Anda di halaman 1dari 9

TRANSFORMASI PENDIDIKAN OLEH: MOHD SABRI BIN A RAHMAN 1.

0 Pengenalan Transformasi Pendidikan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Perubahan-perubahan ini berlaku adalah mempunyai matlamat yang tersendiri selain memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Guru dalam usaha mendidik murid secara efektif dan efisien. Transformasi

pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi pendidikan ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif. Sesungguhnya transformasi yang berlaku adalah sesuatu yang dirancang dan telah melalui semakan kurikulum dengan mengambil kira pandangan ahli-ahli akademik, pakar dari industri dan pihak swasta, pegawai kerajaan dan badan bukan kerajaan sebagai penambahbaikan dari Kurikulum Pendidikan yang sedia ada. Dalam menuju kepada sasaran Modal Insan Minda Kelas Pertama, transformasi melalui pendidikan adalah langkah awal yang perlu digerakkan agar langkah yang seterusnya dapat berkembang tanpa rintangan sebagai usaha bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid. 2.0 Transfromasi Kurikulum Transformasi dalam kurikulum pendidikan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah. Kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Perubahan dari segi kandungan kurikulum membuatkan ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan murid. Konsep ini juga membantu murid berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah. Transformasi ini juga melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan bahkan dinilai sejak murid berada di tahun satu lagi iaitu memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan [1]

pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) misalnya melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi. Ini kerana transformasi ini menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti. Hal ini menjadikan murid dididik secara lebih efektif dan efisien selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru dimana apabila guru dapat menguasai transformasi pendidikan maka guru akan lebih berpengetahuan, kreatif dan mempunyai daya tahan dalam mendidik murid melalui aktiviti P&P yang lebih menyeronokan dan mengikut teori behaviorisme, murid dimotivasikan secara intrinsik dengan pengukuhan disebalik KSSR yang tidak terlalu membebankan murid melalui peperiksaan. 3.0 Tunjang KSSR Selain itu, bertepatan dengan dasar kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Hal ini menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik dan seimbang, berketrampilan, berakhlak mulia serta patuh pada Tuhan terutama dalam penerapan nilai murni dalam setiap kurikulum KSSR yang dapat dilihat melalui 6 tunjang dalam KSSR. Antara tunjang yang berkait rapat dengan proses pembentukan insan seimbang ialah Kerohanian, Sikap dan Nilai melalui penghayatan amalan agama, kepercayaan , sikap dan nilai dan Keterampilan Diri melalui pemupukan kepimpinan dan sahsiah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. 4.0 Kepimpinan Pendidikan pada hari ini yang melalui proses transformasi yang terancang untuk mencapai cita-cita 1Malaysia. Orientasi peperiksaan semata-mata tidak seharusnya menjadi agenda utama dalam pendidikan tetapi aktiviti kokurikulum dan extrakurikular yang saban hari diperkasakan agar pembentukan jati diri secara individu dan berpasukan memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) sekaligus meresap ke dalam minda murid. Ini menjelaskan bahawa sistem pendidikan tidak hanya melahirkan insan robotik semata-mata, tetapi aplikasi teknologi tinggi (high-tech) dalam pendidikan juga seimbang dengan sentuhan keinsanan (high-touch) waima kemajuan yang dibentuk memiliki etika yang tinggi dalam diri semua warganegara yang melalui proses transformasi pendidikan ini. Transformasi Pendidikan ini juga menjana murid dalam melahirkan pemimpin yang berilmu, [2]

memiliki daya strategik yang tinggi di samping pekerti teladan yang baik. Transformasi Pendidikan yang Malaysia lalui sekarang memberi fokus yang seimbang terhadap kekuatan kognitif, afektif (spiritual) dan psikomotor bagi menyelaraskan perubahan dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Ianya melibatkan guru kerana FPG menekankan pembentukan guru yang mulia, berpengetahuan, kreatif dan mempunyai daya tahan dalam mendidik, hal ini menunjukkan fokus kepada kognitif, spiritual dan psikomotor yang mana perlu diadaptasi dan asimilasikan dalam diri guru untuk melalui rintangan semasa bidang pendidikan yang semakin mencabar. 5.0 Pembudayaan Nilai-nilai Murni Masyarakat Malaysia amat kaya dengan sejarah tamadun dan budaya yang berasaskan agama, falsafah dan tradisi yang unggul. Saripati yang baik dan tidak bercanggah harus mampu diadunkan supaya setiap warga Negara Malaysia memahami asas-asas etika dan budaya lain agar mereka dapat memberi sumbangan kepada keharmonian masyarakat. Nilainilai amanah, adil, telus dan tulus dapat membina rasa percaya dalam asas perhubungan, hal ini penting dan relevan dalam menguruskan kepimpian politik, ekonomi, pendidikan dan budaya supaya kesan penghayatan menjadi puncak dan perlu dicapai serta dipertahankan. Tanpa nilainilai ini yang sememangnya diterapkan dalam pembudayaan pendidikan KSSR ini pemikiran rakyat akan terbatas kepada ruang lingkup batas kaum dan agama yang mengikis sikap tolenrasi terhadap perbezaan pendapat. Pendidikan yang berasaskan nilai dan etika inilah yang dapat memberi jawapan kepada perasaan saling hormat menghormati antara kaum dan wujudnya sikap saling membantu serta rasa jujur terhadap yang lain. Semua nilai yang dinyatakan adalah untuk keperluan jangka panjang iaitu mengharapkan sumbangan warganegara dari segi memajukan ekonomi dengan

menghulurkan bantuan, modal, keahlian dan kepakaran kepada rakyat tanpa mengira kaum dan ianya sebagai landasan kepada kerjasama waima melupuskan diskriminasi atau dominasi satu kaum sahaja dalam setiap industri yang boleh menjejaskan perpaduan lalu tercetusnya konflik yang menyebabkan ketidakstabilan negara. Transformasi Pendidikan yang berlaku dilihat berpotensi untuk meminimakan bahkan mungkin memansuhkan terus pembudayaan negatif yang tercetus ekoran dari ketiadaan nilai-nilai murni ke arah semangat kerjasama. 6.0 Aspirasi NKRA kepada Transformasi Pendidikan Aspirasi NKRA Pendidikan juga memberi fokus untuk meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh serta meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti. Ini kerana kecemerlangan murid atau pelajar juga melahirkan ramai tenaga kerja yang kompetitif [3]

seiring dengan wawasan Negara dalam mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020. Perluasan akses pendidikan yang berkualiti dapat memberi peluang kepada ramai rakyat untuk meningkatkan taraf hidup. Pencapaian keberhasilan yang tinggi secara menyeluruh dalam pendidikan akan terhasil dengan penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkualiti oleh semua sekolah yang pada masa yang sama objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru akan tercapai. Tetapi untuk mencapai objektif semua sekolah perlu melaksanakan segala program yang dirangka dan penegasan untuk melaksanakannya telah ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dalam ucapan beliau iaitu bahawa pembaharuan dalam pendidikan adalah peningkatan dalam kualiti pendidikan secara berganda, tumpuan segera perlu diberikan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah, memantapkan kualiti guru, dan melonjakkan keberhasilan murid. Kata-kata dalam ucapan beliau adalah bertujuan memberi penekanan kepada sekolah-sekolah seluruh Malaysia untuk aktif merangka, merancang, melaksana dan menganalisa usaha-usaha ke arah menjayakan transformasi pendidikan yang dikemaskinikan untuk keperluan dan cabaran semasa. Keberhasilan murid juga diserikan dengan keadaan asas celik akal, celik ilmu,dan celik fikir agar murid yang dididik oleh guru berasaskan transformasi pendidikan ini bukan sekadar diteguhkan dengan ketrampilan dari segi literasi dan numerasi yang bersifat mekanistik bahkan bakal terpimpin ke arah kecerdasan yang bakal membimbing ke jalan bijaksana yang memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. 7.0 KBSR dan KSSR Rekabentuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bersifat linear adalah berasaskan tiga bidang utama iaitu Komunikasi, Manusia dan Alam Sekeliling serta Perkembangan Diri Individu. Ianya merupakan rekabentuk kurikulum yang hanya bersepadu tetapi tidak mencapai standard tambahan pula KBSR hanya memberi fokus kepada tiga kemahiran sahaja iaitu Membaca, Menulis dan Mengira (3M) berbeza dengan KSSR yang menggunakan Dokumen Stardard Kurikulum sebagai bahan kurikulum dan rekabentuk kurikulumnya bersifat modular dengan memberi fokus kepada tambahan satu lagi M iaitu Menaakul menjadikan fokus pendidikan negara kepada 4M sebagai bukti transformasi. Jika KBSR yang dirangka untuk murid-murid Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif namun nilai tambah melalui transformasi pendidikan, KSSR memodifikasikannya kepada Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara Eksplisit. Ini memperlihatkan sesuatu perubahan yang berganda dan ke arah keperluan semasa berbeza dengan KBSR yang berorientasikan peperiksaan semata-mata namum aplikasinya agak terhad untuk dikecapi secara menyeluruh dan tidak [4]

memenuhi keperluan semasa yang situasinya dan penerimaan murid sudah berubah mengikut arus kemodenan. Selain bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. KSSR juga melibatkan guru untuk mempertajamkan ilmu pengetahuan terhadap aplikasi-aplikasi baru dalam pendidikan bagi membantu proses P&P sebagai alat bantu mengajar yang dapat memberi lebih penjelasan yang lebih jelas kepada murid-murid ekoran pengganti bahan maujud yang kadang-kala menyulitkan guru untuk membawanya ke kelas. Hal ini juga merupakan salah satu usaha dalam memenuhi Falsafah Pendidikan Guru iaitu membina guru yang berpengetahuan dan kreatif dalam segala bentuk yang telah dimodifikasikan. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementerian membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transfor-masi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara.

Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan. bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Menjadi keperluan sejak di [5]

bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berni-aga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan. Sudah sampai masa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan melahir-kan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan.

Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlaksanaan KSSR pada tahun hadapan. Murid akan didedahkan dengan kemahiraan tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan. Memantapkan kemahiran murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja. 8.0 Pentaksiran Jika KBSR dilihat lebih berorientasikan peperiksaan seperti UPSR, KSSR pula memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. 9.0 Guru dan Transformasi Pendidikan Transformasi Pendidikan persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi memastikan transformasi kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan penggunaan kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif, para guru dan jurulatih utama terlebih dahulu diberikan [6]

kursus orientasi. Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR, satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama masing-masing mengikut mata pelajaran. Guru-guru yang telah memahami konsep KSSR perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka. Sebagai contoh buku teks dalam KSSR juga membantu guru dalam penyampaikan ilmu seperti mengandungi nota guru untuk membantu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan. Selain itu maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi memudahkan guru membuat rujukan. Sebagai guru juga, perlu akur dengan tanggungjawab pelaksanaan KSSR berikutan surat pekeliling ikhtisas 11 2010 yang dikeluarkan bagi pelaksanaan KSSR.

Semua sekolah perlu menyediakan jadual waktu mengikut masa ditetapkan KSSR. la juga meliputi perlaksanaan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam modul efektif mengikut kesediaan sekolah terutama dalam penyediaan guru, permintaan daripada murid dan prasarana sekolah.

Guru perlu memahami hasrat KSSR dan berupaya mentafsir dan menterjemahkan kandungan kurikulum sewaktu proses P&P. Dalam konteks ini, guru perlu mengambil kira keperluan murid yang mempunyai latar belakang berbeza, kecerdasan yang pelbagai dan lokasi sekolah untuk disesuaikan dengan kandungan kurikulum. Guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi memastikan murid mencapai standard yang telah ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. Ini dapat mencerminkan profesionalisme guru ditingkatkan dengan pelaksaan transformasi ini. 10.0 Murid dan Transformasi Pendidikan

Selain pelaksanaan KSSR dapat memupuk kepimpinan murid berdasarkan 6 tunjang dalam konteks mengukur murid pula melalui pendekatan KSSR, mereka bukan semata-mata dinilai dari segi pencapaian akademik bahkan boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan Inovatif adalah seperti dengan cara kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. Selain itu dengan melihat kepada kebolehan mereka menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif, kebolehan untuk menghasilkan idea, yang tulen, asli atau baru, kebolehan meneroka bidang dan teknologi baru, kebolehan mencari kebolehan mencerna idea bagi menyelesaikan tugasan serta muird dinilai melalui kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakuIan imaginasi dan visualisasi. [7]

11.0

Kesimpulan

Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada. Transformasi kurikulum adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21 yang memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mengekalkan prinsip-prinsip KBSR. KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik.

KSSR memberi penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan, pengurangan bilangan mata pelajaran, serta memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam sekitar dan patriotisme juga diberi tumpuan. Fokus juga diberikan kepada penguasaan kernahiran membaca, menulis dan mengira. (3M) dan kemahiran yang keempat iaitu kemahiran menaakul. KSSR juga memastikan murid berupaya menguasai kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Selain itu murid juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika, mempunyai keyakinan, bersikap patriotik, menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan dan cintakan negara.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang dinamik dan digubal bagi memastikan anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke- 21. Secara generalisasinya, adalah wajar untuk ditafsirkan bahawa Transformasi Pendidikan yang berlaku di Negara adalah dirangka dengan penuh konsisten dan memenuhi semua kehendak termasuklah merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru yang bukan sekadar falsafah sebagai sasaran bahkan melalui transformasi ini, falsafah-falsafah ini berjaya diterjemahkan ke dalam bentuk yang boleh dinikmati akan hasilnya. (2,687 perkataan tidak termasuk tajuk dan numbering)

[8]

[9]

Anda mungkin juga menyukai