Anda di halaman 1dari 9

KEDIAMAN LESTARI Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman

Pengenalan Gaya hidup lestari juga diaplikasi pada tempat kediaman. Fungsi rumah membantu penghuni untuk mengamalkan gaya hidup lestari. Memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap rakyat Malaysia. Rumah bukan sahaja satu keperluan asas tetapi dengan perancangan yang baik dari aspek kefungsian setiap elemen rumah adalah penting selain merancang dari segi kos perbelanjaan rumah yang ekonomi, kediaman menjadi aset penting dalam membina nilai bersih positif kepada alam sekitar dan juga kepada kewangan individu. Di negara-negara maju, keadaan rumah yang dibina sangat menitikberatkan keselesaan dan keharmonian manusia yang mendiaminya. Meskipun rumah tersebut untuk golongan berpendapatan rendah, ciri-ciri asas seperti pendingin/pemanas hawa, longkang dan saliran, air dan elektrik, pelupusan sampah, keharmonian kejiranan dan lapangan sosial adalah menjadi keutamaan. Ini kerana Negara-negara maju telah merangka undang-undang pembinaan kediaman yang tidak mencemarkan alam sekitar, tidak menggunakan tenaga yang banyak (Energy Efficiency) seperti elektrik, jimat dari segi penggunaan sumber air, sumber tanah, serta menyokong etika dalam menjayakan konsep Green Building. Ianya adalah penyediaan intergrasi fizikal yang berkesan untuk menggalakkan penduduk untuk tinggal di situ. Bagi golongan berpendapatan tinggi, selain dari ciri-ciri di atas, rumah-rumah mereka mementingkan soal panorama persekitaran. Kehijauan persekitaran dan lestari alam menjadi ciri utama sebuah rumah idaman. Selain untuk ketenangan semasa berada di rumah pemilik rumah juga menyokong ke arah gaya hidup yang lestari yang mana menerapkan panorama hijau yang membekalkan kandungan oksigen kepada manusia dan haiwan yang berada di persekitaran rumah. Oleh itu, semua pihak yang terlibat dalam pembinaan rumah iaitu pemilik rumah itu sendiri, pihak berkuasa tempatan, akitek, jurutera, pemaju perumahan, dan perundingperunding (design team) yang terlibat dalam pembangunan perumahan yang berskala besar mahupun kecil harus memikirkan rekaan yang terbaik sebelum meluluskan pembangunan perumahan. Ini kerana melalui perancangan awal khususnya dari segi elemen-elemen rumah itu sendiri dapat membantu atau mengelakkan kesan kepada pencemaran alam sekitar.

KOMPONEN KEDIAMAN LESTARI

komponen-komponen rumah yang membantu gaya hidup lestari Jika kita mengambil berat tentang alam sekitar, banyak perkara yang harus difikirkan dari aspek kefungsian rekabentuk sebuah rumah dapat kita lakukan. Dalam hal kepada penyelesaian reka bentuk seni bina, berikut adalah beberapa perkara yang mudah tetapi tidak mempunyai pengaruh yang kecil ke atas alam sekitar. Ianya memberi kesan kepada gaya hidup lestari hasil daripada aplikasi rumah kediaman yang mementingkan kesan kepada alam sekitar. Komponen-komponen dalam rumah yang direka bersesuaian mampu meningkatkan reka bentuk dan kemampanan di bangunan rumah untuk mengurangkan impak ke atas sumber-sumber bumi , mengurangkan pembaziran dan pelepasan karbon, pengurusan sisa dari rumah dengan sistematik, menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dengan cara menggunakan tenaga semulajadi. Walaupun bagaimanapun ianya akan berhasil jika komponen-komponen rumah itu sendiri direka untuk menjayakan gaya hidup lestari di rumah. Komponen-komponen rumah antaranya : 2

1. Lantai 2. Dinding 3. Ruang pengudaraan (tingkap dan pintu) 4. Bumbung. Bagi yang mementingkan gaya hidup yang ekonomi ditempat kediaman mereka. Dari peringkat awal pembinaan rumah mereka akan mengaplikasi rekaan yang mesra alam yang mana walaupun sedikit mahal dari rumah biasa tetapi ianya member pulangan pada masa akan datang kerana berlaku penjimatan dari segi penggunaan tenaga semasa hayat penggunaan rumah berkenaan.

Diagram komponen rumah yang membantu kelestarian Lantai Lantai yang menggunakan kemasan yang dapat membebaskan kuantiti udara dalam rumah boleh menurunkan suhu dalam masa yang sama dapat menjimat tenaga elektrik dari menggunakkan pendingin hawa dan kipas. Lantai yang meminimakan penggunaan karpet dapat mengurangkan suhu rumah. Penggunan kemasan lantai kayu dapat menyejukkan rumah selain peredaran udara dan suhu terus ke dalam bumi. Pemasangan damp proof membrane juga membantu lantai menjalankan fungsinya. Dinding Begitu juga dengan dinding yang menjadi medium pengaliran udara, suhu, dan pencahayaan kepada ruangan dalam rumah. Selain itu, dinding membekalkan kandungan oksigen kepada 3

ruangan dalam rumah (O2). Oksigen yang mencukupi memberi keselesaan kepada penghuni. Dinding yang memaksimakan penggunaan kaca pada bahagian yang membekalkan pengcahayaan dapat meminimakan penggunaan lampu (natural lighting) dan pengudaraan semulajadi (natural ventilation).

Ruang Pengudaraan Komponen kediaman yang membekalkan udara dan cahaya iaitu pintu dan tingkap pada rumah. Pintu dan tingkap merupakan komponen yang penting kerana ianya menggalakkan penghuni rumah untuk menggunakan sumber semulajadi iaitu pengaliran udara yang datang dari luar rumah. Jika di kampung, penghuni rumah akan membuka tingkap bagi membenarkan udara dan cahaya dari luar masuk tetapi gaya hidup dibandar menghadkan situasi ini berlaku jadi penggunaan pintu dan tingkap yang berkaca membantu membenarkan cahaya masuk ke dalam rumah tetapi menggunakan teknologi yang sesuai iaitu tidak memberikan kesan kepada penghuni rumah. Sebagai contoh, tingkap dipasangkan dengan lapisan yang menapis kandungan cahaya yang tidak diperlu masuk. Misalnya daripada 100% cahaya yang bergerak masuk hanya 60% cahaya berjaya menembusi tingkap. Hal ini adalah sesuatu yang menjimatkan penggunaan lampu pendaflour yang mengandungi kimia yang boleh memberi kesan kepada persekitaran rumah.

Sistem pengudaraan di rumah

Bumbung

Sistem pengudaraan bumbung Bumbung juga komponen penting dalam menyekat pengaliran udara panas dan menggerakkan udara panas dari memasuki ruangan rumah. Jika suhu panas ini memasuki ruangan rumah, penghuni akan mengalami kepanasan dan perpeluhan hal ini menggalakkan mereka untuk menggunakkan tenaga elektrik untuk menstabilkan suhu dalam rumah iaitu penghawa dingin atau kipas yang menyumbang kepada kadar penggunaan elektrik yang tinggi. Jika rekaan bumbung mempunyai spesifikasi rekaan yang membantu dalam melestarikan sumber tenaga maka bumbung perlu dipasang dengan bahan-bahan yang menyekat atau memantulkan aliran cahaya yang memberikan kepanasan. Kertas penebat ( insulation paper) di pasang pada bumbung dan komponen-komponen kecil yang lain pada bumbung yang memastikan pengekalan suhu rumah.

SPESIFIKASI Pembinaan rumah yang menggalakkan gaya hidup lestari dalam memiliki sebuah rumah adalah merangkumi spesifikasi berikut: 1. Pengawalan Masuk Tenaga Semulajadi (Low natural/lighting/High efficiency Low Energy) penggunaan kaca berfilem mengurangkan penggunaan tenaga dan melindungi penghuni, barangan dan permukaan dalaman rumah. 2. Pendedahan Kepada cahaya (lighting /Expose to the sun) pendedahan kepada cahaya matahari boleh memberi kesan negatif kepada penghuni, jadi sebelum membina rumah pastikan orientasi kepada cahaya matahari dikawal dan melindungi rumah dari sinaran matahari yang terlampau. 3. Penebatan (Insulation) rumah menjadi kedap udara panas dari luar dan merendahkan kadar penggunaan utility. 4. Penjimatan Tenaga (Energy efficiency appliances) penggunaan alatan yang tidak menggunakan kuasa yang tinggi boleh menjimatkan tenaga dan kos. 5. Penjimatan Air (Conserve Water) penggunaan air boleh dijimatkan dengan pemasangan pili yang terhad dan dipasang pada ruangan yang penting sahaja. Penggunaan alatan yang boleh menjimatkan penggunaan air juga membantu selain sikap berjimat diamalkan.

AMALAN GAYA HIDUP LESTARI DI RUMAH

Amalan-amalan yang membolehkan setiap individu mencapai gaya hidup yang lestari di rumah adalah merangkumi aktiviti seharian kita seperti memasak, mandi, mencuci pakaian, menguruskan rumah dan termasuklah bersantai mahupun berehat sekalipun, semua aktiviti tersebut berasaskan tenaga yang membantu manusia melakukan kerja dengan mudah. Namun sejauh manakah aktiviti seharian kita menyumbang kepada penjimatan tenaga. Tenaga elektrik merupakan tenaga yang membolehkan sesebuah rumah itu berfungsi tanpa tenaga kelesesaan tidak dicapai dan aktiviti seharian tergendala. Walaupun begitu, sebagai penghuni rumah, semua pihak perlulah memahami konsep kehidupan lestari di rumah. Penjimatan elektrik amatlah perlu. Ianya bukanlah

pendekatanuntuk

menghalang penghuni menggunakan elektrik tetapi meminamakan

penggunaan elektrik yang tidak diperlukan. Berikut adalah pendekatan yang sesuai diaplikasikan dalam penggunaan elektrik agar gaya hidup yang lestari dapat dicapai. Penjimatan Elektrik Penjimatan elektrik di rumah ialah bagaimana untuk mengurangkan lebihan penggunaan tenaga , bagaimana cara untuk menggunakan elektrik secara efisien, dan bagaimana dapat mengurangkan penggunaan elektrik yang kurang tanpa mengurangkan fungsi alat-alat elektrik. Sebelum itu penghuni perlu mengenalpasti dimana lebihan tenaga berlaku dan sebabsebabnya samada punca elektrik yang tidak stabil (Power Factor yang rendah) atau tiada pengawalan penggunaan terutama bagi alat elektrik yang tinggi wattage seperti pendingin hawa, pemanas mandi, ketuhar, seterika dan lain-lain. Selain itu penghuni yang menggunakan alat elektrik yang kurang berkualiti juga merupakan sebab utama berlaku lebihan tenaga berserta dengan pendawaian yang tidak sempurna sebagai contoh pendingin hawa yang membuatkan suhu bilik lebih sejuk daripada suhu yang telah ditetapkan (temperature overshooting). Hal ini menyebabkan penghuni menerima bil tenaga elektrik yang banyak ekoran dari lebihan tenaga yang berlaku secara tidak disengajakan oleh penghuni rumah kediaman. Oleh itu ianya haruslah dipastikan tidak mengalami lebihan tenaga dari apa yang ditetapkan. Seterusnya cara menggunakan tenaga elektrik secara efisien pula bermula dari sikap penghuni itu sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan elektrik adalah sesuatu yang wajib di rumah. Penggunaan pendingin hawa misalnya suhu ditinggikan sedikit sebagai contoh dari 18C kepada 20C bertujuan merendahkan amaun watt yang digunakan. Selain itu, suis alatan elektrik ditutup jika tidak digunakkan untuk mengelakkan pembaziran, mengawal kekerapan penggunaan alatan elektrik yang menggunakan amaun watt yang tinggi seperti seterika, ketuhar, pemanas air, dan lain-lain.

Bagi kerja-kerja mencuci pakaian seharusnya pakaian dikumpulkan dan dicuci dengan kuantiti yang maksima bagi mengelakkan berulang kali menggunakan mesin basuh atau mengambil masa yang lama untuk mencuci. Terdapat kaedah dalam menjimatkan tenaga elektrik selain dari kaedah yang telah diterangkan iaitu melalui penggunaan barangan elektrik yang membolehkan pengguna menjimatkan eletrik. Berikut adalah kaedah yang sesuai iaitu a) Tutup televisyen, radio dan computer dan lain-lain alatan apabila tidak digunakan. b) Elakkan membuka peti sejuk terlalu kerap kerana ia meningkatkan penggunaan elektrik. c) memasang unit kapasitor rumah (home unit capasitor) d) Tukar alat elektrik kepada alat elektrik yang kurang watt nyatetapi mempunyai fungsi yang sama. Contohnya energysaving lighting dan penghawa dingin inverted. Dari segi mungkin agak mahal tetapi dari penggunaannya berkali ganda jimat. Tetapi untuk membelinya pastikan ianya berkualiti dan lama tempoh jaminannya. Gunakan lampu kalimantang kerana ia kurang penggunaan tenaga elektrik dan tahan empat kali lebih lama berbanding mentol lampu biasa. e) Pendawaian arus elektrik pada rumah hendaklah sentiasa diperiksa oleh juruelektrik yang bertauliah. f) Memastikan pembahagian elektrik yang betul dari fius utama contohnya looping antara penghawa dingin dan dan suiz-suiz yang lain selaian memastikan penggunaan wayar yang betul untuk mengelakkan wayar menjadi panas dan berlaku lebihan tenaga yang terbuang. Kaedah ini memerlukan tauliah dari juruelektrik. g) Penggunaan elektrik kepada 3 fasa sekira bil terlalu tinggi. h) Tambah sub-control sisi untuk meningkatkan penjimatan seperti timer, motor controller dan lain-lain. i) Pemeriksaan meter yang berterusan dengan clamp meter dan menyemak bil dengan terperinci. Penjimatan Air Air merupakan unsur penting kepada manusia. Di rumah penggunaan air adalah kerap samada untuk minuman, memcuci pakaian, membersih dan sebagainya. Dalam menggalakkan gaya hidup lestari penjimat air adalah amalan yang utama. Mengikut cadangan penggunaan air sebanyak 100 liter setiap sehari adalah tahap yang disarankan. Berikut adalah amalan yang sesuai dilakukan dalam mejimatkan penggunaan air. a. Tidak menggunakan air terlalu banyak untuk aktiviti seharian sperti mencuci pinggan mangkuk. Seeloknya menakung air di dalam basin untuk mencuci pinggan mangkuk dan tidak mencuci di bawah aliran pili dengan air yang mengalir. 8

b. Mencuci pakaian dengan banyak pada satu-satu masa untuk mengelakkan pengulangan yang boleh membazirkan air. c. Menyiram pokok-pokok dengan air yang ditakung bukan dengan dengan pancutan air pili yang mengalir untuk mengelakkan pembaziran. d. Mencuci kenderaan seminggu sekali bukan kerap kali dalam seminggu.

Lain-lain Amalan Penggunaan Lestari Yang Boleh Dilakukan Dalam Kehidupan Harian

1. Membawa beg sendiri untuk mengisi barangan yang dibeli ketika membeli belah. 2. Kumpulkan kertas yang telah digunakan dan dihantar ke pusat kitar semula. 3. Elakkan daripada menggunakan bahan berasaskan polisterin kerana ia tidak boleh dibiodegradasikan. 4. Beli tanaman keluaran tempatan. 5. Kurangkan pembuangan sampah sarap dan jangan gunakan produk pakai buang seperti pinggan dan cawan kertas. 6. Mengamal kitar semula di rumah dengan mengasingkan jenis bahan.

Anda mungkin juga menyukai