Anda di halaman 1dari 5

Apakah KBSR?

perbezaan

KSSR

dengan

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris? Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR? KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283. S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P? J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P. S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan? J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Berita Harian Online: 29 Disember 2011

KSSR: adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR: menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR: adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains. Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu

PISPM Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih guru sekolah rendah yang berijazah di bawah sistem pendidikan kebangsaan. Program ini menawarkan 15 kursus di 27 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di seluruh Negara selaras dengan kelulusan kabinet bersetuju menaik taraf maktab perguruan kepada Institusi Pendidikan Guru yang boleh menganugerahkan ijazah pada 31 Julai 2005 . Program ini mula ditawarkan pada ambilan Jun 2005 kepada 2000 orang pelajar dimana mereka dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan sebagai prasyarat untuk mengikuti program PISMP. Secara rasminya kohort pertama program PISMP ini bermula pada ambilan Januari 2007. Para pelajar akan dianugerahkan ijazah dengan kepujian setelah mengikuti pengajian sekurang-kurangnya 8 semester di IPGM. Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi 3 standard iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Antara strategi untuk meningkatkan kualiti guru ialah menyediakan program PISMP ini untuk meningkatkan kelayakan guru pada tahap ijazah. Cabarannya ialah untuk memenuhi sasaran 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah pada tahun 2010.

Program ini mengambil kira para pelajar dapat menguasai semua 3 indikator yang telah ditetapkan untuk melahirkan guru berkualiti. Guru berkualiti diharapkan akan dapat memberi pendidikan berkualiti dalam usaha untuk melahirkan modal insan berkualiti bagi mencapai hasrat wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Kurikulum PISMP juga bersifat holistik atau menyeluruh, mengintegerasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai atau disposisi. Kurikulum Pendidikan Guru yang digubal turut mengutamakan kemahiran insaniah dan pelbagai kemahiran yang lain. Perspektif global berkaitan dengan pendidikan juga diambil kira seperti Education For All (EFA), Education for International Understanding (EIU), Education for Sustainable Development (ESD), dan juga empat tonggak pendidikan UNESCO (Pillars of Education)

4 tonggak pembangunan dan kemajuan negara pada masa kini iaitu untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia 1.Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan, 2.Pelan Tranformasi Kerajaan, 3.Model Ekonomi Baru 4.Rancangan Malaysia Ke-10.

Cuba sedaya upaya untuk mengaitkan pengalaman hidup anda dengan objektif dan juga kehendak skop tugas jawatan yang anda sedang pohon sekarang. Gunakan peluang ini untuk tarik perhatian penemuduga terhadap kemahiran dan kebolehpasaran anda.

Soalan "Ceritakan perihal diri anda" perlu dijawab secara berstruktur mengikut tip ini:

1. menyatakan status perkahwinan 2. tempat tinggal 3. kelulusan tertinggi anda (SPM, diploma, degree) dan kaitkan ia dengan jawatan yang dipohon 4. pengalaman kerja anda yang boleh dikaitkan dengan jawatan yang hendak dipohon -dapat mengaitkan nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, memahami etika berkerja, mendapat pengalaman menguruskan masa dan karenah orang ramai, memperoleh kemahiran menguruskan pelanggan yang hilang sabar dan kaedah menanganinya sekiranya anda dilantik untuk menguruskan sesebuah unit ataupun jabatan

PEMBUKAAN: Mulakan dengan pengenalan pendek: Nama, asal, status perkahwinan, kelayakan akademik tertinggi, minat (kaitkan dengan jawatan dipohon Ringkasan pengalaman kerja anda: Kaitkan pengalaman kerja anda yang lepas dengan jawatan yang anda sedang pohon sekarang walaupun hanya kerja sementara ataupun kerja rencam. Beri jawapan yang ringkas, padat dan bermakna : Maksudnya, jangan bercerita 'kosong' dengan penemuduga. Setiap jawapan dan penerangan anda berkenaan soalan tersebut haruslah mempunyai 'makna'. Iaitu, setiap penerangan jawapan anda haruslah menyokong peluang anda untuk merebut jawatan yang sedang dipohon.

Dan sekiranya anda menyertai aktiviti luaran ataupun ko-kurikulum, anda seharusnya mengkaitkan aktiviti tersebut dengan nilai-nilai murni yang dapat diterapkan dengan menyertai aktiviti kokurikulum tersebut.

Latih bakal guru berfikir sebagai usahawan


KUALA LUMPUR 20 Nov.- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bakal guru perlu dilatih untuk menjadi seorang pemikir dan berupaya menyelesaikan masalah serta berfikiran sebagai seorang usahawan. Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, langkah itu penting dalam usaha untuk melahirkan guru yang memiliki kemahiran abad ke-21 dan melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat. "Saya berharap guru-guru akan sentiasa menunjukkan dan mengamalkan pemikiran yang kreatif dan berfikir sebagai seorang usahawan. "Pemikiran yang kreatif, pemikiran yang 'luar biasa' dan 'berfikir di luar kotak' merupakan pemikiran yang mampu melahirkan senario baharu yang lebih dinamik dan mencabar serta berkemampuan untuk melahirkan tenaga kerja pada suatu masa nanti," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini hari ini. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_ Negeri/20121120/dn_14/Latih-bakal-guruberfikir-sebagaiusahawan#ixzz2CjCp1UvP Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai