemahaman saya mengenai subjek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku, saya telah ditugaskan untuk menemubual seorang guru di sekolah untuk mengetahui dengan lebih lanjut aspek-aspek yang diterangkan seperti d iatas.

2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU Pengurusan bilik darjah amat penting dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan temubual saya bersama seorang guru kelas pra-sekolah beberapa rumusan dapat dibuat hasil perbincangan bersama guru tersebut.

Gambar 1.0: Guru kelas pra-sekolah Pn. Hjh Esah bt Mokhtar Berdasarkan pemerhatian saya rutin bilik darjah bermula pada waktu awal pagi semasa ketibaan murid-murid di kelas. Mereka telah dilatih untuk meletakkan kasut di rak kasut dan beg-beg sekolah di bahagian rak beg sekolah. Ini merupakan salah satu rutin yang harus dilakukan oleh muridmurid setiap pagi. Sejurus memulakan kelas mereka dikehendaki beratur dan berbaris bagi memudahkan guru mengenalpasti murid yang tidak hadir ke kelas. Semasa pulang, murid perlu mengetahui apa yang perlu dilakukan apabila loceng berbunyi. Mereka akan mengemas meja dan kerusi. menghantar latihan kelas dan beratur untuk keluar dari kelas . sebelum pulang, murid diingatkan untuk memastikan tiada buku yang tertinggal di rak beg sekolah mereka.

Gambar 1.1: murid-murid beratur sebelum memulakan kelas dan pada waktu akhir kelas sebelum pulang ke rumah. Prosedur bilik darjah yang boleh dilihat ialah prosedur minum pagi dan makan ketika waktu rehat. Sebelum memulakan kelas murid-murid akan menikmati minuman pagi, dan menikmati makanan berat di waktu rehat.Mereka akan beratur mengikut barisan dan mengambil makanan di bahagian dapur seorang demi seorang. Sebelum

makan, seorang wakil pelajar lelaki akan membacakan doa makan dan seterusnnya menjemput guru makan. Ini adalah antara prosedur bilik darjah yang di amalkan di dalam kelas pra sekolah ini. Aktiviti pembelajaran dijalankan seperti biasa di mana murid-murid diajar membaca, menulis, mengira, menyanyi , mewarna dan sebagainya. Prosedur yang terlibat ialah prosedur pengajaran guru,sesi pembentangan dan latihan individu.

Gambar 1.2: guru sedang memberikan arahan kepada pelajar mengenai kerja sekolah semasa cuti. Setiap hari guru akan menyuruh murid membaca perkataan perkataan yang dipelajari pada hari tersebut. Ianya boleh dikategorikan sebagai sesi pembentangan. Setiap murid dikehendaki pergi ke depan dan membaca perkataan di papan hitam. Rakan-rakan yang lain pula akan ikut sama membaca diketuai oleh pelajar yang membaca di depan. Murid yang tidak dapat membaca dan mengeja dengan betul akan dikenakan denda. Mereka dikehendaki berdiri di pintu masuk manakala rakanrakan yang lain duduk dan mengikuti sesi pembelajaran bersama-sama. Ini merupakan salah satu prosedur pembelajaran dan peraturan yang telah ditetapkan oleh guru. Apabila guru menyemak bacaan murid bagi tugasan membaca pada hari sebelumnya, setiap murid dikehendaki membaca di hadapan guru seorang demi seorang. Murid yang tidak dapat membaca dengan betul dikehendaki duduk di

tengah-tengah bulatan. Mereka boleh dikategorikan sebagai murid yang agak malas untuk membaca atau belajar. Dengan cara ini, guru dapat mengenalpasti muridmurid yang masih tidak mengenal huruf dan tidak dapat membunyikan huruf atau perkataan dengan betul semasa aktiviti membaca. Sebagai denda, guru akan

berpura-pura menelefon polis dan menyuruh polis membawa guni bagi menangkap murid yang tidak mahu membaca. Akibatnya, mereka menangis dan berjanji akan membaca dan mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh guru. Walaupun sedikit lucu, ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh guru sebagai pengukuhan negatif dan langkah yang berkesan pada tahap umur mereka. Ini menggambarkan

setiap tindakan yang diambil oleh guru dan peraturan yang ditetapkan hendaklah bersesuaian dengan tahap umur mereka. Peraturan tegas yang telah ditetapkan oleh guru semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran jelas menunjukkan setiap guru perlu menetapkan peraturan kepada murid-murid dan dipatuhi dengan baik. Guru juga menyediakan peralatan menulis untuk setiap murid yang setiap satunya dilabelkan mengikut nombor. Ini adalah salah satu prosedur alat tulis secara sistematik yang diperkenalkan oleh guru. Setiap murid telah di berikan nombor masing masing dan mereka dikehendaki mengambil dan meletakkan semula bekas alat tulis ke tempat asal mengikut susunan nombor. Peralatan alat tulis yang bernombor boleh dilihat sepert gambar di bawah.

Gambar 1.3: Susun atur alat tulis para pelajar mengikut nombor Prosedur penghantaran buku-buku latihan dan aktiviti pula dapat dilihat dengan jelas. Setiap kerja yang diberikan oleh guru ketika waktu kelas dikumpulkan di satu tempat khas sebelum dihantar dan disemak oleh guru. Guru juga telah menyediakan tempat simpanan buku-buku latihan murid mengikut subjek yang telah ditetapkan. Ini menunjukkan guru telah menyediakan satu prosedur yang sistematik dalam menguruskan bilik darjah bagi pengurusan buku-buku latihan dan aktiviti pelajar. Gambar di bawah menunjukakkan rak buku yang disediakan untuk setiap subjek atau matapelajaran.

. Gambar 1.4: Rak buku latihan bagi setiap matapelajaran yang telah dilabelkan Alat alat permainan, muzik, sukan diletakkan di rak-rak khas yang telah disediakan. Kesemua alatan ini disusun dengan teratur di tempat yang telah disediakan.

Gambar 1.5 : susun atur alat-alat permainan di rak-rak permainan. Selain itu, dari segi pengurusan bilik darjah, susun atur perabot berada dalam keadaan yang sesuai dengan tahap umur murid dan cara pembelajaran mereka. Susun atur meja murid adalah di dalam kumpulan .Terdapat 4 meja sederhana besar yang membolehkan murid-murid melakukan kerja, latihan dan aktiviti di dalam

kumpulan. Bahan-bahan yang menarik seperti alat bantu mengajar, kad-kad huruf, perkataan dan ayat-ayat digantung di dalam kelas. Ini menjadikan suasana kelas lebih menarik dan cantik. Setiap hiasan di dalam kelas berkaitan

denganpembelajaran murid pra sekolah. Terdapat rak sudu bacaan yang memuatkan buku-buku bacaan murid-murid. Selepas membaca buku-buku ini, murid-murid dikehendaki memulangkannya di tempat asal. Terdapat juga ruang untuk menonton televisyen. Ruang ini digunakan apabila guru menggunakan alat bantu mengajar interaktif seperti vide untuk sesi pembelajaran. Kanak kanak ini amat suka melihat persembahan yang bergerak dan mempunyai bunyi seperti video. Rujuk gambar 1.8 ( ruang menonton televisyen).

Gambar 1.6: sudut bacaan Selain itu, untuk prosedur ke tandas, pra- sekolah ini mempunyai tandas khas yang terdapat di dalam kelas. Ini bagi memudahkan kanak-kanak ini pergi ke tandas tanpa perlu keluar dari kelas. Memandangkan umur mereka yang baru mencecah 5 dan 6 tahun, pemantaun dari guru adalah perlu apabila mereka ke tandas. Sebelum ke tandas, murid-murid dikehendaki memberitahu guru terlebih dahulu.

Gambar 1.7: Susun atur meja dan kerusi para pelajar dalam bentuk kumpulan. Tandas murid dapat dilihat pada dua buah pintu di sebelah belakang

Pengurusan rekod dan penyimpanan maklumat murid disimpan didalam fail-fail yang telah disediakan. Terdapat rak khas untuk fail-fail yang menyimpan data-data dan maklumat murid. Selain itu, guru juga menyimpan rekod kedatangan murid dan rekod pencapaian murid di dalam ujian tahunan yang dijalankan setiap akhir tahun. Murid-murid perlu mengambil ujian untuk guru menilai tahap pencapaian mereka sepanjang pembelajaran.

Gambar 1.8: Rak fail yang menyimpan data dan maklumat pelajar dan ruang menonton televisyen.

Gambar 1.9: Maklumat profil murid dan info kelas ditampal di dinding

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

PERATURAN BILIK DARJAH

PROSEDUR BILIK DARJAH

RUTIN BILIK DARJAH

Anda mungkin juga menyukai