Anda di halaman 1dari 8

Definisi Teknologi maklumat dan komunikasi

Penggunaan

komputer, peranti komunikasi dan perisian aplikasi untuk memproses, menyimpan, mencapai semula, melindungi dan menghantar maklumat dari mana-mana tempat pada bila-bila masa.
KOMUNIKASI MAKLUMAT Proses bertukar maklumat Menggunkan teknologi.

Evolusi komputer
Generasi Pertama Generasi Kelima Generasi Kedua

Generasi

Generasi

keempat

ketiga

Generasi Pertama (1940-1956)


Menggunakan

tiub vakum (tiub elektronik yang diperbuat daripada kaca dan digunakansebagai komponen komputer untuk menyimpan dan memproses data). Masalah: * Menjana banyak haba yang boleh merosakkan komputer. * tiub kerap terbakar. ENIAC - 18000 tiub vakum, berat 30 ton, 3050 kaki ruang dan 16000 watt kuasa.

Generasi Kedua (1956-1963)


-

Transistor (peranti kecil yang memindahkan isyarat elektronik merentasi perintang) digunakan untuk menggantikan tiub vakum dalam komputer. 1 transistor = 40 tiub vakum. Kelebihan transistor: * tidak menghasilkan banyak haba. * kurang menggunakan kuasa. * lebih cepat, lebih murah dan lebih kecil daripada tiub vakum. Contoh: IBM 1400

Generasi Ketiga (1964-1971)


-

Transistor digantikan dengan litar bersepadu (IC - litar elektronik lengkap pada cip kecil yang diperbuat daripada silikon). Kelebihan: - Komputer yang lebih berguna dan kecil berbanding dengan komputer generasi ke-2. * Kos pengeluaran rendah. * Cip silikon kecil dan lebih murah.

Generasi Keempat (1971-kini)


-

Menggunakan mikropemproses (beribu-ribu IC dibina ke satu cip silikon). kelebihan: * Komputer menjadi 100 kali lebih kecil daripada ENIAC) komputer pertama Komputer menjadi lebih kecil.

Generasi Kelima (kini-masa hadapan)


Berdasarkan

kecerdasan buatan (AI- arificial intelligence) Maksud:Bidang ilmu yang berkaitan dengan kajian yang memberi mesin kemampuan untuk berfikir seperti manusia atau kepandaian untuk membaiki dirinya Komputer generasi kelima adalah berteknologi tinggi dan masih dalam pembangunan untuk menjadi lebih cekap.

Anda mungkin juga menyukai